Anda di halaman 1dari 1

 

Assalamualaikum warahmatullah...dan salam sejahtera...

Selamat datang ke Bandaraya Melaka Bersejarah.


Bermula dari pemerintahan Putera Sumatera, Parameswara, pada awal  tahun 1400 Masihi, pengasas Empayar Kesultanan Melayu,
Melaka terus  gemilang.

 Penulis Portugis, Tome Pires pernah berkata:


 "......Men cannot estimate the worth of Melaka on account of its greatness  and profit."

Pendudukan Portugis bermula pada tahun 1511 diikuti Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris kembali, telah memperkayakan lagi
khazanah sejarah Melaka. Lantas kehidupan di sini disulami dengan kepelbagaian budaya  dan tradisi menjadikannya satu senario
yang harmoni dan indah.

Kerajaan negeri Melaka bukan sahaja prihatin terhadap tanggungjawab ke atas para penduduknya tetapi turut menitikberatkan
keselesaan para pelancong dan pelabur-pelabur yang berkunjung ke sini.

Penyediaan prasarana bagi menjadikan Melaka sebuah negeri yang maju dalam segala aspek merupakan asas perancangan
pembangunan negeri ini. Sebagai salah sebuah bandaraya bersejarah di Malaysia, kita tidak berhajat untuk menjadikannya seolah-
olah 'Bandaraya Muzium'. Sebaliknya, kita mahu supaya bandaraya ini menjadi satu organisma hidup yang dinamik dan sentiasa
maju. Kita akan memastikan satu kemajuan seimbang antara pembangunan bandar, pemuliharaan tinggalan sejarah dan
pemeliharaan alam sekitar.

Kesepaduan masa lalu, kini dan akan datang itu menjadi harapan saya untuk menjadikan negeri bertuah ini unik serta memberi

Anda mungkin juga menyukai