Anda di halaman 1dari 12

MAJLIS ANUGERAH SIHATON 2010

SMK PUTRA PERDANA

Tarikh: 25 Julai 2010


Hari : Ahad
Masa : 7.30 – 10.30
Tempat; Dewan Seri Putra

Pengacara majlis : Pn Umi


Pn Azmah

ATURCARA TEKS PENGACARA MAJLIS

7.30 PAGI -Pendaftaran


-ketibaan jemputan
8.00 Pagi (ketibaan tetamu kehormat)

UMI Majlis mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Marsum b


Paeng, diiringi oleh tetamu jemputan…

SELAMAT DATANG MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SIHATON


2010

Majlis mempersilakan Yang Berhormat Dato’ bersama –sama tetamu


jemputan untuk sama-sama menyertai acara senamrobik yang akan
bermula sebentar lagi…..

(senamrobik di padang bola keranjang)


azmah Majlis mempersilakan dengan segala hormatnya Yang berhormat Dato’
diiringi oleh Tuan Pengetua dan YDP PIBG untuk mengambil tempat
di atas pentas…dipersilakan..

(tetamu mengambil tempat)

Bismillahhirrahmannirrahim…

1 Yang berhormat Dato’ Marsum b Paing ,


Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil

2 Yang berusaha Tuan Haji Hamsan b Saom


Pengetua SMK Putra Perdana

3 Yang dihormati Pn Rogiah bt Abd Moin


Penolong Kanan SMK Putra Perdana

1
4 Pn Zarinah bt Md Hassan
Penolong kanan hal Ehwal Murid SMK Putra Perdana

5 En See kang Hock


Penolong Kanan Kokurikulum SMK Putra Perdana

6 Pn Wan Khirani bt Wan Muhammad


Penolong Kanan Petang SMK Putra Perdana

7 Yang dihormati En En Shaharudin b


Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Putra
Perdana

1. Yang dihormati ahli-ahli jawatankuasa PIBG SMk Putra


Perdana

2. Guru-guru ketua bidang, kaunselor, guru-guru, ibu bapa dan


seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT SEJAHTERA

UMI (pantun 1)
Ke Pekan Kuala membeli bingka,
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bersyukur kita kerana di pagi yang dingin dan indah ini, dapatlah kita
bersama-sama berkumpul untuk memeriahkan lagi majlis perasmian
Program Sihaton SMK Putra Perdana.

Untuk pengetahuan hadirin,


Program Sihaton merupakan sebuah program yang di rancang khas bagi
mengumpul dana untuk menjalankan pelbagai aktiviti sekolah untuk
kepentingan pelajar-pelajar sekolah ini.

2
(pantun 2)
azmah Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Seterusnya,
Bagi memohon keberkatan, majlis mempersilakan, En Mohd Rizal b
Abdullah Nawawi untuk membacakan doa…
Dipersilakan…

Amin-amin ya rabbal Alamain….terima casi diucapkan lepada En


Mohamad Rizal b Abdullah Nawawi atas bacaan doa sebentar tadi..
Semoga majlis kita akan diberkati .

umi (Pantun 3)

Emas tempawan buatmu puteri,


Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Hadirin,
Majlis diteruskan dengan mempersilakan yang berusaha Tn Hj Hamsan
b Saom , Pengetua SMK Putra Perdana untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(ucapan pengetua)

Terima kasih diucapkan kepada Tuan pengetua atas ucapan beliau


sebentar tadi.
Memetik kata kata Tn Hj Hamsan……………………………………..

azmah (Pantun 4)

3
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami

Seterusnya majlis mempersilakan yang


Yang berhormat Dato’ Marsum b Paeng
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikannProgram
Sihaton SMK Putra Perdana.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang berhormat Dato’


Marsum b Paeng , atas ucapan beliau sebentar tadi.
umi Seterusnya, majlis mempersilakan dengan segala hormatnya Yang
Berhormat Dato’ diiringi oleh Tuan Pengetua untuk menyempurnakan
Perasmian Majlis kita pada pagi ini dengan melepaskan belon di
gelanggang bola keranjang…

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan….


Majlis juga mempersilakan hadirin sekalian untuk sama-sama
menyaksikan upacara perasmian.

(VIP lepaskan belon)


azmah Dengan lepasnya belon keudara, maka rasmilah majlis kita pada pagi
ini. Majlis mengucapkan juataan terima kasih kepada Yang Berhormat
Dato’ atas kesudian menyempurnakan upacara sebentar tadi

Azmah Hadirin sekalian,


Majlis akan diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah

Dimulakan dengan penyampaian cenderahati,


Untuk itu, majlis mempersilakan, Tn Hj Hamsan b Saom diiringi oleh
Pn Rogiah bt Moin untukmenyempurnakan majlis
Dipersilakan..

1. Majlis mempersilakan wakil Pusat kesihatan Dengkil untuk


menerima cenderahati.
Dipersilakan….
2. seterusnya, dipersilakan instruktor senamrobik…….

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Hamsan atas kesudian


menyampaikan cenerahati sebentar tadi

UMI Hadirin sekalian,

4
Tibalah kita ke acara yang ditunggu-tunggu, iaitu penyampaian hadiah
kepada pengumpul kutipan terbanyak setiap kategori.
Untuk pengetahuan hadirin, pelbagai hadiah menarik menanti
pemenang-pemenang ini…

Untuk menyempurnakan majlis, dipersilakan dengan segala hormatnya


Tn Hj Marsom b Paeng didiringi oleh Tn Hj Hamsan b Saom untuk
menyampaikan hadiah…
Dipersilakan….

Dimulakan dengan,
1. kutipan terbanyak keseluruhan kategori pelajar
i-
ii-
iii-

2. Kutipan terbanyak keseluruhan kategori guru


i-
ii-
iii-

3. Kutipan kelas tertinggi( gabungan kutipan setiap ahli kelas dan


melibatkan tingkatan 1,2,3 dan 4)
i-
ii-
iii-
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang,
Seterusnya,
Majlis mempersilakan Tn Hj Hamsan b Saom untuk menyampaikan
cenderahati tanda terima kasih atas kesudian Yang berhormat Dato’
menyampaikan hadiah sebentar tadi.
Dipersilakan….

Azmah (Pantun 5)
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah sebentar tadi ,


maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Majlis seterusnya
mempersilakan Yang berhormat Dato’ diiringi oleh Tn Pengetua dan
para jemputan yang lain untuk melawat gerai-gerai jualan dan pameran
dan seterusnya menjamu selera di bilik mesyuarat… dengan segala
hormatnya dipersilakan…

5
6
7
8
LAMPIRAN 1

MATA PELAJARAN TERBAIK TINGKATAN 1


MATAPELAJARAN NAMA
BAHASA MELAYU 1. NAZIRAH BINTI AHMAD FATHULLAH
( SEJARAH, GEOGRAFI, PENDIDIKAN ISLAM,
MATEMATIK DAN SCIENCE)

2. JASMIN IZZATY BT ESHA


BAHASA INGGERIS LOW XIN YIN

9
SEJARAH NIZAN ELMA BT MUAINI
(KEMAHIRAN HIDUP 1-KT)
GEOGRAFI NURUL SYAFINAZ IZLIN BT MAT MUKTI

PENDIDIKAN ISLAM FATIN HAFIZAH BT HASNI

MATA PELAJARAN TERBAIK TINGKATAN 2

MATAPELAJARAN NAMA
BAHASA MELAYU 1. SITI NUR NABILAH BT AHAMAD
BAHASA INGGERIS NUR AMIRAH BT MAT LUWI
SEJARAH HON JOO YEE
(MATEMATIK)
GEOGRAFI NURUL HANA BT MOHD SALLEH

PENDIDIKAN ISLAM NUR SHAHHIRAH BT SAMSURI


(SAINS)
SAINS ZARUL AZHAM B AMIN
(KEMAHIRAN HIDUP 1 –KT)

ANANDINI A/P GANAPATHY

SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG


TINGKATAN 1
BIL NAMA
1 NAZIRAH BT AHMAD FATHULLAH
2 NIZAN ELMA BT MUAINI
3 MUHAMAD AMIRUL SYAFIQ B ZAKARIA

SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG

10
TINGKATAN 2
BIL NAMA
1 GAN AI RIN
2 NUR SHAHHIRAH BT SAMSURI
3 NURUL HANA BT MOHD SALLEH
LAMPIRAN 2

SENARAI NAMA PENERIMA CENDERAHATI PIBG


BIL NAMA JAWATAN
1 EN OTHMAN B MOHAMAD YDP
2 YM RAJA SHAHRULZAMAN B RAJA NYDP
SHARIFF
3 PN NORMALA BT MOHD SALLEH SETIAUSAHA
KEHORMAT
4 PN RUSIAH BT DAUD BENDAHARI
BARISAN AJK IBU BAPA
5 EN ZAIDI B MOULTON
6 EN HASSNI B GHAZALI
7 EN ADNAN B IBRAHIM
8 PN MAIMUNAH BT YOB
9 PN N. SELVI
10 PN ONG AI KEN
BARISAN AJK GURU
11 CIK MAISARAH BT AHMAD FUAT
12 EN TAUFEEQ B MOHAMED AMIN
13 PN SHAHANIZA BT ENDUT
14 PN NORAINI BT NORZUKI
JURUAUDIT
15 EN HUSIN B OMAR
16 PN TOH SU EN

11
12