Anda di halaman 1dari 8

Apakah itu Bioteknologi ?

oleh: Anonymous Pengarang : Tiada dinyatakan Summary rating: 2 stars (745 Ulasan) Lawatan : 33211
Perkataan:300

Abstrak ini telah diterjemahkan daripada What is Biotechnology?

Bioteknologi merupakan satu bidang sains di mana benda hidup digunakan untuk penghasilan produk
atau untuk melakukan sesuatu tugasan untuk manusia.Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga
microorganisma seperti bakteria telah digunakan untuk menghasilkan kebaikan kepada manusia. Dalam
bidang industri perubatan dan pertanian, bioteknologi bantu dalm penghasilan makanan, ujian untuk
mengesan penyakit dan untuk melupuskan sisa. Bioteknologi boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah dan untuk membantu dalam penyelidikan.Bioteknologi biasanya terbahagi kepada 3 bahagian -
bioteknologi merah, putih dan hijau.Bioteknologi merah adalah berkaitan dengan mikroorganisma yang
telah diubah bahan genetiknya yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti insulin dan vaksin
untuk kegunaan perubatan.Bioteknologi putih melibatkan penciptaan bahan kimia berguna untuk sektor
perindustrian melalui organisma-organisma seperti kulat dan yis.Jenis bioteknologi ini juga dikenali
sebagai bioteknologi kelabu.Bioteknologi hijau, juga dikenali sebagai bioteknologi pertanian, berurusan
dengan aplikasi-aplikasi yang bertaut kepada pertanian.Ianya melalui penyelidikan bioteknologi merah
dapat menghasilkan antibiotik untuk jangkitan berbeza-beza dan vaksin untuk menguatkan sistem
keimunan dan mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik dan penyakit telah
dihasilkan.Bioteknologi merah juga membantu dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-
vitro, penghasilan profil DNA, forensik dan teknologi permindahan.Hanya dengan pertolongan
bioteknologi putih yang membantu persekitaran untuk membolehkan pengawalan haiwan dan
tumbuhan perosak. Bioteknologi telah membantu dalam pembersihan tumpahan minyak, melindungi
spesis yang terancam dengan menyimpan DNA untuk penyelidikan pada masa akan datang dan
menolong mengasingkan sebarang nutrien yang berlebihan dalam tanah mahupun dalam air.
Penyelidikan dalam bioteknologi juga bertujuan untuk pengekstrakan logam dari tanah untuk
menyediakan perlombongan yang bersih, mengesan periuk api dan pembersihan logam arsenik dan
logam lain yang mencemar. Bioteknologi hijau melibatkan manipulasi tumbuhan dan haiwan untuk
menghasilkan spesis yang lebih mesra alam sekitar dan produktif. Pembangunan pelbagai jenis gandum
yang tahan penyakit dengan cara pembiakan silang jenis gandum yang berbeza adalah satu contoh
bioteknologi hijau.

Diterbitkan pada: April 06, 2007 Updated: Oktober 05, 2010


Bioteknologi

Bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup
manusia dari pelbagai aspek seperti perubatan, makanan, persekitaran dan kesejahteraan secara
amnya.

Di antara contoh penggunaan bioteknologi adalah pencapjarian DNA bagi mengesan penjenayah dan
mengenalpasti penyakit genetik; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dan penghasilan tanaman
transgenik (transgenic crops) dalam sektor pertanian.

Rancangan Malaysia Ke-9 - Bab 6 menyatakan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab
industri bioteknologi.Dalam usaha untuk menjadi salah sebuah negara utama dalam bidang ini, Kerajaan
telah melancarkan Dasar Bioteknologi Kebangsaan (NBP) pada buan April 2005.Lantaran itu, Kerajaan
telah menubuhkan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang bertanggungjawab membangunkan
industri ini.

Transformasi sektor bioteknologi akan diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian
Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Struktur insulin

Teknologi biologi merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama apabila ia digunakan dalam
bidang pertanian, sains makanan dan perubatan. Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi:[1]

"Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma
hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi
kegunaan khusus."

Sebelum 1970-an, istilah, bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan


makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk
merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti
pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan
dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi
memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia. Dengan itu istilahnya boleh ditakrifkan
sebagi, "Penggunaan pengetahuan tempatan dan/atau saintifik bagi pengurusan (sebahagian)
mikroorganisma, atau sel dan tisu organisma peringkat tinggi, agar ia membekalkan barangan dan
perkhidmatan bagi manusia.[2]

Banyak orang telah bercakap - dan melabur - dalam bidang bioteknologi dengan harapan ubat ajaib
dapat dihasilkan.Walaupun kini terdapat sebilangan kecil ubat mujarab, secara umumnya revolusi tidak
terjadi dalam bidang farmaseutikal.Akan tetapi, perkembangan terbaru dalam ubat berasaskan antibodi
monoklon mengesyorkan bahawa bioteknologi kini telah mempunyai fungsi dalam penjualan
farmaseutikal.
ARKIB : 31/12/2009

Industri bioteknologi berkembang

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Industri bioteknologi Malaysia dijangka berkembang antara lapan hingga 10 peratus pada 2010,
dipacu oleh sentimen ekonomi global yang bertambah baik dan penekanan untuk mengkomersialkan produk tempatan
dalam pasaran antarabangsa, kata para penganalisis.
Mereka berkata, pertumbuhan itu juga sejajar dengan pasaran bioteknologi global yang dijangka terus meningkat pada
2010.
Para penganalisis itu juga meramalkan pasaran bioteknologi global bernilai kira-kira AS$306 bilion (RM1.04 bilion)
menjelang 2013, dengan bioteknologi dijangka menjadi antara sektor paling menguntungkan di rantau Asia Pasifik.
Menurut firma penyelidikan antarabangsa RNCOS, kerajaan Asia menjadikan bioteknologi satu keutamaan, mengiktiraf
potensi pertumbuhan industri yang amat besar dan kepentingan strategiknya.
Dengan industri bioteknologi menghampiri fasa matang di pasaran maju seperti di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun,
dikatakan bahawa kebanyakan syarikat bioteknologi kini menyasar pasaran membangun seperti India, bagi pertumbuhan
seterusnya.
Di pasaran tempatan, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bioteknologi Malaysia (Biotechcorp) Datuk Iskandar Mizal
Mahmood berkata, industri berkembang dengan ketara sejak Dasar Bioteknologi Negara diperkenalkan pada 2005.
"Dalam tempoh singkat empat tahun, industri telah berkembang dengan pesat.
Apabila dasar itu diperkenalkan, kami terpaksa bermula daripada permulaan," kata Iskandar Mizal kepada Bernama dalam
satu temu bual baru-baru ini.
Beliau berkata, dasar itu diperkenalkan dalam tiga fasa untuk berfungsi secara asasnya sebagai wadah bagi pembangunan
industri.
Menurut Iskandar Mizal, fasa satu (2005-2010) disasarkan bagi pembangunan keupayaan dan prasarana, termasuk
penubuhan majlis penasihat dan pelaksanaan, pendidikan dan latihan pekerja berpengetahuan, pembangunan perniagaan
dan pewujudan industri dalam bioteknologi pertanian.
"Fasa dua (2011-2015) adalah untuk membawa penyelidikan makmal ke dalam pasaran manakala fasa akhir adalah aspek
pengkomersilan, yang menumpukan untuk membawa syarikat Malaysia ke peringkat global," jelasnya.
Sehingga Disember 2009, terdapat 135 syarikat BioNexus di Malaysia dengan jumlah pelaburan dilulus lebih RM1.51 bilion.
Empat daripada syarikat BioNexus telah disenaraikan — satu di Bursa Saham London, satu lagi di Bursa Saham Australia
dan dua di Bursa Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjangkakan kemunculan 50 lagi syarikat berstatus BioNexus dalam tempoh
dua tahun akan datang, menjadikan jumlahnya kepada 185. Status BioNexus bersamaan dengan status Koridor Raya
Multimedia, di mana syarikat-syarikat mendapat pelepasan cukai dan geran kerajaan untuk penyelidikan.
Sementara itu, industri bioteknologi ketika ini menyumbang kira-kira 1.0 peratus kepada keluaran dalam negara kasar
(KDNK) negara. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili baru-baru ini berkata di bawah fasa kedua
Dasar Bioteknologi Negara, sumbangan itu dijangka meningkat kepada 2.5 peratus daripada KDNK."Semua negara sedang
beralih kepada industri bioteknologi.Ini bukan hanya daripada perspektif penjagaan kesihatan tetapi juga dalam pertanian
bagi bekalan makanan mampan dan bagi tenaga boleh diperbaharui," kata Iskandar Mizal.
Beliau berkata, industri dijangka berdepan dengan beberapa cabaran ketika ia bergerak ke arah fasa pengkomersialan.
"Ketika kita bergerak ke fasa ini, terdapat lebih banyak cabaran.Tetapi berdasarkan kepada platform kukuh yang dibina,
kami amat optimistik untuk bergerak kehadapan," katanya.
Beliau berkata, kerajaan menyediakan platform bagi pertumbuhan dan sektor swasta harus mengambil peluang tersebut
untuk mengembangkan lagi industri.
"Platformnya sudah ada.Mereka kini perlu mengambil peluang untuk mempercepatkan pertumbuhan industri.Juga
terdapat banyak peluang yang ditawarkan," katanya. – Bernama
ARKIB : 17/11/2009

Panel IAP cadang tubuhkan pusat penyelidikan bioteknologi

Oleh HERMAN HAMID


herman@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 16 Nov. – Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) Bioteknologi hari ini mengemukakan enam
cadangan khusus kepada kerajaan termasuk mewujudkan pusat penyelidikan utama bidang berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah mewujudkan pusat itu penting bagi menarik minat lulusan
dan pekerja berpengetahuan bioteknologi termasuk yang berada di luar negara untuk kembali ke Malaysia.

Katanya, turut ditekankan potensi besar Malaysia untuk muncul sebagai hab pembangunan klinikal di rantau ini terutama
meningkatkan hasil industri kelapa sawit melalui pelbagai kaedah termasuk memanfaatkan bahan buangannya.

“Mesyuarat juga berpendapat apa yang dikatakan sebagai ujian tambah nilai klinikal dan ujian diagnostik adalah sesuatu
yang boleh diberi keutamaan oleh Malaysia sebab kita mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.

“Ujian itu sesuai dilakukan di Malaysia kerana rakyat kita yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India adalah mewakili
sebahagian besar pasaran global,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus J. Ongkili dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian
Biotechnology Corporation (BiotechCorp), Datuk Iskandar Mizal Mahmood.

Sembilan ahli panel antarabangsa terlibat dalam mesyuarat berkenaan bagi membincangkan peluang dan cabaran
mengkomersialkan industri bioteknologi negara.

Sementara itu, Najib berkata, mesyuarat hari ini melihat kepentingan mewujudkan ekosistem menyeluruh bagi
menampung pekerja berpengetahuan yang ingin kembali berkhidmat di samping keperluan modal bidang berkenaan.

Menurut beliau, anggota panel juga meminta kerajaan melihat jurang antara kursus yang diajar pihak universiti dengan
keperluan sebenar di pihak industri.

“Pada umumnya panel mencadangkan supaya kita mewujudkan objektif nasional dalam mencapai dasar ekonomi hijau.

“Maknanya ada sasaran dalam hal ini seperti pengurangan pengeluaran gas karbon dioksida, pihak swasta atau awam
boleh tentukan pelaburan yang perlu untuk capai sasaran itu,” ujarnya.

Mengenai perjalanan mesyuarat tersebut, Najib menyifatkan ia amat produktif memandangkan banyak cadangan positif
yang dikemukakan.

Selain itu, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan akan memastikan cadangan IAP Bioteknologi yang dipersetujui pada
mesyuarat itu diteliti bagi dilaksanakan.

“Pihak yang terlibat akan memastikan hal ini dilaksanakan secepat mungkin untuk membolehkan kita melihat hasilnya
pada Mesyuarat IAP akan datang,” katanya.
ARKIB : 24/06/2009

Industri bioteknologi jana RM45b

KUALA LUMPUR 23 Jun - Industri bioteknologi Malaysia diunjur menjana pendapatan bernilai RM45 bilion menjelang 2013,
demikian menurut firma penyelidikan global Frost & Sullivan.

Menurut Frost & Sullivan, industri bioteknologi Malaysia akan berkembang pada kadar purata 15 peratus setahun
berdasarkan permintaan terkini dalam tiga sektor utama iaitu penjagaan kesihatan, pertanian dan perindustrian.

'' Pertumbuhan paling tinggi dijangka dicatatkan oleh sektor penjagaan kesihatan dengan kadar pertumbuhan tahunan
terkumpul (CAGR) sebanyak 20 peratus.

'' Ini diikuti pula industri pertanian dengan kadar pertumbuhan 15 peratus dan perindustrian sebanyak 10 peratus,'' kata
Perunding Kanan Frost & Sullivan Asia Pasifik, Dr. Pawel Suwinski semasa membentangkan Laporan Pembangunan Sumber
Insan 2009 di sini hari ini.

Laporan tersebut merupakan usahasama antara BiotechCorp dan Frost & Sullivan bertujuan menilai serta meningkatkan
daya saing negara dalam pembangunan modal insan di bidang bioteknologi.

Sementara itu, Iskandar Mizal berkata, pihaknya cuba memberi penekanan terhadap kepentingan sektor bioteknologi
dalam pembangunan negara selaras dengan wawasan mencapai status negara maju.

''Tanpa mengambil kira senario ekonomi semasa yang mencabar, kapasiti dan keupayaan Malaysia dalam industri
bioteknologi perlu ditingkatkan pertumbuhannya.

'' Langkah dan usaha untuk memampankan pertumbuhan industri memerlukan tenaga kerja terlatih yang mencukupi,''
katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran tersebut.

Tambahnya, berdasarkan laporan itu, pihak BiotechCorp boleh memainkan peranannya serta bertindak merapatkan jurang
pembangunan modal insan dengan menawarkan 20,000 peluang pekerjaan menjelang 2014.

'' Adalah penting untuk kerajaan dan sektor swasta bekerjasama menghasilkan satu pelan tindakan strategik dalam usaha
membangunkan sektor bioteknologi negara,'' katanya.
Bioteknologi: kelebihan dan ancamannya terhadap sarwajagat

Bioteknologi merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi,
misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Pada abad ke 21 ini bioteknologi memainkan
peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah;
penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati
penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian.

Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi)
untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup
dengan menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan
pelbagai produk lain.

Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’.Kamus Dewan mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu
hayat atau benda-benda hidup.Sementara ‘teknologi’ itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang
berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi.

Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membuat satu takrifan bagi
bioteknologi: “Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup,
atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.”

Dalam sejarah tamadun manusia terawal seperti Mesir dan Babylon dicatatkan bahawa masyarakat mereka telah
menghasilkan minuman dan makanan seperti bir, roti dan keju. Namun pada masa itu, manusia tidak mengetahui bahawa
proses untuk menghasilkan bahan-bahan tersebut merupakan suatu proses sains dipanggil bioteknologi. Apabila saintis
seperti Meischer menemui DNA dalam nukleus sel dan James D. Watson serta Francis Crick (1953) mencadangkan bahawa
DNA berbentuk heliks ganda dua, bidang bioteknologi telah berkembang dengan pesat.

Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian.
Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang
dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu.
Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau
moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia.

Bioteknologi terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit dan cara hidup
seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi itu.Terdapat 5,000
syarikat di seluruh dunia yang berasaskan bioteknologi dengan nilai pasaran mencecah RM2.8 trilion.

Justeru, menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat, kerajaan Malaysia telah meletakkan
bidang ini sebagai salah satu bidang berkepentingan untuk dimajukan dalam Pelan Rancangan Malaysia ke-8.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara
yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi
yang baru.
Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala sektor awam dan swasta pula
dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka ruang kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang
terbesar pendapatan negara.

Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri bioteknologi kepada keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat
kepada empat peratus menjelang 2015 dan lima peratus pada 2020.

Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat kecemerlangan terdiri daripada
institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu
kepada tiga pusat kecemerlangan iaitu bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(Mardi) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal akan dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil.

Teras-teras yang digariskan dalam Dasar Bioteknologi Negara ialah:

• Pembangunan Bioteknologi Pertanian – merubah dan memperluaskan nilai penciptaan dalam sektor pertanian melalui
bioteknologi.
• Penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang berada di bawah seliaan Majlis Pelaksanaan Dasar yang
dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. MBC diletakkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi.
• Pembangunan Bioteknologi dan Penjagaan Kesihatan – Menggunakan kelebihan biodiversiti negara dengan melakukan
penemuan komersial dalam pembangunan produk-produk asli, termasuk meletakkan Malaysia dalam peta pasaran bi-
generik.
• Pembangunan Bioteknologi Perindustrian – Memastikan pertumbuhan peluang-peluang dalam aplikasi pemprosesan
bio-termaju dan teknologi bio-pembuatan.
• Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengambilalihan teknologi – Menubuhkan pusat kecemerlangan, dalam
institusi sedia ada atau baru dengan mengadakan kerjasama antara kumpulan penyelidikan pelbagai bidang.
• Pembangunan sumber tenaga – Membina kemampuan sumber tenaga bioteknologi negara bagi memenuhi keperluan
pasaran melalui pelbagai skim khas, program dan latihan.
• Pembangunan prasarana kewangan – Menawarkan dana ‘makmal ke pasaran’ yang kompetitif dan insentif untuk
menggalakkan penglibatan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
• Pembangunan kerangka kerja peraturan dan perundangan – Mewujudkan persekitaran kondusif melalui penyemakan
kerangka kerja prosedur dan perundangan secara berterusan selaras dengan standard dan amalan global. Membangunkan
regim perlindungan harta intelek yang mampu menyokong aktiviti R&D dan pengkomersialan.
• Kedudukan strategik – mewujudkan strategi pemasaran global untuk membina jenama bioteknologi Malaysia yang
diiktiraf.

Jika rancangan ini berjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan
menjelang 2020 selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat
terutama yang tinggal di luar bandar.

Walaupun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal haram dan kesannya
terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam.Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat
kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam.

Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara spesis tetapi juga antara
manusia, haiwan dan tumbuhan mendatangkan risiko serius serta ibarat meletakkan manusia sebagai ‘tikus makmal’.
Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku
tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji
kimia dan nuklear, ‘pencemaran genetik’ tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan
bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia).

Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di
dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau
mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.

Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang
mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan
kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji.

Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi,
terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah
mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah.Akibat daripada hasil dapatannya
itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas
melahirkan kegusarannya kepada media.

Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan
sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh
yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.

Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti
besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di
Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA).

Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi
melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan
berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain.

Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam, makanan yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi ini juga tidak terlepas
daripada isu halal haramnya.Al Quran dan Sunnah memandang soal halal haram makanan ini sebagai suatu yang besar
yang mana mampu memberi kesan terhadap kehidupan di dunia dan di akhirat. Menurut perkiraan Islam, soal halal haram
makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan asas bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan
siapa yang menghasilkannya.

Anda mungkin juga menyukai