Anda di halaman 1dari 5

Hari gawai

Iban
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar


Iban

Kanak-kanak perempuan Iban berpakaian dalam pakaian


penuh (wanita) Iban semasa upacara Gawai di Debak,
rantau Betong, Sarawak
Jumlah penduduk 600,000 (Sarawak sahaja)

Rantau dengan Sarawak, Brunei &


penduduk penting Kalimantan Barat

Bahasa Iban

Agama Kristian , Animist & Islam

Kelompok etnik Kantu, Mualang,


terdekat Semberuang, Bugau &
Sebaru'

Kaum Iban dahulu dikenali sebagai dayak laut dan dengan jumlah sebanyak 576,000 iaitu 30%
daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di
Sarawak ,mareka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan
Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri
Aman, Sarekei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di
rumah panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi
mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan
cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur
(tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama
lain.kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama kristian sebangai pegangan,
tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang
menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.[Sarawak mempunyai 112 jenis suku dayak]

Tempat menetap
Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang
Lupar, dan Sungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang
menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua
kampung yang dipanggil tuai rumah.Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di
bandar-bandar di sekitar negeri Sarawak.

Tradisi
Tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau. Ia
diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai
harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban
masih mengamalkan kepercayaan animisme.

Perayaan Gawai

Perayaan Gawai ( Pesta Menuai ) merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis
Hari Gawai adalah seperti Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, dan Gawai Antu yang
meyembah benda-benda yang terdapat di alam semesta ini. Antaranya sambutan Hari Gawai
Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan Jun adalah terpenting.
Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam
kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang
bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak
akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan
beras boleh didapati di rumah panjang.

Sistem Tulisan

Rumah panjang Iban moden di Bahagian Kapit

Kaum Iban mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu bahasa Iban, bahasa Iban mempunyai
banyak persamaan dengan bahasa Melayu, bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam
(homogenous). Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia
yang mempunyai system tulisan yang disebut 'Turai'. Ia mempunyai tidak kurang daripada 59
abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. System tulisan ini berkesan apabila
orang Iban dapat merujuk keturuan sehingga 15 generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan
yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa penting. Salah satu peristiwa yang penting
dalam sejarah orang Iban ialah 'Pirate of Beting Maro' dimana mereka mematahkan kemaraan
penjajah dan merampas harta kebendaan pihak musuh.

Antara kebudayaan Iban lain yang menarik adalah.

 Ngayau
 Ngayap

Kepercayaan
Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan
ditulis didalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' atau Chief Paramount dengan berpandukan
nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan
mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak
terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung
dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan
alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau
'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.

Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan
datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh
mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan
mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Chief Paramount.

Kegiatan ekonomi

Orang Iban dari Betong

sebahagian besar masyarakat iban masih tinggal di rumah-rumah panjang dimana pola
pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak dilembah sungai di seluruh negeri
Sarawak, Segolongan besar orang iban masih melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu
menanam padi bukit atau padi huma. orang iban pada zaman dahulu merupakan peneroka ulung
dalam membuka hutan rimba (berimba)atau(berumpang kampong)bagi tujuan penanaman padi
bukit.aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk
mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak.bagi masyarakat iban sesiapa yang
dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan
dipandang tinggi ,pintar dan rajin. justeru itu masyarakat iban pernah dianggap sebagai salah satu
masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit(Sultive,1978:3). selain itu orang iban
yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumber-
sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan.pada hari ini sebahagian
orang iban mula menetap di bandar- bandar besar di sarawak, kebanyakan generasi baru iban
mempunyai pengetahuan dan kelayakan pendidikan dan berkerja di dalam sektor awam dan
sektor swasta.

Anda mungkin juga menyukai