Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN BENTUK KERTAS KERJA

Tajuk: Menganjurkan Program Silaturrahim Ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Nama Penulis: Aida Ilani Binti Mahalley, Setiausaha Kelab PRS

Disediakan untuk: Pengarah Badan Hal Ehwal Pelajar (BHEPP) Universiti Sains Malaysia

Tarikh: 7 Februari 2011

1.0 Pengenalan
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah 4 tahun ditubuhkan di Universiti Sains
Malaysia. Kelab ini ditubuhkan di bawah Unit Kaunseling, BHEPP bagi membimbing
pelajar-pelajar di kolej dari segi khidmat nasihat, kaunseling dan sebagainya. Baru-baru
ini kelab ini telah menerima sebilangan ahli-ahli baru untuk menyertai kelab ini. Oleh itu,
satu program telah dirancang demi mengeratkan silaturrahim dikalangan ahli-ahli kelab
baru dan lama yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama.

2.0 Tujuan
Tujuan kertas kerja ini ditulis adalah untuk:
2.1 Mengadakan sesi suai-kenal ahli-ahli lama bersama dengan ahli-ahli baru.
2.2 Memperkenalkan ahli-ahli jawatankuasa PRS serta guru penasihat kepada ahli-
ahli baru.
2.3 Mengadakan aktiviti sukan berupa permainan tradisional bagi memberi
pendedahan kepada satu tradisi masyarakat Malaysia yang kian dilupakan.
2.4 Mengeratkan silaturrahim dikalangan ahli.

3.0 Isi Perbincangan


3.1 Mengikut perancangan, program ini akan diadakan selama 2 (dua) hari. Butir-
butir yang dirancang adalah seperti berikut:-
Tarikh : 26 Februari 2011 – 27 Februari 2011
Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Dewan Utama Pelajar (DUP)
3.2 Satu sesi suai-kenal akan diadakan terlebih dahulu bagi memperkenalkan para
ahli jawatankuasa kelab kepada ahli-ahli baru serta memberi peluang kepada
para ahli untuk saling mengenali antara satu sama lain.
3.2.1 Untuk itu, beberapa permainan telah dirancang bagi menjayakan sesi ini
antaranya botol beracun yang mencabar para ahli untuk menjadi lebih
terbuka serta beberapa sukan tradisional seperti galah panjang, congkak
dan laga ayam turut diadakan bagi menguji kemampuan mereka untuk
bekerjasama dalam satu kumpulan disamping memberi peluang kepada
mereka untuk mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat
disamping memberi kesedaran tentang sensitiviti kaum.
3.2.2 Selain itu, pendedahan mereka terhadap permainan sukan tradisional
juga mampu memelihara tradisi masyarakat Malaysia yang kini kian
terabai dek kerana arus kemodenan. Ini adalah kerana generasi anak
muda masa kini bagai terlalu dimanjakan dengan pelbagai teknologi
terkini yang semakin berkembang sehingga kewujudan permainan-
permainan tradisional terabai sama sekali. Diharapkan dengan
pendedahan ini permainan tradisional masyarakat Malaysia dapat
dipelihara oleh generasi-generasi akan datang disamping memupuk minat
mereka terhadap sukan ini.

4.0 Penutup
Harap hasil yang diperoleh daripada program ini dapat menjadi kenyataan iaitu demi
mengeratkan perhubungan silaturrahim dikalangan ahli-ahli Kelab Pembimbing Rakan
Sebaya serta mampu memelihara permainan tradisi masyarakat turun-temurun.
Diharapkan juga program ini akan mendapat kelulusan tuan/puan agar kelab kami dapat
menjayakan program ini. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

-------------------------------

(AIDA ILANI BINTI MAHALLEY)

Setiausaha Kelab Pembimbing Rakan Sebaya

Anda mungkin juga menyukai