Anda di halaman 1dari 33

KEPENTINGAN DIMENSI

MORAL DALAM
KEPIMPINAN PENGETUA
AHLI-AHLI KUMPULAN:
FARAH FARHANA ABD RAZAK
NUR SHAKILA KIBAN
NORIZAN NORDIN
MOHD KHALIL AZEERA RAMLEE
MOHAMAD RAHIM ABDULLAH
DIMENSI MORAL
 3 aspek penting
 A.penaakulan moral yang melibatkan pemikiran dan
pertimbangan secara rasional dan bebas.
 B.perlakuan moral dikaitkan dengan tingkah laku dan
tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang
ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi
mengikut kemampuan.
 C.perasaan moral berkaitan dengan emosi dan kehalusan
perasaan individu yang mengandungi
sentimen,empati,simpati,prihatin,belas
kasihan,bermotivasi altruistik dan murah hati.
 Menurut (Peters 1978), ada juga perasaan malu,
takut dan mudah menyesal atau rasa bersalah jika
melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Perasaan
ini akan menyebabkan individu itu tidak
melaksanakan sesuatu yang bersifat antisosial atau
tidak bermoral.
 Menurut (Spiecker 1988) keupayaan dan
kesanggupan mengalami emosi moral ialah suatu
syarat perlu dan penting bagi insan bermoral.
Contoh penaakulan moral penting untuk keadilan
dan perasaan moral pula penting untuk kepedulian.
 Tanpa penaakulan moral(yang rasional dan
bebas), perlakuan individu bukan merupakan
tindakan moral kerana perlakuan itu tidak
rasional dan keputusan yang dibuat adalah
secara membuta tuli dan sebagainya. Hal ini
akan menyebabkan autonomi seseorang itu
lemah dan meninggalkan tanggungjawab
moralnya.
 Penaakulan moral tanpa perlakuan yang
sewajarnya pula menyebabkan seseorang itu
hanya bercakap kosong atau kata yang tidak
dikotakan, cakap tidak serupa bikin atau
berilmu tetapi tidak beramal.
 Menurut (Black 1972), individu boleh berfikir
dan terus berfikir, bertaakul dan terus
bertaakul tetapi menjadi orang jahat atau
tidak bermoral.
 Perasaan moral dengan penaakulan dan
perlakuan moral, boleh dikatakan walaupun
individu itu bijak dan tepat membezakan
yang salah berbanding dengan apa yang
benar serta mengamalkan sesuatu yang baik,
dia tetap seorang yang kurang mesra dan
tidak personal dalam perlakuannya jika tidak
seberapa perasaan moralnya.
KEPIMPINAN PENGETUA
 Kepimpinan merupakan satu indikator
utama dalam menentukan kejayaan
sesebuah organisasi
 Pemimpin yang berwibawa adalah satu
faktor yang penting dalam menentukan
kejayaan sesebuah organisasi (Bass
1990).
 Dalam institusi sekolah,pengetua merupakan
pemimpin,pentadbir dan pengurus yang melaksanakan
pelbagai fungsi dan perlu cekap dan bijak untuk
melaksanakan tugas kepimpinan tersebut.
 Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan
untuk mengurus dan mentadbir sekolah bagi melahirkan
generasi yang berkualiti (Musa 2002).
 Sekolah-sekolah yang mencapai kejayaan yang tinggi
dalam bidang akademik dipimpin oleh pengetua yang
mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang berkesan (Atan
Long et al 1990,Dunford et al.2000;Shahril 2000)
 Definisi kepimpinan menurut sebilangan
besar pengkaji-pengkaji bidang
kepimpinan dalam maksud yang sama
seperti Stogdill (1974) iaitu kepimpinan
sebagai proses mempengaruhi aktiviti
kumpulan yang terancang ke arah
penetapan matlamat dan pencapaian
matlamat (Gordon 1995;Gribbens
1972;Koontz & O’Donnel 1980;Locke et
al.1991)
FUNGSI-FUNGSI PENGETUA
 Menurut Hallinger & Murphy
(1985),terdapat 11 fungsi pengetua dalam
bidang pentadbiran sesebuah
sekolah.Kesemua fungsi ini akan dikaitkan
satu demi satu dengan kepentingan
dimensi moral bagi menjelaskan bahawa
kepimpinan pengetua berasaskan dimensi
moral penting dalam menentukan
keberkesanan pentadbiran.
1.Penentuan matlamat sekolah

 Dalam hal ini,matlamat sekolah ditentukan


oleh pengetua walaupun dasar pendidikan
di negara kita matlamat sekolah telah
ditentukan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia,namun matlamat yang ingin
dilahirkan berdasarkan apa yang
pencapaian yang diingini sekolah boleh
ditentukan oleh pengetua.
 Seseorang pengetua harus bijak untuk
menentukan secara kreatif dan inovatif
matlamat sekolah.Matlamat sekolah yang
jelas akan memberikan impak yang positif
kepada imej sekolah yang ingin dibentuk.
 Pengetua bertanggungjawab menyediakan
senarai tanggungjawab staf.Pengetua
perlu memastikan prestasi kakitangan
tidak terkeluar daripada garis-garis
perancangan atau tidak.
2.Penjelasan matlamat sekolah

 Pengetua perlu menjelaskan matlamat


kepada semua warga sekolah.
 Pengetua perlu mengambil tindakan
menyeluruh dengan menggerakkan
organisasi pimpinannya.
 Warga sekolah akan lebih mudah
memberikan kerjasama untuk menjayakan
matlamat yang telah dinyatakan
 Pengetua juga berperanan untuk
membincangkan matlamat akademik sekolah
dengan guru-guru dalam mesyuarat staf
 Pengetua perlu memberi teguran dengan baik
kepada guru yang mengambil sikap sambil lewa
dalam menyampaikan pengajarannya.Hal ini
bertujuan untuk mengingatkan kepada guru-
guru dari semasa ke semasa tentang matlamat
yang telah dibentuk.
 Teguran secara baik akan diterima oleh guru
tanpa wujud rasa tidak puas hati dan berusaha
memperbaiki pengajarannya
3.Fungsi pencerapan dan penilaian
pengajaran
 Pengetua perlu mengadakan perjumpaan
dengan guru-guru untuk memastikan
mereka bekerja untuk mencapai matlamat
sekolah.
 Pengetua yang berkesan akan
memberikan maklum balas secara
perbincangan tentang kelemahan guru
selepas berlangsungnya pencerapan
pengajaran.
 Komunikasi antara pengetua dan guru
amat penting.Segala bentuk arahan yang
dikeluarkan oleh pengetua bertujuan
untuk membimbing guru menjalankan
tugas dengan penuh dedikasi.
 Komunikasi dua hala antara pengetua dan
guru perlu berjalan dengan baik kerana ini
membantu meningkatkan produktiviti guru
untuk melaksanakan tugas dengan
sempurna.
4.Penyelarasan kurikulum
 Pengetua perlu terlibat secara aktif dalam kajian
semula atau pemilihan bahan-bahan kurikulum
mahupun alat bantu mengajar.
 Pemilihan yang terbaik dengan memastikan kedua-
dua perkara ini cukup dan memuaskan akan
membantu dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
 Kesannya,pelajar akan mudah memahami mata
pelajaran yang disampaikan oleh guru dan ini akan
meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang
akademik.
5.Fungsi pengawasan kemajuan murid

 Kemajuan murid dalam lapangan pelajaran


merupakan perkara utama yang perlu diberi
perhatian oleh guru-guru dan pengetua
terutamanya
 Setelah murid-murid menjalani
peperiksaan,keputusan yang diperoleh
digunakan untuk menilai kemajuan pencapaian
sekolah
 Pengetua juga perlu membincangkan dengan
guru-guru secara individu mengenai
perkembangan murid-murid.
6.Penjagaan masa pengajaran

 Terdapat murid yang kerap ponteng kelas


mahupun sekolah.Perlu disiasat terlebih
dahulu mengapa dan siapa yang terlibat
dalam gejala terbabit dan seterusnya
pengetua perlu bersikap rasional dalam
memberikan hukuman yang setimpal
kepada murid-murid yang berkenaan dan
juga memastikan muri-murid lembab atau
ponteng memperoleh masa tambahan
untuk belajar
 Pengetua juga perlu mementingkan perasaan
moral yang melibatkan emosi dan perasaan
dalam menjatuhkan hukuman dengan tidak
memberikan hukuman yang sewenang-
wenangnya ke atas pelajar sehingga boleh
memberikan kesan yang negatif dalam
perkembangan sosialnya.
 Dalam melaksanakan tindakan,pengetua perlu
menanamkan rasa kasih sayang terhadap murid
bukannya menjatuhkan hukuman dengan tujuan
membalas dendam mahupun sakit hati
sebaliknya dengan tujuan mendidik supaya
mereka tidak mengulangi perbuatan yang sama
pada masa akan datang
7.Sokongan dalam aktiviti pengajaran
 Pengetua perlu bertanggungjawab dengan
menghadiri atau mengambil tindakan dalam mana-
mana aktiviti kokurikulum dalam menjayakan
sokongan dalam aktiviti pembelajaran
 Penglibatan pengetua secara aktif dalam aktiviti
kokurikulum dan pembelajaran membuktikan
pengetua menjalankan tugasnya dengan penuh
dedikasi.Hal ini secara tidak langsung pengetua
menjadi ’role model’ kepada guru-guru yang lain
agar dicontohi sikap positif yang telah ditunjukkan
seperti mana yang terkandung dalam pepatah
’kepimpinan melalui tauladan’
8.Pemberian insentif untuk guru.
 Guru merupakan barisan kedua terpenting dalam
pentadbiran sesebuah organisasi sekolah.Guru
menjalankan tugas pengajaran di dalam kelas bagi
bersama-sama menjayakan matlamat sekolah.
 Justeru,pengetua perlu prihatin dengan kerjasama
yang telah ditunjukkan oleh guru-guru dengan
menghargai khidmat cemerlang guru dengan
memberi peluang ke arah pengiktirafan profesional
 Guru-guru yang telah memberikan komitmen yang
tinggi dalam lapangan kerjanya perlu dihargai
 Pengetua perlu mengiktiraf prestasi
cemerlang guru-guru melalui memo dan
menyimpan dalam fail peribadi guru
tersebut.Tindakan pengetua yang
mengiktiraf guru-gurunya merupakan
perlakuan moral yang menunjukkan
bahawa pengetua prihatin dengan
kebolehan guru yang sanggup berkorban
untuk menjayakan matlamat sekolah.
9.Penggalakan perkembangan
profesional
 Peranan guru bukan sahaja mengajar sebaliknya
turut membantu dalam menjayakan organisasi
dalam sesebuah sekolah.
 Mereka merupakan kakitangan pengajaran yang
profesional dalam kumpulan sosial yang
kompleks dan memerlukan pakar untuk
memenuhi keperluan dan keinginan mereka
dalam mengembangkan lagi ilmu yang ada.
 Justeru,pengetua perlu menimbang dan
berfikiran rasional dan positif dengan
menyokong permintaan guru-guru yang hendak
menghadiri latihan dalam
perkhidmatan,melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi,atau menghadiri
kursus atau seminar yang selari dengan
matlamat sekolah.
 Penglibatan guru dengan menghadiri latihan
dalam perkhidmatan membantu pihak sekolah
menjalankan pentadbiran dengan lebih lancar
kerana guru-guru dapat mengembangkan ilmu
atau maklumat yang diperoleh untuk
dipraktikkan dalam pembelajaran bersama murid
di dalam kelas atau di dalam mesyuarat guru
mahupun kursus dalaman.
10.Penguatkuasaan dasar akademik

 Waktu pembelajaran yang tepat membantu


murid mendapatkan ilmu yang berkesan.
 Pengetua perlu mengutarakan kepada guru-guru
untuk memulakan dan menamatkan kelas tepat
pada waktu pembelajaran
 Pengetua sendiri perlu mengambil tindakan
dengan menjalankan pemantauan supaya guru-
guru yang mengajar tidak mengambil
kesempatan dalam waktu pengajaran.
 Pengetua perlu tegas memberi amaran kepada
guru yang tidak bertanggungjawab dalam
pengajarannya dan mengambil tindakan yang
sepatutnya ke atas guru berkenaan.
 .Sebelum mengambil tindakan ke atas guru yang
terbabit,pengetua perlu rasional dalam membuat
pertimbangan dengan menyiasat terlebih dahulu
perkara tersebut
 Setelah itu,mengambil tindakan yang
sewajarnya mengikut garis panduan dalam etika
perkhidmatan yang telah termaktub.
11.Pemberian insentif untuk
pembelajaran
 Tahap prestasi murid-murid dalam lapangan
pelajaran berbeza mengikut kemampuan dan
usaha.
 Justeru,adalah amat penting pencapaian yang
memberangsangkan itu diberikan
pengiktirafan.Pengetua yang menitikberatkan
kasih sayang terhadap pelajarnya iaitu dengan
mementingkan perasaan moral yang melibatkan
emosi dan perasaan akan mengiktiraf murid-
muridnya yang berjaya.
 Maka mereka cenderung untuk belajar dan
berusaha dengan lebih gigih dalam pelajaran .
IMPLIKASI PELAKSANAAN DIMENSI MORAL OLEH
PENGETUA TERHADAP ORGANISASI

Pelajar
 Pengetua yang menunjukkan kasih sayang
terhadap pelajarnya dengan mengambil berat
terhadap pembelajaran mereka dan bersama-
sama menyelami masalah dan keperluan
pelajar akan membuatkan pelajar merasakan
mereka disayangi dan diberikan perhatian
 Mereka akan menunjukkan minat terhadap
pelajaran dan merasa tidak jemu untuk hadir
ke sekolah
 Aktiviti sekolah seperti aktiviti kokurikulum
contohnya akan dihadiri oleh mereka
tanpa berasa terbeban mahupun tertekan
kerana beranggapan bahawa sekolah
merupakan tempat yang menarik untuk
menimba ilmu.
 Pelajar akan lebih berusaha dalam
lapangan pelajaran dengan menunjukkan
prestasi yang cemerlang dalam
pencapaian akademik.Prestasi sekolah
akan meningkat naik selari dengan
matlamat sekolah yang ditetapkan.
Guru
 Kepuasan kerja dalam menjalankan tugas mendidik
akan lebih bermakna sekiranya pengetua memberi
kerjasama dengan guru dan mempunyai hubungan
yang baik terhadap golongan ini.
 Menurut Lunch dan Ronan (dalam Martin 1977,1981)
secara amnya menyokong bahawa kepuasan bekerja
dapat dipertingkatkan dengan gaji yang
tinggi,hubungan sesama rakan sekerja yang lebih
rapat dan peluang kenaikan pangkat yang lebih adil.
 Justeru,pengetua perlu lebih prihatin dengan perkara-
perkara tersebut dan adil dalam menentukan siapa
yang benar-benar layak untuk menerima pengiktirafan
mahupun kenaikan gaji supaya guru mempunyai
semangat dan menunjukkan prestasi yang baik
sepanjang perkhidmatannya
Ibu bapa
 Pengetua yang mempunyai hubungan yang
baik dengan ibu bapa akan membantu
melancarkan hubungan antara ibu bapa
dengan pihak sekolah.
 Ibu bapa tidak akan ragu-ragu untuk
berkerjasama dan memberikan sumbangan
kepada pihak sekolah dalam bentuk wang
mahupun tenaga.
 Pengetua yang sering menerima pandangan
daripada ibu bapa dan melaksanakan tindakan
yang sewajarnya terhadap cadangan-cadangan
yang diluahkan daripada ibu bapa akan
membuatkan ibu bapa pelajar merasakan
mereka dihormati dan diperlukan bersama-
sama untuk membangunkan sekolah.
KESIMPULAN
 Pengetua memainkan peranan yang penting
untuk menggerakkan jentera di bawah
pentadbirannya.
 Di bawah satu bumbung yang sama,pengetua
perlu bekerjasama dengan semua kakitangan
dan juga masyarakat.
 Pemerintahan yang berkesan akan melancarkan
proses pembelajaran dan pengajaran seharian.
 Pengetua yang prihatin akan memastikan
bahawa pentadbiran yang diuruskannya
menyenangi hati kesemua pihak.
 Perhubungan yang baik antara pengetua dengan pihak
yang lain akan menjamin kearah pencapaian matlamat
sekolah yang telah dibentuk.
 Mereka akan mudah memberikan kerjasama untuk turut
serta mengembeling tenaga menjayakan matlamat
sekolah.
 Dimensi moral perlu dititikberatkan dalam pentadbiran
pengetua bagi mengelakkan sebarang keputusan yang
dibuat secara membuta tuli yang pasti akan tidak
disenangi oleh banyak pihak.
 Dimensi moral juga bertujuan memberikan panduan
kepada pengetua supaya tidak terburu-buru dan tersalah
mengambil tindakan dalam membuat keputusan bagi
hal-hal pentadbiran.
 Justeru,segala tindakan yang ingin dibuat oleh pengetua
perlu dinilai dari aspek dimensi moral.

Anda mungkin juga menyukai