Anda di halaman 1dari 2

5.

0 KESAN-KESAN
Pembuangan bayi dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberi kesan dan impak
yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama Negara pada masa
akan dating, memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan
jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana
untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan –kesan pembuangan bayi boleh diklasifikasikan
kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan, keluarga remaja perempuan
yangterlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan juga kesan kepadanegara kita sendiri.

Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri
tetapi bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah
terlanjur dan tidak bersedia memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah iaitu
usia remaja. Akibat daripada tiada perikemanusiaan, bayi telah menjadi mangsa dan
kesannya mereka hidup tanpa mengenal ibu bapa kandung. Mereka juga mungkin
terpaksa memikul gelaran anak luar nikah walaupun mereka tidak berdosa..
Apa yang lebih teruk, bayi-bayi ini mati akibat daripada perbuatan yang
dilakukan oleh manusia yang tidak mempunyai hati nurani kerana bayi-bayi ini
dibuang di tempat yang tidak sepatutnya diduduki oleh bayi yang masih lemah dan
kecil, misalnya dibuang di tandas, rumah kosong, sungai, longkang, tong sampah
atau rumah ibadat. Selain itu,tempat-tempat tumpuan awam seperti gerai makan,
stesen kereta api dan pintu pagar klinik kesihatan turut menjadi pilihan.
Kesempitan hidup wanita yang hamil tanpa nikah ini biasanya dihantui perasaantakut dan malu serta
kemungkinan disisihkan oleh keluarga dan kawan-kawan. Ekorandaripada kesusahan hidup yang terpaksa
dilalui, terdapat sindiket yang mengambilkesempatan untuk memperdagangankan bayi-bayi itu dengan tujuan
bagi mendapatkanpulangan keuntungan yang lumayan.
Kesan yang kedua adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau pesalah. Kesan
dari sudut perubatan adalah pesalah akan mengalami jangkitan kuman, kecederaan
sewaktu bersalin dan juga kehilangan darah kerana tidak berada dalam jagaan yang
sebenar. Majoritinya mereka melahirkan sendiri tanpa pertolongan pihak hospital
mahupun orang lain.
Selain itu, kesan dari segi psikologi dan sosial adalah pesalah akan mengalami
kemurungan, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah dan juga masalah emosi.
Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari segi
undang-undang agama dan negara.
Akibat daripada pembuangan bayi, akan berlakunya keruntuhan institusi
kekeluargaan . akibatnya wujud ketidakharmonian dalam kekeluargaan. Hal ini
disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak sebegitu. Bahkan, keluarga itu
iaitu pastinya diperkatakan oleh jiran sekeliling menyebabkan mereka malu untuk
bergaul dengan ornag ramai lagi. Mungkin juga akan wujud penceraian kerana ibu
menyalahkan bapa, bapa menyalahkan ibu tersebut kerana tidak pandai memelihara
anak-anak sehingga menconteng arang di muka mereka. Oleh itu masa masa depan anak-
anak akan terbiar dan tidak terpelihara sekiranya ibu bapa bercerai.
Tidak dapt dinafikan juga pembuangan bayi akan memberikan kesan yang sangat besar
kepada negara. Jatuh dan bangun sesebuah Negara dan masyarakat itu bergantung
kepada akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesanyang akan
berlaku ialah kernav]cakan pembangunan Negara akan terbantut dan akan keadaan
ekonomi Negara juga sukar berkembang kerana wujud gejala sosial ini. Perbelanjaan
kerajaan akan turut meningkat untuk menampung bayi yang akan diletakkan di rumah
kebajikan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai