Anda di halaman 1dari 11

Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana

undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai


untuk mewakili rakyat di parlimen
Pengundian ialah satu kaedah untuk pembuatan
keputusan yang mana satu kumpulan, umpamanya
mesyuarat atau para pengundi mencuba mengukur
pendapat-pendapat ahlinya
Dalam sebuah negara yang berdemokrasi,
"pengundian" biasanya melibatkan pilihan raya, iaitu
satu cara untuk para pengundi memilih calon untuk
menjadi wakil rakyat..
Dalam politik, "pengundian" ialah cara untuk para
pengundi dalam sebuah demokrasi untuk melantik
wakil-wakil untuk kerajaan mereka.
Undi ialah pemilihan seseorang calon (atau
sekumpulan calon) atau penentuan sesuatu usul
(umpamanya ketetapan cadangan) dengan
penandaan pada kertas undi atau melalui sistem
yang telah ditetapkan.
PENGENALAN PENGUNDI
S I A P A K A H Y A N G L A Y A K U N T U K
M EN D A FT A R S E BA GA I P EN GU N D I ?

W A R G A N E G A R A M A L A Y S IA BE RU M U R 2 1
T A H U N D A N KE A T A S D A N
BERMASTAUTIN DI DALAM SESUATU
BAHAGIAN PILIHAN RAYA.

 DI MANAKAH PUSAT-PUSAT
P EN D A FT A R A N ?

I ) IB U P E J A BA T S P R P U T R A J A Y A .
I I) P E J A B A T P I L I H A N R A Y A N E GER I .
I II ) P E J A B A T P O S B ER K O M P U T E R
 Bagaimanakah cara untuk mendaftar?
Isi Borang A yang boleh didapati di Pusat Pendaftaran dengan
membawa Kad Pengenalan atau Resit JPN.KP 11 yang telah
disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
 Bolehkah mendaftar di pejabat pos menggunakan slip JPN?
Mengikut peraturan yang ada (Peraturan-Peraturan Pilihan
Raya Pendaftaran Pemilih) 2002 pendaftaran hanya boleh
dibuat menggunakan Kad Pengenalan sahaja.
 Bolehkah seseorang itu mendaftar bagi pihak orang lain
(warisnya)?
Mengikut peraturan yang ada (Peraturan-Peraturan Pilihan
Raya Pendaftaran Pemilih) 2002 seseorang hanya boleh
mendaftar untuk diri sendiri sahaja.
 Apakah yang melayakkan untuk seseorang keluar mengundi?
Seseorang warganegara Malaysia yang telah berdaftar sebagai
pemilih SPR.
 Bagaimanakah seseorang pemilih boleh mengetahui tempat mengundi yang betul
untuknya? 

Pemilih boleh menyemak dari laman web SPR di alamat


www.spr.gov.my, menghubungi Ibu pejabat SPR , pejabat Pilihan Raya Negeri
atau SMS pada waktu yang dikhususkan.
 Bilakah bermulanya waktu membuang undi?
A: Secara amnya tempat mengundi di buka bermula dari jam 8.00 pagi hingga
5.00 petang. Namun terdapat beberapa pusat mengundi yang waktunya
ditetapkan lebih singkat terutamanya di pedalaman.
 Apakah dokumen yang perlu di bawa untuk membuang undi?
A: Dokumen yang diperlukan ialah sama ada kad pengenalan My Kad, KPT dan
Kad Pengenalan Plastik Biru. Selain itu pemilih juga boleh mengemukakan Resit
JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Dokumen-dokumen lain yang boleh digunakan sebagai bukti pengenalan diri
ialah :
• Pasport Malaysia Terhad
• Pasport Malaysia
• Lesen Memandu yang bergambar
• Kad kuasa yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang
mengandungi nama, nombor dan gambar pemegangnya.
 Sekiranya seseorang tidak dibenarkan membuang
undi, di manakah beliau sepatutnya membuat
laporan?
Laporan boleh di buat di Balai Polis berdekatan.
 Bolehkah orang mengundi bagi pihak orang lain?
Tidak boleh, walaubagaimanapun dalam kes tertentu
seperti orang buta warisnya boleh membantu untuk
mengundi dengan syarat warisnya perlu mengisi
Borang 10 terlebih dahulu
HAK-HAK UNTUK MENGUNDI

Anda mempunyai hak untuk mengundi secara rahsia


Tuntut hak anda:daftarlah sebagai pengundi
Anda harus dapat pergi ke pusat pengundian dengan
mudah.
Kerajaan perlu mengambil langkah yang perlu
dan bersesuaian bagi memastikan para pengundi
bebas mengundi tanpa mempunyai perasaan takut.
Pangkah kertas undi anda dengan terang dan jelas.
Pastikan anda menggunakan dakwat kekal semasa
membuang undi.
Parti-parti politik dan calon bebas menyampaikan
pandangan mereka di tempat awam.
Calon pilihanraya dan parti politik mempunyai
peluang sama rata dalam laluan kepada media
Anda mempunyai hak untuk menyatakan pendirian
politik anda secara individu atau bersama orang lain.
Ketika pilihanraya,kerajaan dan agensinya haruslah
memastikan setiap parti dan calon bebas untuk
menyampaikan pandangan kepada pengundi
Anda mempunyai hak untuk mengambil bahagian
dalam kerajaan negara anda
Negara perlu memastikan penduduknya
berpengetahuan mengenai prosedur-prosedur dan
isu-isu pilihanraya.
Spr mesti mempunyai kawalan penuh dan
menyeluruh semasa pilihanraya.
Negara harus memastikan senarai pengundi di
kemaskini.
 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata , "Mendaftar
untuk mengundi itu merupakan satu hak
kepada rakyat dan tidak boleh dipaksa. Ada
orang yang tidak mahu langsung mengundi. Jadi
mana boleh paksa mereka.”

Anda mungkin juga menyukai