Anda di halaman 1dari 3

PEMUDA PEWARIS NEGARA

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan
melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.   Marilah kita memperbanyakkan zikir
kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan memperbanyakkan selawat serta berusaha melaksanakan segala sunnah
Rasulullah s.a.w., mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Golongan pemuda adalah merupakan generasi pelapis yang akan mewarisi dan meneruskan agenda kepimpinan
negara pada masa akan datang. Mereka adalah tonggak yang bakal mencorakkan masa depan negara kita sama
ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Negara dan bangsa juga mempunyai harapan yang besar kepada
golongan pemuda yang digambarkan melalui ungkapan-ungkapan seperti: "Pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara", " Pemuda benteng negara" dan lain-lain lagi.

          Untuk melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa, maka pemuda yang ada pada hari ini perlu diasuh
dan dibimbing dengan sebaiknya, supaya negara yang akan ditadbir suatu masa nanti akan dapat memenuhi ciri-
ciri sebuah negara:

Generasi muda pada hari ini perlu mempersiapkan diri mereka dengan ilmu yang secukupnya. Dalam masa yang
sama, mereka juga perlu berusaha membentuk diri mereka agar menjadi insan yang benar-benar memiliki sifat
keperibadian yang luhur dan berbudi pekerti mulia. Perkara ini adalah amat penting sebagai persiapan untuk
menjadi seorang pemimpin sama ada untuk memimpin sebuah negara yang besar, kelompok masyarakat yang
kecil atau pun memimpin ahli keluarga sendiri.   Tanpa ilmu dan budi pekerti mulia, sudah pasti seseorang
pemimpin itu akan gagal di dalam melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada-Nya.
Saiyidina Omar Radhiallahu ‘Anhu  pernah mengingatkan dengan kata-katanya;

 " Belajarlah ilmu sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin".

  Sidang Jumaat yang berbahagia,

Keperibadian muslim yang baik akan dapat dibentuk apabila sesuatu proses menuntut ilmu dapat dilaksanakan
mengikut pra-syarat yang telah digariskan didalam Islam.   Antaranya:-

-   Ilmu yang boleh menghampirkan diri seseorang kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

-   Niat mencapai ketakwaan dan mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

-   Mengikhlaskan diri semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata'ala.

-   Menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan menghindarkan kesibukan perkara lain yang tiada
kaitan dengannya.

-   Mensucikan diri daripada sifat buruk dan akhlak yang keji kerana ilmu adalah merupakan nur yang hanya akan
menjadi petunjuk kepada jiwa yang bersih dan suci.

-   Menghormati guru dan memuliakan orang-orang yang berilmu.

-   Bersifat tawadhuk dan tidak membangga-banggakan ilmu yang ada pada dirinya.

-   Menjaga adab sopan ketika majlis  ilmu sedang dijalankan sama ada kepada guru mahu pun kepada ahli-ahli
yang hadir dan lain-lain lagi.
Demikianlah pra-syarat yang telah dipraktikkan oIeh cendikiawan terdahulu yang telah terbukti keberkesanan dan
keberkatannya sehingga dapat melahirkan Tokoh-tokoh Kesarjanaan Islam yang ternama seperti Imam Asy-Syafie,
Imam Al-Ghazali dan lain-lain lagi.

Sahabat Rasulullah s.a.w. yang juga merupakan anak angkatnya yang bernama Usamah bin Zaid Radhiallahu
‘Anhu  adalah contoh terbaik bagi generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan Negara. Sepanjang hidupnya,
beliau sentiasa mendapat penghormatan daripada para sahabat yang lain kerana beliau sentiasa mengikuti sunnah
Rasulullah s.a.w. dengan sempurna di samping sentiasa memuliakan Rasulullah s.a.w. beliau juga telah diberikan
kepercayaan oIeh Rasulullah s.a.w. untuk mengetuai bala tentera yang akan menentang sejumlah besar tentera
Rome, sedangkan beliau hanya berusia 18 tahun ketika itu. Namun akhirnya tentera Islam telah mendapat
kemenangan yang besar di bawah kepimpinannya.

  Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sejarah kecemerlangan kepimpinan pemuda oIeh Usamah bin Zaid ini seharusnya menjadi pendorong kepada
generasi muda masa kini untuk membina identiti yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam yang sejati. Namun
malangnya, apa yang kita lihat pada hari ini adalah betapa meruncingnya krisis identiti yang berlaku di kalangan
mereka. Masalah-masalah sosial yang dihadapi seolah-olah sudah tidak dapat dilindungi lagi oIeh Media-media
Arus Perdana masa kini .

Memang tidak dinafikan bahawa masalah sosial berlaku di semua peringkat umur, tetapi oIeh kerana golongan
pemuda adalah merupakan harapan bangsa yang akan mewarisi negara, maka kegiatan merekalah yang hangat
diperkatakan sejak kebelakangan ini. Gejala samseng atau gangsterisme yang berlaku di kalangan pemuda
semakin hari semakin membimbangkan semua pihak. Mereka didapati bukan sahaja terlibat dengan pergaduhan,
tetapi lebih daripada itu. Mereka juga sanggup melakukan jenayah pembunuhan.

Jenayah seksual dan seks bebas juga didapati semakin menular di kalangan mereka terutama di kawasan  bandar
dan kota. Apa yang lebih menyedihkan ialah kegiatan-kegiatan  seperti ini telah dapat dikesan seawal usia 13
tahun lagi.

Selain daripada itu, terdapat banyak lagi gejala sosial yang berlaku di kalangan pemuda seperti kegiatan
menghisap dadah, meminum minuman keras, merempit, mencuri dan sebagainya. Kesemua gejala ini didapati
telah berleluasa di kalangan pemuda dan berada pada tahap yang amat serius.  Jika tidak ditangani dengan
sebaiknya, semua perkara ini akan menghalang proses ke arah gagasan menjadikan pemuda pewaris negara.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah ,

Rasulullah s.a.w. telah bersabda didalam sebuah Hadis sahih yang bermaksud :

" Peliharalah lima perkara sebelum berlaku lima perkara;

          *        Muda kamu sebelum tua,

          *        Sihat kamu sebelum sakit,

          *        Kaya kamu sebelum miskin,

          *        Hidup kamu sebelum mati,

          *        Senang kamu sebelum susah".

Hadis di atas menjelaskan betapa usia muda adalah usia yang sangat berharga dan seharusnya tidak dibiarkan
berlalu begitu sahaja kerana ini pasti akan merugikan bangsa itu sendiri.

OIeh kerana itu, generasi muda ini perlu dididik dengan sebaiknya sama ada oIeh ibu bapa ketika di rumah mahu
pun oIeh guru-guru ketika di sekolah kerana merekalah yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan
datang.
 

Ibu bapa memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap pendidikan anak-anak, bukannya menyerahkan bulat-
bulat kepada guru atau pun pengasuh dan orang gaji sahaja. Didikan awal kepada anak-anak mestilah dengan
menanamkan keimanan dalam jiwa mereka kerana dengan keimanan  inilah akan melahirkan insan yang berjiwa
kental dan mampu menggalas amanah sebagai Khalifah di muka bumi Allah Subhanahu Wata'ala ini. Firman Allah
Subhanahu Wata'ala dalam surah al-An'am ayat 165:

     "Dan Dialah yang menjadikan kamu Khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang
lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.
Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab siksa-Nya  dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani " .

 Pada hakikatnya, tugas sebagai khalifah atau pemimpin bukanlah sesuatu yang mudah bahkah ianya merupakan
tanggungjawab yang amat berat. OIeh kerana itu, ianya memerlukan persediaan yang cukup mantap dari
berbagai sudut terutamanya  ilmu pengetahuan dan akidah yang teguh. Persediaan ini pula seharusnya telah
dimulakan semenjak dari usia muda lagi.

OIeh itu, pada hari ini marilah kita  tanpa mengira perbezaan pandangan dan fahaman politik, bersatu hati dan
berusaha memastikan generasi muda kita dapat dibantu dan dibimbing ke arah membina jati diri yang sempurna.
Kita berharap dan mendoakan agar generasi yang ada ini, akan dapat memimpin masyarakat pada masa hadapan
ke arah yang lebih baik dan harmoni serta mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang), oIeh itu  hendaklah
keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka  supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari
secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama  dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar
berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka. Mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari
melakukan larangan Allah)".

                                                                                                                (At-Taubah : 122)

                                

                                                                      KHUTBAH KEDUA

Ya Allah, Engkaulah  Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami
rahmah dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam
khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.  Justeru kami pohon kehadrat-
Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki
kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,  suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia,
kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat
seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan
demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Khutbah Jumaat Bacaan 27 November 2009

Anda mungkin juga menyukai