Anda di halaman 1dari 16

JENIS-JENIS DAN TAHAP-TAHAP

PENDENGARAN

GROUP:
HAFZIAN
HADZIZAN
ZIHAH
MUSA
JENIS-JENIS KEPEKAKAN
• Pekak Konduktif
• Pekak Sensorineural (saraf)
• Pekak campur (mixed)
1. Pekak Konduktif
• Melibatkan gangguan / halangan / kerosakkan
bahagian telinga luar dan telinga tengah
• Telinga dalam berfungsi dgn baik dan dapat
memproses dan menghantar bunyi melalui saraf
pendengaran ke otak.
• Bunyi-bunyi tidak melalui (bypassed) bahagian
luar / tengah telinga atau rangsangan berlaku
melalui tulang mastoid.
• Getaran yg diterima terus merangsang cecair yg
terdapat dalam telinga dalam tanpa melalui
telinga luar atau tengah.
• Berlaku selepas lahir.
a) Punca / sebab
• i) Halangan di dlm saluran telinga luar:
- tahi teliga yang terlalu banyak (excessive wax)
atau sekatan benda asing (foreign bodies).
• ii) Kemalangan :
-Kerosakkan gegendang telinga disebabkan
tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan.
Jolokan benda keras / tajam ke gegendang.
• iii) Jangkitan:
- Jangkitan kronik yg berlaku terhadap lapisan kulit telinga luar
atau dalam telinga dikenali sbgi Otitis Externa & Otitis
media).
- Otitis Externa disebabkan oleh jangkitan bakteria juga
dinamakan 'swimmer's ear' yg biasa berlaku kepada perenang
kerana air kerap terperangkap dlm salur telinga.
- Otitis Media disebabkan salur eustahian tersumbat akibat
demam selsema, campak (measles), tonsillitis dan jangkitan
dihidung dan tekak.
- jangkitan ini menyebabkan salur eustachian tidak berfungsi
seperti biasa disebabkan jangkitan & jangkitan yg serius boleh
menyebabkan telinga tengah dipenuhi cecair &
mengakibatkan kebocoran kepada gegendang telinga jika
rawatan segera tidak diberi.
- Sebab lain saluran eustachian bengkak / tersumbat kerana
demam menyebabkan ketidakseimbangan tekanan udara di
luar & dalam telinga. Ini mengakibatkan gegendang telinga
akan tertekan ke dalam & menyebabkan gegendang tidak
dapat bergetar dgn bebas.
• Otosklerosis (otosclerosis) ketumbuhan tetulang halus pada stapes: -
ketumbuhan tetulang halus pada dinding telinga tengah berlaku awal
remaja hingga awal 30an.
- Kehilangan pendengaran berlaku kerana tulang stapes yang melekat
pada jendela bujur tidak dapat bergerak disebabkan berlakunya
ketumbuhan tetulang di sekelilingnya.
- Pada peringkat awal kehilangan pendengaran mungkin kurang
tetapi akan menjadi semakin teruk dan akhirnya penyakit ini boleh
merebak ke telinga dalam dan menyebabkan kehilangan pendengaran
konduktif kepada pekak bercampur.
- Berlaku lebih kerap pada wanita (mengandung mungkin jadi
penyumbang)
- Keturunan
- Berlakunya Tinnitus & sebabkan gangguan
- Biasa bermula dari sebelah telinga dan kemudian kedua-dua telinga.
- Kerap berlaku kepada kaum yang berkulit putih dari yang berkulit
hitam.
• Otistis Media dan Otoslerosis adalah penyebab utama pekak
konduktif.
b) Tanda-tanda
• Kehilangan pendengaran ringan & sederhana.
• Boleh mendengar sebahagian bunyi-bunyi
pertuturan.
• Mendengar suara sendiri dan orang lain melalui
tulang (bone coduction).
• Menguatkan suara atau bunyi yang hendak
didengar.
2. Pekak Sensorineural (Pekak Saraf).

• Kerosakan berlaku di teliga dalam & saraf


pendengaran.
• Istilah sensorineural merujuk kepada kerosakan
yang berlaku pada sensori yang melibatkan
koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak.
• Berlaku sejak lahir & juga selepas lahir.
Punca /sebab
• i) Berlaku semasa dlm kandungan:
Jangkitan virus atau bakteria spt :
- rubella / German measles kepada ibu yang
mengandung pada 3 bulan pertama dalam
kebanyakan kes.
- Herpes simplex (penyakit kelamin), gonorrhea
(perempuan) siplis / syphilis (lelaki).
- Pengambilan dadah dan bahan yang mengandungi
alkohol, aspirin, caffeine, cortisone, quinine &
tranquillisiers. & pengambilan ubat-ubat spt: pil
Thallidomide ( secara berlebihan ).
• ii) Semasa kelahiran:
- kurang berat badan (low birth weight).
- Anoxia (kekurangan oksigen).
- Jaundice.
• iii) Selepas lahir:
• Kemalangan teruk yg menyebabkan kerosakan koklea.
• Meningitis (demam yg teruk disebabkan selaput yang
meliputi otak & tulang belakang) seperti meningococol
merosakkan koklea / saraf.
• Bunyi bising (noise) yang sangat kuat & berterusan.
• Pengambilan bahan Ototoxic / ebahan beracun seperti
dalam quinine dan antibiotiks spt. streptomycin,
neomycin & kanamycin.
• Presbyacusis kehilangan pendengaran disebabkan
ketuaan.
• Penyakit Meniere - kesan vertigo (pening yg teruk),
tinnitus (berdesing) ringging or buzzing sound in the ear
& pendengaran berkurangan.
• iv) keturunan / hereditary:
• jika ibu atau bapa membawa gen dominan (pekak) risiko
untuk mempunyai anak yang pekak sensorineural ialah
50% manakala pembawa gen resesif adalah 25%.
Tanda-tanda

• Kehilangan pendengaran yg teruk (severe) &


sangat teruk (profound)
• Tidak boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan
langsung.
• Hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat saja.
3. Pekak bercampur (mixed loss)

• Pekak bercampur berlaku hasil dari kedua-dua


faktor iaitu kerosakan yang berlaku dalam pekak
konduktif dan sensorineural.
Klasifikasi kehilangan pendengaran:
• Ukuran yg digunakan HUKM DBHL
• Kategori 20 dB ke bawah Biasa (Normal)
• 21 – 45 dB Ringan (mild)
• 46 – 70 dB Sederhana (moderate)
• 71 – 90 dB Teruk (severe)
• 91 dB ke atas Sangat teruk(profound)
Definisi Bermasalah Pendengaran
• Individu yang kehilangan pendengaran lebih
daripada 71 dB purata di kedua-dua telinga di
kategorikan sebagai bermasalah pendengaran,
pekak, cacat pendengaran, pekak bisu dsb.

Anda mungkin juga menyukai