Anda di halaman 1dari 7

1.

Pendahuluan
 Menghuraikan pengalaman p&p yg berkaitan dengan fokus kajian amat jelas
 Menilai kembali pengalaman p&p yg berkaitan dengan fokus amat berkesaan
 Membincangkan secara mendalam anadaian, nilai dan kepercayaan terhadapa p&p
dalam refleksi pengalaman p&p.
 Membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang
dipegang dengan amalan p&p yang delaksanakan.

2. Fokus kajian
 Mengenal pasti dan menghuraikan isu keperihatinan yang berkait dengan pengalaman
pengkaji dan relevan kepda keperluan murid dengan amat baik dan jelas.
 Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut :
o Kebolehtabiran
o Kepentingan
o Kebolehgunaan
o Kawalan
o Kolaborasi
o Kerelevanan kepada sekolah
 Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan jelas
 Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah/isu wujud
secara amat terperinci.

3. Tinjauan literatur
 Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keperihatinan yang telah
dikenal pasti dengan amat jelas
 Penggunaan sedutan kata (Questation) yang amat sesuai
 Sorotan kajian tindakan mengadungi sekurang-kurangya 5 sumber kajian lepas yang
tepat dan relevan
 Penulisan rujukan dan bibliografi yang betul (sistem APA)
4. Objektif kajian
 Penyataan objektif kajian dapat dinyatakan dengan amat jelas 3 perkara berikut
o Fokus
o Tindakan
o Pencapaian tindakan

5. Soalan kajian
 Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian

6. Kumpulan sasaran
 Memrihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut
o Bilangan
o Jantina
o Nama kelas/ jawatan
o Prestasi akademik
o Ciri-ciri unik yang lain

7. Tindakan yang dicadangkan


 Perancangan tindakan
i. Memperincikan langkah-langkah tindakan (p&p) dengan amat jelas
ii. Memberikan rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan amat
jelas
 Perancangan cara pengumpulan data
i. Merancang kaedah pengumpulan data yang amat sesuai untuk menjawab
soalan kajian tindakan
ii. Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan amat terperinci dan
dilampirkan. (arahan, instrumen, templet sebenar diletakan dalam
lampiran)
 Perancangan cara mengalisis data
i. Kaedah analisis data amat tepat bagi jenis data yang dikumpul
ii. Perangcangan kaedah analisis data dijelaskan dengan amat baik
 Perancangan pelaksanaan tindakan (jadual pelaksanaan, kos kajian)
i. Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt dengan lengkap.
ii. Menyediakan anggaran kos kajian dengan amat terperinci.
Pendahuluan

Seni merupakan sesuatu yang begitu indah sekiranya diamati dengan teliti dan
menjiwai seni tersebut. Pelbagai flora dan fauna disekeliling kita yang boleh dijadikan
sebagai suatu
sumber inspirasi ketika membuat aktiviti seni. Suatu masa dahulu, saya telah mengikuti
latihan amali praktikum selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Simpang 5 dan telah
mengajar tahun 6. Minggu pertama, saya meminta murid melukiskan ³pemandangan di tepi
pantai´ dan minggu seterusnya saya meminta mereka melukiskan tentang ³rumahku
syurgaku´. Setelah 2 minggu menjalankan peraktikum di sekolah tersebut saya menyemak
lukisan hasil kerja murid tersebut untuk menandakan markah mereka. Saya mendapati 85%
daripada lukisan tersebut adalah hampir serupa dari beberapa aspek seperti penggunaan
warna. Selain itu, hampir kesemua lakaran mereka serta posisi imej adalah sama seakan
peniruan dan lebih tepat lagi seperti dilukis oleh seorang pelukis sahaja. walaupun mereka
berada di tahap 2 dan seterusnya akan melangkah ke sekolah menengah, akan tetapi tahap
lukisan mereka terlalu rendah dan terhad serta banyak peniruan sesama rakan-rakan lain.
Hal ini menunjukkan kreativiti mereka kurang berkembang dan kekurangan idea untuk
lukisan yang akan dihasilkan. Selain itu, ramai juga murid yang membuat lukisan sambil
lewa serta dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka. Hal ini mungkin mereka kurang diberi
pendedahan tentang seni tersebut. Saya ada bertanyakan kepada beberapa murid tentang
lukisan mereka yang seakan serupa dan mereka menjawab, ³mereka meniru rakan mereka
dan tidak tahu untuk melukis yang lain´. Terdapat juga murid yang menjawab, mereka
akan meniru sahaja apa yang rakan mereka lukis di atas kertas lukisan tersebut. Saya
merasakan murid-murid ini kurang diberikan pendedahan dari segi contoh-contoh lukisan
yang lain dan lebih menarik supaya murid dapat membina idea mereka untuk melukis
lukisan mereka. Adakah saya perlu mengulang kembali tentang unsur-unsur seni dan
prinsip seni dari awal kepada murid-murid ? Mungkinkah saya perlu menunjukkan
seberapa banyak yang mungkin contoh-contoh lukisan menarik kepada murid
menggunakan ICT ? Apakah yang perlu saya lakukan untuk meningkatkan kreativiti idea
mereka ketika melukis ? Adakah saya mampu untuk mengajar kesemua sekali tentang seni
supaya mereka boleh menjadi seperti seorang pelukis yang berbakat ? Saya telah
membincangkan pekara ini dengan beberapa guru lain serta panitia seni dalam mesyuarat
bulanan sekolah. Sebahagian guru mengatakan yang tidak kesemua murid akan menjadi
seorang pelukis apabila besar kelak.
Hal itu memang tidak dinafikan, akan tetapi sekiranya minda dan pemikiran mereka kreatif
kesemua yang akan dilakukan akan berjaya. Sekiranya begitu, apakah langkah yang
terbaik
untuk membantu murid-murid ini mempunyai minda dan pemikiran yang kreatif dan idea ?
Setelah mencuba mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, namunn hasil
lukisan murid masih di tahap yang sama. Saya berpendapat bahawa murid kekurangan idea
untuk membuat lukisan kerana mereka kurang diberi pendedahan yang meluas serta murid
tidak pernah melakukan aktiviti di luar kelas. Kekurangan idea ini juga berkemungkinan
daripada pengabaian guru termasuklah saya dalam meningkatkan kreativi dan idea murid-
murid semua. Oleh yang demikian, saya perlu memperbetulkan situasi ini supaya tahap
kreativit dan idea murid lebih meluas dan sekaligus dapat menjadikan mereka murid yang
cemerlang dalam semua aspek

Fokus kajian
secara keseluruhannya saya mendapati murid-murid menghadapi pelbagai masalah dan
saya telah mengfokuskan kajian ini kepada satu skop yang kecil iaitu masalah dari segi
kreativiti serta kekurangan idea ketika melukis. Murid lebih suke meniru lukisan rakan-
rakan
atau contoh yang telah dibuat oleh guru. Murid tidak reti untuk menokok tambah lukisan
mereka mengikut kreativiti masing-masing supaya menjadi lebih menarik. Kebanyakan
murid telah melakukan :
 Meniru lukisan rakan-rakan
 Lakaran dan penggunaan warna yang terhad
 Kurang kreativiti dan terhad
 Kekurangan idea dalam lukisan yang dihasilkan
 Kurang pendedahan dari guru
Oleh yang demikian, kelemahan-kelemahan ini dapat diatasi oleh murid supaya boleh
menjadi seorang yang lebih kreatif dan mempunyai minda yang kreativiti bukan sahaja
dalam penghasilan karya mereka sekaligus dalam pelbagai aspek pelajaran yang lain.
Seterusnya, mereka dapat membuat lukisan yang menarik dan membuka minda mereka
tentang kreativiti yang ada dalam diri mereka sendiri.
3 . Objektif kajian
Setelah kajian permasalahan ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan
mencapao
objektif-objektif berikut :
i.
Objektif umum
Meningkatkan daya kreativiti dan pendedahan murid terhadap subjek seni visual
supaya pembelajaran di sekolah menjadi menarik.
ii.
Objektif khusus

Meningkatkan kreativiti murid

Meningkatkan keupayaan murid untuk mengaplikasikan kreativiti dalam


lukisan mereka
Membantu murid meningkatkan pemikiran yang kreatif
Memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya seni dalam
kehidupan.