Anda di halaman 1dari 3

FESYEN

Apakah Itu Fesyen?

Definisi fesyen menurut Colin McDowell, Pengerusi Kumpulan Kostum di Britain


menyatakan bahawa “fesyen adalah sesuatu yang berkembang pantas mengikut peredaran
zaman. Fesyen juga mengikut keadaan sosial, politik, dan kebudayaan sesuatu tempat”. Keadaan
sosial dari segi fesyen ialah cara kita berpakaian ketika berada dalam golongan masyarakat.
Keadaan politik sesebuah negara juga boleh mempengaruhi fesyen pakaian yang diperkenalkan di
negara tersebut. Fesyen pakaian di negara Arab contohnya lebih kepada fesyen yang menuntup
aurat. Di Malaysia yang mempunyai pelbagai kebudayaan dapat kita lihat pelbagai jenis fesyen
daripada pelbagai bangsa.
Fesyen terdiri daripada pelbagai jenis dan ketegori. Ianya tidak hanya fesyen dari segi
pakaian, tetapi juga dari segi dadanan rambut, kasut, beg duit, aksesori fesyen dan lain-lain lagi.
Kita harus mengenakan fesyen mengikut tema yang sesuai dengan keadaan dan tempat supaya ia
bersesuaian. Ini kerana cara kita berpakaian boleh mengambarkan siapakah kita sebenarnya pada
pandangan orang yang baru pertama kali mengenali kita sama ada kita senang berkomunikasi
boleh didekati atau sebaliknnya.
Pada zaman sekarang manusia memilih pakaian untuk mengelakkan diri daripada
kesejukkan dan kepanasan, menuntup aurat, tapi apa yang kita pakai sebenarnya mempengaruhi
keinginan untuk kita menghias diri dan berdandan. Dahulu fesyen hanya sebagai keperluan tapi
pada zaman sekarang ia merupakan kehendak keperluan manusia. Sesiapa yang mempunyai cita
rasa yang tinggi dalam pemilihan fesyan adalah mereka yang mempunyai kehendak yang tinggi.
Pemilihan terhadap fesyen boleh mengambarkan taraf dan cara kehidupan, budaya dan cara
hidup.

1
Istilah Fesyen

Fesyen boleh di gambarkan dalam tiga perkataan yang berbeza tetapi mempunyai
perkaitan antara satu sama lain. Perbezaan tersebut ialah:-

(a) Fesyen

Ialah gaya yang digunakan dan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat dan ia
menjadi ikutan.
Mempunyai gaya yang kursus dan berubah mengikut peredaran zaman semasa.
Ia merentas masa dan berubah terlampau pantas.

Fesyen juga terbahagi kepada tiga kelas utama iaitu:-

1) Fesyen kelas tinggi (high fashion).

Penerimaan terhadap gaya fesyen terbaru tanpa ada had terhadap penambahan atau
inovasi sesuatu fesyen.
Dijual dalam kuantiti yang sedikit dengan harga yang mahal.
Fesyen ini boleh ditiru dan dijual dengan harga yang murah oleh orang yang tidak
bertanggungjawab.

2) Pengeluaran fesyen secara besar-besaran ( mass fashion) & fesyen yang banyak ( volume
fashion)

Dijual dengan banyak di pasaran dengan harga yang murah kerana tukang jahit telah
mengubahsuai fesyen yang terdapat dalam high fashion.

(B) Design

Khusus/ tafsiran inidividu, pandangan dan pengubahsuai gaya.

2
Komponen Yang Terdapat Dalam Fesyen

Bayang-bayang (Silhoutte)
Khusus/ penghalusan (detail)
Tekstur (texture)
Warna (color)

Perubahan Fesyen

Fesyen berubah kerana:-

Politik
Agama
Demokrasi
Kejayaan
Umur.

Anda mungkin juga menyukai