Anda di halaman 1dari 5

KES-KES MELIBATKAN FITNAH

Jeff Ooi disaman kerana memfitnah di dalam blog.

Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah menfailkan saman
sebanyak RM10 juta terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun hari ini kerana
memfitnahnya dengan niat jahat termasuk mendakwanya ekstremis Islam.

Mohd Razali Abdullah yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman
melalui peguamnya, Abdul Fareed Abdul Gafoor di Mahkamah Tinggi di sini.

Pernyataan tuntutan itu menjelaskan, Ooi (gambar) yang juga Ketua Staf Pejabat Ketua
Menteri membuat kenyataan seumpama itu mengenai plaintif secara berulang dan disiarkan
dalam surat khabar tempatan, laman web dan portal Internet.

Menurut pernyataan tuntutan dalam writ saman itu, perkataan yang dikeluarkan itu adalah
tidak berasas dan difahamkan sebagai membawa makna seperti fitnah dan berniat jahat dan
dinyatakan secara sindiran.

Mohd Razali berkata tindakan saman itu dibuat selepas Ooi masih enggan membuat
permohonan maaf walaupun telah diberikan tempoh yang agak lama.

Sementara itu, Ooi berkata, beliau menerima apa saja tindakan yang diambil Mohd Razali
terhadapnya dan semuanya akan diuruskan oleh peguamnya.
Remaja dituduh melakukan fitnah melalui laman web social Facebook.

Farah Nur Arafah, 18 didapati bersalah kerana telah mencerca kawannya di Facebook, iaitu
Felly Fandini oleh kerana mempercayai bahawa kawannya itu ingin memporak-perandakan
hubungannya dengan teman lelakinya.

Farah mencerca Felly dengan memanggilnya panggilan babi, anjing dan menuduhnya
perempuan gemuk yang miang. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan rakannya itu dan
menjejaskan reputasinya di mata umum.

Ekofa Rahayu J mengenakan hukuman penjara 75 tahun ke atasnya tetapi hukuman itu telah
dihapuskan kerana Farah berkelakuan baik dan bekerjasama sewaktu perbicaraan. Namun,
dia akan tetap dihukum jika dia melakukan perbuatan yang sama dalam tempoh 5 bulan
berikutnya.

Farah yang masih aktif menggunakan Facebook, berjanji akan lebih berhati-hati dalam
mengeluarkan kenyataan di laman web sosial itu secara umum.
Horizon Group Managemennt v Amanda Bonnen

Disaman atas kenyataan di Twitter.

Seorang wanita di Chicago, iaitu Amanda Bonnen telah mengepos ketidakpuasan hatinya
secara online di Twitter mengenai apartmentnya, yang berbunyi,

Oleh itu, Horizon Group Management iaitu syarikat yang meyelia apartment itu mengambil
tindakan undang-undang terhadap Amanda, menuduh kenyataan beliau itu memburukkan
nama dan reputasi bisnes mereka di mata umum.

Mengikut Mahkamah Cook County, Amanda dengan niat jahatnya menyiarkan kenyataan itu
secara umum di Twitter bagi disaksikan oleh seluruh dunia biarpun Amanda hanya
mempunyai 20 orang pengikut sahaja di akaun Twitternya.
KES MELIBATKAN KELUCAHAN DI INTERNET

Gambar bogel disebarkan di Internet.

Seorang rahib perempuan berbangsa Itali bertindak menyaman bekas teman lelakinya
kerana mengepos gambar bogelnya di laman web sosial Facebook, dan enggan
membuang gambar berikut apabila diarahkan.

Rahib yang berumur 31 tahun itu kesal dengan tindakan bekas teman lelakinya itu yang
menyiarkan gambar yang diambil sewaktu cuti musim panas itu kerana telah
menghancurkan reputasinya.

Lelaki itu enggan membuang gambar itu daripada Facebook kerana memberontak atas
tindakan perempuan itu yang berkeras ingin menjadi seorang rahib sedangkan dia tidak
bersetuju sama sekali.

Plaintif tidak mahu sebarang pampasan daripada defendan, sebaliknya hanyalah


kepercayaan terhadapnya untuk menjadi rahib.
Bunuh diri kerana gambar bogel tersebar di Internet

Seorang guru berbangsa British yang berkhidmat di sekolah antarabangsa di Timur


Tengah ditemui mati, dipercayai membunuh diri dengan meminum bahan pencuci atas
tindakan bekas teman lelakinya yang mengepos gambar bogelnya di Facebook.

Emma Jones, 24 yang takut akan hukuman penjara yang bakal diterimanya atas penyiaran
umum gambar itu oleh undang-undang Islam Abu Dhabi, telah menyuarakan ketakutannya
itu kepada ibunya, Louise Rowlands.

Rowlands menyatakan bahawa bekas teman lelaki Emma, Jamie telah memasukkan
‘memory stick’ ke dalam komputer Emma dan memuat turun gambar bogel Emma dan
seterusnya menyiarkannya secara umum dan Emma kemudiannya dituduh oleh seseorang
bahawa dia seorang pelacur di sekolah itu.

Jamie, bekas teman lelaki Emma menafikan dia melakukan perbuatan itu, dan menyatakan
tuduhan Rowlands itu tidak berasas. Dia bagaimanapun mengaku menggunakan komputer
Emma, dan menyatakan bahawa Emma tidak pernah juga menghantar kepadanya apa-apa
gambar lucah sedemikian rupa.

Keputusan post-mortem menunjukkan Emma terbunuh atas kesan meminum bahan


pencuci, dan dia dipercayai itu adalah cubaan membunuh diri oleh si mati sendiri.

Anda mungkin juga menyukai