Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang


bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak
formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah
rendah.

Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid
Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi
yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada
tahap pencapaian yang hampir sama.

Bagi memastikan program ini dapat difahami dan berjalan dengan lancar, Kit
Program Transisi ini telah dibina sebagai panduan kepada semua pihak yang terlibat
untuk menjalankan aktiviti Program Transisi ini secara lebih bersistematik dan
seragam di seluruh negara. Untuk itu, sasaran utama penggunaan kit ini bertumpu
kepada personalia yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program iaitu
pihak Pengurusan Sekolah, Guru Prasekolah, Guru Tahun Satu dan Ibu Bapa murid-
murid Tahun Satu.

Fokus utama dalam pengisian Kit Program Transisi ini ialah pemetaan program
melalui persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh personalia yang terlibat
dalam pelaksanaan program. Selain dari itu kit ini juga turut memberi tumpuan
kepada Jadual Perancangan Strategik Program yang melibatkan perancangan
program yang berterusan sama ada di peringkat negeri atau sekolah di samping
Penilaian Keberkesanan Program yang berterusan.

(i)
Dari segi perancangan aktiviti, strategi yang digunakan dalam kit ini ialah melalui
perancangan sebelum , semasa dan selepas program. Setiap aktiviti yang dirancang
itu pula dilihat dari segi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh setiap personalia
yang terlibat.

Bagi Pihak Pengurusan Sekolah yang terdiri dari Guru Besar, Penolong Kanan dan
Guru-Guru Kanan perlulah melihat pelaksanaan program ini secara menyeluruh
dengan menyediakan guru-guru yang sesuai di samping pendedahan dan latihan
yang diperlukan, penyediaan perancangan aktiviti yang kemas dan berterusan
sepanjang tempoh program berjalan, penyediaan kelas dan persekitaran yang
sesuai, memberi taklimat kepada pihak ibu bapa dan membuat pemantauan serta
penilaian program yang berterusan.

Bagi guru-guru prasekolah pula, mereka perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti yang


mampu untuk menyediakan kanak-kanak prasekolah dari aspek fizikal, mental, sosial
dan emosi sebelum kanak-kanak itu masuk ke Tahun Satu di sekolah rendah.

Sementara itu bagi Guru-guru Tahun Satu, persediaan yang perlu mereka lakukan
termasuklah aktiviti-aktiviti untuk menerima murid Tahun Satu, aktiviti minggu
orientasi , penyediaan kelas dan persekitaran yang sesuai agar terdapat
kesinambungan budaya dan aktiviti pembelajaran antara Prasekolah dan Tahun
Satu. Guru-guru Tahun Satu juga perlu mengenal pasti potensi dan masalah
perkembangan murid di samping merancang aktiviti dan membuat penilaian yang
berterusan di sepanjang Program Transisi ini berjalan.

Kit ini juga turut memberi panduan kepada ibu bapa untuk membantu keberkesanan
program. Antara persediaan yang boleh dilakukan oleh mereka ialah melalui
persediaan fizikal dan emosi anak-anak seperti penyediaan peralatan dan
kelengkapan sekolah yang mencukupi, membawa anak-anak melihat suasana
persekitaran sekolah sebelum hari pertama persekolahan, sokongan moral melalui
kata-kata perangsang dan nasihat di samping mendapatkan gambaran dan taklimat
dari pihak pengurusan sekolah.

Untuk melihat keberkesanan program yang dijalankan, kit ini juga menyediakan
contoh borang penilaian keberkesanan program secara menyeluruh. Penilaian
keberkesanan program ini boleh dijalankan sebanyak dua kali iaitu sekali selepas
tamat minggu orientasi dan kali kedua pada bulan Mac iaitu selepas tamat Program
Transisi dijalankan secara keseluruhannya.

(ii)
MINDA CERDAS
MATA BERCAHAYA

Minda Cerdas

Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan


mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui
aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara
satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang
dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas.

Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan


perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian
dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada.

Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang
dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat
memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari
prasekolah.

Mata Bercahaya

Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan


untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana,
persekitaran dan guru-guru yang baru.

Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui
aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada
sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat
diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap
masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

(iii)
PROGRAM TRANSISI
PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

KIT PROGRAM TRANSISI

Modul 1 : Pelaksanaan Program Transisi

Modul 2 : Persediaan Pihak Pengurusan Sekolah

Modul 3 : Persediaan Persekitaran Kelas Tahun Satu

Modul 4 : Persediaan Guru Prasekolah

Modul 5 : Persediaan Murid Prasekolah

Modul 6 : Persediaan Guru Tahun Satu

Modul 7 : Persediaan Ibu Bapa

Modul 8 : Satu Contoh Pelaksanaan Program Transisi

Modul 9 : Dinamika Kumpulan dan Pembinaan Pasukan

Modul 10: Penilaian Keberkesanan Program Transisi

Modul 11: Perancangan Strategik : Program Transisi

(iv)

Anda mungkin juga menyukai