Rangka karangan
Pendahuluan
- Isu kedatangan pekerja asing ke negara ini kerana adanya peluang pekerjaan yang banyak.
- Sektor yang menjadi tumpuan – sector pertanian . perkilangan dan perladangan
- Kedatangan mereka mendatangkan kesan positif dan negatif kepada pembangunan negara
kita
Isi-isi
Kesan positif
1. Menampung kekurangan tenaga kerja tempatan yang kurang berminat atau tidak bermiant
untuk bekerja dalam sektor berkenaan
- Kita mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerja tempatan dalam sektor pembinaan
dan perladangan
- Tanpa mereka pembangunan Negara menjelang wawasan 2020 akan terbantut
Kesan negatif
3. Menyekat peluang pekerjaan penduduk tempatan
- Majikan lebih suka mengambil pekerja asing kerana lebih murah upahnya
- Pekerja asing tidak terlalu memilih jenis pekerjaan
- Pekerja tempatan akan menjadi penganggur
5. Kesan ekonomi
- Pengaliran keluar mata wang negara ke luar negara
- Merugikan negara dari segi pertukaran wang asing
- Dengan adanya sistem transaksi yang canggih di bank-bank negara kita, proses ini dilakukan
dengan mudah dan cepat serta perkhidmatan yang murah
- Pengaliran wang keluar akan merugikan negara kita dari segi kerancakkan perniagaan dan
melemahkan pembangunan ekonomi negara kita
Penutup
- Kedatangan pekerja asing banyak meniggalkan kesan baik tetapi perlu dikawal supaya tidak
mengabaikan kebajikan dan pembangunan ekonomi negara kita
Karangan lengkap
Kehadiran pekerja asing yang datang secara sah ataupun secara haram di negara kita
bukanlah sesuatu yang baru kepada kita. Di mana-mana sahaja di Malaysia, kita dapat
melihat kelibat pekerja asing. Kebanyakkan pekerja asing datang dari negara jiran kita
seperti Indonesia,Bangladesh, Filipina , dan sebagainya. Mereka datang ke Malaysia kerana
Malaysia diibaratkan lombong emas yang mempunyai peluang pekerjaan yang banyak.
Kebanyakan mereka bekerja dalam sector yang kurang diminati oleh penduduk tempatan
seperti sector pembinaan, perkilangan, dan perladangan. Walau bagaimanapun kedatangan
mereka di Malaysia menimbulkjan pelbagai kesan positif dan kesan negatif.
Selain itu, kemasukan pekerja asing juga dapat membantu mengembangkan dan
mempercepat proses pembangunan Negara kita. Hal ini penting dalam usaha Negara
menjadi Negara perindustrian menjelang tahun 2020. Tanpa tenaga kerja asing yang mudah
dan murah, proses pembangunan Negara tidak akan berlaku secepat seperti yang berlaku
pada hari ini. Umpamanya banyak bangunan penting