Anda di halaman 1dari 17

TARIAN

NGAJAT
Dis ediakan oleh:
• Yusri Ros lan
• Atikah Azmi
• Afi q Fauz i
• Samuel
• Lim Beng Seng
ASAL USUL TARIAN NGAJAT
• Ngajat bagi orang-orang Iban adalah
tarian yang di tarikan ketika menyambut
Gawai orang-orang Iban sebelum
berperang dan selepas musim menuai. 
• Pada zaman dulu ia ditarikan selepas
mereka kembali dari berperang.
• Pada masa dahulu, pemburu kepala
dari suku kaum ini, yang dikatakan
antara yang paling bengis di Sarawak,
diraikan dengan perayaan Gawai
Kenyalang.
• Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah
unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban yang
penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya
dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak.
• Pahlawan lelaki mempertunjukkan pergerakan yang tangkas di
sepanjang persembahan tarian ini, sambil memakai topi tradisional
yang panjang dan memegang sebuah perisai panjang yang berukir
JENIS TARIAN NGAJAT
• Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian iaitu :
 Ngajat Lesong
 Ngajat Bunuh
 Ngajat Induk
 Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu )
 Ngajat Pua Kumbu
 Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional )
JENIS TARIAN NGAJAT
Ngajat berbunuh 
• Di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat berkenaan
• Merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka sebagaimana yang
yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh   ketika mereka mengadakan
aktiviti harian seperti memburu.
Ngajat Induk

• Merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan


kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri.
• Gerak  tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan
aktiviti seharian masyarakat Iban.
Tarian Ngajat Lesong
• merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja
• Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana
ianya memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong
• Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya
sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.  
JENIS TARIAN NGAJAT
Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ) 

• Dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang.


• Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi
yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.
Ngajat Kuta
• Merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari lelaki dan perempuan
• Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan
sebagainya.

Ngajat Pua Kumbu


• Merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian
ngajat
• Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita.
• Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu sudah pasti penari akan menari sambil membawa kain
pua kumbu sebagai alat dalam persembahan mereka.
PAKAIAN PENARI
 Penari lelaki digelar sebagai ‘keling’ dan
penari perempuan pula digelar sebagai
‘kumang’.
 Semasa menari, penari-penari akan
memakai pakaian yang dinamakan
‘sirat’, ‘gagong’ ataupun baju burung.
 Gagong merupakan satu pakaian yang
tebal dan keras yang diperbuat
daripada kulit binatang seperti kulit
beruang.
 Pakaian ini tidak dijahit kiri dan
kanannya. Satu topi yang panjang yang
dihiaskan dengan buru-buru burung
juda dipakai. .
 Penari-penari akan memakai kain
merah yang yang diikat pada bahagian
RENTAK TARIAN
 Penari-penari akan menari tarian ini dengan
berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke
bawah serta melompat bersama iringan lagu.
 Setiap rentak yang ditarikan adalah
bersesuaian dengan upacara.
 Tarian Ngajat ini juga dapat ditarikan dengan
memegang pedang di tangan kanan dan
perisai kayu yang berukir di tangan kiri.
 Mereka akan nenari seperti berdepan dengan
musuh dan menghayunkan badan ke kiri dan
kanan.
 Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah
 dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang
yang menyambut gawai untuk ber'Rayah'
sambil membawa tengkorak musuh.
ALAT MUZIK TARIAN NGAJAT
Bagi membunyikan lagu iringan Tarian Ngajat, alat-alat muzik yang
digunakan adalah seperti :
 Gong /tawak ( idiofon )
 Gendang ( membranofon )
 Bebendai
 Sapeh ( kordofon )
 Engkromong ( idiofon )
Tawak atau Gong

 Tawak ibu, yang lebih besar daripada tawak anak, diperbuat daripada
lembaga
 Bunyian tawak ibu lebih rendah daripada bunyian lawak anak.
 Kedua-duanya digantung dan dipisahkan oleh dua batang kayu yang
dinamakan mengembang.
 Pemukulnya diperbuat daripada kayu yang hujungnya dibalut dengan kain
atau kepingan getah.
Gendang Ibu dan Gendang Anak

• Kedua-duanya berbeza dari segi saiz dan bunyi.


• Muka besar ditutup dengan belulang lembu manakala muka kecil
ditutup dengan kulit kambing.
Bebendai
Sapeh

• Berbentuk seperti gambus panjang bertali empat


• Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan
diperbuat dari kayu.
• Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya didapati ukiran bermotif
orang Iban Sarawak serta diwarnakan sama ada merah atau
hitam.
• Popular dikalangan kaum kenyah dan kelabit di sarawak .
Cara bermain sapeh
• Sapeh diriba seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan
manakala jari-jari sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada berbagai
peringkat mengikut alunan iramanya.
• Mengiringi tarian Datun Julud dan ngajat.
• Tergolongan dalam golongan kordofon
Engkromong
• Terdiri daripada keluarga gangsa knobed-gong @ ‘gong busut’.
• Terkenal di kalangan suku kaum iban dan sering digunakan dalam
ensamble untuk mengiringi tarian ‘ngajat’.
Cara bermain engkromong
Dipalu menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut untuk
menghasilkan pola rithme yang dimainkan secara berulang-ulang dan
bertangga in step wise,menaik & menurun.
Alat ini tergolong dalam golongan idiofon