Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN-PERATURAN TASKA AL-JAZIMIN

1. Yuran Pendaftaran dikenakan sebanyak RM 30.00

2. Setiap Ibu/Bapa/Penjaga perlu mengisi Borang Pendaftaran dan kepilkan satu salinan Surat
Beranak.

3. Waktu Operasi TASKA bermula pada 7.00 pagi hingga jam 5.30 petang (Ahad - Khamis).

4. TASKA akan dibuka pada setiap hari Jumaat dan Sabtu , bayaran RM 20.00 akan dikenakan (Atas
permintaan keluarga sahaja).

5. Bayaran lebih masa iaitu sebanyak RM 6.00 sejam selepas pukul 5.30 petang.

6. Memo bayaran akan dikeluarkan setiap bulan dan akan diedarkan kepada Ibu/Bapa/Penjaga terlebih
dahulu.

7. Semua yuran hendaklah dijelaskan sebelum 30hb bagi setiap bulan dan akan diberikan resit bayaran.

8. Ibu/Bapa/Penjaga perlu memaklumkan pihak TASKA sekiranya tidak dapat menghantar anak-anak ke
TASKA atau sebab-sebab tertentu atau bercuti panjang.

9. Ibu/Bapa/Penjaga tidak digalakkan menghantar anak yang kurang sihat seperti demam panas,batuk
yang teruk,chicken pox,campak,kudis buta,sakit mata dan penyakit berjangkit yang lain demi
keselamatan dan kebajikan kanak-kanak lain.

10. Kanak-kanak adalah tidak digalakkan memakai barang kemas dan membawa permainan mereka ke
TASKA untuk mengelakkan dari sebarang kehilangan atau kerosakkan.

11. Sekiranya ada Ibu/Bapa/Penjaga ingin mewakilkan saudara/kawan untuk mengambil anak dari
TASKA, sila maklumkan terlebih dahulu kepada pihak TASKA atau pengasuh yang bertugas. Sila berikan
nama dan jenis/nombor kenderaan wakil tersebut.

12. Membawa kanak-kanak keluar dalam waktu operasi TASKA : Ibu/Bapa/Penjaga diminta
memaklumkan kepada Pengasuh/Penyelia/Pengusaha TASKA sebelum membawa kanak-kanak keluar.
Hanya Ibu/Bapa/Penjaga yang didaftarkan dibenarkan membawa kanak-kanak keluar TASKA. Jika
Ibu/Bapa/Penjaga berhasrat untuk meminta bantuan dari orang lain untuk tujuan ini,kebenaran bertulis
adalah diperlukan.

13. Notis menamatkan perkhidmatan penjagaan : Sila maklumkan kepada


Pengasuh/Penyelia/Pengusaha TASKA satu (1) bulan lebih awal jika Ibu/Bapa/Penjaga mahu
menamatkan perkhidmatan penjagaan kami.

14. Merokok dan meludah adalah dilarang didalam persekitaran TASKA.


15. Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan meninggalkan pesanan penting. (Contoh : jenis dan dos pengambilan
ubatan) secara bertulis kepada Pengasuh/Penyelia/Pengusaha TASKA.

16. Pihak TASKA menyediakan kemudahan berikut :- makanan,kelengkapan tidur,bahan pengajaran dan
permainan yang sesuai untuk kanak-kanak.

17. Makanan yang dibawa dari luar adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, Ibu/Bapa/Penjaga mesti
bertanggungjawab sepenuhnya atas penyediaannya. Pihak TASKA tidak bertanggungjawab atas sebarang
ketidakselesaan atau kesakitan yang disebabkan makanan yang dibawa dari luar TASKA.

18. Adalah menjadi tanggungjawab Ibu/Bapa/Penjaga untuk memaklumkan kepada


Pengasuh/Penyelia/Pengusaha TASKA jika ada sebarang perubahan maklumat peribadi. (Contoh :
Perubahan maklumat atau nombor telefon).

19. Pihak TASKA dan kakitangan akan menjalankan amanah yang diberi oleh pihak Ibu/Bapa/Penjaga ke
tahap yang terbaik mengikut kemampuan kami dalam usaha penjagaan dan sebagai Ibu/Bapa/Penjaga
penganti.

20. Pihak Pengusaha TASKA barhak membuat sebarang pindaan terhadap syarat dan peraturan TASKA.

21. Berikut adalah antara keperluan yang perlu disediakan oleh Ibu/Bapa/Penjaga :-

(a) 2 bulan - 1 tahun :- Peralatan mandi dan selepas mandi.

:- 4 pampers dan 4 helai baju.

:- Tuala mandi (dibawa pulang setiap hari).

:- Susu dan makanan bayi secukupnya.

:- Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari.

(b) 1 tahun - 4 tahun :- Berus gigi dan alatan mandian.

:- 3 pampers dan 3 helai baju.

:- Tuala mandi (dibawa pulang setiap hari).

:- Susu secukupnya.

:- Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari.

*** Sila labelkan nama anak anda pada setiap keperluan tersebut ***

· Setiap Ibu/Bapa/Penjaga perlu memahami setiap etika dan peraturan TASKA supaya tidak timbul
kekeliruan dan berlaku sebarang masalah.
· Sebarang pertanyaan atau aduan, sila berhubung terus kepada :- *Pn.
Norkhairuni Bt. Yusoff (HP : 019-9425455 / 019-9806455)

Saya Ibu/Bapa/Penjaga kapada....................................................berumur.............memahami dan


bersetuju dengan segala peraturan-peraturan yang telah di tetepkan oleh pihak pengurusan TASKA AL-
JAZIMIN.

Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga : ...........................................

Nama : ............................................

No.Kad/Pengenalan : ............................................

Tarikh : ............................................

Anda mungkin juga menyukai