Anda di halaman 1dari 6

» Tidur baiki sel rosak deja’s conner http://adi-along.blog.friendster.

com/2007/05/tidur-baiki-sel-rosak/

deja’s conner
“Ours deepest fear is not that we r inadequate,our deepest fear is that we r powerful beyond measure,we ask ourselves “who am i” to be
brilliant,gorgeous,talented & fabulous?Actually who r u not to be?

Tidur baiki sel rosak


PERNAHKAH anda mengalami keadaan yang merimaskan terutama apabila sukar memberi tumpuan pada kerja atau pelajaran, merasakan otak
‘lebih lembap’ dan lambat berfikir berbanding dulu?

Mungkin ada yang berpendapat ia disebabkan


peningkatan usia. Mungkin pendapat itu benar tetapi kajian menunjukkan
masalah sukar menumpukan perhatian dan ‘kelembapan’ otak ini mempunyai
kaitan dengan kekurangan tidur.

Keperluan tidur setiap orang


berbeza-beza tetapi secara puratanya kita memerlukan tujuh jam tidur
yang lena bagi membolehkan badan berfungsi dengan baik pada keesokan
harinya.

Tidur yang cukup bukan setakat merehatkan badan atau


mengelakkan masalah mata cengkung tetapi ia mempunyai manfaat yang
lebih penting. Tidur adalah satu keperluan dan ketika inilah badan akan
memperbaiki kerosakan yang berlaku pada sel serta membina sel baru.

Malah, ketika tidur, otak kita sibuk membuat persediaan untuk

1 of 6 8/21/2010 12:25 AM
» Tidur baiki sel rosak deja’s conner http://adi-along.blog.friendster.com/2007/05/tidur-baiki-sel-rosak/

menghadapi keesokan harinya. Kajian ke atas haiwan dan manusia


mendapati tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar
dan membantu memelihara daya ingatan seseorang.

Dalam satu
kajian, responden disuruh bermain piano mengikut nada tertentu.
Kumpulan yang dilatih pada waktu pagi dan diuji 12 jam kemudiannya
tidak menunjukkan perubahan yang ketara. Tetapi kumpulan ini
menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 20 peratus selepas mendapat
tidur yang cukup.

Kumpulan kedua yang dilatih pada waktu petang


juga menunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 20 peratus selepas tidur
pada waktu malam. Namun, ujian selepas 12 jam berjaga mendapati
prestasi responden tidak berubah atau tiada peningkatan. Ini
menunjukkan tidur memainkan peranan penting dalam kebolehan belajar.

Apa sebenarnya yang berlaku ketika tidur masih belum dapat diterangkan
dengan terperinci tetapi penyelidik percaya tidur membolehkan otak
memproses semula perkara yang baru dipelajari supaya ingatan itu kekal.

Kajian selanjutnya mendapati tidur sekejap pada tengah hari juga


dikatakan memberi manfaat terhadap kemampuan untuk belajar. Ujian
ingatan terhadap responden yang diberikan empat kursus secara terus
menerus menunjukkan keputusan yang agak ‘buruk’.

Bagaimanapun, daya ingatan mereka jauh lebih baik apabila diberikan


rehat (tidur selama setengah jam) selepas dua kursus. Keputusan ini
mencadangkan jika seseorang itu mendapat cukup rehat (fizikal dan
mental) mereka mampu mempamerkan prestasi kerja atau pembelajaran yang
lebih memberangsangkan.

Ini kerana selepas bangun daripada


tidur, otak lebih segar dan boleh berfikir dengan cepat dan tepat.
Tidur yang mencukupi juga dapat mengurangkan tekanan dan keresahan yang
secara tidak langsung boleh menjejaskan kemampuan belajar.

Mungkin inilah sebabnya mengapa bayi, kanak-kanak dan remaja memerlukan


lebih banyak tidur berbanding orang dewasa. Malah, kajian berkenaan

2 of 6 8/21/2010 12:25 AM
» Tidur baiki sel rosak deja’s conner http://adi-along.blog.friendster.com/2007/05/tidur-baiki-sel-rosak/

juga menjelaskan mengapa golongan yang amat muda ini mudah menerima dan
belajar perkara baru dalam hidup mereka.

Malah, tidur juga


dianggap amat penting untuk proses pemulihan terhadap kecederaan otak
termasuklah pada pesakit strok kerana mereka perlu belajar semula untuk
menguasai bahasa dan rutin harian.

Ada penyelidik menyarankan


supaya kita tidur apabila berasa mengantuk. Namun, ramai yang
‘mengabaikan’ keperluan badan ini dan berusaha melawan rasa mengantuk
sehinggalah tiba waktu untuk tidur. Ada juga yang masuk tidur terlalu
awal tetapi tidak dapat melelapkan mata walaupun persekitaran bilik
tidur sangat menyenangkan.

Bagi individu yang bekerja syif juga


boleh mendapat manfaat daripada tidur walaupun waktu tidur mereka
berubah-ubah. Apa yang penting ialah mereka mesti mendapat tidur cukup
dan baik (lena).

Tuntutan dan tekanan tugas membuatkan ramai


antara kita yang mengalami masalah kekurangan tidur. Bahkan tidak
kurang yang kerap terjaga pada waktu malam dan sukar untuk melelapkan
mata semula.

Akibatnya kita mudah letih, mengantuk dan hilang


daya tumpuan jika perkara ini berlanjutan. Malah, lebih buruk
kekurangan tidur boleh menyebabkan seseorang mudah tertekan dan
mengalami gangguan emosi.

Justeru, setiap kali anda


menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian, kajilah semula gaya
hidup anda. Kekurangan tidur, tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan
kurang bersenam semuanya memberi pengaruh besar dalam menentukan
kualiti hidup kita seharian.

~ by adi-along on May 30, 2007.

3 of 6 8/21/2010 12:25 AM
» Tidur baiki sel rosak deja’s conner http://adi-along.blog.friendster.com/2007/05/tidur-baiki-sel-rosak/

Leave a Reply

* Name

* Mail (private)

Website

Type the two words:

Blogroll

Friendster Blogs

Pages
About
LASKAR PELANGI
My personality

4 of 6 8/21/2010 12:25 AM
» Tidur baiki sel rosak deja’s conner http://adi-along.blog.friendster.com/2007/05/tidur-baiki-sel-rosak/

Recent Posts
sinusitis
what do you think gurlz
updated
My new blogs……..
alhamdulillah………

Recent Comments
SEENTHING on Obstruksi ileus
JIMMY on sinusitis
PAUL on new style with new look…….
BRADLEY on My new blogs……..
BRANDON on what do you think gurlz

Archives

March 2009
February 2009
January 2009
December 2008
November 2008
October 2008
September 2008
August 2008
July 2008
June 2008
May 2008
April 2008
March 2008
February 2008
November 2007
October 2007
August 2007
July 2007
June 2007
May 2007

5 of 6 8/21/2010 12:25 AM
» Tidur baiki sel rosak deja’s conner http://adi-along.blog.friendster.com/2007/05/tidur-baiki-sel-rosak/

April 2007
March 2007
February 2007
January 2007
November 2006

Meta

Log in
Entries RSS
Comments RSS
WordPress.org

Theme: ChaoticSoul by Bryan Veloso.

6 of 6 8/21/2010 12:25 AM

Anda mungkin juga menyukai