Anda di halaman 1dari 5

KONSEP ASIMILASI

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan

budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana

kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu

dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan

berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili

dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan

C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami

proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka

(kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa

yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh

berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi

berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik

berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada

kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan

etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan

kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

KONSEP AKULTURASI
Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau

kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok

manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing

yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam

kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan

kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau

lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat

awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur

kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali

leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu

tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada

sesuatu masyarakat.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi

lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat

seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi dan

pemikiran adalah lebih sukar diterima.

KONSEP AMALGAMASI
Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk

membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah

dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.

Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan Cmewakili

kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada

penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud

mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa

menuruti budaya asal mereka.

KONSEP AKOMODASI

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta

menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup

masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C

merujuk kepada budaya.

Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada

peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi

dan pendidikan dan mereka saling bergantung. konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia

kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika
dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat

akomodasi kerana etnik jerman, perancis dan itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

KONSEP SEGREGASI

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan

etnik yang lain dalam sesubuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya

dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam.

Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid

di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948-1994

KONSEP AKULTURASI

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau

kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok

manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing

yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam

kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan

kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau

lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam. Pada peringkat

awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan usur

kebudayaan sendiri. Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali
leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu

tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada

sesuatu masyarakat.

Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi

lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat

seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi dan

pemikiran adalah lebih sukar diterima.

Anda mungkin juga menyukai