Anda di halaman 1dari 46

Dalam melaksanakan pengajaran, guru sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran -

kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis,
kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya dikuasai oleh
pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru perlu
menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai. Lain-lain prinsip
pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM perlu diambil kira bagi memastikan
pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kemahiran belajar merupakan salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan
pembelajaran bestari. Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke
pemerolehan maklumat dan seterusnya memproses maklumat.

Dengan ujudnya ledakan maklumat, pelajar harus mahir dalam pemerolehan maklumat secara
efektif dan efisen. Seterusnya bahan yang diperolehi perlu diproses supaya lebih mudah
difahami. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu.

Akhirnya, jika perlu, laporan disediakan, bentuk dan format laporan ini bergantung kepada
kehendak dan tujuan pembelajaran.
Secara umumnya topik-topik yang akan disentuh adalah:

Pengoptimuman Sumber Pembelajaran

Pemerolehan Maklumat
i. Mengumpul Maklumat
ii. Kemahiran membaca

Memproses Maklumat

Membuat Laporan
Rujukan:
http://www.ucc.vt.edu/stdysk/stdyhlp.html

http://www.uni.edu/walsh/linda7.html
http://www.sdc.uwo.ca/learning
http://www.coun.univac.ca/learn
http://www.isd77.k12.mn.us/resources

Pengenalan

Sejajar dengan persekitaran sekolah bestari yang kaya dengan pelbagai sumber pembelajaran, seseorang guru
perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang bijak untuk memilih sumber pembelajaran yang sesuai
dan seterusnya mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah bestari.

Seseorang guru bestari perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber
pengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya. Melalui
pengajaran pembelajaran bestari seseorang murid perlu dilibatkan secara langsung untuk berinteraksi dan
bermuafakat dengan rakannya demi mencapai perkembangan maksimum mengikut potensinya.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan opembelajaran
ialah;
i Mengenalpasti pelbagai sumber pengetahuan yang didapati dalam sekolah bestari
ii

Mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan sumber pembelajaran yang dikenal pasti. Berdasarkan kriteria,
memilih sumber pembelajaran sesuai untuk digunakan dalam pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

Jenis Sumber Pembelajaran


A. Sumber berasaskan
manusia

1. rakan sebaya
2. guru
3. pakar bidang
4. pegawai sumber.

B. Bahan bercetak

1. buku
2. majalah
3. jurnal
4. ensiklopedia
5. surat khabar
6. kad katalog
7. kamus
8. buku teks

C. Bahan pandang dengar

1. mikrofic
2. radio
3. televisyen
4. video

D. Sumber berasaskan
komputer

1. disket
2. cakra padat
3. cakra laser
4. disket video
5. internet

Perbandingan Antara Beberapa Kategori Sumber Maklumat


SUMBER
KELEBIHAN
KELEMAHAN
A.Sumber
berasaskan
manusia

- fleksibel
- interaktif
- secara lansung
- mudah akses

- tidak terjamin kualiti


- sukar mendapatkan pakar yang
berkewibawaan.
B. Sumber bercetak

- murah
- kekal
- senang dirujuk
- mudah alih
- mudah akses

- tebal
- berat
- tidak boleh disunting
- tidak terkini

C. Sumber pandang
dengar (audio-
visual)

- murah
- menarik
- pelbagai pancaindera
- mudah akses
- boleh berulang tayangan/siaran

- tidak tahan lasak


- susah menyunting
- tidak terkini
- boleh digunakan di mana-
mana dan pada bila-bila masa
D.Sumber
berkomputer

- amat fleksibel
- mudah dimaskinikan
- multi-media
- jaringan tidak terhad
- canggih

- user friendly

- mahal
- menimbulkan tekanan
- perisian terhad,
- bergantung kepada bekalan
eletrik
- perlu mahir mengoperasikan

komputer
Kriteria memilih bahan atau sumber

- selaras dengan falsafah pendidikan negara


- tidak bercanggah dengan nilai masyarakat
- releven dengan kurikulum
- selaras dengan prinsip pedagogi
- memberi maklumat terkini

- cost effective

- mudah diperolehi
- mudah digunakan
- mudah alih
- mudah senggara
- pelbagai rangsangan
- dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan
- fleksibel

Implikasi Kelemahan/Kekuatan Sesuatu Sumber Pembelajaran

1. Bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan penyediaan bahan pembelajaran/pengajaran
mangambil masa yang lama. Bahan berasaskan komputer atau teknologi maklumat boleh dikemakskinikan
pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh yang demikian disyorkan supaya pengguna lebih menggunakan
bahan berasaskan komputer.

2. Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam Internet/Intranet. Bahan- bahan ini boleh digunakan dan
diintegrasikan dengan komputer. Oleh yang demikian penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh
meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seorang guru.

3.Sumber pembelajaran berasaskan komputer selalu terdedah kepada kerosakkanhard


disk, cakra padat, disket atau diserang virus.
Strategi Mengoptimumkan Sumber

Sekolah bestari akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak, kaset audio, pita video,
perisian multi media dan internet. Guru bestari perlu menguasai kamahiran memilih bahan yang sesuai untuk
digunakan secara optimum supaya mencapai kesan terbaik dalam pengajaran pembelajarannya.

Selepas mengenal pasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran
pembelajarannya, seseorang guru perlu membuat keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk
digunakan dalam bilik darjahnya. Disamping itu juga guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang
dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai kesan terbaik.

Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting bagi seseorang guru
sekolah bestari. Ianya merangkumi beberapa strategi yang boleh diamalkan untuk mencapai pengoptimuman
penggunaan sumber pembelajaran yang didapati dalam sebuah sekolah bestari.

Strategi Pengoptimuman sumber


1. Cantuman Pelbagai Jenis Sumber
Guru boleh menggunakan‘author war e’ untuk mencantumkan bahan daripada sumber audio
kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam ‘word prosessor’ atau
‘electronic presentation’ untuk dihasilkan bahan pengajaran pembelajaran yang amat
menarik dan berkesan.
2 PenggunaanSerentak Beberapa Jenis Sumber

Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera murid. Aktiviti ‘hand on’
serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan mengoptimukan proses pembelajarannya.

Misalnya, guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video,
perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan
rakan sebaya. Pengajaran pembelajaran boleh diteruskan lagi dengan menggunakan bahan daripada internet
untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan membuat
persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan sebayannya melalui
‘classnet’. Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer
masing-masing melalui‘clas s net’ dalam bilik darjah bestari itu.

3. Perkongsian melalui internet

kb
Download this Document for FreePrintMobileCollectionsReport Document
3924a9fd986c79

doc

This is a private document.

Info and Rating

0 5 false false 0

kelemahan bahan
contoh
pembelajaran bunyi
bahan bercetak
sumber pembelajaran
kesan
media
sumber maklumat
(more tags)

BAB 1
PENGENALAN
Latar Belakang Kajian
Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai
(Nik Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan kemahiran-
kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair
Mohd. Nor, 2005). Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam
peringkat kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa
Melayu (Nawi Ismail, 2002). Oleh yang demikian, proses menulis memerlukan
aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis karangan, semasa menulis
karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan dihasilkan (Suppiah
Nachiappan, 2006). Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah
aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan
penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa
memerlukan masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan murid penulis terbaik.
Dalam penghasilan penulisan karangan, murid-murid mengalami dua proses iaitu
proses dalaman dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005). Justeru, proses
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seharusnya dilaksanakan dengan
berkesan (Roselan Baki, 2003).
Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-
mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan
berkesan (Yahya Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor, 2005). Oleh itu, dalam
pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan
dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat
difahami apabila dibaca (Yahya Othman, 2005). Dalam penghasilan sesebuah
penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara jelas, tepat, dan
berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama ada
untuk tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atau untuk bercerita.
Perkembangan isi dan huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang
mencirikan kesatuan sesebuah karangan. Oleh itu, murid perlu mendapat
pendedahan dan mengetahui teknik menulis yang baik semasa di bangku sekolah.
Penguasaan kemahiran menulis juga dapat membantu memantapkan penggunaan
bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang terdapat dalam penulisan
karangan fakta, naratif, sajak, pantun dan sebagainya. Namun, kegagalan dalam
menguasai kemahiran menulis mengakibatkan pelajar sukar hendak menyatakan
mesej dalam bentuk tulisan.
Haron (1990) dalam Yap Kim Fatt (1991) berpendapat bahawa penulisan melibatkan
kemahiran menyampaikan maklumat, idea, perasaan, dan pandangan yang
terdapat dalam pemikiran penulis melalui bahasa dan bukan sekadar menyusun
atau menggubah perkataan, frasa dan ayat. Kemahiran mengarang mampu
dikuasai oleh sesiapa sahaja sekiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan
juga penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-
rakan, 2001). Proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis juga perlu
diberi perhatian bagi menjamin kecemerlangan pencapaian penulisan dalam
kalangan murid. Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, guru
seharusnya memiliki pengetahuan kandungan, pengatahuan am, kemahiran
pedagogi dan sikap yang menggalakkan pembelajaran agar pengajaran mereka
berkesan (Syed Lutfi Syed Hamzah, 1994).
Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Semakan (2003), menegaskan bahawa tumpuan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (BM) ialah supaya murid
dapat menggunakan BM secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang
pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Selain itu,
dalam pengajaran bahasa khususnya penulisan, guru juga perlu
mempertimbangkan pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang
berbeza antara satu sama lain dalam kalangan murid dengan menggunakan
strategi berpusatkan murid.
Kementerian Pelajaran berusaha untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam
kalangan pelajar dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi
pelajaran dan pengetahuan. Proses kognitif seperti yang terkandung dalam
kurikulum dikembangkan melalui isi kandungan yang dipelbagaikan dari segi
pendekatan, strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang tinggi. Dalam
konteks pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), guru harus
melakukan penerapan nilai murni, dan penggunaan bahan yang merentas pelbagai
disiplin dalam proses pengajaran (Roselan Baki, 2003). Teknik pengajaran guru juga
mestilah sesuai dengan kebolehan murid dengan mengambil kira penggunaan
kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan, kecerdasan pelbagai dan
konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.
Penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan satu daripada ciri
pembelajaran konstruktivisme yang membolehkan murid memiliki lebih kemahiran
sosial. Pembelajaran secara konstruktivisme juga membolehkan murid memperoleh
beberapa kemahiran seperti lebih berfikir, lebih memahami, lebih mengingati,
berkeyakinan, berinteraksi dan menyeronokkan (Pusat Perkembangan Kurikulum
2001).
Kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang
membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam
melakukan tugasan. Oleh itu, salah satu teknik yang dapat membantu guru dan
murid dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan
Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK). KPK merujuk kepada kaedah pengajaran
yang memerlukan murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan bekerjasama
dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982).
Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri
sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam
pembelajaran koperatif iaitu saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri
sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan. Pembelajaran koperatif
menjadi popular pada tahun 1980-an kerana positifnya terhadap pencapaian iaitu
yakin diri, kedinamikan pergaulan antara individu dan motivasi diri (Mahzan Arshad,
2003). Strategi ini juga menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan
dengan warna kulit, keturunan, agama, jantina mahupun mental masing-masing
(Kamaruddin Tahir, 2005). Semangat kerjasama, tolong menolong dan bertindak
sebagai satu pasukan perlu dibajai dalam diri murid agar menjadikan murid lebih
faham, yakin dan seronok untuk belajar (Johnson & Johnson, 1989).
Pernyataan Masalah
Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi oleh seseorang ialah untuk
memulakan penulisan. Memulakan penulisan bukanlah sekadar persoalan
kebolehan semata-mata atau soal pengetahuan tentang sesuatu kerana pakar yang
berpengetahuan dan berkemahiran pun turut menghadapi masalah yang serupa
(Flower, 1985 dalam Roselan Baki, 2003).
Kelemahan dalam menulis karangan adalah salah satu punca murid gagal mencapai
keputusan yang baik dalam peringkat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)
mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Penguasaan bahasa yang
lemah dalam kalangan murid Cina menyebabkan pencapaian mereka dalam bidang
akademik rendah kerana mereka tidak dapat menyatakan sesuatu dengan baik dan
berkesan melalui tulisan. Penutur bahasa Melayu keturunan Cina adalah yang
paling banyak menghadapi masalah gangguan bahasa ibunda dan pengaruh dialek
tempatan dalam penguasaan bahasa (Abd. Aziz Abd. Talib, 2000). Hal ini
disebabkan struktur bahasa Cina berbeza dengan Bahasa Malaysia.
Selain itu, terdapat juga murid yang lemah dan berada pada tahap minimum dalam
penulisan. Murid kurang mampu untuk mengarang dengan baik tanpa bantuan
guru. Ini berlaku terutamanya bagi karangan berbentuk fakta dan karangan
berbentuk naratif. Pemeriksaan terhadap beberapa buah karangan yang ditulis oleh
murid dalam ujian di sekolah memperlihatkan bahawa pencapaian dalam penulisan
karangan murid-murid tersebut tidak mencapai tahap yang memuaskan. Mereka
kekurangan idea untuk menghasilkan karangan. Kemahiran penulisan dalam
kalangan murid bukan Melayu kurang memuaskan dari segi ejaan, pemilihan kata
(diksi), kosa kata, struktur ayat, jenis ayat dan sebagainya.
Kelemahan murid dalam penulisan karangan juga tidak dapat dinafikan dengan
kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar menulis dalam kelas. Kaedah
pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang
membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam

tesis
Download this Document for FreePrintMobileCollectionsReport Document
3924a9fd986c79

doc

This is a private document.

Info and Rating

0 5 false false 0

dan
bahasa cina
faridah serajul
dalam bahasa
kajian
kemahiran

1
Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam Penulisan Cerita
Dr. Adenan Ayob
Universiti Malaysia Sabah
adenanayob@yahoo.com
Abstrak
Beberapa buah universiti awam di negara ini telah membuka peluang kepada pelajar antarabangsa untuk
mengikuti kursus teras Bahasa Melayu. Pelaksanaan kursus berkenaan telah menyebabkan teknik
pengajaran dan pembelajaran di universiti-universiti awam tempatan yang berkenaan telah mengalami
banyak perubahan kerana wujudnya kemajuan dalam bidang komputer. Berdasarkan senario tersebut,
teknik pengajaran dan pembelajaran perlu dipelbagaikan untuk memastikan pencapaian pelajar tersebut
dalam penulisan cerita bahasa Melayu meningkat. Justeru, kajian dilakukan untuk meninjau kesan
penggunaan peta minda interaktif bagi pelajar yang mengambil kursus Bahasa Melayu Tahap Dua dengan
berdasarkan aspek pencapaian. Kajian ini dijalankan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti
Malaysia Sabah yang melibatkan 60 orang pelajar antarabangsa China sebagai sampel. Kaedah kuasi-
eksperimen dilakukan untuk membandingkan pencapaian pelajar sebelum dan selepas rawatan. Masing-
masing kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen dan kawalan mengandung 30 orang pelajar. Kumpulan
eksperimen diajar dengan menggunakan teknik peta minda interaktif, manakala kumpulan kawalan diajar
dengan menggunakan teknik konvensional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik peta minda
interaktif berkesan kepada pelajar dengan berpandukan pada peningkatan dalam pencapaian penulisan
mereka. 2
1. Pengenalan

Kursus Bahasa Melayu adalah wajib bagi semua pelajar antarabangsa di Universiti Malaysia Sabah
(UMS). Mereka perlu melalui kursus teras Bahasa Melayu Tahap 1, kod UM00102, Tahap 2, kod
UM00202 dan Tahap 3, kod UM00302.
Jelasnya, kursus Bahasa Malaysia ini ditawarkan oleh UMS adalah untuk memperkenalkan kepada
pelajar antarabangsa sebagai bahasa tambahan atau bahasa kedua atau bahasa ketiga mereka. Dalam
tahap ini, pelajar akan didedahkan dengan penulisan asas, seperti cerita. Kesemua topik adalah
berpandukan pendekatan komunikasi dengan berfokus kepada kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Tema-tema yang sesuai digunakan untuk mendekatkan pelajar dengan budaya
berbahasa di Malaysia. Kelangsungan daripada pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan
diserapkan tentang asas penulisan tersebut yang meliputi penggunaan ayat tunggal dan majmuk.
Selain itu, aspek peribahasa juga diajar untuk menambahkan pengetahuan pelajar berdasarkan topik-
topik yang disediakan.
Terdapat lapan objektif asas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam Bahasa
Melayu Tahap 1 dan Tahap 2. Objektif berkenaan adalah untuk:
i. Mengaplikasikan asas penggunaan ayat dalam kegunaan seharian;
ii. Membaca beberapa perkataan, frasa dan ayat dengan lancar;
iii. Mengaplikasikan bahasa ini dalam budaya seharian;
iv. Membina ayat-ayat berstruktur mudah;
v. Menunjukkan pengetahuan tentang hukum-hukum bahasa yang asas; 3
vi. Bertutur dengan lancar; dan
vii. Menggunakan bahasa Melayu secara kreatif dalam penulisan cerita.
Dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif tersebut, pengukuran tentang kemampuan pelajar
untuk menguasai penulisan cerita adalah penting demi memastikan sama ada mereka benar-benar
dapat menguasainya ayat dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis cerita.
Berdasarkan keputusan ujian topikal tentang topik penulisan asas cerita dalam Kursus Bahasa
Melayu Tahap 1, hanya 20% pelajar yang dapat menguasai aspek berkenaan dengan baik, manakala
80% pelajar memperoleh pencapaian yang sederhana. Kesemua pelajar yang mencapai tahap
sederhana ini terdiri daripada pelajar-pelajar antarabangsa China. Kedudukan tersebut wajar dilihat
secara serius, malah strategi berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran perlu difikirkan.
2. Pernyataan Masalah

Terdapat golongan yang mencetuskan keadaan untuk melihat kegagalan pelajar antarabangsa China
menguasai penulisan dari pelbagai sudut secara lebih objektif. Berdasarkan kajian mendalam, punca
dikesan daripada penggunaan teknik yang tidak sesuai. Sebilangan besar pelajar sukar mengenal pasti
penulisan cerita adalah kesan daripada penggunaan teknik yang konvensional (Vygotsky, 2006).
Menurut (Barton, 2006), kesan daripada situasi ini menyebabkan tumpuan pelajar terjejas. Ini
menimbulkan gejala- gejala berikut:
i. Pelajar tidak berminat untuk mengikuti kursus.
ii. Pelajar sukar mendapat markah yang tinggi. 4
iii. Pelajar mengikuti kursus adalah semata-mata untuk lulus peperiksaan dan bukan cenderung ke
arah menguasai penulisan.
Kelemahan daripada penggunaan teknik pengajaran yang tidak sesuai turut mengekang keseluruhan
pencapaian pelajar. Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2007) pula, teknik pengajaran konvensional
secara syarahan yang berpandukan buku teks, buku latihan topikal dan nota pensyarah masih menjadi
amalan. Ini juga menyebabkan topik menjadi tidak menarik, di samping menjadikan pelajar tidak
dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran penulisan. Ismail Zin (2006) menyatakan bahawa
masalah pengajaran yang kurang memberikan penekanan kepada unsur pemetaan minda dalam
sesuatu teknik telah menyebabkan pelajar tidak bersedia untuk belajar. Oleh itu, teknik peta minda
interaktif yang sesuai, berdasarkan strategi pengajaran bahasa yang lebih berkesan perlu
diperkenalkan.
Justeru, kajian ini cuba meninjau pencapaian pelajar yang menggunakan teknik peta minda interaktif
dan konvensional dalam penulisan cerita. Kesan penggunaan kedua-dua teknik dari aspek pencapaian
kemudiannya dibandingkan.
3. Soroton Literatur

Komputer merupakan salah satu daripada alat bantu siber. Kemampuannya adalah berdasarkan pada
fungsi maya. Kesesuaiannya dengan pencapaian pula boleh menggerakkan keaktifan penggunaan
teknik secara mantap dalam pengajaran bahasa. Komputer membantu pelajar untuk meningkatkan
pencapaian menerusi penggunaan teknik yang sistematik dan berpusatkan pelajar. Secara relatifnya,
pencapaian yang diperoleh pelajar adalah daripada kesan-kesan lain yang bercambah (Doyle, 2007).
Menurut Abdul Rahman Daud (2006), dapatan secara keseluruhan kajian yang dijalankan oleh
pensyarah Universiti Terbuka Malaysia tentang kesan teknik interaktif berasaskan peta konsep dalam
penulisan karangan. Kajian yang berkisar kepada 5
penggunaan komputer dalam kalangan guru beberapa buah sekolah menengah harian biasa
menunjukkan bahawa pelajar mudah menguasai aspek penulisan, selain tidak mengelirukan
pemikiran mereka. Usaha tersebut juga dapat membantu mereka untuk menjadikan suasana kelas
lebih aktif dan kreatif. Pensyarah atau guru yang terlibat dalam penggunaan teknik tersebut bersikap
positif terhadap kepentingan untuk memanfaatkan teknologi terkini dalam pendidikan, seperti berasa
seronok dan yakin. Ini seterusnya menolak tanggapan bahawa penggunaan teknik peta minda
interaktif berasaskan komputer boleh merumitkan proses penguasaan bahasa di dalam bilik kuliah
atau bilik darjah. Hasil kajian tersebut juga mendapati mereka tidak bersetuju bahawa teknik
konvensional dalam pengajaran bahasa lebih baik daripada penggunaan teknik peta konsep interaktif.
Hampir keseluruhan responden dalam kajian berkenaan mengaku berminat dengan pengajaran
apabila teknik berkenaan diaplikasikan.
Fungsi penggunaan sesuatu teknik interaktif dalam pengajaran penulisan adalah untuk menyokong
semua program pembangunan akademik serta mendedahkan beberapa kelebihan yang diperoleh.
Daripada kajian Saree (2006), penggunaan teknik interaktif dalam pengajaran penulisan
memudahkan pensyarah atau guru untuk menarik minat dan tumpuan pelajar terhadap sesuatu topik,
selain meningkatkan pencapaian. Daripada kajian Saree juga, didapati bahawa penggunaan teknik
interaktif tersebut dapat memberikan sumbangan bermakna kepada pensyarah atau guru untuk
meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam sesuatu konsep penulisan. Kaedah kuasi-eksperimen
dilakukan bagi 30 orang pelajar, masing-masing ditentukan dalam kumpulan eksperimen dan
kawalan. Kajian eksperimen berkenaan dijalankan selama lapan jam. Beliau menggunakan
pendekatan bacaan menerusi teknik campuran, iaitu mengenal rujukan kerana mengetahui pelajar
menyukai sesuatu yang dapat menarik perhatian dalam tatabahasa. Kajian menekankan cara-cara
pelajar menguasai bahasa dalam penulisan daripada penggunaan bank perkataan. Pelajar juga tertarik
dengan kreativiti multimedia yang wujud serta kelainannya dalam pembelajaran.
Berpandukan penggunaan teknik interaktif dalam penulisan, paparan pada skrin merupakan
mekanisme yang sangat sinonim atau berkait rapat dengan keperluan pelajar 6
untuk mencorak dan menjana minda. Di samping itu, objek kumpulan ayat yang interaktif dapat
mewujudkan pengalaman pantas pelajar untuk turut serta dalam pembelajaran. Oleh itu, pelajar
bukan sahaja menyerap pengetahuan konsep penulisan daripada penggunaan teknik interaktif
berkenaan menerusi paparan pada skrin, malah berupaya mendapatkan sumber maklumat yang
berbagai-bagai menerusi menu tambahan yang disediakan. Doyle (2007) secara ringkas
mendefinisikan kepandaian dan kemampuan seseorang pelajar memperoleh maklumat berasaskan
penggunaan sesuatu teknik berasaskan komputer dalam penulisan adalah untuk menambahkan ilmu
pengetahuan, mengenal pasti ketepatan sumber maklumat, menilai kualiti maklumat, tahu
menguruskan maklumat dan menggunakan maklumat secara lebih efektif.
Teknik interaktif yang digunakan juga dapat memberikan kemudahan yang pelbagai kepada pelajar.
Bahan pembelajaran yang disimpan dalam komputer, terutamanya dalam komputer pelayan boleh
sentiasa dikemaskini dan diakses oleh pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa banyak penyelidik
yang terlibat dalam menjalankan kajian terhadap keberkesanan penggunaan teknik interaktif dalam
penulisan telah mendapati hasil keputusannya adalah memberangsangkan pencapaian pelajar.
Kesannya, penggunaan teknik peta minda interaktif semakin digemari dan turut berkembang luas di
institusi-institusi pendidikan.
Dari sudut yang lain, kesannya adalah dalam melibatkan usaha pelajar secara aktif dalam
pembelajaran yang merupakan salah satu komponen penting untuk berjaya menguasai penulisan.
Bagi faedah lain pula, konteks pembelajaran tulen yang melibatkan penyelesaian masalah sebenar
akan mudah tercetus. Dalam kalangan pelajar juga, wujud semangat bertanggungjawab dan
berinisiatif untuk belajar secara kendiri dalam membentuk sesuatu kemahiran. Perbincangan yang
aktif antara sesama pelajar menjadi pemangkin erat dalam pembelajaran. Selain itu, strategi
pembelajaran berasaskan komputer dapat membentuk dan menilai kemahiran sebenar pelajar untuk
menguasai penulisan. 7
Teknik interaktif dalam bahasa turut memberikan impak terhadap kecerdasan pelajar. Menurut
Dickey (2006), pensyarah atau guru bukan sahaja mengalami suatu perubahan yang besar dalam
menyampaikan isi pelajaran, tetapi juga dari segi pergerakan objek atau atau perkataan ayat. Dickey
menegaskan bahawa strategi, pendekatan, kaedah dan teknik perlu tersusun mengikut kehendak
sukatan supaya daya intelek pelajar dapat dilonjakkan pada tahap yang terbaik. Dalam hal ini, pelajar
bijak untuk mengkategorikan input, di samping mengaplikasikannya dalam pelajaran.
Kecerdasan pelajar ialah hasil utama pembelajaran yang berasaskan rangkaian (Harasim, 2006). Ini
bermakna bahawa pelajar melibatkan diri secara langsung dalam proses berbahasa. Ini juga bermakna
bahawa selain mendapatkan maklumat secara verbal dan visual, pelajar menerima maklumat tersebut
berdasarkan tahap kecerdasan. Pelajar yang cerdas mampu meletakkan tanggungjawab untuk
menguruskan pembelajaran, selain berjaya menyesuaikannya dengan pelbagai gaya pembelajaran
(Dodge, 2006).
Menurut Abtar (2007), penggunaan teknik interaktif berjaya memupuk kecerdasan minda pelajar
untuk meningkatkan pencapaian dalam penulisan. Kecerdasan diukur berpandukan beberapa ciri.
Ciri-ciri tersebut dapat disenaraikan seperti berikut:
i. Pelajar menentukan beberapa aktiviti pembelajaran.
ii. Semua pelajar terlibat untuk membina pengetahuan.
iii. Pelajar berbincang tentang idea dengan rakan secara berkumpulan.
iv. Pelajar meminta bantuan apabila menghadapi masalah.
v. Pelajar menyemak sendiri tentang kemajuan yang dicapai. 8
Tahap kecerdasan yang tinggi meletakkan pelajar dalam situasi yang memaksa mereka untuk
meningkatkan kualiti penulisan, pertuturan, pendengaran, pemikiran mendalam dan penguasaan
bahasa secara mantap (Jafari, 2006). Menurut Jafari juga, penggunaan sesuatu teknik berasaskan
komputer dalam bahasa berfungsi sebagai penyokong dan penggalak revolusi pendidikan untuk
membentuk persekitaran pembelajaran baharu yang berasaskan prinsip rajin belajar.
Berdasarkan pendapat Dodge (2006), terdapat sekurang-kurangnya tiga faktor teknik interaktif dalam
pengajaran penulisan dianggap wahana yang memberangsangkan pelajar. Pertama, kesan interaktif
multimedia memberikan pilihan kepada pelajar untuk menguji kecerdasan fikiran. Kedua, teknik
berkenaan memecahkan tembok yang menghubungkan pelajar dengan dunia luar. Ketiga pula,
pengetahuan pelajar akan terbina dengan sendirinya berasaskan pengalaman yang diraih, terutamanya
dalam melayari internet atau laman-laman web bahasa yang lain.
Pembelajaran yang berlaku di dalam bilik kuliah atau bilik darjah akan menjadi lebih menarik
dengan adanya bahan-bahan dan idea-idea baharu daripada teknik yang interaktif. Menurut Shih dan
Gamon (2006), pelajar boleh berfikir dengan lebih matang dan bermotivasi tinggi untuk
menggunakan strategi penulisan cerita mengikut penggunaan perkataan yang matang. Secara tidak
langsung, unsur interaktif berupaya mengubah diri pelajar supaya lebih bersedia, selain memiliki
kekayaan ilmu pengetahuan, pengalaman dan tatacara untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam
proses penulisan.
Walau bagaimanapun, dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar, beberapa kajian yang
berkaitan dengan kognitif pembelajaran mendapati bahawa keberkesanan penggunaan teknik
interaktif dalam penulisan cerita bergantung pada jenis dan tahap aktiviti kognitif dan metakognitif
dalam suasana pembelajaran yang kondusif (Oliver, 2006); interaksi sosial dan kognitif dalam
pembelajaran (Fadzilah & Wan Hussain, 2007) dan strategi-strategi kognitif. Strategi-strategi
kognitif bergantung (Hill, 2007) pula pada:
i. Orientasi mengesan maklumat pengetahuan. 9
ii. Pengetahuan metakognitif dalam memilih maklumat.
iii. Keberkesanan kendiri dalam menilai keupayaan pemikiran.
iv. Pengetahuan menggunakan alat dalam pembelajaran.
v. Pengetahuan sedia ada tentang mata pelajaran berkaitan.
Terdapat banyak contoh persekitaran penggunaan teknik interaktif dalam pembelajaran pada ketika
berlangsungnya proses untuk mengenali unsur dan struktur ayat. Selain melibatkan pembelajaran
aktif pelajar ketika menggunakan sumber-sumber maklumat, penggunaannya juga telah berjaya
melonjakkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Contohnya ialah “Dunia Geosaintis” dalam
WebClen dan “Archeotype” dalam WebQuest. Menurut Dodge (2006), WebQuest ialah satu teknik
interaktif yang digunakan untuk melibatkan usaha pelajar dalam mengenal pasti sesuatu jenis ayat
yang sesuai digunakan dalam penulisan.
Pencapaian pelajar juga terbukti daripada pembelajaran interaktif yang menyeronokkan. Dillenbourg
(2006) menerangkan bahawa pelajar membahagikan kerja dengan cara menyelesaikan peringkat-
peringkat pemahaman secara individu. Kemudiannya menggabungkan keputusan-keputusan supaya
menjadi output terakhir. Dalam keseronokan belajar, pelajar membuat tugasan dan berbincang
bersama-sama. Hakkinen (2006) pula berpendapat bahawa penggunaan istilah keseronokan dalam
pembelajaran boleh saling bertukar. Pelajar memerlukan lebih pembahagian kerja yang licin dan
terurus.
Keseronokan belajar adalah berbeza dari segi pendekatan dan teknik-teknik. Walau bagaimanapun,
kedua-duanya mempunyai banyak kesamaan dalam membantu pencapaian pelajar. Matthews (2006)
telah mengenal pasti kesamaan-kesamaan tersebut. Antara kesamaan-kesamaan ialah membabitkan
mod efektif, aktiviti berkumpulan, 10
pembinaan kemahiran, perkongsian pengalaman dan tanggungjawab. Antara kesamaan-kesamaannya
pula adalah:
i. Mod pembelajaran yang seronok, efektif dan menerima maklumat secara aktif.
ii. Mengajar dan belajar merupakan pengalaman yang dikongsi bersama antara pensyarah atau guru
dengan pelajar.
iii. Mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan kecil untuk membina kemahiran berfikir aras tinggi
dan menggalakkan keupayaan untuk menggunakan pengetahuan yang luas.
iv. Menerima tanggungjawab sebagai individu untuk belajar dan pada masa yang sama sebagai ahli
kumpulan yang boleh menggalakkan pembangunan intelek.
Menurut Johnson (2006), lebih daripada 120 kajian telah membandingkan kesan penggunaan teknik
interaktif dalam aspek bahasa yang membabitkan keseronokan belajar. Dalam kajian-kajian yang
telah dilakukan, pencapaian pelajar menggalakkan motivasi belajar, lebih kerap menggunakan proses
kognitif seperti pemikiran tinggi, metakognisi, membuat rangkaian dan boleh mengekalkan
kemahiran.
Terdapat juga empat komponen penting tentang tindakan dalam pengalaman secara disengajakan
(Mason, 2006). Komponen-komponen membabitkan tatacara menyusun pengalaman supaya hala tuju
pelajar dalam bahasa lebih berfokus. Tumpuan adalah kepada aspek pencapaian. Komponen-
komponen tersebut adalah seperti di bawah:
i. Refleksi yang sistematik terhadap penggunaan teknik dalam penulisan.
ii. Mengenal pasti pilihan isi.
iii. Persediaan dan pemerhatian terhadap kualiti pemahaman konsep penulisan. 11
iv. Pengesahan perolehan pengetahuan untuk dihuraikan.
Refleksi yang sistematik melibatkan tindakan yang ringkas seperti mengingat semula perkara yang
berlaku dan mencari aliran yang mempunyai persamaan dan perbezaan. Mencari pola dalam
pernyataan bahasa memerlukan pemerhatian dan disiplin. Perkara yang menimbulkan masalah
kepada pelajar adalah tidak dapat melihat perkaitan antara sesuatu konsep dengan sesuatu konsep
yang lain, terutamanya dalam aspek pembinaan ayat yang interaktif. Dengan melakukan refleksi,
mengenal pasti dan melihat perkaitan dalam sesuatu masalah boleh mewujudkan pengalaman yang
memotivasikan kesungguhan pelajar untuk terus berusaha memperoleh tahap pencapaian terbaik.
Kewajarannya adalah untuk meningkatkan sesuatu hasil pemahanan daripada penggunaan teknik
interaktif.
4. Objektif Kajian

Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk membandingkan penggunaan teknik peta minda interaktif
dengan penggunaan teknik konvensional dalam penulisan cerita. Objektif khusus kajian adalah
untuk:
i. Meninjau sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pra kumpulan yang
menggunakan teknik peta minda interaktif dengan kumpulan yang menggunakan teknik
konvensional dalam penulisan cerita.
ii. Meninjau sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pasca kumpulan yang
menggunakan teknik peta minda interaktif dengan kumpulan yang menggunakan teknik
konvensional dalam penulisan cerita.
5. Soalan Kajian
12
Untuk meninjau pencapaian kumpulan sebelum dan selepas menggunakan teknik peta minda
interaktif dan konvensional dalam penulisan cerita, beberapa soalan kajian dikenal pasti. Soalan
kajian adalah seperti berikut:
i. Apakah min skor ujian pra dan pasca kumpulan eksperimen dan kawalan dalam penulisan cerita?
ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor ujian pra antara kumpulan eksperimen
dengan kawalan?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor ujian pasca antara kumpulan
eksperimen dengan kawalan?
6. Kepentingan Kajian

Kajian ini amat bermanfaat kepada beberapa pihak, khususnya universiti untuk meneliti kajian
perbandingan ini secara menyeluruh yang membabitkan penggunaan teknik peta minda interaktif
untuk menyerapkannya sebagai panduan kepada pensyarah dan bakal guru dalam pengajaran dan
pembelajaran penulisan. Kajian ini turut memberikan input sampingan tentang penggunaan teknik
peta minda interaktif dalam aspek pencapaian. Dengan ini, pensyarah atau guru akan dapat
menghindarkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar, seperti pengetahuan tentang
penggunaan dan pengenalpastian ayat dalam penulisan dengan berpandukan panduan yang tepat dan
betul.
Dapatan yang positif daripada kajian ini mendorong pelajar antarabangsa supaya lebih berminat
mengikuti pembelajaran berasaskan komputer. Pelajar juga dapat menguasai penulisan cerita
berlandaskan konsep-konsep yang mudah dan lengkap.
Kajian ini turut dilakukan untuk menyokong pihak universiti dalam program latihan mengajar yang
tentunya memerlukan penggunaan sesuatu teknik yang interaktif 13
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa lain, seperti bahasa Inggeris. Dapatan yang positif
daripada kajian ini begitu penting untuk meyakinkan pelajar dalam menggunakan teknik berkenaan
dalam kursus-kursus bahasa yang lain.
Hasil kajian ini turut memudahkan pelajar antarabangsa untuk membuat penilaian tentang tahap
penguasaan mereka dalam penulisan cerita yang melibatkan pengetahuan terhadap penstrukturan
ayat. Justeru, pelajar juga didorong untuk terus berusaha dalam meningkatkan tahap penguasaan
yang berkaitan. Usaha ini turut memberikan panduan kepada pelajar antarabangsa untuk memperoleh
kelulusan yang terbaik dalam bahasa Melayu, selain membantu pencapaian keseluruhan dalam
peperiksaan.
Kajian ini juga pada umumnya menyumbang kepada perkembangan pengajaran dan pembelajaran
semasa, khususnya yang digunakan dalam bahasa Melayu. Kemungkinan juga boleh diserapkan
kepada kursus lain yang bukan bahasa atau berkaitan. Secara realitinya, pelajar mengutamakan
penggunaan teknik interaktif. Sehubungan itu, sudah pastilah penggunaan teknik seperti ini menjadi
salah satu daripada keperluan mereka dalam menghadapi proses pembelajaran alaf baharu ini.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat ditingkatkan kualitinya jika
terdapat teknik yang begitu sesuai digunakan untuk membantu pensyarah atau guru semasa sesi
pengajaran dikendalikan. Penggunaan teknik yang berkesan adalah berdasarkan pada ciri mesra
pengguna, praktikal dan mudah. Oleh yang demikian, teknik tersebut berupaya memanfaatkan pelajar
dalam pembelajaran bahasa pada amnya.
Dengan adanya kajian ini juga, diharapkan supaya sedikit sebanyak kewujudannya membantu
perancang dan penggubal dasar dalam kalangan pensyarah dan guru di institusi-institusi pengajian
tinggi dan di institusi-institusi pendidikan menengah dan rendah dalam menentukan penggunaan
teknik interaktif berasaskan komputer yang sesuai dan sistematik. Hasratnya adalah untuk mencapai
aspirasi dalam membestarikan bidang pengajaran dan pembelajaran. 14
7. Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan sampel yang terdiri daripada pelajar Kursus Bahasa Melayu Tahap 2, Pusat
Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. Pelajar yang terlibat tetap berada di dalam
kelas sedia ada yang ditetapkan atau berada dalam intact group dan terdapat beberapa persamaan ciri,
iaitu umur, aliran kursus dan pencapaian. Menurut Cook dan Campbell (1979), jika persampelan
secara rawak tidak dilakukan, intact group sesuai digunakan dalam sesuatu reka bentuk kuasi-
eksperimen. Oleh itu juga, dapatan kajian ini terbatas kepada sampel yang dikaji serta tidak dapat
digeneralisasikan kepada populasi lebih besar. Dengan kata lain, fokus kajian ini adalah untuk
meninjau sama ada terdapat perbezaan dalam min skor ujian pra dan pasca antara pelajar yang diajar
dengan menggunakan teknik peta minda interaktif dan konvensional. Justeru, untuk membolehkan
dapatan kajian ini digeneralisasikan kepada populasi yang lebih besar, replikasi bagi kajian ini perlu
dilakukan.
Kajian ini hanya dapat membentangkan penggunaan teknik peta minda interaktif dan konvensional
dalam penulisan cerita. Pengkaji memilih penggunaan teknik konvensional berasaskan papan tulis,
pen dan buku teks.
8. Definisi Operasional

Terdapat beberapa definisi operasional dalam kajian ini. Definisi tersebut adalah seperti berikut:
Teknik Interaktif
Interaktif berasaskan komputer adalah seni penghasilan objek bergerak yang merupakan sebahagian
daripada bidang komputer grafik dan multimedia. Keinteraktifan semakin banyak dihasilkan melalui
grafik komputer 3D. 15
Teknik peta minda interaktif diperkenalkan dengan berdasarkan reka bentuk yang dibangunkan
secara khusus untuk digunakan pelajar dalam penulisan cerita. Teknik ini menggunakan asas perisian
Flash. Teknik ini juga dipaparkan dalam bentuk slaid. Panduan dan arahan dalam setiap slaid
disediakan untuk memudahkan pelajar menggunakannya.
Teknik Konvensional
Teknik konvensional ialah penerangan oleh pensyarah tentang topik yang diajar. Pelajar
menggunakan buku nota untuk menyalin isi-isi pelajaran tentang topik penulisan cerita.
Ujian Pra
Ujian ini ditadbirkan oleh pengkaji untuk meninjau pencapaian pelajar dalam penulisan cerita,
sebelum dan selepas menggunakan teknik. Dalam kajian ini, soalan ujian pra menghendaki pelajar
menyediakan 50 patah perkataan bagi sebuah kumpulan cerita mengikut tema yang diberikan. Ujian
dijalankan selama satu jam. Ujian pra dioperasionalisasikan dalam bentuk skor.
Ujian Pasca
Ujian ini ditadbirkan oleh pengkaji untuk meninjau pencapaian pelajar dalam penulisan cerita
sebelum dan selepas menggunakan teknik. Dalam kajian ini, soalan ujian pasca juga menghendaki
pelajar menyediakan 50 patah perkataan bagi sebuah kumpulan cerita mengikut tema yang diberikan.
Ujian dijalankan selama satu jam. Ujian pasca juga dioperasionalisasikan dalam bentuk skor.
Penulisan Cerita
Dalam konteks yang khusus, penulisan cerita dilihat dari sudut kerangka isi, bahasa dan pengolahan.
Isi yang diperlukan ialah tiga. Bahasa dilihat dari aspek perkataan, frasa dan struktur ayat.
Pengolahan pula diteliti dari segi susunan, pemerenggan, kohesi dan wacana. Pengetahuan dan
penguasaan dalam penulisan cerita juga meliputi aspek budaya dan kebudayaan. 16
9. Metodologi

Kaedah Eksperimen
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen. Menurut Campbell dan Stanley (1979), reka
bentuk ini sesuai digunakan untuk meninjau pencapaian kumpulan berdasarkan ujian pra dan pasca.
Subjek Kajian
Subjek kajian terdiri daripada 60 orang pelajar antarabangsa China, Pusat Penataran Ilmu dan
Bahasa, Universiti Malaysia Sabah yang mengambil kursus Bahasa Melayu Tahap 2. Mereka diundi
dalam kumpulan eksperimen dan kawalan, masing-masing 30 orang pelajar dalam satu kumpulan.
Subjek mempunyai ciri-ciri latar belakang yang sama dari segi kelulusan, umur dan aliran yang
diambil.
Lokasi Kajian
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa dipilih kerana hanya pusat tersebut yang menawarkan kursus
berkenaan. Pusat tersebut juga mempunyai kemudahan makmal komputer yang lengkap. Pelajar
antarabangsa China yang dipilih juga berkemahiran dalam multimedia interaktif yang berasaskan
komputer.
Rawatan
Penulisan Cerita
Bagi topik ini, pelajar didedahkan dengan setiap golongan ayat. Kemampuan pelajar berfokus kepada
pembinaan ayat tunggal dan kompleks. Pelajar juga menerima pendedahan tentang penggunaan
sesuatu jenis ayat, sama ada ayat aktif dan pasif. Pengenalan ini hanya berfokus kepada penggunaan
ayat yang digunakan seharian yang meliputi pelbagai tema, seperti budaya, kebudayaan, pendidikan,
kekeluargaan, kemasyarakatan, ekonomi dan sukan. 17
Daripada penggunaan teknik peta minda interaktif, pelajar mempelajari pembentukan ayat paling
asas hingga kompleks dengan berdasarkan setiap golongan ayat. Unsur interaktif, sama ada dalam
bentuk perkataan atau ayat dijadikan medan pengeksploitasian penulisan. Penekanan dalam teknik ini
juga disesuaikan dengan pemikiran konkrit pelajar untuk mengenali penulisan cerita secara
bersepadu yang berkisar kepada kehidupan dan alam persekitaran. Misalannya, pelajar mudah
mengingati struktur ayat apabila isi dan konsepnya disesuaikan dengan bantuan peta minda interaktif.
Sampel Teknik Peta Minda Interaktif 18
10. Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian pra dan pasca. Ujian pra dijalankan sebelum
rawatan, manakala ujian pasca diadakan selepas rawatan.
Ujian Pra dan Pasca
Dalam kajian ini, pelajar dikehendaki menyediakan 50 perkataan bagi sebuah kumpulan cerita
menerusi tema tertentu, seperti budaya, kebudayaan, makanan, kenderaan dan tumbuh-tumbuhan,
masing-masing bagi ujian pra dan pasca. Pada kertas soalan ujian pra dan pasca yang diedarkan
kepada pelajar, dinyatakan bersama arahan soalan. Pelajar dikehendaki menjawab soalan-soalan
ujian pra dan pasca, masing-masing selama satu jam. Jawapan ujian pra dan pasca diperiksa sendiri
oleh pengkaji. 19
11.Prosedur Kajian
Untuk mengumpulkan data kajian ini, ujian pra dan pasca dijalankan, masing-masing berlangsung
selama satu jam. Sebelum didedahkan dengan rawatan, ujian pra diadakan bagi pelajar. Selepas sesi
rawatan berakhir, ujian pasca pula diadakan. Semua ujian ditadbirkan oleh pengkaji.
12.Analisis Data
Data yang diperoleh daripada ujian pra dan pasca dianalisis dengan menggunakan program SPSS
(Statistical Package for Social Sciences) versi 16.0 Statistik deskriptif digunakan untuk
menghuraikan pencapaian pelajar. Statistik inferensi pula digunakan oleh pengkaji untuk menjawab
soalan-soalan kajian. Jawapan bagi soalan-soalan kajian melibatkan skor ujian pra dan pasca.
Kedudukan signifikan antara skor ujian pra dan pasca bagi setiap kumpulan ditentukan menerusi
perbandingan min dan ujian-t dua sampel bersandar pada aras signifikan 0.05.
13.Dapatan Kajian
Latar Belakang Demografi Pelajar
Subjek kajian ini ialah 60 orang pelajar antarabangsa China yang mengambil kursus Bahasa Melayu
Tahap 1. Jadual 1 menunjukkan taburan jantina dan gred ujian topikal Bahasa Melayu Tahap Satu.
Jadual 1: Taburan Jantina, Umur dan Gred Ujian Topikal
Bahasa Melayu Tahap 1 20
Kumpulan Jantina Umur Gred Ujian Topikal Tahap Satu
(n=30) (n=30)
L P 17 18 19 A A- B+ B B- C+ C C- D
Eksperimen 16 15 19 5 6 3 30
Kawalan 14 15 5 5 20 3 24
30 30 24 10 26 6 54
Jadual 1 menunjukkan pelajar lelaki kumpulan eksperimen ialah 16 orang dan perempuan ialah 15
orang. Bagi kumpulan kawalan pula, pelajar lelaki adalah 14 orang dan perempuan adalah 15 orang.
Pelajar kumpulan eksperimen yang memperoleh gred B ialah 3 orang dan gred C ialah 30 orang.
Manakala itu, pelajar kumpulan kawalan yang memperoleh gred B adalah sama bilangannya, tetapi
yang memperoleh gred C adalah sebanyak 24 orang. 21
Apakah skor min ujian pra dan pasca kumpulan eksperimen dan kawalan dalam penulisan
cerita?
Skor min dan sisihan piawai ujian pra dan ujian pasca tersebut dikenal pasti sebelum ditinjau
perbezaannya. Skor min dan sisihan piawai ujian pra dan ujian pasca adalah berdasarkan Jadual 2
berikut:
Jadual 2: Skor Min dan Sisihan Piawai Ujian Pra dan Pasca Kumpulan
Eksperimen dan Kawalan
Kumpulan Eksperimen Kumpulan Kawalan
Ujian (N=15) (N=15)
Skor Min SP Skor Min SP
Pra 56.37 6.12 56.03 6.09
Pasca 82.70 9.64 58.22 6.86
SP = Sisihan Piawai
Jadual 2 menunjukkan bahawa skor min ujian pra kumpulan eksperimen ialah 56.37 (SP=6.12). Skor
min ujian pasca pula ialah 82.70 (SP=9.64). Bagi kumpulan eksperimen, perbezaan skor min ujian
pra dan pasca ialah 26.33. Skor min ujian pra kumpulan kawalan pula adalah 56.03 (SP = 6.09),
manakala skor min ujian pasca adalah 58.22 (SP = 6.86). Bagi kumpulan kawalan, perbezaan skor
min ujian pra dan pasca ialah 2.19. 22
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pra kumpulan eksperimen dan
kawalan?
Ujian-t dua sampel bersandar dilakukan untuk meninjau sama ada terdapat perbezaan yang signifikan
dalam skor ujian pra kumpulan eksperimen dan kawalan. Keputusan ujian-t ditunjukkan dalam
Jadual 3.
Jadual 3: Perbandingan Ujian Pra dalam Pengenalan Perkataan
Asas antara Kumpulan Eksperimen dan Kawalan
Kumpulan Min SP t Sig.
Eksperimen 56.37 6.12 12.0 .07**
Kawalan 56.03 6.09
*p < .05 SP = Sisihan Piawai
Dalam Jadual 2 di atas, keputusan menunjukkan t (29) = 12.0, p < .05. Ini memaparkan bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pra kumpulan eksperimen dan kawalan sebelum
rawatan. 23
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pasca kumpulan eksperimen dan
kawalan?
Jadual 4: Perbandingan Ujian Pasca dalam Penulisan Cerita antara Kumpulan Eksperimen
dan Kawalan
Kumpulan Min SP t Sig.
Eksperimen 82.70 9.64 -26.0 .006**
Kawalan 58.22 6.86
*p < .05 SP = Sisihan Piawai
Daripada Jadual 4 di atas, keputusan menunjukkan t (29) = -26.0, p < .05. Ini menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pasca kumpulan yang diajar dengan menggunakan
teknik peta minda interaktif dengan kumpulan yang diajar dengan menggunakan teknik konvensional
dalam penulisan cerita.
14. Perbincangan
Perbincangan adalah berkisar kepada dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan dalam penulisan cerita antara kumpulan eksperimen dan kawalan. 24
Berpandukan dapatan tersebut juga, kemungkinan meningkatnya pencapaian dalam penulisan cerita
dikesan pada ciri-ciri utama penggunaan teknik peta minda interaktif. Antaranya, teknik yang
digunakan bersifat aktif, mengandung elemen multimedia, tidak bergantung kepada jarak, masa dan
platform komputer, penerbitan secara elektronik serta dikawal oleh pelajar. Dapatan kajian ini adalah
sejajar dengan teori Piaget, iaitu pencapaian pelajar meningkat apabila suasana dan elemen-elemen
pembelajaran yang lengkap mencetuskan peluang kepada pelajar untuk menimba pengetahuan
(Inhelder & Piaget, 1958).
Keputusan kajian ini juga menyokong keputusan Khan (2006) yang menyatakan bahawa penggunaan
teknik peta minda interaktif mempunyai keupayaan dalam menyediakan persekitaran yang bernilai
global, demokratik, interaktif dan berpotensi dalam menggiatkan usaha pelajar untuk berfikir dalam
meningkatkan pencapaian. Berkisar pada pendapat Dodge (2006) pula, terdapat dua faktor bahawa
penggunaan teknik peta minda interaktif dianggap wahana yang memberangsangkan pelajar.
Menurut beliau, komputer memberikan pilihan kepada pelajar untuk menguji kecerdasan fikiran.
Cara ini berkemampuan meningkatkan kebijaksanaan dan kemampuan pelajar. Doyle (2007) secara
ringkas pula mendefinisikan kebijaksanaan dan kemampuan seseorang pelajar memperoleh
maklumat berasaskan penggunaan teknik interaktif adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan
dalam penulisan cerita, mengenal pasti ketepatan sumber maklumat dan menilai kualiti maklumat
untuk disesuaikan dengan pembelajaran.
Berpandukan kemungkinan lain, faktor kepelbagaian aktiviti maya berdasarkan penggunaan teknik
yang interaktif turut menyokong langkah pelajar dalam meluaskan ilmu pengetahuan. Kenyataan ini
juga adalah sejajar dengan pendapat Butler (2006) yang telah mengenal pasti bahawa pengetahuan
luas yang diperoleh di dalam bilik kuliah ataupun di dalam bilik darjah merupakan input untuk
menyokong aktiviti dalam penulisan cerita serta bertindak sebagai alat untuk menggalakkan
perayauan atau membuat pautan. Kenyataan ini adalah bertepatan dengan teori, iaitu pengetahuan
gaya bahasa yang luas membantu murid dalam aspek bahasa (Chomsky, 1965). 25
Kemungkinannya juga, teknik tersebut didapati praktikal dan sistematik kerana pada asasnya pelajar
berkemahiran untuk menyerap penggunaan ayat yang luas daripada bantuan kamus elektronik dalam
pembelajaran. Dengan bantuan komputer, pelajar juga boleh menggunakan konsep-konsep penulisan
yang baharu untuk disesuaikan dengan penggunaan ayat. Dapatan ini juga menyokong keputusan
Phye dan Sanders (2006) dan Phye dan Bender (2006) yang membicarakan usaha pelajar dalam
penguasaan penulisan dirangsang oleh bantuan teknik yang disokong oleh pencernaan interaktif
dalam pemikiran.
Dapatan ini turut memberikan impilkasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
teknik peta minda interaktif menjimatkan masa pelajar dalam menguasai pembentukan ayat bagi
penulisan. Pelajar dapat mengesan ayat dengan pantas.
Berpandukan kesan lain, penggunaan teknik peta minda interaktif menjadikan pelajar lebih kreatif
dan kritis dalam topik yang dipelajari. Pautan pada penstrukturan ayat adalah cara terbaik untuk
mengenegahkan kreativiti murid. Penguasaan bahasa ialah sesuatu yang dianggap abstrak.
Kadangkala pelajar menghadapi masalah dalam menguasai ayat untuk diserapkan dalam penulisan
cerita. Justeru, pensyarah atau guru perlu membiasakan pelajar untuk mengenal pasti ayat yang
sesuai untuk dikaitkan dengan sesuatu isi pelajaran, seperti penstrukturan ayat.
Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang
menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal, manakala aliran behavioris pula berpendapat
bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkah laku, iaitu cara seseorang bertindak dalam
sesuatu situasi. Dalam psikologi humanis pula, pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu
seseorang mencapai kesempurnaan kendiri. Dengan yang demikian, penggunaan teknik peta minda
interaktif dalam aspek bahasa perlu mempunyai beberapa kepentingan untuk menegakkan prinsip
sesuatu teori (Rashidi Azizan, 2007). 26
Menurut Arif Sukardi (2007), terdapat beberapa sebab bahawa teori-teori pembelajaran adalah
penting terhadap penggunaan teknik interaktif, antaranya adalah seperti berikut:
i. Teori pembelajaran membantu pensyarah atau guru mengesan proses pembelajaran yang berlaku di
dalam diri pelajar itu sendiri.
ii. Pensyarah atau guru dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan daripada
proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam teori tingkah laku yang diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris, pembelajaran diertikan
sebagai perubahan dalam tingkah laku, iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Pandangan
ini berfokus kepada perubahan tingkah laku yang nyata dan dapat diperhatikan. Antara pandangan
atau definisi pembelajaran mazhab behavioris yang boleh diterima umum adalah seperti yang
diberikan oleh Kimble (1961) yang menyatakan pembelajaran ialah perubahan dalam potensi tingkah
laku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan. Jika dikaitkan dengan kajian ini, dapatan
menyokong pendapat tersebut bahawa perubahan tingkah laku berlaku pada murid yang menerima
pendedahan dalam penulisan cerita adalah berdasarkan penggunaan teknik interaktif yang
mengandung proses perhubungan, pelaziman klasik dan pelaziman operan, sebagaimana keterangan
berikut:
i. Keadaan ini dapat diwujudkan dengan adanya aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar bergerak
aktif dalam kumpulan, contohnya berbincang dengan rakan untuk meningkatkan pengetahuan tentang
sesuatu topik.
ii. Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik menyebabkan pelajar dapat mempelajari tatacara
penguasaan, selain dapat memberikan tindak balas tertentu, contohnya dalam mengenal pasti
golongan ayat dalam penulisan untuk dibentuk dalam jawapan.
iii. Penggunaan teknik peta minda interaktif memberikan ruang kepada pelajar menerima maklum
balas pelajaran. Justeru, penglibatan pelajar dapat dikekalkan 27
daripada ganjaran atau rangsangan perisian. Ini bertujuan untuk memotivasikan minat mereka dalam
mengikuti pembelajaran yang berterusan.
Cadangan
Berlandaskan dapatan dan perbincangan meliputi aspek implikasi, beberapa cadangan dibentangkan.
Cadangan-cadangan berkenaan adalah seperti berikut:
i. Dengan itu, pihak Institusi Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pelajaran wajar mengkaji
keperluan untuk melengkapkan bilik kuliah atau bilik darjah dengan kelengkapan komputer dan
internet supaya teknik berkaitan dapat digunakan oleh pelajar secara menyeluruh. Tujuan makmal
bahasa dilengkapkan dengan peralatan komputer dan internet adalah untuk memberikan kemudahan
kepada pelajar supaya dapat menerima faedah daripada arus pembelajaran maya. Kelengkapan
prasarana ini juga begitu penting untuk memastikan pelajar sentiasa berminat terhadap pelajaran.
ii. Cadangan kajian akan datang perlulah juga menjurus kepada pembangunan teknik bagi semua
topik yang berkaiatan dengan bahasa Melayu. Dalam kajian tersebut, fokus adalah dalam aspek
bahasa, tetapi kemungkinan boleh diterapkan untuk kursus bahasa yang lain, seperti kursus bahasa
Inggeris. Langkah ini dapat mewujudkan variasi teknik kepada pelajar dalam pelbagai situasi.
iii. Integrasi penggunaan teknik interaktif dengan laman-laman web bahasa yang sesuai akan
memudahkan pelajar memperoleh input-input pembelajaran yang lebih luas dan pelbagai. 28
Kesimpulan
Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam penulisan cerita kumpulan
eksperimen. Ini dapat dilihat pada analisis yang dilakukan menerusi ujian-t untuk meninjau
perbezaan pencapaian tersebut. Penggunaan teknik peta minda interaktif perlu disebarluaskan di
institusi-institusi pendidikan demi menggalakkan perkembangan pengajaran dan pembelajaran dalam
bentuk yang global.
Rujukan
Abd. Aziz Abd. Talib (2007). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik (Edisi 4). Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Daud (2006). Kajian keberkesanan laman web dalam kalangan guru. Universiti
Terbuka Malaysia, K. Lumpur.
Abtar, K. (2007). Integrating library resources into a web-based learning. Journal BTP. Siri 1,
Disember 2007: 25-39.
Arif Sukardi, Prinsip-prinsip dalam teori pembelajaran bahasa, 2007, www.Ut.Ac.Id/Ol-
Supp/Fkip/Pgsm3803/ (accessed 20 Dec. 2007).
Barton, D. (2006). Literacy: An introduction to the web based learning. Oxford: Blackwell.
Butler, B.S, Using the world wide to support class-based education: Opportunities and challenges
for IS educators, 2006, http://www.Gsia.cmu.edu/bb 26/papers/education/aiswww/ (accessed 7 Nov.
2007). 29
Campbell , D.T., & Stanley, J.C. (1979). Experimental and quasi-experimental designs for research.
In J.R. Fraenkel & N.E. Wallen, How to design and evaluate research in education. New York:
McGraw: Hill Publishing Company.
Chomsky, N. (1965). Aspects of the theory of syntax. Cambridge Mass: MIT Press.
Dickey, L. (2006). Challenges of language teaching today: How can school leaders help? New
Jersey: Educational Technology Publications.
Dillenbourg, P. (2006). Collaborative learning: Cognitive approaches. UK: Elsevier Science Ltd.
Dodge, B, Active learning on the web, 2006, http://edweb.sdsu.edu/people
bdodge/active/ActiveLearningk-12 html (accessed 8 Aug. 2007).
Doyle, M. (2007). Learning language through information technology. Educational Technology.
30(7): 45-55.
Fadzillah & Wan Hussain. (2007). Kajian kesesuaian laman web bagi pelajar sekolah menengah.
UKM, Bangi.
Hakkinen, P. (2006). Learning together: Understanding the process of computer-based collaborative
learning. UK: Elsevier Science Ltd.
Harasim, L. (2006). Online education and environment. New York: Praeger.
Hill, J. (2007). Learning with interactive multimedia and developing multimedia tools in education.
Washington DC: Apple Computer Inc.
Inhelder, B. & J. Piaget (1958). The growth of logical thinking from childhood to adolescence. New
York: Basic Books. 30
Ismail Zin (2006). Aplikasi multimedia dalam pendidikan . Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors.
Jafari, A. (2006). The rise of a new paradigm shift in teaching and learning. The Educational
Technology. 27(3): 58-64.
Johnson, K. (2006). Communicative in writing. Harlow: Longman Group U.K. Ltd.
Khan, B.H. (Ed). (2000). Web-based instruction. Englewood Cliffs, New Jersey: Educational
Technology Publications.
Kimble, M. (1961). Learning To Teach. London: Longman.
Mason, J. (2006). Learning from experience in language using experience for learning.
Buckhingham: SHRE Open University Press.
Matthews, K. (2006). Principles of educational multimedia user interface design. Educational
Technology Research and Development. 39: 81-83.
Oliver, P. (2006). The management of educational change: A case study approach. Aldershot: Arena
Ashgate Publication Ltd.
Phye, G.D., & Bender, T. (2006). Feedback complexity and practice: Response pattern analysis in
relation and transfer. Contemporary Educational Psychology, 14(5): 97-110.
Phye, G.D., & Sanders, C.E. (2006). Advice and feedback: Elements of practice for problem solving.
Contemporary Educational Psychology, 19 (3), 286-301.
Rashidi Azizan (2007). Pengajaran di dalam bilik darjah: Kaedah dan teknik. Kajang, Selangor:
Masa Enterprise. 31
Saree, J. (2006). Penggunaan media elektronik sebagai perantara dalam P&P Bahasa Inggeris.
UNIMAS, Sarawak.
Shih, C.C., & Gamon, J, Student learning styles, 2006, http://iccel.wfu.edu/publications/journals/
(assessed 25 Dec. 2007).
Vygotsky, M. (2006). Computer-supported and learning environments. Journal of Learning
Language. 4(3): 345-367. 32
Lampiran 33 34
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai