Anda di halaman 1dari 2

Jawatankuasa Menaiktaraf Bilik Mesyuarat

KERTAS KERJA PERMOHONAN MENAIKTARAF DAN MENGUBAHSUAI BILIK MESYUARAT


SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU BENDAHARA

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi menaiktaraf dan
mengubahsuai Bilik Mesyuarat Sekolah.
1.2 Diserahkan kepada pihak pengurusan atasan untuk tujuan pertimbangan selanjutnya dan
memberi persetujuan bagi peruntukan tersebut demi memastikan kelancaran pengurusan
mesyuarat-mesyuarat sekolah.
1.3 Keadaan Bilik Mesyuarat ini agak lama. Justeru itu, sudah tiba masanya bilik ini dinaiktaraf
dan diubahsuai.
1.4 Melalui peruntukan ini, diharapkan semua guru dan kakitangan serta pelawat akan lebih
selesa dalam menjalankan semua mesyuarat serta perbincangan bagi semua aktiviti yang
telah dirancangkan untuk sepanjang tahun 2010.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Bilik Mesyuarat yang terletak di bangunan utama bersebelahan Pejabat Sekolah merupakan
bilik yang digunakan bagi semua mesyuarat serta perbincangan di antara guru-guru serta
pihak pengurusan.
2.2 Bilik Mesyuarat ini juga merupakan bilik yang digunakan untuk menerima tetamu serta
mengadakan perbincangan di antara pihak sekolah dan pihak luar.
2.3 Bilik ini tidak mampu menampung pertambahan guru sedia ada. Maka pihak sekolah
terpaksa memindahkan semua mesyuarat ke bilik lain yang lebih sesuai.
2.4 Oleh hal yang demikian, pihak jawatankuasa berpendapat bahawa peruntukan amat ini
diperlukan bagi tujuan di atas.
2.5 Dengan adanya sebuah bilik mesyuarat yang lebih selesa, diharap segala mesyuarat dan
perbincangan dapat diadakan dengan lebih selesa dan kondusif.

3.0 IMPLIKASI KEWANGAN

3.1 Implikasi kewangan terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.

1
Jawatankuasa Menaiktaraf Bilik Mesyuarat
Anggaran Kos Menaiktaraf dan Mengubahsuai Bilik Mesyuarat SKTB 2010

Anggaran Kos
Bil. Item / Perkara
(RM)

1. Kain Langsir dan alas meja RM600.00

2. Peralatan dan pertukangan RM200.00

3. Bunga perhiasan RM 150.00

4. Lain-lain belanja runcit RM150.00

ANGGARAN JUMLAH KOS RM1100.00

3.2 Secara kasarnya, jumlah keseluruhan yang dipohon adalah sebanyak RM1100.00.

4.0 AJK KERJA

5.0 PERTIMBANGAN
5.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa memohon daripada pihak pengurusan agar dapat
meluluskan kertas kerja ini supaya semua aktiviti pengubahsuaian dapat dilaksanakan
mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.
5.2 Dengan kelulusan ini, diharap semua aktiviti yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan
dan visi SKTB Menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi 2015 dapat direalisasikan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh: Dipersetujui oleh:

__________________________ _______________________________
(PUAN RUZAINI BT ISMAIL) (PUAN CHE ZELEHA BT AHMAD)
Setiausaha Penolong Kanan Pentadbiran
Jawatankuasa Projek Menaiktaraf SKTB
Dan Mengubahsuai Bilik Mesyuarat
SKTB
Tarikh: 5 Mei 2010

Anda mungkin juga menyukai