Anda di halaman 1dari 1

Peribahasa Melayu berbunyi "Sediakan payung sebelum hujan.

" Madah Melayu ini mempunyai


nilai yang tersirat begitu mendalam. Oleh itu, untuk melakukan sesuatu perkara perlu bersedia
terlebih dahulu. Orang yang sentiasa bersedia akan menghadapi sesuatu kemungkinan yang
datang dengan mudah.

Akademik
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan
kecekapan pelajar dalam pelajaran.

Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan
pelajar.

Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah.

Pelajar yang cemerlang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti
pengajaran guru di kelas.

Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda
mentelaah pelajaran.

Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Pelajar
yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya
dalam peperiksaan. Kata orang :Malu bertanya sesat jalan.

Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan dan sering berbincang bersama rakan-rakan
tentang pelajaran yang telah dipelajari. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap
sesuatu pelajaran.

Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja
rumah dalam tempoh yang ditetapkan.

Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Dengan
memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran
tersebut.Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
Kecergasan
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang.
Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar.

Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang
cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar.
Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab.
Kepemimpinan
Pelajar yang cemerlang sanggup manghadapi cabaran.
Sahsiah
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersikap optimistik dan yakin pada potensi diri sendiri untuk menempah
kejayaan dalam pelajaran. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri.

Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam
kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru
yang memberikan kita ilmu.

Anda mungkin juga menyukai