Anda di halaman 1dari 45

BAB VII

PERISTIWA 13 MEI DALAM KONTEKS PERKEMBANGAN


NEGARA BANGSA

7.1 PENDAHULUAN

Konflik yang dibincangkan dalam bab terdahulu sehubungan dengan Singapura,


Sabah dan Sarawak dengan Kerajaan Pusat menunjukkan berlakunya masalah
penyesuaian komponen baru Malaysia dengan dasar kerajaan Perikatan. Dalam
bentuk yang lebih jelas lagi negeri-negeri tersebut tidak dapat menerima dasar teras
kerajaan iaitu kedudukan istimewa orang Melayu. Penyingkiran Singapura
merupakan suatu mekanisme penyelesaian konflik namun idea masyarakat yang sama
rata terjelma melalui konsep Malaysian Malaysia terus kekal. Hubungan antara kaum
tidak berada di dalam keadaan yang harmoni walaupun konflik dalam bentuk
keganasan dan terbuka kurang berlaku. Sehubungan dengan hakikat ini peristiwa 13
Mei 1969 sering dirujuk dalam membuat penilaian terhadap usahan pembinaan negara
bangsa. Namun begitu peristiwa tersebut tidak wajar ditumpukan kepada peristiwa
pilihanraya dan beberapa hari seterusnya. Ini kerana penyebab rusuhan tersebut boleh
ditemui daripada beberapa dekad ketidakpercayaan dan syak wasangka antara kaum.1
Dengan yang demikian adalah wajar untuk merujuk kepada perkembangan-
perkembangan yang terdahulu untuk memahami tragedi tersebut serta perkara-perkara
yang menjadi titik pertentangan khususnya di antara kelompok bumiputera dan bukan
bumiputera.

7.2 HUBUNGAN KAUM ZAMAN KOLONIAL BRITISH


1
J. Slimming, Malaysia, death of a democracy, John Murray, London, 1969, hlm 4.
336

Bentuk hubungan kaum di negara ini adalah suatu warisan daripada zaman penjajahan
British. Dengan menggalakkan imigran dalam jumlah yang besar, struktur demografi
negara ini telah berubah secara drastik daripada yang asasinya terdiri daripada
masyarakat Melayu kepada yang lebih bersifat majmuk. Malahan pusat-pusat bandar
memperlihatkan rupa bentuk bukan Melayu yang rata-rata didiami oleh orang-orang
Cina dan juga orang-orang India serta dimajukan khususnya oleh kegiatan
perdagangan bukan Melayu.2 Kehadiran imigren ekonomi dalam skala besar ke
Malaya khususnya pada pertengahan abad ke-19 telah mengakibatkan suatu suasana
3
kewujudan penduduk peribumi di samping suatu kumpulan besar populasi terapung.
Keadaan sebegini menyebabkan dasar-dasar awam kerajaan kolonial turut
mengambilkira akan kemajmukan etnik. Ini diistilahkan sebagai dasar-dasar
pengurusan etnik.4

Semasa pentadbiran kerajaan kolonial British kumpulan-kumpulan etnik telah


terus terpisah. Masyarakat Melayu dan kumpulan peribumi yang lain dibiarkan
bersendirian untuk terus terlibat dalam kegiatan pertanian sara diri terutamanya
penanaman padi. Orang-orang Cina pula yang pada asalnya digalakkan berhijrah
demi menyediakan buruh murah, tetapi banyak daripada mereka terlibat dalam sektor
perlombongan, perdagangan dan kewangan. Buruh-buruh India pula diambil untuk
bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan jalan raya. Pemisahan fungsi-fungsi
ekonomi mengikut etnik untuk sementara waktu telah memisahkan kumpulan-
kumpulan etnik dari sudut ekonomi serta mengurangkan kemungkinan untuk
pertentangan dan konflik secara terus. Namun demikian sistem sebegini akhirnya
menjadi sumber utama ketegangan antara kaum khususnya selepas kemerdekaan. 5
Pentadbiran yang sebegini juga mempunyai kesan yang serius terhadap hubungan
antara kaum di Malaya. Ini adalah kerana komuniti-komuniti imigran akan berurusan
dengan British dan bukannya dengan elit pemerintah Melayu. Mereka telah
2
Tan Chee-Beng, Ethnic relations in Malaysia in historical and sociological perspectives,
Kajian Malaysia 5(1), 1987, hlm 104.
3
Kernial Singh Sandhu, Communalism : The primary threat to Malayan unity, dalam Asian
Survey, Vol 2(6), Ogos 1962, hlm 34.
4
G.P. Means, Ethnic preference policies in Malaysia dalam N. Nevitte dan C.H. Kenned
(editors) Ethnics preference and public policy in developing states, Lynne Reinner Publisher
Incorporation, Colorado, 19 , hlm 95.
5
Tan Chee-Beng, Ethnic relations in Malaysia in historical and sociological perspectives, hlm
104.
337

bekerjasama dengan British dan bukannya dengan ketua-ketua Melayu. Dalam kes
hubungan kaum di antara Melayu dan Cina, perkembangan sejarah yang berlaku
bukanlah ke arah membina asas kerjasama ekonomi dan politik serta penyesuaian
bersama. Ini adalah suatu proses pelencongan (divergent process) iaitu masyarakat
Melayu dan Cina bergerak ke arah yang berlainan secara ekonomi, politik dan sosial.
Peranan orang tengah Cina dan penguasaan mereka dalam sektor perdagangan dan
kewangan tambah melebarkan jurang sosial di antara orang-orang Melayu dan Cina.
Lebih ramai orang Cina berbanding dengan British dianggap sebagai pemeras
ekonomi.6 Dengan latar belakang yang sebegini, nasionalisme Melayu pada abad ke-
20 adalah bertujuan untuk mengembalikan semula hak dan kepentingan mereka. Ia
juga mempunyai sentimen anti-Cina. Sentimen anti-Cina ini ditambah buruk melalui
perkembangan politik yang tertentu. Bukan sahaja British tidak berusaha untuk
mengeratkan perpaduan Melayu - Cina, mereka sebaliknya mengizinkan kemasukan
aktivis politik dari China dan golongan yang bersimpati dengan mereka ke Malaya
untuk menghalakan orientasi politik sebilangan besar orang-orang Cina di negara ini
terhadap negara China dan sekaligus perkembangan nasionalisme Cina di Malaya.
Pemimpin-pemimpin Melayu hanya dapat memerhatikan sahaja perkembangan ini
tanpa dapat melakukan sesuatu tetapi ini telah mengukuhkan nasionalisme komunal
terhadap orang-orang Cina.

Pengelompokan peribumi - imigren yang kemudiannya sering dirujuk sebagai


pembahagian Melayu-bukan Melayu mewujudkan fenomena kehidupan kelompok-
kelompok ini yang berdekatan tetapi terpisah. Kehidupan mereka mengikut garis-
garis selari yang jarang sekali bertemu. Mereka tidak ingin mengetahui di antara satu
dengan yang lain dan sikap mereka terhadap kelompok yang lain diacuankan oleh
konsepsi-konsepsi popular yang telah menjadi mitos.7 Pengelompokan mengikut
kaum ini amat jelas wujud dalam sistem pendidikan. Sebelum Perang Dunia Kedua,
dasar pendidikan dan pendekatan kerajaan British ialah mengizinkan kepelbagaian.
ini. Pendekatan pluralistik ini menyebabkan wujudnya empat aliran pendidikan yang
berlainan, setiap satu berkembang dan bergerak dengan matlamat dan aspirasi yang

6
Ibid.
7
FCO 24/480 - The predicament of the Chinese in Western Malaysia. Pernyataan ini
bermaksud sudah ada suatu bentuk tanggapan umum sesuatu kumpulan ettnik terhadap kumpulan etnik
yang lain. Tanggapan-tanggapan ini juga dapat diistilahkan sebagai prejudis. Istilah mitos pula
memberikan pengertian bahawa tanggapan-tanggapan tersebut adalah tidak benar.
338

tersendiri. Untuk memenuhi keperluan sosio budaya populasi imigran, kerajaan


British mengizinkan masyarakat Cina dan India untuk membangunkan institusi
pendidikan mereka yang tersendiri. Tidak ada usaha untuk menyelaraskan keempat-
empat aliran ini. Setiap aliran menggunakan bahasanya sendiri, mempunyai
kurikulum tersendiri, mengadakan peperiksaannya sendiri dan berkembang dengan
cara yang bebas. Setiap aliran ini sebenarnya mencerminkan pengasingan yang
diizinkan untuk setiap komuniti.8 Tidak dapat dinafikan bahawa dasar pendidikan
British selepas Perang Dunia Kedua mula memperlihatkan kecenderungan untuk
berubah. Sistem pendidikan mula dilihat sebagai alat pembinaan negara bangsa
Malayan. Untuk kali pertama konsep Sekolah Kebangsaan mula dibincangkan.
Jawatankuasa Barnes menganggap cadangan sekolah baru itu (sekolah kebangsaan)
sebagai "sekolah warganegara" (school of citizenship) Penggunaan bahasa Melayu
juga merupakan suatu pengiktirafan bahawa proses tersebut memerlukan suatu asas
yang berakar umbi di negara ini.9 Namun demikian cadangan-cadangan laporan itu
yang terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana
masalah kewangan. Sebagai akibatnya sistem pendidikan pelbagai aliran terus wujud
di negara ini.

Hubungan kaum berubah semasa dan selepas pendudukan Jepun walaupun


jangka masa tersebut hanyalah lebih kurang tiga tahun dan lapan bulan.
Perkembangan-perkembangan yang seiring seperti peranan orang India dalam Tentera
Nasional India (Indian National Army)10, aktiviti Malayan People Anti Japanese Army
8
Puteh Mohamed & Malik Munip, The development of national education system, Malaysia
in history, 28 (2), 1985, hlm 86.
9
Ibid, hlm 88. Konsep "sekolah warganegara" boleh dirujuk daripada cadangan Jawatankuasa
Barnes iaitu suatu jenis sekolah rendah (single-type primary school) yang dibuka kepada para pelajar
daripada semua kaum dan guru-gurunyaa juga terdiri daripada guru semua kaum, dengan syarat guru-
guru tersebut mempunyai kelayakan yang sesuai dan juga merupakan warganegara Persekutuan Tanah
Melayu. Rujuk Chai Hon-Chan, Education and nation building in plural societies: The West
Malaysian experience. Development Studies Centre, Monograph no.6, The Australian National
University, Canberrra, 1977, hlm 20.
10
Rujuk Paul K. Kratoska, The Japanese occupation of Malaya, a social and economic history.
Allen & Unwin, New South Wales, 1998, hlm 104-107. Tentera Nasional India (INA) telah dibentuk
oleh Jepun di Singapura pada 3 September 1943. Pada tahap awal penubuhannya, Jepun telah melatih
S.C. Goha, K.P.K. Menon dan A. Yellapa untuk mengetuai INA. Kemudiannya dua orang warganegara
India dari Benggal iaitu Rosh Behari Bose dan Subhas Chandra Bose telah memimpin INA. Subhas
Chandra Bose telah mengisytiharkan pembentukan kerajaan Sementara India dengan tujuan untuk
mengusahakan kemerdekaan India dari Britain. Selain INA, Jepun telah menggalakan pemimpin-
pemimpin nasionalis India membentuk Indian Independence League (IIL) sejah tahun 1930-an dengan
tujuan yang sama iaitu untuk membebaskan India daripada penjajahan British. Salah seorang
pemimpin INA iaitu Mohan Singh menjelaskan lebih kurang 42, 000 tentera British telah menyertai
INA manakala Field Marshall Lord Warell menganggarkan 22, 000 tentera British yang menyertai
339

(MPAJA)11, penentangan terhadap cadangan-cadangan Malayan Union dan kempen


kemerdekaan menyebabkan prejudis perkauman dan kebimbangan yang terpendam
kini telah melonjak ke tahap permukaan. Kesedaran politik di kalangan orang-orang
Melayu telah berkembang kepada suatu tahap yang tidak tercapai pada masa dahulu.
Masyarakat Melayu menjadi lebih nasionalistik dan wujud perasaan persaudaraan
sesama mereka dari negeri-negeri yang lain melalui perhubungan yang lebih erat.
Kedudukan masyarakat Cina juga berubah. Rujukan terhadap masyarakat tersebut
iaitu "the Chinese is not worried about who holds the Malayan cow so long as he can
milk it" sudah tidak tepat lagi. Terjejasnya komunikasi di antara Malaya dan China
semasa perang dan kemunculan regim komunis di China menyebabkan masyarakat
tersebut semakin bermastautin secara tetap di Malaya. Juga berlaku gangguan
terhadap komunikasi lazim di antara India dan Malaya pada masa tersebut dan
penghapusan dwi kewarganegaraan apabila India mencapai kemerdekaan
menyebabkan populasi India di Malaya menjadi lebih stabil dan kini menganggap
Malaya sebagai negara mereka. Apabila komuniti imigren semakin menyedari akan
hakikat masa depan politik mereka di Malaya, masyarakat Melayu pula kini tidak
berpuas hati akan hakikat mereka telah menjadi minoriti yang diselubungi kemiskinan
di negara mereka sendiri. Mereka merasakan dianaktirikan di tanah air sendiri akibat
daripada penghijrahan orang-orang Cina dan India.12

Secara yang lebih jelas selepas Perang Dunia Kedua, MPAJA telah keluar dari
hutan dan membalas dendam kepada mereka yang dipercayai bekerjasama dengan

INA. Rujuk juga G.P. Means, Malaysian politics, university of London Press, London, 1970, hlm 47.
11
Rujuk Cheah Boon Kheng, Red Star over Malaya, resistance and social conflict during and
after the Japanese occupation 1941-1946, Singapore University Press, National University of
Singapore, 1983, hlm 134-151 yang menjelaskan bahawa konflik di antara orang Melayu dan MPAJA
dan masyarakat Cina telah tercetus sejak 15 Ogos 1945 di Sungai Manik, Perak. Di Batu Pahat, Johor,
pergaduhan di antara masyarakat Melayu dan MPAJA telah mencapai kemuncaknya pada 21 Ogos
1945. Masalah ini timbul apabila pada 15 dan 16 Ogos 1945, ahli-ahli MPAJA telah mula keluar dari
kem-kem mereka dan memasuki bandar-bandar. Pegawai-pegawai British dalam Force 136 tidak
berupaya untuk menghalang pergerakan tentera-tentera MPAJA tersebut. Jangka masa ini
menyebabkan mereka telah membalas dendam terhadap golongan yang bekerjasama dengan Jepun
sehinggalah tentera British mendarat pada 2 September 1945. Dalam jangka masa dua minggu itu,
MPAJA telah menubuhkan "public court" untuk menghukum mereka yang dianggap bekerjasama
dengan Jepun. Antara tempat yang didirikan "public court" itu ialah di Titi, Jelebu. Rujuk juga
Richard Clutterbuck, Riot and revolution in Singapore and Malaya 1945-1963, Faber & Faber
Limited, London, 1973, hlm 40 yang menjelaskan bahawa di Muar dan Batu Pahat sahaja di antara
September 1945 hingga April 1946, lebih 600 kematian telah dicatatkan oleh polis akibat daripada
pergaduhan MPAJA dan orang-orang Melayu walaupun tidak dapat dinafikan bahawa angka tersebut
mungkin lebih lagi.
12
Kernial Singh Sandhu, Communalism : The primary threat to Malayan unity, hlm 85.
340

Jepun yang kebanyakan mereka terdiri daripada orang Melayu atau India. Tindakan
MPAJA itu telah menimbulkan reaksi daripada masyarakat Melayu yang
menyebabkan berlakunya konflik keganasan. Pembunuhan dan keganasan Melayu-
Cina berleluasa di seluruh Malaya khususnya di Johor, Negeri Sembilan, kawasan
pantai utara Kedah dan Kedah/Perlis. Kawasan yang paling teruk ialah di Batu Malim
di Raub, Kuala Pilah, Bekor di Sungai Perak dan Manong di Perak.13

Ditinjau daripada persepsi yang lebih meluas, keharmonian yang sebenar tidak
wujud dalam hubungan antara kaum. Dr Mahathir menjelaskan bahawa;

Apa yang wujud ialah kurangnya perselisihan antara


kaum. Ada rasa toleransi. Ada terdapat penyesuaian.
Ada sedikit sebanyak perasaan tolak ansur. Akan
tetapi tidak wujud harmoni yang sebenar.
Sebaliknya ada nada-nada sumbang walaupun tidak
begitu ketara. Ada kalanya nada-nada sumbang
melansing nyaring lalu mencetuskan pergaduhan
kaum yang terpencil atau merata-rata14

Keharmonian antara kaum di Malaya tidaklah tulen


bahkan juga tidak berakar umbi secara mendalam.15

Kurangnya interaksi di antara peribumi - imigran juga dikaitkan dengan


hakikat bahawa imigren Cina membawa bersama bahasa, budaya serta bentuk
pendidikan sendiri untuk anak-anak mereka. Mereka tidak berasimilasi dengan
penduduk dan kebudayaan peribumi malahan pada tahap awal tidak berusaha untuk
menjadi bangsa Malayan. Walaupun terdapat sebahagian kecil orang-orang Islam
datang dari India, majoriti imigran dari India beragama Hindu. Dengan bekerja di
ladang-ladang getah, mereka tinggal dalam komuniti yang terasing dan seperti orang-
orang Cina, mereka juga tidak berasimilasi. 16 Natijah daripada keadaan sebegini
menyebabkan wujudnya sudut pandang yang berbeza dalam banyak hal. Antara
contoh yang diketengahkan ialah masyarakat Cina terlalu xenophobic dan sinocentric.
Di suatu pihak yang lain, struktur sosial dan agama masyarakat Melayu menyebabkan

13
FCO 24/480 Racial antagonism in Malaysia, extremist groups and potential for revolution.
14
Mahathir Mohamed, Dilema Melayu, (terjemahan oleh Ibrahim bin Saad) Times Books
International, Kuala Lumpur, 1982, hlm 6.
15
Ibid.
16
J. Slimming, Malaysia : Death of a democracy, hlm 4.
341

sukar untuk sebarang kumpulan agama dan etnik lain dengan pengecualian kepada
orang-orang Arab atau India Muslim berrintergrasi dengan mereka. 17 Namun begitu
keamanan dan kemakmuran Malaya, orientasi kepentingan politik dan emosi imigren
yang dihalakan ke luar Malaya dan sifat pasif politik Melayu menyebabkan masalah
perkauman di Malaya dapat dikawal.18

7.3 HUBUNGAN KAUM DI BAWAH PENTADBIRAN KERAJAAN


PERIKATAN

Perbincangan mengenai hubungan kaum di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan


memperlihatkan perubahan yang besar di antara persetujuan dan penerimaan elit parti-
parti komponen dengan realiti hubungan kaum di Malaya selepas kemerdekaan.
Seperti yang sering dijelaskan dasar teras kerajaan Persekutuan ialah mengutamakan
kepentingan masyarakat Melayu sebagai prioriti utama. Dalam masa yang sama pula
kerajaan tersebut tidak menolak kewujudan masyarakat majmuk di samping
mengizinkan implikasi daripada kewujudan masyarakat sedemikian seperti dalam
bidang pendidikan. Ideal yang ingin dicapai mengenai hubungan kaum oleh
pemimpin-pemimpin elit parti-parti komponen tidak semestinya dipersetujui oleh
lapisan yang lebih rendah. Ini adalah kerana sudut pandang kumpulan tersebut
dibentuk dan dibantu oleh faktor penyatuan pendidikan Inggeris yang mereka terima.

Walaupun "tolak ansur di ambang kemerdekaan" dilihat sebagai suatu jawapan


dan jalan keluar kepada masalah perkauman di negara ini selepas kemerdekaan, dua
keputusan yang dibuat oleh Parti Perikatan telah sebenarnya memburukkan keadaan
hubungan antara kaum. Terdapat penganalisis politik yang menjelaskan bahawa;

UMNO telah tergopoh-gapah menerima satu


daripada syarat yang dikenakan oleh pihak British
sebelum peralihan kuasa. Syarat yang dimaksudkan
ialah keupayaannya bekerjasama dengan masyarakat
bukan Melayu. … Kepemimpinan UMNO telah
tunduk kepada tuntutan MCA dan MIC untuk
mwujudkan syarat-syarat kewarganegaraan yang
liberal. Ini telah mencairkan konsep identiti

17
L.Comber, 13 Mei 1969,a historical survey of Sino-Malay relations, Graham Brash Ltd.
Singapore, 1983, hlm 15.
18
Kernial Singh Sandhu, Communalism : The primary threat to Malayan unity, hlm 35.
342

kebudayaan sama sekali. Walaupun keupayaan


berbahasa Melayu merupakan salah satu daripada
beberapa kelayakan kewarganegaraan, kelayakan ini
lebih diketepikan, bukan dihormati. Maka warga-
warga negara ini boleh dianggap sebagai warga
negara cuma di sisi undang-undang dan tidak dari
segi kebudayaan. Masalah tiadanya identiti
kebudayaan ini yang jelas di kalangan warga negara
yang baru adalah salah satu di antara beberapa sebab
utama bagi wujudnya perasaan perkauman di
kalangan penduduk bukan Melayu.

Tindakan kedua yang menyebabkan hubungan kaum menghadapi masalah


dinyatakan sebagai;

Tawar menawar semasa tahun lima puluhan itu


merupakan suatu malapetaka disebabkan seperkara
yang lain. Sebagai balasan kepada suatu konsep
kewarganegaraan yang tidak berasaskan kebudayaan,
elit-elit bukan Melayu telah bersetuju menerima
kedudukan istimewa masyarakat bukan Melayu.
Tawar menawar ini meneruskan pecahan
bumiputera dan bukan bumiputera dalam sebuah
kehidupan negara yang baru19

Maka kedapatan kewarganegaraan yang sama bagi


setiap orang. Akan tetapi timbul pula pembahagian
peribumi dan bukan peribumi yang jelas di bidang-
bidang tertentu seperti pelajaran, ekonomi dan
pentadbiran. Pada keseluruhannya, pembangunan,
pelajaran, kebudayaan serta yang terketara, politik
pada seluruhnya adalah berligar di sekeliling
pemisahan ini.20

Jelasnya "persetujuan asasi" dalam kalangan pemimpin Perikatan iaitu


penerimaan imigran sebagai warganegara dan kedudukan istimewa masyarakat
Melayu yang bertulis sebagai strategi pembinaan negara bangsa akhirnya menjadi
sumber konflik di peringkat rakyat khususnya kedudukan istimewa masyarakat
Melayu. Tuntutan-tuntutan ke arah masyarakat yang sama rata semakin bertambah
kuat semakin negara menjauhi daripada tarikh kemerdekaan. Means menjelaskan;

19
Chandra Muzaffar, Politik perkauman dan intergrasi nasional, Seminar Politik Malaysia IV:
Politik Malaysia Dekad 90-an, 2.3.1991, UKM hlm 1.
20
Aliran, Lima Persoalan, Aliran Kesedaran Negara, Pulau Pinang, 1983, hlm 51.
343

Walaupun sistem ethnic preference dibentuk untuk


menyelesaikan masalah yang wujud akibat daripada
perasaan etnisiti, dalam masa yang sama ia telah
mengukuhkan perasaan etnisiti itu sendiri dengan
mentakrifkan lebih banyak isu dalam kerangka etnik.
Kuota adalah akibat daripada tawar menawar politik
kaum tetapi ia juga memperkukukan identiti kaum
dan konflik etnik.21

Dikotomi Melayu-politik dan Cina-ekonomi tidak dapat diterima dengan


peredaran waktu. Pemerhati politik mencatatkan;

Tidak seperti ibu bapa mereka, generasi muda Cina


tidak sanggup mengetepikan politik demi kehidupan
yang tenang dan hasil-hasil daripada perniagaan.
Kebanyakan orang-orang Cina yang lebih muda
adalah lebih komited kepada Malaysia berbanding
dengan ibu bapa mereka22

Masyarakat Cina muda yang berpendidikan Cina mula mendakwa sejumlah


besar elit pemimpin Melayu berasal dari Indonesia. Justeru mereka menuntut hak
yang sama dengan pemimpin-pemimpin tersebut. Kepada golongan ini datuk nenek
moyang mereka tidak sahaja menyumbang kepada usaha yang besar dalam
pembangunan negara tetapi turut memainkan peranan yang penting dalam
kemerdekaan. Sebagai akibatnya mereka dapat melihat alasan untuk menerima nilai-
nilai Malaya. Juga kepada mereka, pemimpin Melayu yang bercakap mengenai
keperluan untuk memberikan kelebihan kepada orang-orang Cina adalah mereka yang
terpisah daripada realiti. Tidak ada kelebihan yang perlu diberikan. Malaysia adalah
hak kelahiran.23

Selepas kemerdekaan penghijrahan orang-orang Melayu dari luar bandar ke


bandar menyebabkan berlakunya persaingan dengan orang-orang Cina untuk
mendapatkan pekerjaan. Kepada orang-orang Cina persaingan ini merugikan mereka
yang tidak mendapat jaminan perlembagaan sehubungan dengan kedudukan istimewa.

21
G.P. Means, Ethnic preferenc in Malaysia, Ethnic preference and public policy in developing
states, N. Nevitte dan C. H. Kennedy (pnyt) Lynne Reinner Publishers Inc, Colorado, 1989, hlm 113.
22
J.Slimming, Malaysia, death of a democracy, hlm 8.
23
FCO 24/480, The predicament of the Chinese in Western Malaysia.
344

Kepada mereka ancaman utama dalam kehidupan mereka bukanlah masalah


pengangguran tetapi pengangguran yang disebabkan dan diburukkan oleh kedudukan
istimewa Melayu.24

Rasa tidak puas hati terhadap kerajaan tidaklah daripada dimensi masyarakat
bukan Melayu sahaja. Perasaan sedemikian turut dirasai oleh masyarakat Melayu.
Terdapat dakwaan bahawa hak-kedudukan istimewa telah menambahkan peluang-
peluang aristokrat Melayu dalam jawatan-jawatan politik dan jawatan kanan
perkhidmatan awam dan tentera yang kesemua ini tidak dinikmati oleh penduduk luar
bandar. Terdapat juga yang mendakwa bahawa kemerdekaan tidak membawa
perbezaan kepada penduduk luar bandar dan dalam bentuk material. Ianya tidaklah
lebih baik daripada semasa pemerintahan British.25

Dalam penganalisaan terhadap keadaan sebelum peristiwa 13 Mei, tulisan


dalam Dilema Melayu menjelaskan mengenai kelemahan tindakan-tindakan UMNO
dan kerajaan di mata masyarakat Melayu. Pemimpin-pemimpin UMNO dalam jangka
masa tersebut dianggap lebih suka memenuhi hasrat masyarakat Cina. Keadaan
sedemikian menyebabkan UMNO menjadi semakin lemah dan menjelang pilihanraya
1969 kekuatan pengaruhnya begitu merosot hinggakan terpaksa bergantung kepada
sumbangan wang kerajaan yang banyak untuk mendapatkan sokongan di beberapa
buah kawasan yang tidak menyokongnya.26

Di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan sebelum 13 Mei, usaha untuk


memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu dan bukan Melayu bukan sahaja
tidak berjaya tetapi memberikan hasil yang sebaliknya. Dilema Melayu menjelaskan
bahawa;

Memang sudah nyata bahawa menjelang pilihanraya


tahun 1969 semua golongan penduduk negara ini
tidak berpuashati dengan kerajaan. Orang Melayu
tidak berpuas hati kerana daripada pandangan
mereka, kerajaan terus memihak kepada orang Cina
sedangkan kerajaan telah gagal untuk membetulkan
24
Ibid.
25
J. Slimming, Malaysia, the death of a democracy, hlm 9.
26
Mahathir Mohamed, Dilema Melayu, hlm 13.
345

ketidakseimbangan pembahagian kekayaan dan


kemajuan bagi kaum-kaum di Malaysia. Sewaktu
menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka ini,
mereka telah membangkitkan kemarahan penduduk
bukan Melayu terutama orang Cina. Tuntutan-
tuntutan orang Cina pula bertambah apabila
pemberian kerajaan semakin mengghairahkan
keinginan mereka27

Dalam konteks politik Malaysia, rasa tidak puas hati sesuatu kaum terhadap
kerajaan akan menghasilkan hubungan antara kaum yang semakin buruk. Dalam
masa yang sama perasaan perkauman semakin bertambah. Means menjelaskan
bahawa;

Paduan di antara nasionalisme, demokrasi dan


pembahagian etnik merupakan potensi kombinasi
yang berbahaya dalam sebarang keadaan. Malaysia
juga tidak terkecuali.28

Peristiwa pergaduhan Melayu-Cina pada bulan Januari 1957 wajar dilihat


dalam konteks nasionalisme dan pembahagian etnik seperti yang disentuh oleh Means.
Pergaduhan tersebut berlaku semasa perayaan 100 tahun bandar George Town oleh
1,000 orang Cina. Semasa perarakan tersebut berlaku khabar-khabar angin yang
mengatakan bahawa orang Melayu telah menyerang sebahagian daripada perarakan
tersebut. Keadaan sebegini menyebabkan berlakunya pergaduhan di antara orang-
orang Cina dan Melayu di beberapa tempat di Pulau Pinang. Peristiwa pergaduhan
Melayu-Cina selama dua minggu itu dilaporkan oleh British sebagai;

Perlu ditekankan bahawa orang-orang yang terlibat


dalam serangan tersebut merupakan penjahat sama
ada Melayu atau Cina. Serangan mereka adalah
dalam bentuk kumpulan kecil Cina menyerang
orang-orang Melayu apabila mereka lebih ramai dan
begitu jugalah sebaliknya.29

27
Ibid, hlm 16.
28
G.P. Means, "Ethnic preference in Malaysia, hlm 99.
29
C.O. 1030/75, IT to Secretary of State For The Colonies from Sir D Mac Gillivrey, 19.1.
1957. Perayaan 100 tahun George Town dan pengisytiharan George Town sebagai bandaraya yang
pertama dalam Persekutuan Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya pergaduhan di antara
masyarakat Melayu dan Cina semasa perarakan Chingay sedang berlangsung. Rujuk akhbar Malay
Mail, 3 Januari 1957. Seperti yang dijelaskan dalam perenggan di atas, terdapat dua aliran pemikiran
mengenai kedudukan Pulau Pinang dalam Persekutuan Tanah Melayu yang bakal merdeka pada 31
346

Namun yang penting ialah sejak enam bulan yang terdahulu keadaan hubungan
kaum yang tidak berharmoni di peringkat bawahan telah berlaku. Keadaan tersebut
berlaku apabila masyarakat Melayu di pulau itu begitu menuntut kemerdekaan dan
mereka mahukan Pulau Pinang terintergrasi dalam Persekutuan Malaya dengan syarat-
syarat yang sama seperti negeri-negeri Melayu yang lain. Namun demikian
sebahagian besar orang-orang Cina yang walaupun inginkan kemerdekaan mempunyai
kekuatiran bahawa perlembagaan baru akan menghapuskan beberapa kelebihan yang
mereka nikmati berbanding dengan orang Cina di negeri-negeri Melayu.30

Jelas bahawa terdapat dua rumusan penting yang dapat dibuat daripada
peristiwa tersebut. Yang pertama ialah kelompok Melayu dan bukan Melayu di
ambang kemerdekaan masih memperlihatkan sudut pandang politik yang amat
berbeza. Rumusan kedua dan yang lebih penting ialah hakikat bahawa rasa tidak puas
hati yang khusus untuk sesuatu kaum akhirnya boleh dijelmakan dalam konflik
dengan kaum-kaum yang lain.31

7.4 ISU BAHASA YANG BERTERUSAN

Isu bahasa telah menjadi isu yang terus diperdebatkan sejak kemerdekaan. Dalam
perkataan lain, isu pemilihan bahasa yang sesuai untuk dijadikan bahasa rasmi atau
bahasa kebangsaan terus menjadi perdebatan. Bab empat telah membincangkan
hakikat bahawa selang beberapa tahun selepas kemerdekaan, bermulalah tuntutan
bahasa Mandrin digunakan untuk tujuan penggunaan rasmi (official usage) dan yang
lebih penting lagi ialah tuntutan itu dikemukakan oleh sekumpulan pemimpin dalam

Ogos 1957. Masyarakat Melayu inginkan Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada persekutuan itu
tanpa sebarang syarat manakala sebahagian masyarakat bukan Melayu khususnya masyarakat Cina
ingin memisahkan Pulau Pinang daripada Persekutuan Tanah Melayu seperti yang telah dibincangkan
dalam bab 1. Dalam konteks inilah berlakunya pergaduhan antara kaum
30
C.O. 1030/75,9 IT to Secretary of State For The Colonies from Sir D Mac Gillivrey, 19.1.
1957. Rujuk Lampiran Q berkaitan rusuhan kaum di Pulau Pinang pada Januari 1957.
31
Penjelasan mengenai hubungan etnik sejak zaman kolonial British diutarakan dengan tujuan
untuk membuktikan bahawa hubungan yang tidak harmonis telah berakar umbi sejak awal kewujudan
masyarakat majmuk. Ini dapat menafikan idea penting Kua Kia Song, May declassified documents on
the Malaysian riots of 1969, Suaram Komunikasi, Petaling Jaya, 2007, hlm 85 yang menjelaskan
bahawa ... The records show incontrovertibly that the riots of May 1969 were carefully planned and
organized.
347

MCA iaitu komponen penting Perikatan. Tuntutan itu dapat diatasi oleh MCA dengan
penyingkiran Sim Mow Yu, salah seorang Naib Presiden MCA pada masa itu.

Malaysia dengan kepelbagaian kumpulan etnik akan memperlihatkan rantaian


reaksi daripada sesuatu kumpulan etnik akibat daripada tindakan kumpulan etnik yang
lain. Tuntutan bahasa Mandrin untuk penggunaan rasmi telah menimbulkan
kegelisahan masyarakat Melayu khususnya di kalangan yang memperjuangkan taraf
bahasa kebangsaan dan rasmi untuk bahasa Melayu pada tahun 1967. Akhbar-akhbar
Melayu telah mempaparkan rasa tidak puas hati tersebut seperti;

Boleh dikatakan surat-surat khabar Cina sering


memuatkan berita-berita menuntut bahasa Cina
menjadi bahasa rasmi. Dan ada sebuah persatuan
guru-guru Cina … yang begitu lantang tentang
tuntutannya untuk mendesak kerajaan mengiktiraf
bahasa Cina menjadi salah sebuah bahasa rasmi
sehingga YDP kesatuan itu berani masuk penjara
demi menuntut hak bahasa Cina dan pelajaran Cina.
Di samping itu terdapat suatu berita dalam salah
sebuah akhbar Cina di mana Kesatuan Guru Cina
hendak mengadakan "Minggu Patriotik" untuk
memperjuangkan bahasa Cina.32

Golongan yang menuntut bahasa lain daripada bahasa Melayu sebagai turut
memiliki taraf kebangsaan atau rasmi dianggap sebagai golongan "kontra nasional"
oleh pejuang bahasa Melayu dan dianggap sebagai tuntutan yang "terang-terang
menentang perlembagaan negara"33. Di samping itu, kumpulan ini juga telah
menzahirkan rasa tidak puas hati akan tindakan-tindakan kerajaan untuk memajukan
bahasa kebangsaan. Kepada mereka kerajaan perlu mengambil beberapa tindakan
yang tegas dalam meningkatkan taraf bahasa Melayu. Antara artikel dengan tema
yang sedemikian ialah seperti yang berikut;

Setiap kali Dewan Rakyat bersidang, selama itulah


penentangan terhadap bahasa kebangsaan itu disebut
dan disuarakan. Pelbagai alasan diberikan dan ini
hanya kerana bahasa kebangsaan itu berbahasa
32
Yahya Ismail, Cabaran baru terhadap bahasa kebangsaan, Mingguan Malaysia, 22 November
1964
33
Saad Ibrahim, Perlunya kita mengenali peribadi bangsa sendiri, Mingguan Malaysia, 7 Mac
1965.
348

Melayu. Tetapi kita percaya perkara itu akan senyap


sepi kalaulah bahasa kebangsaan itu bahasa Cina
atau bahasa Inggeris atau bahasa Tamil.

Kita percaya kerajaan sendiri sedar akan perkara ini.


Tetapi kenapa membisu? Kenapa berdiam?
Bukankah anasir-anasir ini merupakan musuh dalam
selimut dan pernghalang kepada semangat
perlembagaan dan semangat kebangsaan yang
pernah disebut oleh Tuan Syed Nasir?

Tidak ada gunanya kerajaan menyelenggarakan


pergerakan-pergerakan itu dan ini, tidak ada
kesannya ucapan-ucapan yang berapi-api dari Tuan
Syed Nasir kalau kerajaan hanya membisu akan
langkah-langkah anasir jahat itu.

Kalau Seenivasagam kata kerajaan tidak adil di


dalam meletakkan hanya bahasa Melayu sahaja
sebagai bahasa kebangsaan, kita anjur kepada
kerajaan gunakanlah apa sahaja kuasa yang ada
padanya untuk melenyapkan fahaman dan sikap
manusia ini

Malah kerajaan sehingga ini patut mengadakan


undang-undang tertentu terhadap mereka yang tidak
sanggup menerima bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Undang-undang ini hendaklah tegas
dan harus pula bertindak tegas.34

Artikel yang lain pula mencatatkan;

Sekarang timbullah pertanyaan; Mengapa pegawai-


pegawai kerajaan tidak mahu belajar bahasa
kebangsaan. Jawabnya amat mudah kerana bahasa
kebangsaan tidak ada harga, kerana dalam pekerjaan
mereka sehari-hari untuk mendapatkan nafkah hidup
dan dalam usaha sehari-hari untuk mencari segala
nikmat-nikmat hidup tidak memerlukan bahasa
kebangsaan dan juga segala surat penting, perkara-
perkara penting penting dalam urusan pentadbiran
kerajaan masih menggunakan bahasa Inggeris -
bahasa kebangsaan tidak sah. Lebih daripada itu,
ada pula perkara-perkara yang tidak boleh digunakan
34
Pencinta Bahasa, Kerajaan harus bertindak terhadap petualang-petualang bahasa, Mingguan
Malaysia, 24 Januari 1965, hlm 8.
349

bahasa kebangsaan kerana undang-udang tidak


membolehkannya

Amalan kerajaan tentang bahasa kebangsaan juga


perlu dikaji dengan teliti (kerana itulah salah satu soal
pokok). Kalau kerajaan sendiri menjalankan langkah-
langkah yang tegas, saya kira kita tidak perlu
menjerit-jerit35

Idea penting golongan yang memperjuangkan kedudukan bahasa Melayu ialah


bahasa tersebut akan menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal
menjelang tahun 1967 apabila Parlimen terpaksa menentukan kedudukan bahasa
Inggeris seperti yang telah dicatatkan dalam Fasal 152. Mereka enggan berkompromi
menerima bahasa-bahasa lain sebagai bahasa rasmi walaupun hanya untuk tujuan
penggunaan rasmi (official usage) seperti yang pernah diperjuangkan oleh beberapa
kelompok dalam MCA.

Pendirian di atas adalah jelas dipegang oleh Persekutuan Bahasa Melayu


Universiti Malaya (PBMUM). Persatuan tersebut berpendapat sebarang golongan
yang menentang perlaksanaan bahasa kebangsaan adalah sebagai "golongan yang
tidak jujur terhadap kehendak negara". Persatuan yang dipimpin oleh Ismail Daud itu
telah memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada tindakan yang telah diambil
oleh Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK) 36 yang telah meminta Perdana
Menteri supaya jangan berganjak daripada menjadikan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa rasmi yang tunggal pada 1 September 1967. Persekutuan itu menyifatkan
sebarang penyelewengan mengenai tuntutan bahasa Melayu yang rasmi dan tunggal
sebagai menentang kehendak negara.37

Namun demikian pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah


mengecewakan mereka ini. Jelasnya rang undang-undang itu adalah suatu bentuk
35
Iskandar Sani, Apakah tugas BBB hanya untuk menghentam sahaja? Mingguan Malaysia, 21
Mac 1965.
36
Badan Bertindak Bahasa kebangsaan (BBBK) telah dibentuk pada awal tahun 1965 dan
dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail, Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan tujuan " membantu
kerajaan dalam melaksanakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang tunggal menjelang
tahun 1967." Latar belakang yang membawa kepada penubuhan badan ini ialah tuntutan masyarakat
Cina khususnya untuk penggunaan bahasa bukan Melayu yang "lebih liberal" untuk tujuan-tujuan
rasmi. Rujuk James P. Ongkili, Nation –building in Malaysia 1945-1974, Oxford University Press,
Singapore, hlm 195.
37
Utusan Malaysia, 16 Februari 1967.
350

kompromi pentadbiran kerajaan Perikatan mengenai kedudukan bahasa Melayu,


bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain. Ia cuba mencari jalan tengah dalam
menyelesaikan kekalutan yang dihadapi. Pentadbiran kerajaan Perikatan di bawah
Tunku Abdul Rahman ingin melihat pengekalan bahasa Inggeris dalam bidang-bidang
yang penting. Bahasa Melayu bukanlah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang
yang tunggal dalam erti kata yang sebenar. Hal ini telah begitu jelas dihujahkan oleh
wakil-wakil PAS dan PPP dalam perbahasan Dewan Rakyat. Penyelesaian kerajaan
Perikatan dalam soal kedudukan bahasa kebangsaan melalui pembentangan Rang
Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam tahun 1967 (10 tahun selepas
kemerdekaan) menyebabkan masyarakat Melayu yang ingin melihat bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi tunggal dalam erti kata yang sebenar
telah kecewa. Pemimpin masyarakat Melayu kalaupun tidak menentang rang-undang-
undang itu secara terang-terangan dan total telah mempamerkan idea-idea yang secara
tidak langsung menunjukkan rasa tidak setuju mereka. Syed Jaafar Albar telah
menyeru kepada Menteri Pelajaran, Khir Johari agar sekolah Inggeris ditukar menjadi
sekolah-sekolah kebangsaan dan mahukan jaminan bahawa pada tahun 1968 Sekolah
Jenis Kebangsaan Inggeris ditukar menjadi Sekolah-Sekolah Kebangsaan. Kepada
Syed Jaafar Albar;

Bahasa Inggeris adalah suatu tawanan yang dapat


kita perintah dan bukan sebagai tuan yang menguasai
dan memerintah fikiran. Pertandingan di antara
bahasa Inggeris dan bahasa kebangsaan perlu
dihapuskan. Selagi bahasa Inggeris berkuasa, ia
akan menelan bahasa kebangsaan.38

Pada 22 Februari 1967, BBBK telah menganjurkan perarakan 200 orang untuk
mendesak Tunku Abdul Rahman tidak berganjak menjadikan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa rasmi yang tunggal pada 1 September 1967. Antara slogan yang
dipamerkan ialah "satu bahasa, satu negara" dan "Tidak ada tolak ansur dalam soal
bahasa"39 Persatuan Penulis-Penulis Nasional (PENA) telah mengemukakan empat
persoalan kepada Menteri Pelajaran iaitu;

38
Berita Harian, 14.Februari 1967.
39
Ibid, 23 Februari 1967.
351

a) Sampai bila undang-undang bahasa ini akan


kekal?

b) Sampai bila bahasa Inggeris dalam undang-


undang akan kekal?

c) Sejauh manakah kerajaan hendak meluaskan


penggunaan bahasa kebangsaan untuk maksud-
maksud yang rasmi seperti dalam rang undang-
undang itu?

d) Dapatkah kerajaan memberikan jaminan bahawa


orang-orang bukan Melayu tidak menuntut dan
mendesak supaya penggunaan bahasa masing-
masing untuk maksud-maksud rasmi
diperluaskan di masa hadapan?40

Akhbar Berita Harian juga menjelaskan terdapat UMNO peringkat bahagian


yang mendesak supaya rang undang-undang itu dibincangkan dalam sidang tergempar
agung UMNO. Namun demikian tuntutan itu tidak diterima dengan alasan bahawa
Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan telah dibincangkan oleh Majlis Kerja
Tertinggi UMNO dan Jawatankuasa Politik UMNO.41 Jelasnya situasi dalam UMNO
sendiri menunjukkan wujudnya rasa tidak puas hati terhadap kompromi dan
penyelesaian kedudukan bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris di negara ini.
Kesatuan Guru-Guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Prai mengambil keputusan
menghantar satu bantahan kepada Tunku Abdul Rahman mengenai rang undang-
undang ini. Pengerusi kesatuan, En Abd Rahim bin Mohd Akid menjelaskan bahawa
kelulusan Dewan Rakyat terhadap rang undang-undang itu akan melemahkan
kedudukan bahasa kebangsaan. Kesatuan tersebut mengaitkan perlaksanaan Rang
Undang-Undang Bahasa kebangsaan dengan kelemahan sekolah-sekolah kebangsaan
dengan menganggap "kepercayaan orang ramai terhadap sekolah tersebut akan
merosot dan bahasa Inggeris akan terus mendapat kedudukan yang istimewa di negara
ini dan kedudukan bahasa Melayu akan merosot". Dalam masa yang sama kesatuan
itu memberikan sokongan penuh kepada BBBK.42 Semasa Rang Undang-Undang
Bahasa Kebangsaan dibahaskan di Dewan Rakyat, BBBK telah mengadakan

40
Ibid, 28 Februari 1967.
41
Ibid.
42
Ibid.
352

perjumpaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan tujuan membidas rang
undang-undang itu. Antara yang berucap ialah Pengarah DBP, Syed Nasir bin Ismail
dan Pengerusi BBBK, Yahya bin Ismail.43

Pendirian DBP dapat dirujuk daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh


Majalah Dewan Bahasa selepas Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dibentang
di Dewan Rakyat. Dua mesej penting majalah tersebut ialah bahawa tindakan-
tindakan politik daripada kerajaan Perikatan merupakan faktor yang menyebabkan
wujudnya kompromi dalam akta bahasa itu. Mesej yang kedua ialah kegusaran agensi
bahasa itu akan kedudukan dan pengaruh bahasa Inggeris dalam beberapa bidang
penting. Kenyataan dalam majalah tersebut;

Dalam masa selepas sepuluh tahun selepas merdeka,


tiap-tiap golongan masyarakat telah memberikan
sumbangan masing-masing untuk mengangkat
bahasa kebangsaan menjadi bahasa rasmi yang
tunggal. Sekarang masa sepuluh tahun telah tamat
dengan rang undang-undang bahasa yang dibentang
dalam Parlimen.

Pelaksanaan selanjutnya yang akan berkuat kuasa


bulan September tahun ini akan terikat pada rang
undang-undang itu.

Rang undang-undang itu diterima dalam kalangan


rakyat dengan perasaan yang tidak puas. Tetapi dari
segi politik nampaknya tidaklah ada jalan untuk
memberi kepuasan kepada semua golongan dan
kalangan.
Oleh kerana masalah bahasa rasmi ini sebenarnya
tertakluk kepada peraturan politik, maka majalah ini
tidak dapat mencampurinya. Tetapi dari segi
perkembangan bahasa itu sendiri, tidaklah ada
kesimpulan lain yang lebih jelas kepada kita
sekarang malahan bersedia menghadapi tugas yang
kalaupun tidak lebih, adalah sama sukarnya dengan
tugas yang dihadapi dalam masa sepuluh tahun yang
lalu kerana persaingan dengan bahasa Inggeris.

Seperti masa yang sudah-sudah itu tetap juga dan


ada dan tidak pula kita ketahui bila akan hapusnya.
43
Ibid, 4 Mac 1967.
353

Bahasa Inggeris yang gagah itu ada di mana-mana


untuk mempengaruhi perkembangan dan
pertumbuhan bahasa kita.44

Manifestasi kekecewaan pejuang-pejuang bahasa dapat dilihat daripada


penciptaan sajak-sajak "Keranda 152". Sajak-sajak tersebut merupakan usaha usaha
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan ditulis oleh anggota Dewan Bahasa
dan Pustaka termasuklah Usman Awang, Zulastry, Shamsuddin Jaafar, Ismail
Muhammad, Salleh Haji Yusof.45 Manifestasi yang sama juga dapat dilihat daripada
upacara pembakaran naskah Utusan Melayu oleh BBBK di hadapan bangunan DBP
sebagai bantahan terhadap pendirian akhbar tersebut yang dianggap menyokong Akta
Bahasa Kebangsaan.46 Di pihak kerajaan pula, beberapa tindakan pemulihan terpaksa
diambil untuk meredakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan pejuang-pejuang
bahasa Melayu. Malahan sebelum rang undang-undang bahasa itu dibentangkan, Tun
Abdul Razak pada Januari 1967 telah "menasihati" pengarang-pengarang akhbar
dalam satu pertemuan agar berhati-hati dalam melaporkan berita-berita soal bahasa
supaya "hal itu dapat dilaporkan secara bertanggungjawab".47 Pada penghujung
Februari pula Ibu Pejabat UMNO terpaksa mengeluarkan kenyataan yang menafikan
bahasa Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan telah mengizinkan penggunaan
semi multilingualism dan rang undang-undang itu telah memenuhi semua kehendak
rakyat yang realistik.48 Dalam bulan Mac pula Tunku Abdul Rahman terpaksa
mengadakan lawatan ke negeri-negeri dan bermula dengan negeri Perak untuk
menerangkan mengenai tindakan kerajaan melalui akta bahasa itu.49 Menteri
Pelajaran pula, Encik Khir Johari pula menegaskan bahawa kerajaan akan bertindak
untuk mengambilalih DBP "setelah membersihkan anasir-anasir menentang kerajaan
yang telah menjadikan dewan itu sarang politik".50

Hasrat di sebalik rang undang-undang ini ialah untuk memuaskan seberapa


banyak pihak yang terlibat. Namun demikian kompromi yang dibentangkan juga
tidak dapat diterima oleh kumpulan masyarakat bukan Melayu seperti yang dapat
44
Utusan Malaysia, 19 Mac 1967.
45
Ibid, 26 Mac 1967
46
Ibid, 5 Mac 1967.
47
Berita Harian, 29 Januari 1967
48
Ibid, 28 Februari 1965.
49
Utusan Malaysia, 5 Mac 1967.
50
Ibid, 19 Mac 1967.
354

dirujuk daripada perbahasan Dewan Rakyat. Selain penentangan di Parlimen, badan


kepentingan masyarakat bukan Melayu seperti Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina
melalui presidennya iaitu Sim Mow Yu menjelaskan;

Dengan terbentangnya rang undang-undang maka


telah terlaksanalah janji-janji kerajaan untuk
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
yang tunggal mulai 1 September. Tetapi kedudukan
bahasa-bahasa lain dari bahasa Inggeris tidak
terjamin. Bahasa Inggeris dikekalkan kedudukannya
dalam negara ini tetapi malang sekali rang undang-
undang itu tidak menjamin kedudukan bahasa Cina
tetapi mengadakan kemungkinan untuk
51
menghapuskannya.

Devan Nair yang merupakan wakil tunggal DAP dalam Dewan Rakyat pula
mengesyorkan bahasa Cina dan bahasa Tamil juga digunakan dalam peperiksaan ke
sekolah menengah. Devan Nair menegaskan bahawa jaminan kerajaan adalah tidak
memadai kerana kerajaan tidak tegas dalam melindungi bahasa-bahasa lain. Ia juga
menegaskan bahawa bahasa Cina dan bahasa Tamil telah menjadi "bahasa Malaysia"
sekarang kerana ramainya yang bertutur dalam bahasa itu. Di samping itu Devan
Nair berpendapat rang undang-undang bahasa ini telah menyebabkan bahasa Inggeris
telah tidak diberikan tempat yang penuh. Rang undang-undang itu juga dianggap
menyebabkan "orang-orang Malaysia bukan Melayu tidak berasa senang kerana
mereka bukan diterima tetapi sekadar diberi tempat sahaja."52

Perbincangan-perbincangan di atas memperlihatkan beberapa perkembangan


yang tidak sihat dalam isu bahasa kebangsaan dan rasmi. Masyarakat Melayu
kecewa dengan pendekatan kerajaan melalui Akta Bahasa Kebangsaan 1967.
Dengan latar belakang tuntutan bahasa lain turut diterima sebagai bahasa rasmi,
hubungan antara kaum menjadi lebih buruk. Kumpulan etnik yang lain dianggap
sebagai penghalang kepada aspirasi mereka. Dalam masa yang sama tuntutan untuk
menjadikan bahasa masing-masing sebagai bertaraf rasmi makin menjadi kuat
menjelang tahun 1967.

51
Ibid, 25 Februari 1967.
52
Berita Harian, 4 Mac 1967.
355

7.5 TUNTUTAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BEBAS

Tahun 1968 memperlihatkan wujudnya tuntutan sistem pendidikan yang bebas


daripada campur tangan kerajaan dilaksanakan di Malaysia. Jelasnya wujud
keinginan untuk melihat mekanisme sistem pendidikan yang bersifat laisses faire.
Terdapat jangka masa memperlihatkan sistem pendidikan vernakular berjalan tanpa
banyak campur tangan kerajaan British.53 Dalam konteks sistem pendidikan Cina, ia
banyak diwarnai oleh masyarakat itu sendiri seperti dalam persoalan pemilihan dialek
sebagai bahasa pengantar. Kawalan kerajaan yang pernah dilakukan oleh British ialah
melalui pendaftaran sekolah yang bertujuan menghindarkan pengaruh komunis.
Secara keseluruhannya sekolah-sekolah vernakular berjalan dengan insiatif sendiri
yang mengakibatkan "jiwa yang merdeka" dalam sistem tersebut. Keadaan yang sama
berterusan selepas kemerdekaan. Laporan Razak lebih memberikan penekanan
terhadap sukatan pendidikan yang bersifat tempatan. Ia memberikan penekanan
kepada "menubuhkan sistem pendidikan kebangsaan yang dapat diterima oleh
penduduk Persekutuan secara menyeluruh dan memuaskan keinginan serta
menggalakkan perkembangan budaya, sosial, ekonomi dan politik sebagai sebuah
bangsa".54 Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1960 pula memberikan peluang kepada
sekolah-sekolah untuk menerima dasar-dasar pendidikan kebangsaan atau sebaliknya.
Keakuran terhadap sistem pendidikan kebangsaan akan bermakna bantuan kewangan
daripada kerajaan. Sebagai akibatnya wujud sekolah-sekolah bebas yang memilih
untuk mengekalkan identiti dan bahasa pengantarnya. Kemuncak daripada kewujudan
sekolah-sekolah bebas ialah tuntutan Universiti Merdeka. Merdeka dalam konteks ini
bukanlah sama makna dengan kebebasan daripada penjajah tetapi lebih membawa
kepada konotasi "bebas." Ia merupakan hasil akhir daripada rentetan kewujudan
sekolah-sekolah yang bebas daripada sistem pendidikan kolonial dan selepas
kemerdekaan daripada aliran kebangsaan. Logik yang sedemikian telah dikemukakan

53
Rujuk Philip Loh Fook Seng, Seed of separatism, educational policy in Malaya 1874-1940.
Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1975, hlm 38. Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, selepas
tahun 1901 tidak ada sekolah yang dibiayai oleh pentadbiran British sehinggalah tahun 1930-an apabila
kerajaan kolonial British ingin mengawal sekolah-sekolah vernakular khususnya sekolah-sekolah Cina
dengan menjalankan peranan langsung dari segi organisasi dan kewangan. Namun demikian
pengarang ini menjelaskan bahawa ... by 1901, the financial "independence" of the Chinese schools
system, relying almost entirely on the resources of the Chinese community that it served, was pretty
much an established pattern.
54
Rujuk kepada terma rujukan Penyata Razak dalam Mohd Ashraf Ibrahim, Gagasan bangsa
Malayan yang bersatu 1945-1957. Penerbit UKM, Bangi, 2004 hlm 182.
356

oleh Kesatuan Guru-Guru Cina Kanan Biasa (Union of Chinese Senior Normal
Teachers). Kesatuan ini berpendapat bahawa masyarakat Cina berhak untuk
menubuhkan Universiti Merdeka yang dicadangkan kerana sekolah-sekolah
persendirian (bebas) diizinkan terus wujud.55

Universiti Merdeka menjadi lebih jelas cirinya pada tahun 1967 apabila
ditimbulkan oleh guru-guru sekolah Cina akibat daripada pengumuman kerajaan
bahawa pelajar tanpa sijil Cambridge tidak akan dibenarkan keluar negeri untuk
melanjutkan pelajaran. Langkah ini akan menghalang kebanyakan pelajar
berpendidikan Cina daripada pergi ke luar negeri. Pada 14 Februari 1968, suatu
mesyuarat di antara guru-guru sekolah Cina, ahli lembaga pengarah sekolah-sekolah
Cina serta perwakilan kesatuan sekerja dan persatuan-persatuan Cina telah diadakan
untuk membincagkan kempen seluruh negara untuk universiti tersebut. Pada
penghujung Februari 1968, Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Bersatu (UCSTA) 56
dan Jawatankuasa Pengurus Sekolah Cina Bersatu (UCSDA) telah memutuskan untuk
meneruskan rancangan mereka untuk menubuhkan Universiti Merdeka walaupun
ditentang oleh MCA. Kedua-dua badan pendidikan Cina itu telah menubuhkan
Jawatankuasa Kerja Pendidikan Bersama untuk mencapai cita-cita tersebut.57
Golongan ini tetap mempertahankan keputusan untuk menubuhkan Universiti
Merdeka walaupun Kementerian Pendidikan telah menggugurkan arahan untuk
menjadikan kelulusan Senior Cambridge Certificate sebagai pra syarat untuk
melanjutkan pelajaran ke luar negeri.58

Jelasnya wujud dua aliran dalam sistem pendidikan atau lebih tepat lagi aliran-
aliran yang bebas diizinkan beroperasi. Aliran pertama merupakan manifestasi usaha
kerajaan membentuk sistem pendidikan kebangsaan sebagai alat dalam pembentukan
negara bangsa Malaysia dan aliran kedua pula merupakan manifestasi usaha

55
J.R. Bass, Malaysian politics 1968-1970, Crisis and response, Tesis Ph D, University of
Berkeley, 1973, hlm 36.
56
Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Bersatu (UCSTA) merupakan persatuan untuk guru-guru
sekolah Cina yang telah mula menentang cadangan-cadangan sistem pendidikan kerajaan Perikatan
yang bermula dengan Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang diketuai oleh Tun Razak. Jawatankuasa
tersebut mencadangkan mata pelajaran wajib iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah-
sekolah Cina yang menyebabkan sekolah-sekolah tersebut menjadi trilingual. Rujuk Gordon P. Means,
Malaysian politics, hlm 203.
57
The Straits Times, 26 Februari 1968.
58
J.R. Bass, "Malaysian politics, 1968-1970, hlm 34.
357

mengekalkan identiti masyarakat Cina di negara ini. Ini adalah kerana golongan yang
mempertahankan institusi tersebut menyedari bahawa pendidikan Cina di negara ini
berperanan penting dalam mengekalkan dan meneruskan identiti Cina.59

Lima objektif yang dikemukakan dalam penubuhan universiti berbahasa Cina


ini seperti yang diumumkan oleh UCSTA dan UCSDA dalam bulan Januari 1968
ialah;

a. Melengkapkan sistem pendidikan Cina

b. Menghasilkan bakat sumber manusia pakar untuk negara


ini

c. Menyediakan jalan dan kesinambungan Sekolah


Menengah Bebas Cina

d. Menyediakan keperluan masyarakat

e. Menggalakkan pertukaran budaya60

Usaha UCSTA dan UCSDA membentuk universiti berbahasa Cina ini telah
mendapat sambutan daripada masyarakat Cina sekiranya jumlah kesatuan sekerja dan
persatuan-persatuan Cina yang menyatakan sokongan serta sumber kewangan kepada
universiti ini diambil kira.61 Penyokong-penyokong Universiti Merdeka berpendapat
bahawa "penyatuan budaya" paling wajar dilaksanakan dengan meningkatkan tahap-
tahap kebudayaan individu dan kemudian digalakkan sintesis antara budaya. Untuk
mencapai tahap pertama proses itu, Malaysia memerlukan bahasa kebangsaan dan
bahasa Cina di samping bahasa Inggeris supaya dua kaum terbesar akan menerima
pendidikan tinggi dan menjadi "intelek Malaysia yang sebenar".62

Namun demikian idea Universiti Merdeka sebagai puncak pendidikan bebas


tentulah tidak dapat diterima oleh kerajaan Perikatan. Sebagai Menteri Pelajaran,
59
Ting Chiew Peh, The Chinese in Peninsular Malaysia, s study of a race relation in a plural
society, hlm 239.
60
SP 45 Surat Persendirian Tan Siew Sin SP 45/3299, Chinese University - Vol 1, Sin Pin Jai
Pao, Rujuk Lampiran R.
61
Ibid.
62
J.R. Bass, Malaysian politics 1968-1970, crisis and response, hlm 38.
358

Encik Khir Johari menjelaskan dalam perbahasan Parlimen bahawa adalah tidak
bersesuaian untuk menubuhkan universiti berbahasa Cina. Tunku Abdul Rahman pula
berpendapat bahawa pembentukan universiti berbahasa Cina tidak akan menyumbang
kepada usaha menyatukan dan mengukuhkan seluruh masyarakat. Beliau menyeru
mereka untuk melupakan idea tersebut. Sebaliknya Tunku Abdul Rahman meminta
mereka memberikan sumbangan kepada Universiti Malaya supaya para pelajar dan
perpaduan negara akan memperoleh faedah daripadanya.63

Sama seperti apabila berhadapan dengan isu bahasa Cina sebagai bahasa
rasmi, MCA sekali lagi menghadapi dilema yang sama. MCA menyedari bahawa
kerajaan Perikatan atau lebih tepat lagi UMNO tidak akan merestui usaha
pembentukan universiti berbahasa Cina. Dengan yang demikian parti itu memutuskan
untuk tidak menyokong penubuhan universiti itu dengan alasan bahawa parti itu hanya
akan menyokong sistem pendidikan rasmi sahaja.64 Sebelum itu MCA telah
mengadakan mesyuarat pada 8 Februari 1968 yang dihadiri oleh Menteri Kabinet,
Senator, Ahli Parlimen, ADUN untuk melihat alternatif kepada Universiti Merdeka.
Mesyuarat telah mencadangkan pembentukan sekolah vokasional dan politeknik. 65
Selain itu MCA telah mengemukakan cadangan supaya Jabatan Pengajian Bahasa
Cina di Universiti Malaya dinaikkan taraf kepada fakulti sepenuhnya. 66 Namun
demikian idea alternatif fakulti penuh di Universiti Malaya menyebabkan imej MCA
sebagai parti memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina semakin tercalar. Ini
kerana idea tersebut dianggap sebagai kurang menarik berbanding dengan sebuah
universiti ditubuhkan dan disokong oleh komuniti Cina.67

Justeru MCA terpaksa mengemukakan idea seterusnya iaitu Kolej Tunku


Abdul Rahman. MCA juga terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa idea tersebut
telah bermula sejak 1964. Namun demikian, tidak semua dalam komuniti Cina yang
menganggap Kolej Tunku Abdul Rahman sebagai alternatif yang viable kepada

63
Ibid
64
Straits Echo, 27 Februari 1968.
65
Ibid, 29 Januari 1968.
66
Straits Times, 9 Februari 1968.
67
J.R. Bass, Malaysian politics, 1968-1970, crisis and response, hlm 43.
359

Universiti Merdeka. Kolej tersebut tidak dianggap sebagai full fledged institution of
higher learning.68

Daripada sudut yang lain pula tuntutan Universiti Merdeka telah menguatkan
tekanan untuk penubuhan Universiti Kebangsaan iaitu universiti yang akan
menggunakan bahasa Melayu. Orang-orang Melayu yang mempunyai kesedaran
politik berpendapat sekiranya kerajaan bersedia menjanjikan sepuluh juta ringgit
kepada Kolej Tunku Abdul Rahman, ia juga boleh melakukan tindakan yang sama
untuk universiti yang jelas selari dengan dasar pendidikan negara.69

Jelasnya pada tahap ini hubungan antara kaum di Malaysia memperlihatkan


hubungan yang bersifat reaktif. Elemen rantaian reaksi 70 antara kaum jelas dalam
arena politik negara. Kesedaran terhadap kepentingan sesuatu bangsa juga semakin
meningkat seperti yang dilihat menerusi tuntutan bahasa rasmi serta Universiti
Merdeka dan reaksi susulan iaitu Universiti Kebangsaan.

7.6 KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN ALIRAN KEBANGSAAN

Seringkali institusi pendidikan dijadikan wadah utama dalam proses pembentukan


negara bangsa selepas kemerdekaan. Pengunaan suatu bahasa pengantar dan
kurikulum yang sama telah membantu proses penyatuan terutamanya di peringkat
bawah. Semasa zaman penjajahan British, keadaan yang sedemikian tidak berlaku.
Hasrat mewujudkan Sekolah Kebangsaan mula diketengahkan pada tahun 1954 tetapi
tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan. Kerajaan Perikatan dalam tahun
1956 melalui Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 pula memberikan penekanan
kepada "suatu pelajaran kebangsaan yang dapat diterima oleh orang-orang dalam
Persekutuan Tanah Melayu" dan "dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu
itu bahasa kebangsaan dan dalam pada itu pula memelihara akan bahasa dan
kebudayaan bangsa-bangsa lain."71 Laporan itu juga mengakui bahawa "adalah
68
Ibid, hlm 44.
69
Ibid, hlm 47.
70
Istilah ini digunakan oleh G.P. Means untuk menerangkan hakikat bahawa tindakan oleh
sesuatu kaum di Malaya akan mencetuskan reaksi daripada kaum yang lain. Tindakan sesuatu kaum
dilihat sebagai boleh mengancam kepentingan kaum yang lain
71
Rujuk perbincangan dalam Bab Tiga mengenai terma rujukan Jawatankuasa Pelajaran 1956
dan Laporan Rahman Talib.
360

mustahil untuk untuk mendapat gambaran bahawa bahasa Melayu dan pelajaran
Melayu menduduki kedudukan tertinggi". Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1960 pula
menggunakan galakan kewangan dan bukannya mekanisme perundangan dalam
menggalakkan sekolah-sekolah menengah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar. Kelonggaran yang sebegini menyebabkan aliran pendidikan
kebangsaan tidak kukuh. Sistem pendidikan kebangsaan lebih merupakan suatu
bentuk pilihan kepada rakyat negara ini. Kewujudan sistem pendidikan yang
mempunyai unsur-unsur laissez faire menyebabkan berlakunya tuntutan-tuntutan
yang sedemikian juga sifatnya. Sebagai contohnya Lim Chong Eu dalam Dewan
Rakyat mencadangkan lebih banyak sekolah- persendirian dibina 72 manakala Devan
Nair pula mendesak supaya bahasa Cina dan bahasa Tamil digunakan dalam
peperiksaan.73 Semua ini disuarakan semasa Rang Undang-Undang Bahasa
Kebangsaan mendapat perhatian rakyat. Di suatu pihak yang lain sistem pendidikan
aliran kebangsaan pada hakikatnya tidak berada pada tempat yang sepatutnya.
Akhbar-akhbar berbahasa Melayu telah mengulasnya sebagai;

Beberapa orang bapa yang menghantar anakanaknya


ke sekolah menerangkan "Saya tidak mampu
menghantar anak saya ke sekolah Inggeris
sungguhpun saya tahu kelulusan Inggeris adalah
lebih baik di masa ini".

Tidak ada yang mengatakan, "Di sekolah


kebangsaan juga anak saya boleh maju. Di sekolah
kebangsaan juga anak saya boleh masuk universiti."
Kelulusan dari sekolah kebangsaan tidak sampai ke
mana. Anak-anak menteri, anak orang besar-besar,
anak orang kaya-kaya semuanya belajar di sekolah
Inggeris. Dengan itu taraf sekolah kebangsaan akan
diisi oleh anak-anak orang miskin, anak-anak buruh
sahaja. Guru-guru yang mengajar di sekolah
kebangsaan itu dengan sendirinya terlibat sebagai
guru yang lemah dan kurang ilmu pegetahuan.
Dengan itu perbezaan antara kedua-dua sekolah itu
akan berjalan terus74

72
Berita Harian, 14 Februari 1967.
73
Ibid, 4 Februari 1967
74
Ibid, 23 Februari 1967, A. Aziz Dawi, Sekolah kebangsaan perlu memulihkan keyakinan
ibu-bapa.
361

Saya menambah pula bahawa kerana kelemahan-


kelemahan bahasa Inggeris atau tegasnya kerana
murid-murid sekolah kebangsaan tidak boleh
bercakap dalam bahasa Inggeris, itulah menjadi
punca "pandangan rendah" dan "penilaian ekonomi
yang tidak wajar" kepada kelulusan dari sekolah
kebangsaan rendah dan menengahnya.

Kita berasa bimbang cita-cita hendak


mengembangkan bahasa kebangsaan akan menjadi
gersang dan kaku begitu sahaja jika keadaan yang
wujud ini maih berkekalan. Kita sendiri masih dapat
menyaksikan bagaimana sejarah perkembangan
bahasa Inggeris di tanah air kita hingga bahasa itu
menguasai kita. Jika perkembangannya tidak
disusuli dengan nilai-nilai ekonomi terhadapnya,
tentulah bahasa itu tidak berpengaruh dalam
kehidupan kita.75

Pemimpin "lapisan kedua" UMNO secara tidak langsung menyuarakan


bantahan mereka kepada situasi sistem pendidikan kebangsaan. Semasa perbahasan
Dewan Rakyat Syed Jaafar Albar telah menyeru Menteri Pelajaran, Khir Johari agar
menukarkan sekolah kebangsaan Inggeris kepada sekolah-sekolah kebangsaan.
Beliau menuntut jaminan daripada menteri tersebut bahawa pada tahun 1968 sekolah-
sekolah Inggeris akan bernama sekolah kebangsaan.76 Dr Mahathir pula mengkritik
sistem persekolahan yang wujud pada masa tersebut dengan menjelaskan bahawa
sekolah-sekolah tidak diatur ke arah penyatuan semua kaum menjadi satu bangsa
Malaysia. Beliau telah mencadangkan pembentukan "persekolahan bersama" untuk
membolehkan semua murid daripada semua aliran belajar dalam satu jenis sekolah
Menurutnya;

Dengan sistem seperti ini, kita membiarkan tiap-tiap


kaum berjalan menurut keadaan masing-masing dan
dengan demikian kita menggalakkan mereka
menjauhkan diri antara satu dengan yang lain.77

Jelasnya walaupun telah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan, sistem


pendidikan pelbagai aliran terus wujud beriringan. Dalam perkataan lain, wujud

75
Ibid, 8 Mac 1967, Wan Abdullah Wook, Sekolah Melayu menunggu nilaian ekonomi.
76
Ibid, 14 Februari 1967.
77
Ibid.
362

keadaan laissez faire dalam sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan aliran
Inggeris mempunyai potensi ekonomi yang lebih besar berbanding dengan sekolah-
sekolah kebangsaan. Dalam keadaan sebegini, peranan sekolah-sekolah kebangsaan
dalam pembentukan nilai negara bangsa adalah terbatas.

7.7 ORIENTASI PARTI-PARTI POLITIK

Rujukan terhadap Parti Perikatan di suatu pihak dan parti-parti politik lain
memperlihatkan struktur yang berbeza. Seperti yang telah dijelaskan Parti Perikatan
merupakan perikatan tiga buah parti yang berasaskan kaum. Identiti, dasar dan
organisasi parti-parti itu dikekalkan. Pada amalannya UMNO merupakan rakan yang
paling senior kerana kawasan-kawasan jumlah pengundi Melayu sebagai majoriti
yang lebih banyak. Tambahan pula amalan memberikan kelebihan kepada kawasan-
kawasan luar bandar dalam pembentukan sempadan kawasan pilihanraya secara tidak
langsung memberikan kelebihan kepada parti-parti Melayu seperti UMNO.
Kepentingan masyarakat bukan Melayu disalurkan oleh MCA dan MIC. Banyak
keputusan dicapai oleh perundingan dan semangat tolak ansur. Pemimpin-pemimpin
di peringkat atasan disatukan oleh latar belakang pendidikan Inggeris. Parti Perikatan
boleh dijelaskan dasarnya sebagai bias kepada kepentingan Melayu tetapi turut
memberikan konsesi yang liberal kepada kepentingan masyarakat bukan Melayu.
Dalam mekanisme tolak ansur sebegini, kerajaan yang diterajui oleh Parti Perikatan
tidak dapat memuaskan kehendak kedua-dua kumpulan masyarakat tersebut
sepenuhnya.
Suatu hakikat yang nyata dalam konteks politik Malaysia ialah bahawa faktor
etnik merupakan faktor dominan dalam pembentukan parti-parti politik.78 Ini
menatijahkan ethnic accommodation menjadi tujuan dan sumber dalam membentuk
ciri-ciri sistem politik Malaysia.79 Dalam melayan kepentingan-kepentingan kaum-
kaum yang tertentu, konflik etnik boleh menjadi hasil yang terbentuk kerana aspirasi
dan kepentingan kaum yang berbeza.

78
Fuad Mat Jali, Regionalism, ethnicity and voting behaviour in Malaysia, Tesis Ph.D.
University of Sussex, 1994, hlm 191.
79
Ibid.
363

Kewujudan PAS boleh dikaitkan dengan kenyataan di atas. Perubahan


semerta PAS dari segi status daripada organisasi kebajikan Islam kepada parti politik
dalam banyak hal adalah sebagai tindak balas kepada layanan liberal UMNO terhadap
tuntutan-tuntutan masyarakat bukan Melayu khususnya dalam soal
kewarganegaraan.80 Selaras dengan keahlian yang terbuka kepada orang Islam,
kepentingan masyarakat Melayu menjadi agenda penting parti. Semasa menyertai
Persidangan Kebangsaan tajaan perikatan UMNO-MCA pada Ogos dan Oktober
1953, PAS mengemukakan pendiriannya bahawa Persekutuan Malaya adalah milik
bangsa Melayu. Bahasa Melayu dituntut sebagai bahasa rasmi secepat mungkin dan
Islam diletakkan pada tempat yang penting. PAS juga menyatakan penolakannya
terhadap cadangan UMNO-MCA untuk menjadikan prinsip jus soli sebagai syarat
kelayakan mengundi.81 Tema kepentingan masyarakat Melayu begitu jelas dalam
memorandum PAS kepada Suruhanjaya Reid. Parti itu terus konsisten dengan
pendirian bahawa "Malaya adalah negeri Melayu." Oleh itu peruntukan dalam
perlembagaan bagi mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu hendaklah
dilihat dalam konteks tersebut. Kepada PAS pemberian kedudukan istimewa orang
Melayu perlu diberi kerana "pemilik sebenar negara ini serta sebarang kekuatan atau
kelemahan" tidak boleh dijadikan kriteria untuk pemberian hak tersebut.82

Dalam memorandum PAS kepada Suruhanjaya Reid, parti itu menegaskan


bahawa;
Suruhanjaya Reid ini hendaklah insaf bahawa negeri ini
adalah sebuah negeri Melayu dan hak orang Melayu atas
negeri ini dari semasa ke semasa telahpun diakui oleh
sejarah dan diiktiraf oleh undang-undang. Oleh kerana
negeri ini negeri Melayu, mustahak difahamkan bahawa
hak politik sebagai rakyat di negeri ini adalah terpulang
semata-mata kepada bangsa Melayu sebagai anak negeri
bumiputera yang bersifat mutlak dan sebagai tuan punya
negeri ini83

80
Mansoor Marican, The political accommodation of primordial parties DMK (India) and PAS
(Malaysia), Tesis Ph.D, University of British Columbia, 1967, hlm 41.
81
Panel Pengkaji Sejarah, PAS dalam arus perjuangan kemerdekaan, Pusat Penyelidikan PAS,
Shah Alam, 1999, hlm 10.
82
Mansoor Marican, The political accommodation of primordial parties, hlm 63.
83
Ulasan Terhadap Penyata Perlembagaan Suruhanjaya Reid, Pejabat Agong Pas Malaya, 2
Mei 1957, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur.
364

PAS juga menolak prinsip kewarganegaraan jus soli sebagai prinsip dalam
pemberian status kewarganegaraan. PAS juga mengaitkan hak tersebut dengan sikap
orang Melayu "yang telah membuka pintu kepada orang-orang asing dan memberikan
mereka peluang-peluang penuh yang tidak mempunyai bandingannya dengan kaum-
kaum lain di dunia." Kepada PAS, kelemahan orang Melayu dalam bidang ekonomi
dan pendidikan berbanding masyarakat komuniti imigran telah membawa kepada
kelemahan kedaulatan bangsa itu. Dengan itu kedaulatan bangsa tersebut perlu
dikembalikan dalam perlembagaan.84 PAS juga mengusulkan kepada Suruhanjaya
Reid agar struktur sosial dan pola kebudayaan masyarakat hendaklah disesuaikan
dengan hak kedaulatan Melayu. PAS juga mula membicarakan konsep sosio-politik
yang lebih besar dengan menyentuh tentang kebudayaan kebangsaan. Menurut parti
itu kebudayaan kebangsaan mestilah berakar umbikan kebudayaan Melayu. Berkaitan
dengan itu juga, bahasa Melayu mesti menjadi bahasa pengantar di semua peringkat.
Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa kedua sahaja dan hanya untuk lima tahun
sahaja. PAS meminta agar bahasa Melayu digunakan dalam urusan pentadbiran.
Penggunaan bahasa Inggeris hanya sekadar yang diperlukan sahaja dan mestilah
dipastikan yang ia tidak menjejaskan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan.85

Berlatar belakangkan pembentukan Malaysia yang bakal menyaksikan


kemasukan negeri-negeri baru pertambahan jumlah bukan Melayu, di dalam
persidangan Dewan Rakyat PAS telah mengemukakan usul;

Majlis ini memutuskan bahawa hendaklah


dirakamkan dalam Perlembagaan iaitu Persekutuan
Tanah Melayu ini ialah dipunyai oleh bangsa
Melayu86

Alasan yang dikemukakan ialah masyarakat Melayu akan kurang 50%


penduduk apabila Gagasan Melayu Raya (istilah yang digunakan oleh PAS dalam
persidangan Dewan Rakyat untuk merujuk kepada Malaysia) dilaksanakan. Menurut
84
Mansoor Marican, The political accommodation of primordial parties, hlm 59.
85
Panel Pengkaji Sejarah, PAS dalam arus perjuangan kemerdekaa , hlm 15
86
Parlimentary debates, Dewan Rakyat Official report, Vol IV (14), Motion : Majlis ini
memutuskan bahawa hendaklah dirakamkan dalam Perlembagaan Persekutuan Melayu iaitu negeri-
negeri Persekutuan Tanah Melayu ini ialah dipunyai oleh bangsa Melayu, 5 Oktober 1962, Jabatan
Cetak Kerajaan hlm 1518-1519.
365

PAS sudah banyak orang Melayu yang berasa tidak senang hati dan tidak berasa puas
hati dengan jaminan yang sedikit sahaja yang boleh diperoleh daripada Fasal 153.
Kepada PAS usul yang dikemukakan itu tidak mengganggu dan menyentuh hak dan
faedah bukan Melayu.87 Pengemukaan usul ini menurut PAS ialah kerana mahukan
masalah kedudukan istimewa Melayu diselesaikan secara perlembagaan. Kepada PAS
kaedah yang sebegini berbeza daripada pendekatan UMNO (diberikan contoh UMNO
cawangan Padang Lebar, Negeri Sembilan) yang mengambil keputusan bersetuju
bersumpah dan berikrar akan mempertahankan kedudukan istimewa orang-orang
Melayu hingga ke titisan darah yang terakhir.88 Menurut Dr Burhanuddin Helmi;

… nyatalah sejarah tidak dapat membohongi dan


sesungguhnya negara ini dipunyai oleh bangsa
Melayu dan bukankah sejarah itu membuktikan
sesungguhnya perjuangan bangsa Melayu ini sendiri
telah menunjukkan dari abad ke abad hendak
mengembalikan hak ketuanan bangsa Melayu itu
sendiri.89

Pada 11 Ogos 1965 dengan hasrat yang sama PAS mengusulkan;

Bahawa majlis ini mengambil keputusan meminda


Perlembagaan Malaysia dengan maksud supaya
terjamin hak-hak bumiputera dalam lapangan politik,
ekonomi, pelajara dan kebudayaan90
Latar belakang kepada usul ini dikemukakan ialah penyingkiran Singapura
daripada Malaysia yang memperlihatkan isu kedudukan istimewa Melayu sebagai
salah satu punca konflik. PAS menganggap kedudukan bumiputera hanya mendapat
sedikit perlindungan daripada perlembagaan dan menjelaskan;

Undang-undang kewarganegaraan yang longgar dan


penduduk bukan Melayu adalah unsur yang maha
penting

87
Ibid, hlm 1519.
88
Ibid, hlm 1524.
89
Ibid, hlm 1526.
90
Parlimentary debates, Dewan Rakyat official report, Motion : Bahawa Majlis ini
mengambil keputusan meminda Perlembagaan Malaysia dengan maksud supaya terjamin hak-hak
bumiputera dalam lapangan politik, ekonomi, pelajaran dan kebudayaan. 11 Ogos 1965, second
session of the second Parliament of Malaysia, Vol 11(10) Jabatan Cetak Kerajaan, Kuala Lumpur,
1966, hlm 1798
366

Kedudukan politik adalah bergantung kepada


kekuatan undi daripada orang ramai selain daripada
kekuatan bergerak dan bertindak. Walapun pada
masa sekarang ini jumlah undi pada keseluruhannya
masih ada perseimbangan akan tetapi kenyataan
telah menunjukkan jumlah warga negara bukan
bumiputera makin bertambah dan akan tiba masanya
undi mereka akan mengatasi jumlah undi bumiputera

PAS telah menggambarkan dasar kerajaan sehubungan dengan masyarakat


bukan bumiputera sebagai;

Malaysia telah menjalinkan satu sejarah dunia yang


toleransi tentang memberikan hak politik yang
begitu luas kepada orang bukan bumiputera yang
mana tidak ada sebuah negarapun di dunia yang
memberikan haknya sedemikian rupa kepada
mereka. Oleh itu sebelum nasi menjadi bubur
sudahlah wajar perlembagaan kita dikaji semula
supaya hak-hak bumiputera kita tidak dizalimi91

Kepada parti PAS usul ini "terlalu sederhana dalam bentuk kalimat, sederhana
dalam bentuk maksud dan tujuan dan terlalu sederhana untuk diterima oleh semua
pihak. PAS menganggap konflik yang timbul dengan Singapura adalah kerana;

Singapura kita masukkan, kita berikan hak-hak yang


sama berdasarkan equality tidak mencatatkan hak-
hak kedudukan istimewa berkenaan dengan politik,
ekonomi, pelajaran dan kebudayaan92
Jelasnya kepada PAS kedudukan istimewa Melayu melalui Fasal 153 perlu
diperteguhkan lagi serta diperhalusi lagi bidangnya. Namun di sudut yang lain pula,
parti PPP mewakili ideal politik yang berkontra dengan yang diperjuangkan oleh PAS.
Diasaskan pada Januari 1953 di Ipoh oleh adik beradik S.P. Seenivasagam dan D.R.
Senivasagam, parti ini bermula dengan platform non communal dan telah bekerjasama
dengan Perikatan dalam pilihanraya majlis bandaran di Perak. Namun akibat
perbezaan pendapat dalam Pilihanraya Persekutuan 1955, PPP telah meninggalkan
Perikatan. Kekalahan dalam Pilihanraya Persekutuan dan Negeri pada tahun itu telah
menyedarkan pucuk pimpinan bahawa platform non communal perlu diubah. Parti itu

91
Parlimentary debates, 11 Ogos 1965, hlm 1804.
92
Ibid, hlm 1824.
367

mula memperjuangkan kepentingan masyarakat bukan Melayu seperti isu


kewarganegaraan, bahasa dan pendidikan.93 Manifesto PPP dalam pilihanraya 1959
menjelaskan bahawa parti itu memperjuangkan bahasa Melayu, Mandrin dan Tamil
sebagai bahasa rasmi di negara ini. Bahasa-bahasa tersebut dan bahasa Inggeris akan
diberi layanan yang adil dan saksama. Parti itu juga berjanji akan meminda
perlembagaan supaya "sebarang bentuk yang menyerupai kedudukan istimewa kepada
sebarang kaum akan dimansuhkan."94 Selaras dengan pendirian baru ini PPP telah
membangkitkan isu kedudukan istimewa Melayu dalam Dewan Rakyat pada 21 April
1962. Menurut D.R. Seenivasagam "kerajaan sendiri tidak mempunyai rupa bentuk
Malayan dalam dasar dan pentadbirannya." PPP menekankan bahawa;

… tidak akan wujud rupa bentuk Malayan sekiranya


kita terus melihat masalah-masalah yang wujud
daripada pandangan komunal. Ini adalah tragedi
terbesar dan masalah-masalah yang dihadapi oleh
orang-orang di Malaysia dilihat oleh kerajaan negara
ini secara komunal.95

D.R. Seenivasagam juga mengkritik Rancangan Lima Tahun yang programnya


didakwa hanya diimplementasi di kampung dan tidak di kampung-kampung baru
walaupun terletak di kawasan luar bandar. PPP juga menggesa supaya Fasal 153
dikaji semula kerana menurut pemimpinnya fasal itu wujud kerana menjadi
sebahagian daripada tolak ansur sesama parti Perikatan. Menurut tolak ansur itu
orang-orang Melayu menuntut pengekalan kedudukan istimewa dan orang-orang
bukan Melayu menuntut pemberian kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli.
Kepada PPP pemberian kedudukan istimewa Melayu tidak boleh dikekalkan lama
kerana perlembagaan telah dipinda sehubungan dengan pemberian kewarganegaraan
dan prinsip jus soli telah dimansuhkan tetapi kedudukan istimewa orang-orang

93
R.K. Vasil, Ethnics politics in Malaysia, Radiant Publisher, New Delhi, 1980, hlm 136.
94
Chandrasekaran Pillay, Protection of the Malay community, a study of UMNO's position
and opposition attitudes, Tesis M.A., USM, Penang, 1974, hlm 264.
95
Parlimentary debates, Dewan Rakyat (House of Representatative) Official report, Fourth
Session of the first Parliament of the Federation of Malaya, Vol IV, hlm 272.
368

96
Melayu terus kekal. Atas asas tersebutlah PPP mengesa supaya Fasal 153 dikaji
semula.97 D.R. Seenivasagam menegaskan;

Yang pertamanya kami berpegang kepada


multilingualism. Kami telah berpegang kepadanya
dan akan terus berbuat demikian. Kami menyokong
persamaan warga negara yang sepenuhnya di negara
ini dan kami tidak percaya kepada kedudukan
istimewa kerana hak tersebut hanya akan
mewujudkan permusuhan dan saya berharap akan
tiba harinya perlembagaan negara akan dipinda.98

Sumber British mencatatkan;

Faktor bangsa tidak boleh dinafikan menjadi faktor


dominan dalam politik. PPP khususnya, dengan
lebih berani menekankan terhadap kes diskriminasi
yang menguntungkan orang-orang Melayu. Ini
adalah simtom hubungan-hubungan kaum yang
makin teruk dan keinginan segera orang bukan
Melayu untuk mencapai persamaan taraf politik.
Parlimen dalam dua sesi terakhir telah bergegar
melalui perbalahan-perbalahan di antara Perikatan
dan PAS di suatu pihak dan pembangkang bukan
Melayu di suatu pihak mengenai isu ini. Tiada
pemimpin MCA yang berucap tanpa cuba
menjelaskan dan menjustifikasikan kepada pengikut-
pengikut parti mengenai kedudukan istimewa
Melayu. Juru-juru cakap Perikatan berterusan
menegaskan pendapat mereka bahawa keistimewaan
ini tidaklah berlebihan atau tidak perlu. Komuniti
India dan Cina telah mencapai kemajuan sejak 14
tahun dalam memperoleh hak-hak politik khususnya
kewarganegaraan. Pada mulanya mereka berada
dalam keadaan yang lemah kerana orang-orang
Melayu mempunyai kuasa politik monopoli penuh
dan menjadi majoriti dalam Persekutuan.

96
D.R. Seenivasagam merasionalkan hujahnya dengan merujuk kepada Akta Pindaan
Perlembagaan 1962 yang menamatkan prinsip kerakyatan jus soli untuk menunjukkan bahawa
mekanisme tolak ansur Perikatan iaitu kedudukan istimewa Melayu - kewarganegaraan yang longgar
telah terhenti. Ini adalah kerana menurut pemimpin PPP itu pindaan akta tersebut menyebabkan
pemberian kewarganegaraan dan pembatalan kewarganegaraan menjadi makin kurang menguntungkan
bukan Melayu. Rujuk C.O. 967/407, BHC in the Federation of Malaya kepada Secretary Of State For
the Commonwealth Relations
97
Parlimentary debates, Dewan Rakyat (House of Representatative) Official report, Fourth
Session of the first Parliament of the Federation of Malaya, Vol IV, hlm 272 .
98
Ibid, hlm 283.
369

Sumber tersebut mengaitkan peningkatan tuntutan masyarakat bukan Melayu


seperti yang diutarakan oleh PPP dengan pembentukan Malaysia yang bakal terbentuk
dalam jangka waktu terdekat. Dijelaskan bahawa;

Keadaan sebegini akan berubah, diubahsuai dengan


kedatangan Malaysia. Orang-orang Melayu akan
menjadi minoriti, orang-orang Cina akan menjadi
komuniti tunggal yang terbesar. Prospek ini akan
menggalakkan harapan kebanyakan orang-orang
muda Cina yang menjangkakan akan tiba harinya,
tidak lama lagi yang mereka percaya bahawa orang-
orang Cina dan bukan Melayu yang lain akan
memerintah negara. Orang-orang Cina dari dalam
Persekutuan Tanah Melayu akan mempunyai rakan
yang kuat di bandaraya Cina Singapura dan rakan-
rakan yang berguna dari komuniti Cina Borneo.99

Di dalam kerangka politik yang sama muncul DAP sebagai suatu lagi parti
politik yang memperjuangkan ideal-ideal yang sama dengan PPP. Namun demikian
DAP lebih bersifat homogeneous dan bersatu berbanding dengan parti-parti politik
yang terdahulu. Ia juga mempersembahkan program yang lebih kepada masyarakat
bukan Melayu serta mempunyai polisi yang jelas. 100 Parti ini berasal daripada PAP
yang telah dibatalkan pendaftarannya pada 9 Ogos 1965. Kerajaan telah meluluskan
pendaftaran parti yang baru, DAP pada 19 Mac 1966. 101 Ideal-ideal yang
diperjuangkan oleh DAP boleh dirujuk daripada Deklarasi Setapak yang menjelaskan
bahawa parti itu berhasrat untuk mewujudkan Malaysia yang bebas, demokratik dan
sosialisme berdasarkan kepada prinsip persamaan kaum serta keadilan ekonomi dan
sosial.102 DAP berpendapat bahawa kejayaan dalam pembinaan negara bangsa perlu
bergantung kepada penggunaan dan pelaksanaan prinsip persamaan kaum (racial
equality) di semua peringkat kehidupan nasional dan dalam semua bidang ikhtiar
politik, sosial, ekonomi dan budaya. Sebagai antitesis kepada kedudukan istimewa
99
C.O. 967/407, CRO Print, 4.7.1962 Federation of Malaya : Political situation, Brritish High
Commisioner in the Federation of Malaya to the Secretary Of State For Commonwealth Relations,
Received 21 Jun 1962.
100
R.K. Vasil, Ethnic politics in Malaysia, hlm 159.
101
Ibid.
102
Rujuk juga Mohd Foad Sakdan, Pengetahuan Asas politik Malaysia, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1997, hlm 45. Deklarasi Kuala Lumpur yang diterbitkan pada 29 Julai 1967
merupakan prinsip atau dasar perjuangan asas Democratic Action Party (DAP). Berdasarkan
perjuangan "Deklarasi Setapak" inilah seterusnya DAP memperjuangkan matlamat partinya yang
berteraskan "Malaysian Malaysia". Tiga perkara pokok yang ditekankan dalam Deklarasi Setapak ini
ialah Demokrasi Politik, Demokrasi Sosial dan Ekonomi dan Demokrasi Kebudayaan.
370

Melayu, Deklarasi Setapak telah mengenalpasti racial hegemony daripada sebarang


komuniti sebagai perkara yang perlu dihindari dalam usaha pembinaan negara bangsa.
Konsep bumiputera juga telah disentuh oleh Deklari Setapak. Pembahagian
masyarakat kepada bumiputera dan bukan bumiputera, diskriminasi warganegara
dalam sektor awam dan swasta yang didasarkan kepada bangsa dianggap tidak akan
memperkukuhkan kesedaran kebangsaan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Parti itu juga tidak dapat menerima dasar pendidikan dan bahasa yang akan membawa
kepada eventual deculturation masyarakat Cina dan India. Parti itu menganggap Akta
Bahasa Kebangsaan 1967 dan dasar pendidikan sebagai contoh proses di atas. Parti
itu mendakwa pengiktirafan perlembagaan terhadap dasar multilingual dan
multiculture telah tidak dijelmakan dalam sistem pendidikan yang tidak mengizinkan
penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar dan peperiksaan.103

Jelasnya di Malaysia dasar-dasar parti memperlihatkan pertentangan yang


nyata. Pertentangan ini bukan sekadar perbezaan ideologi politik sahaja tetapi yang
lebih penting lagi ialah perbezaan tersebut bersandarkan kepada kepentingan kaum-
kaum yang berlainan di Malaysia. Dengan yang demikian pertentangan tersebut
menjadi lebih sengit dan dilihat sebagai usaha mengekalkan kesinambungan sesuatu
kaum. Secara ringkasnya DAP dan PPP dilihat di suatu sudut yang memperjuangkan
masyarakat yang sama rata tanpa kewujudan hak keistimewaan Melayu. Di sudut
yang lain pula PAS memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu. Kedua-dua
kumpulan ini meperjuangkan kepentingan kaum yang diwakili dan ideal-ideal yang
diperjuangkan pada tahap yang lebih tinggi dan menyeluruh daripada parti Perikatan.
Perbezaan perjuangan parti-parti politik dengan sendirinya tidaklah membawa kepada
konflik di sesebuah negara. Namun dalam konteks Malaysia, perbezaan-perbezaan
yang diasaskan kpada kepentingan kaum yang begitu berkontradiksi menjadi
pemangkin kepada konflik antara kaum dan seterusnya berupaya untuk menggagalkan
usaha pembinaan negara bangsa dengan nilai-nilai yang dipersetujui bersama.

7.8 PILIHANRAYA 1969

103
Rujuk Lampiran S mengenai 20 Perkara Serdang.
371

Kempen pilihanraya 1969 diperuntukkan selama lima minggu. Dengan berlatar


belakangkan isu-isu politik yang tercetus sejak 1964 itu, kempen tersebut menjadi
forum terbuka untuk melakukan penentangan terhadap dasar kedudukan istimewa
Melayu ataupun mepertahankannya. Salah seorang pemerhati menyifatkan;

Undang-undang tidak bertulis berkaitan isu-isu


komunal telah dilanggar oleh Parti Perikatan dan
pembangkang apabila mereka terlibat dalam
perdebatan yang terbuka dan tegang mengenai
perkara-perkara tersebut.104

Sebelum disentuh piliharaya ini dengan lebih mendalam, dua piliharaya kecil
yang terdahulu perlu dirujuk. Indikasi rasa tidak puas hati masyarakat Melayu dan
bukan Melayu dapat dirujuk daripada piliharaya di Pendang, Kedah dan Serdang di
Selangor. Dalam piliharaya di kawasan Pendang pada awal Disember 1968, walaupun
majoriti undi UMNO tidak begitu merosot iaitu 6,567 dalam tahun 1964 kepada
6,391. Undi yang diterima oleh PAS telah meningkat daripada 3,730 105 kepada 5,687.
Ulasan sumber British ialah;

Perkara yang signifiken sehubungan dengan


perangkaan ini ialah undi besar yang diperolehi PAS
walaupun jumlah keseluruhan yang diterima oleh
UMNO hanya berubah sedikit. Kawasan ini
mempunyai 2,400 pengundi bukan Melayu daripada
16,000 dan kita menyaksikan peralihan yang besar
daripada pengundi-pengundi Melayu kepada PAS.
Ini memberikan gambaran bahawa dalam pilihanraya
umum akan datang PAS mungkin memperoleh
beberapa kerusi di Kedah dan Perlis.106

Akhbar yang mengulas mengenai pengurangan undi UMNO ini telah


mengaitkannya dengan keadaan-keadaan ekonomi yang buruk, rasa tidak puas hati
dengan dasar ekonomi dan pendidikan kerajaan serta pemerasan terhadap orang-orang
Melayu oleh non-Malay political circles.107 Apabila pihak akhbar membincangkan

104
L. Comber, 13 May 1969, a historical survey of Sino-Malay relations, Graham Brash (Ltd),
Singapura, 1983, hlm 115.
105
Berita Harian, 9 November 1968
106
FCO 24/480, Internal affairs : BHC KL kepada T.E.J. Mound, SWPD, FCO 6 Disember
1968.
107
Ibid
372

penindasan oleh non-Malay political circles itu terdapat tanda-tanda rasa tidak puas
hati orang-orang Melayu dengan peniaga-peniaga MCA di kawasan tersebut yang
berkemungkinan besar merupakan orang-orang tengah dalam pemasaran padi, getah
dan sebagainya.108 Keputusan pilihanraya tersebut berbeza daripada jangkaan UMNO
bahawa parti itu akan menang dengan lebih besar. 109 Dalam pilihanraya kecil itu PAS
mengetengahkan isu "pemecahan Tanah Simpanan Melayu dalam bandar, keadaan
sekolah kebangsaan, kedudukan politik orang Melayu, ekonomi orang Melayu,
kegagalan pembahagian tanah kepada orang Melayu" manakala UMNO pula
bertemakan "kejayaan parti Perikatan meninggikan taraf hidup luar bandar." 110
Jelasnya pertambahan undi yang diterima oleh PAS dapat dikaitkan dengan rasa tidak
puas hati masyarakat Melayu di ambang peristiwa 13 Mei 1969.

Pilihanraya kecil Serdang pada 28 Disember 1968 juga memperlihatkan


peralihan undi kepada parti pembangkang. Ini juga dapat ditafsirkan sebagai suatu
bentuk undi bantahan kepada kerajaan tetapi kali ini datangnya daripada masyarakat
bukan Melayu. Calon MCA Thua Paik Phak telah berjaya dengan memperoleh 6, 535
undi berbanding dengan 5, 928 undi yang diperoleh calon DAP iaitu Lim Kit Siang
dan 1, 330 oleh calon Gerakan iaitu Tan Han Swee yang telah hilang wang pertaruhan.
Walaupun tewas, DAP mempunyai alasan untuk berpuashati dengan undi yang
diperoleh. Parti itu juga telah berjaya mendapatkan undi pembangkang Cina di kala
Parti Buruh berundur daripada perjuangan Parlimen. Dalam kempen pilihanraya itu
Lim Kit Siang telah menyeru kawalan yang lebih ketat terhadap perbelanjaan menteri-
menteri dalam kerajaan serta mengkritik MARA kerana menghapuskan hutang lapuk
daripada masyarakat Melayu yang meminjam. Lim Kit Siang juga telah menyeru
kerajaan untuk mengiktiraf regim komunis di China serta menyokong kemasukannya
ke dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menurutnya adalah suatu
kebodohan untuk menganggap sebuah negara dan kerajaan dengan 700 juta penduduk
tidak wujud.111 Antara perkara-perkara yang diketengahkan dalam pilihanraya kecil
itu menerusi 20 Perkara Serdang ialah;

108
FCO 24/480, Internal affairs : BHC KL kepada T.E.J. Mound, SWPD, FCO 6.12.1968.
109
Berita Harian, 30 November 1968.
110
Ibid, 25 November 1968.
111
FCO 24/480 BHC KL to T.E.J. Mound, SWPD, FCO, 2 Januari 1969.
373

a) Penghapusan pembahagian bumiputera dan


bukan bumiputera untuk rakyat Malaysia

b) Status rasmi untuk bahasa Cina, Tamil dan


Inggeris dengan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan tunggal

c) Penggunaan bahasa Cina, Tamil dan Inggeris di


Parlimen, Dewan Undangan Negeri, notis-notis
awam dan urusan kerajaan

d) Pemansuhan Laporan Jawatankuasa Pelajaran


1960 yang "bertujuan untuk menukarkan semua
sekolah sama ada peringkat rendah atau
menengah kepada sekolah-sekolah aliran Melayu
sahaja untuk bahasa pengantar dan peperiksaan"

e) Penghapusan pembahagian sekolah kebangsaan


dan jenis kebangsaan

f) Pelaksanaan sistem pendidikan intergrasi dengan


semua bahasa sebagai bahasa pengantar dan
bahasa peperiksaan serta pengiktirafan "sekolah
kebangsaan" kepada sekolah yang
berorientasikan Malaysia serta bahasa
kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib
kedua.112

Kemenangan MCA dalam pilihanraya ini ialah apabila undi pembangkang


telah berpecah di antara Gerakan dan DAP. Jumlah undi yang diterima oleh dua parti
ini melebihi undi yang diterima oleh MCA. Namun yang lebih penting ialah bahawa
pada tahap ini rasa tidak puas hati di kalangan kelompok Melayu dan bukan Melayu
terhadap kerajaan Perikatan makin memuncak. Tambahan pula dalam pilihanraya-
pilihanraya terdahulu, komuniti bukan Melayu kurang yakin kepada diri mereka
sendiri. Untuk jangka masa yang lama mereka hanya bertaraf orang asing di Malaya.
Justeru untuk jangka masa yang tidak menentu dalam peralihan kepada kemerdekaan,
mereka tidak begitu enggan mengakui bahawa Malaya kepunyaan orang-orang
Melayu.113 Namun demikian kecenderungan umum dalam pilihanraya 1969 telah
berubah. Orang-orang bukan Melayu telah kurang menerima kompromi-kompromi

112
FCO 24/880 Serdang 20 Points.
113
R.K. Vasil, Ethnic politics in Malaysia, hlm 163.
374

yang dibuat selepas selang waktu. Mereka kini lebih bersedia untuk mengambil
tindakan yang lebih positif untuk melindungi dan mengutarakan kepentingan mereka.
Isu-isu kritikal kedudukan bukan Melayu dan peranan budaya, bahasa dan pendidikan
mereka kini dibuka semula dan dalam bentuk yang lebih hebat lagi. 114 Keadaan
menjadi bertambah rumit lagi apabila untuk kali pertama dalam sejarah negara
apabila parti-parti politik pembangkang telah berupaya mengadakan pakatan
pilihanraya sesama mereka. Kepada orang-orang Melayu dan pemimpin-pemimpin
mereka, ini adalah suatu bentuk pengelompokan untuk menentang mereka dan
merupakan suatu ancaman terhadap kedudukan istimewa dan kedudukan politik
mereka.115 Idea kerjasama parti pembangkang telah beberapa kali diusulkan sebelum
pilihanraya tersebut. Antaranya ialah seruan DAP untuk membentuk "barisan bersatu
bukan komunis". Barisan tersebut dicadangkan beroperasi di atas dasar prinsip-
prinsip Malaysian Solidarity Convention116 yang pernah diusahakan oleh PAP semasa
kemuncak krisis Singapura dengan kerajaan pusat Malaysia. Pada awal Januari 1969
pertemuan tiga parti iaitu Gerakan, PPP dan DAP telah diadakan. Penekanan
diberikan kepada pakatan pilihanraya dalam pertemuan itu "untuk mengelakkan undi
pembangkang berpecah yang memberikan manfaat kepada Perikatan. 117 Pada 26
Januari 1969, perjumpaan wakil-wakil parti pembangkang iaitu Gerakan, SUPP,
SNAP, DAP dan Parti Rakyat telah dipengerusikan oleh Ong Kee Hui. Mesyuarat
tersebut mengumumkan wujud pakatan pilihanraya. 118 Pada 23 Februari 1969 DAP
dan Gerakan telah menandatangani persefahaman pilihanraya melalui wakil mereka
iaitu Goh Hock Guan (DAP) dan Tan Chee Koon (Gerakan).119

Kempen selama lima minggu memberikan kesempatan untuk parti-parti politik


pembangkang mengemukakan ideal-ideal yang diperjuangkan. Lebih tepat lagi ideal-
ideal tersebut bertentangan dengan asas-asas kenegaraan seperti bahasa rasmi dan
sistem pendidikan dan yang terpenting sekali objek penentangan ialah kedudukan
istimewa Melayu. DAP mengemukakan manifesto Towards a Malaysian Malaysia
yang antara lain mengemukakan;

114
Ibid.
115
Ibid, hlm 164.
116
The Straits Times, 10 Oktober 1966.
117
Ibid, 17 Januari 1969.
118
Ibid, 27 Januari1969.
119
Ibid, 24 Februari 1969.
375

a) Semua warganegara tanpa mengira bangsa atau


agama menikmati status politik, hak dan peluang
yang sama

b) Penentangan terhadap pembahagian rakyat


Malaysia kepada bumiputera dan bukan
bumiputera

c) Kempen terhadap kemiskinan dan kemunduran


dijadikan kempen negara berdasarkan kepada
kriteria keperluan dan bukan mengikut kaum

d) Taraf rasmi kepada bahasa Cina, Tamil dan


Inggeris dan penerimaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan

e) Penggunaan bahasa-bahasa tersebut dalam


Parlimen, Dewan Undangan Negeri, notis awam
dan urusan-urusan dengan pihak kerajaan

f) Penghapusan perbezaan di antara sekolah


kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan

g) Pengiktirafan terhadap ijazah dari Taiwan, Cina,


India, Timur Tengah dan Indonesia

h) Sokongan kerajaan terhadap Universiti


Kebangsaan dan Unversiti Merdeka

i) Pembangunan kebudayaan Malaysia daripada


pergaulan dan interaksi bebas daripada elemen-
elemen budaya yang pelbagai di Malaysia dan
bukan melalui penguasaan sebarang budaya.120

Seperti DAP, tema kebudayaan kebangsaan yang tidak berteraskan


kebudayaan peribumi juga dikemukakan oleh Gerakan. Manifesto parti itu
menjelaskan;

120
DAP General Election manifesto "Our triple objectives - Toward a Malaysian Malaysia",
dalam R.K. Vasil, The Malaysian general election of 1969, hlm 59.
376

Kami berusaha untuk mencapai bangsa Malaysia


terbentuk secara beransur-ansur daripada komuniti
-komuniti yang wujud di Malaysia. Proses
pembentukannya sewajarnya dibiarkan kepada
perjalanan sejarah121

Gerakan juga menentang sebarang usaha untuk mewujudkan percubaan-


percubaan yang artifisial seperti pakaian yang sama, tarian, ritual dan adat istiadat.
Gerakan juga menekankan penggunaan yang sah untuk semua bahasa dengan
mempunyai status yang konsisten dengan peruntukan-peruntukan rasmi di samping
turut menuntut pembangunan selari bahasa pengantar yang berbeza-beza dalam
institusi pendidikan dari peringkat rendah ke tahap tertinggi. 122 Sehubungan dengan
pembentukan kebudayaan kebangsan, PPP seperti juga Gerakan telah mendefinisikan
konsep tersebut dengan menjelaskan bahawa;

Bangsa dan negara tidak diidentifikasikan dengan


ketertinggian, kebajikan dan kepentingan sesuatu
komuniti atau bangsa yang tertentu.123

Di suatu sudut yang lain pula PAS menekankan bahawa negara ini adalah
negeri orang Melayu dan usaha-usaha perlu dilakukan untuk menjamin status quo
masyarakat tersebut. Tema PAS ialah hakikat banyak kepentingan Melayu yang
terjejas akibat dasar kerajaan Perikatan yang dianggap liberal terhadap masyarakat
bukan Melayu. PAS menganggap Parti Perikatan tidak berusaha untuk mengekalkan
kedudukan istimewa orang-orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam
perlembagaan.124 Kehilangan kuasa politik orang Melayu yang menjadi tema kempen
telah menjadi alat yang efektif dalam mendapatkan sokongan. PAS berpendapat
bahawa dasar kewarganegaraan yang liberal yang diamalkan telah mengukuhkan
kuasa politik masyarakat bukan Melayu. Rusuhan di Pulau Pinang pada 1967 dan
beberapa demonstrasi sayap kiri di Kuala Lumpur dianggap oleh PAS sebagai bukti
sejauh mana telah beraninya masyarakat Cina.125 Berlatarbelakangkan keadaan

121
Ibid, hlm 62.
122
Ibid, hlm 64.
123
Ibid, hlm 66.
124
The Straits Times, 24 Januari 1969.
125
J.R. Bass, Malaysian politics 1968 -1970, Crisis and response, University of California,
Berkeley, Tesis Ph. D., 1973, hlm 69.
377

sebegini, pilihanraya Malaysia Barat yang ketiga diadakan pada 10 Mei 1969.
Keputusan pilihanraya itu adalah seperti berikut

JADUAL 7.1 Pencapaian parti-parti politik dalam pilihanraya 1969

Parti Parlimen Negeri


Perikatan 76 167
PAS 12 40
DAP 13 31
Gerakan 8 26
PPP 4 12
Sumber : John Slimming, Malaysia, death of a democracy, John Murray, London,
1969 hlm 18.

JADUAL7.2 Peratusan pencapaian parti dalam pilihanraya 1969.

Parti %
Perikatan 48.41
UMNO 33.67
MCA 13.50
MIC 1.24
PAS 23.75
DAP 13.73
Gerakan 8.57
PPP 3.87
Sumber : R.K. Vasil, Malaysian general election of 1969, Oxford University Press,
Singapore, 1972, hlm 85

Pola yang jelas dalam pilihan raya itu ialah sokongan pengundi Cina kepada
DAP. Kemenangan MCA di 13 kerusi Parlimen dibantu oleh kewujudan peratusan
pengundian Melayu yang tinggi. Sebaliknya kekalahan 20 kerusi parti itu adalah di
kawasan pengundi Melayu yang kecil tetapi mempunyai jumlah pengundi Cina yang
besar.126 Kemenangan PAS di 12 kerusi adalah di kawasan yang mempunyai jumlah
pengundi Melayu di antara 81-98%.127 Perangkaan sebegini di samping hakikat
bahawa PAS memperoleh 23.75 % dan DAP memperoleh 13.75% menunjukkan
kedua-dua parti itu memperoleh lebih kurang separuh daripada undi masyarakat
126
R.K. Vasil, Malaysian general election of 1969, hlm 104-105.
127
Ibid, hlm 106-107.
378

Melayu dan Cina yang tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan Perikatan. Jumlah
keseluruhan undi yang diterima oleh Parti Perikatan hanyalah 48.41 berbanding
dengan 58.37% dan 51.78% dalam dua pilihan raya yang terdahulu. 128 Di peringkat
kerusi negeri walaupun dengan kempen intensif, Parti Perikatan gagal berkuasa di
Kelantan dan gagal untuk membentuk kerajaan di Perak (19 daripada 40) dan
Selangor (14 daripada 28).

Dengan keadaan yang sebegini untuk kali pertamanya Selangor dan Perak
yang dianggap sebagai negeri Melayu dan negeri yang bersultan 129 akan jatuh kepada
parti pembangkang yang dianggap bukan Melayu iaitu DAP, Gerakan dan PPP yang
telah jelas platform politik mereka di kalangan orang-orang Melayu. Tambahan pula
kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAP dan Gerakan tidak membantu
meredakan keadaan. Goh Hock Guan, Setiausaha Agung DAP telah berusaha
bersungguh-sungguh untuk membentuk kerajaan negeri pimpinan DAP. Ia dilaporkan
oleh akhbar sebagai menafikan bahawa perlembagaan negeri Selangor tidak
mempunyai peruntukan untuk bukan Melayu menjadi Menteri Besar.130 DAP dan
Gerakan telah mendesak kerajaan Persekutuan melalui kenyataan-kenyataan dalam
akhbar untuk mengadakan semula pilihanraya di Selangor.131 Kemenangan Gerakan
di Pulau Pinang pula tidak dilihat oleh orang-orang Melayu dengan perspektif yang
sama seperti di Selangor dan Perak kerana Pulau Pinang tidak pernah dianggap
sebagai negeri Melayu.
Faktor semerta yang mencetuskan konflik ialah sambutan kemenangan oleh
parti-parti pembangkang DAP dan Gerakan pada 11dan 12 Mei yang dianggap lebih
provokatif terhadap orang-orang Melayu berbanding dengan "perarakan
pengebumian"132 yang terdahulu. Dalam perkembangan yang lain pula, mesyuarat
dalam kalangan pengarah-pengarah kempen UMNO pada 12 Mei yang memutuskan
untuk mendapatkan lebih ramai perwakilan Melayu dalam kabinet telah meningkatkan

128
Ibid, hlm 85.
129
Goh Cheng Teik, The May Thirteenth incident and democracy in Malaysia, Oxford
University Press, Kuala Lumpur, 1981, hlm 25.
130
Ibid, hlm 20.
131
Ibid.
132
Perarakan ini diadakan selepas seorang ahli Parti Buruh, Lim Soon Seng yang telah mati
ditembak selepas pertempuran dengan pihak polis pada 4 Mei dan perarakan itu diadakan pada 9 Mei.
379

kekhuatiran orang-orang Cina.133 Dengan latar belakang yang sedemikian rusuhan


kaum yang begitu signifiken dalam konteks sejarah Malaysia telah tercetus.

7.9 RUMUSAN

Perkembangan-perkembangan yang terdahulu baik dari segi politik, ekonomi dan


sosial sama ada tersendiri atau berkait di antara satu dengan yang lain telah
menyumbang kepada tercetusnya konflik ini. Ia bukan sahaja sebuah konflik antara
kaum yang berbeza tetapi yang lebih penting ialah hakikat bahawa majoriti
masyarakat negara ini tidak berpuas hati dengan usaha pembentukan negara bangsa
Malaysia terutamanya yang berkaitan dengan bahasa, sistem pendidikan dan
kewujudan kedudukan istimewa masyarakat Melayu. Konflik ini juga menjadi
indikasi bahawa pembinaan negara bangsa Malaysia selepas kemerdekaan masih
belum berjaya. Usaha itu masih mempunyai kelemahan yang secara umumnya dapat
dirumuskan bahawa penduduk negara ini pada tahap tersebut masih lagi tertakluk
kepada pemikiran dan tindakan yang berasaskan kepada kumpulan etnik masing-
masing.

133
N.J. Funston, Malay politics in Malaysia, hlm 209.

Anda mungkin juga menyukai