Anda di halaman 1dari 5

PAPA…(akhirnya kau tewas jua!

Sinopsis

Kehidupan Intan Julia (Ju) bersama-sama dengan papa (Jeffri), mama (Intan Maliana), serta
Mak Cik Noraini begitu bahagia. Semasa di rumah, Mak Cik Noraini sering bercerita tentang sejarah
percintaan antara mama dengan papa Ju. Perbualan mereka terputus apabila Jeffri memberitahu
bahawa Intan Maliana mengandung anak kedua. Situasi itu telah mengundang kebimbangan Mak Cik
Noraini dan rakan-rakan Intan Maliana kerana mereka tahu akan risiko yang bakal dihadapi oleh
Intan maliana. Namun demi kasih akan suaminya, Intan Maliana bertekad untuk meneruskan
kandungannya.

Jeffri sibuk menyediakan keperluan bayi yang bakal dilahirkan. Dia membeli dua buah katil
kerana dikhabarkan bahawa Intan Maliana mengandung anak kembar. Tiba saat mahu melahirkan
anak, Intan Maliana dibawa ke Hospital kebangsaan Malaysia. Intan Maliana melahirkan dua orang
anak lelaki yang melekat dari bahagian kepala hingga punggung. Namun, kedua-dua bayi itu
meninggal dunia, manakala Intan Maliana koma selepas mengalami komplikasi.

Jeffri mengambil alih tugas Intan Maliana. Ju yang meningkat dewasa mula rapat dengan
Rasylan, rakan sekolahnta. Hubungan itu ditentang oleh papanya kerana status keturunan dan asal
usul Rasylan. Ju dan papanya tabah menjaga Intan maliana yang masih koma. Ju dan Rasylan yang
memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM melanjutkan pelajaran ke Pusat Matrikulasi UIA. Julia
beberapa kali terserempak dengan Aisyah dan papanya berbual-bual di kedai makanan segera.

Julia terdengar akan perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa tentang hasrat papa
yang mahu berkahwin lagi. Konflik berlaku apabila Julia mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan
kemarahan papanya sehingga mengakibatkan dia ditampar oleh Jeffri. Konflik itu berakhir apabila
Jeffri berbincang dengan Ju tentang hasratnya itu. Julia akhirnya bersetuju dengan hasrat papanya
yang mahu berkahwin lagi. Julia kasihan melihat papanya yang kesunyian. Jeffri berkahwin dengan
Aisyah. Julia pula berjaya menamatkan kursusnya di Pusat Matrikulasi UIA.

Tema

1. Tema dalam novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) ialah kasih saying yang mendalan dalam
ikatan kekeluargaan.
2. Ikatan kasih saying itu lahir daripada hati yang suci dan ikhlas terhadap seseorang yang
paling dicintai.
3. Ikatan itu adalah kunci kepada nikmat kebahagiaan dan keharmonian dalam kehidupan
berkeluarga.
4. Sifat kasih saying terpancar melalui watak Intan Julia, jeffri, dan Intan maliana. Ketiga-tiga
watak tersebut menunjukkan rasa saling menyayangi dan mengambil berat antara satu
dengan yang lain.
Persoalan

1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagiaan pasangan masing-masing.


(a) Intan Maliana sanggup berkorban dengan mengandung buat kali kedua demi memenihi
kehendak suaminya. Walhal, tindakannya itu mendatangkan risiko kepada dirinya.
(b) Jeffri sanggup mengorbankan masa, tenaga dan kepentingan peribadi demi menjaga
isterinya yang koma selama lebih tiga tahun.

2. Kesetiaan seorang suami terhadap isteri.


(a) Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas banyak kehilangan darah semasa
melahirkan anak kedua mereka.
(b) Jeffri enggan berkahwin lagi walaupun didesak oleh Mak Cik Noraini.
(c) Jeffri membuat keputusan mengahwini Aisyah selepas bertahun-tahun hidup
keseorangan.

3. Masalah yang timbul akibat daripada kegagalan mengawal nafsu.


(a) Tindakan Muaz al-Khalibi menodai pengemas biliknya telah menyebabkan wanita itu
mengandung.
(b) Muaz yang enggan bertanggungjawab telah menyebabkan pembantu rumah itu
meninggalkan rasylan di tepi longkang besar.
(c) Rasylan yang telah diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim akhirnya berasa
terpinggir selepas ibu bapa angkatnya beroleh zuriat sendiri.

4. Ketabahan dan kesabaran manghadapi ujian daripada Tuhan.


(a) Ketabahan jeffri berhadapan dengan ujian Tuhan apabila isterinya koma, manakala anak
kembarnya meninggal dunia.
(b) Intan Maliana tabag menghadapi tekanan ketika mengandung anaka kedua dan
kemudiannya koma lebih tiga tahun.
(c) Ketabahan Mak Cik Noraini yang kehilangan suami dan anak-anaknya dalam satu
kemalangan jalan-raya.

5. Persahabatan tanpa mengira asal-usul dan status sosial.


(a) Intan Juliana berkawan rapat dengan Rasylan walaupun Rasylan anak luar nikah.
(b) Jeffri melarang Intan Juliana berkawan rapat dengan Rasylan kerana asal usul keturunan
rasylan.
(c) Aisyah tidak berasa kekok bercampur gaul dengan Intan Julia walaupun keluarganya
orang berada.

6. Keprihatinan masyarakat terhadap musibah yang dihadapi oleh orang lain.


(a) Cikgu Suzie amat prihatin terhadap Intan Maliana yang memgandung buat kali kedua.
Dia menasihati Intan maliana tentang risiko yang bakal dihadapinya.
(b) Mak Cik Noraini juga menasihati Intan maliana tentang keputusan yang diambilnya
untuk mengandung buat kali kedua.
(c) Rakan-rakan dan kaum keluarga jeffri serta keluarga Intan Maliana mengunjungi mereka
selepas mengetahui keadaan Intan Maliana dan kematian anak kembarnya.
Mengenal Watak

Jenis Watak

1. Watak utama/Watak protagonis


(a) Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah cerita.
(b) Watak utama muncul dalam sebahagian besar peristiwa penting sesebuah cerita.
(c) Watak

Watak dan perwatakan

Intan Julia (Ju)

1. Intan Julia ialah watak utama dalam novel ini.


2. Berusia 16 tahun pada permulaan cerita dan berusia dalam lingkungan 19 tahun pada
penghujung cerita.
3. Intan Julia memiliki ketinggian 160 sm.
4. Anak sulung kepada jeffri dan Intan Maliana.
5. Pelajar di Universiti islam Antarabangsa Malaysia.
6. Intan Julia berkawan rapat dengan rasylan sejak dari sekolah menengah lagi.
7. Seorang yang cemerlang dalam pelajaran. Buktinya, Intan Julia memperoleh keputusan yang
cemerlang dan diterima masuk ke Pusat matrikulasi Universiti islam antarabangsa.
8. Taat kepada perintah ibi bapa dan tuntutan agama. Buktinya, Intan Julia menunaikan solat
dan patuh kepada kata-kata mama dan papanya.
9. Mempunyai hubungan yang rapat dengan papanya. Buktinya, mak Cuk Noraini menegur
jeffri kerana hubungan mereka anak-beranak terlalu rapat sedangkan Intan Julia sudah
meningkat dewasa.
10. Tidak memandang rendah terhadap asal usul orang lain. Buktinya, Mak Cik Noraini menegur
Jeffri kerana hubungan mereka anak-beranak terlalu rapat sedangkan Intan Juliana sudah
meningkat dewasa.
11. Penyayang. Buktinya, dia amat menyayangi papa dan mamanya.
12. Seorang yang suka berdikari. Buktinya, Intan Julia tinggal di asrama semasa menuntut di
Pusat Matrikulasi UIA walaupun rumahnya agak dekat dengan pusat matrikulasi tersebut.
13. Seorang yang sensitif sama seperti mamanya. Buktinya, Intan Julia mengatakan bahawa sifat
sensitifnya sama dengan mamanya.

Papa (Jeffri)

1. Jeffri ialah suami kepada Intan maliana dan Aisyah serta bapa kepada Intan Julia.
2. Jeffri pernah menjadi guru sebelum menjadi pensyarah ekonomi di kolej Iktisas/pensyarah
Sejarah di sebuah IPTA.
3. Jeffri berkelulusan dari university luar negara.
4. Jeffri memiliki ttubuh tegap dan bertinggian 175 sm.
5. Jeffri tabah dan cekal hati dalam menghadapi dugaan Tuhan. Buktinya, dia tabah menjaga
isterinya yang koma selepas mengalami komplikasi ketika melahirkan anak kembarnya.
6. Jeffri seorang yang penyayang. Buktinya, jeffri amat menyayangi isterinya walaupun
terpaksa berkorban masa dan tenaga demi menjaga isterinya yang koma.
7. Jeffri setia kepada isterinya walaupun akhirnya terpaksa berkahwin lain ke rana kesunyian..
8. Seseorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Buktinya Jeffri sanggup
menganbil alih tugas Intan Maliana mendidik Intan Kulia. Jeffri jiga bertanggungjawab
menjaga isterinya yang koma.
9. Seseorang yang keras hati. Buktinya, Jeffri digambarkan sebagai lelaki yang tidak pernah
menitiskan air mata walaupun dia gagal berbuat demikian pada penghujung cerita.
10. Jeffri tidak gemar disindir. Buktinya, Jeffri bertanya kepada Intan maliana tentang sebab dia
ketawa selepas mendengar permintaan Jeffri agar dia memasak makanan untuknya.

Mama (Intan Maliana)

1. Intan Maliana ibu kepada Intan Julia dan isteri kepada Jeffri.
2. Intan Maliana merupakan lepasan maktab perguruan. Intan Julia bertugas sebagai guru di
Sekolah Seri Gading.
3. Sanggup berkorban demi kebahagiaan suaminya. Buktinya, dia sanggup mengandung lagi
walaupun berhadapan dengan risiko semata-mata demi memenuhi keinginan suaminya.
4. Seseorang yang sensitive. Buktinya, Intan Julia ada menyatakan bahawa sifat sensitifnya
diwarisi daripada mamanya. Malah, Jeffri ada menyatakan semasa berbual dengan Aisyah
bahawa raut wajah Intan Julia seiras dengannya, tetapi sikap Intan Julia sama dengan
mamanya.

Mak Cik Noraini

1. Mak Cik Noraini ialah sepupu kepada Jeffri.


2. Dia berkhidmat di rumah keluarga Jeffri sebagai “pembantu rumah”
3. Kehilangan suami dan anak-anak dalam suatu kemalangan jalan raya pada malam raya suatu
ketika dahulu.
4. Mak Cik Noraini rajin membuat kerja rumah, Buktinya, Mak Cik Noraini sering dipuji kerana
kerajinannya.
5. Mak Cik Noraini seorang yang prihatin dan mengambil berat. Buktinya, Mak Cik noraini
bimbang selepas mendapat khabar bahawa Intan maliana mengandung buat kali kedua.
6. Mak Cik Noraini seorang yang berani menyuarakan pendapatnya. Buktinya, mak Cik Noraini
menasihati Jeffri supaya tidak terlalu rapat/mesra dengan Intan Julia yang sudah meningkat
dewasa. Dia juga menasihati Intan Maliana tentang keputusannya untuk meneruskan
kandungan yang membahayakan nyawanya.
Rasylan

1. Rasylan ialah anak angkat kepada Datuk Mustakim.


2. Rasylan berwajah Pan Asian/tampan.
3. Ibu kandung Rasylan ialah warga Indonesia, manakala bapanya ialah Muaz al-Khalibi. Dia
dilahirkan hasil perbuatan sumbang ayahnya.
4. Rasylan berkawan rapat dengan Intan Kulia sejak dari sekolah hingga ke Pusat matrikulasi
UIA.
5. Seseorang yang berdikari. Buktinya, Rasylan mengurus semua hal semasa membuat
pendaftaran di Pusat matrikulasi UIA.
6. Rasylan berasa terpinggir selepas ibu bapa angkatnya memperoleh anak kandung sendiri.

Aisyah/Mak Cik Aisyah

1. Aisyah ialah isteri kedua Jeffri


2. Aisyah ialah anak murid/bekas murid Jeffri.
3. Anak kepada Datin Muhazar Sheikh Mohammad, seorang tokoh penting dalam dunia
pengiklanan.
4. Aisyah daripada keluarga orang berada.
5. Aisyah digambarkan sebagai seorang gadis yang cerdik dan mempunyai perwatakan manja.
6. Seorang yang berpelajaran tinggi.

Watak-watak lain

1. Cikgu Suzie (Suziyah) ialah rakan baik Intan Maliana di Sekolah Seri Gading.
2. Muaz al-Khalibi ialah bapa kandung Rasylan.
3. Pengemas rumah warga Indonesia yang dinodai oleh Muaz lalu melahirkan Rasylan.
4. Murni ialah rakan sekelas yang gemar mengejek dan mempengaruhi orang lain agar
memusuhi Intan Julia. Linda merupakan rakan sekelas Intan Julia.
5. Ahmad dan Muhammad anak kembar siam yang meninggal dunia semasa dalam
kandungan.
6. Mak Cik Zaharah, kakak Jeffri yang tinggal di Shah alam.
7. Datuk Mahazar Sheikh Mohammad, ayah Aisyah dan merupakan gergasi dalam dunia
pengiklanan.

Anda mungkin juga menyukai