Anda di halaman 1dari 2

Kampung Sapit Ba-uh,

Jalan Batu Gong,


94200, Siburan,
Jalan Kuching/Serian,
Sarawak.

Y.B. Encik Roland Sagah Wee In (N. 17 Tarat) 23 hb. Januari, 2011
Cottage Holdings Sdn. Bhd,
Tingkat 1, Lot 327, Seksyen 10, Jalan Rubber,
93400 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBUAT JALAN MOTOSIKAL BERSIMEN.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Kami selaku penduduk kampung baru, seperti yang beralamat di atas ingin memohon jasa
baik daripada pihak tuan untuk mempertimbangkan permohonan kami agar dapat memberi
sumbangan untuk kami membuat jalan motosikal bersimen yang jaraknya kira-kira 1 km.
Sumbangan yang kami pohon ini adalah dalam bentuk barang iaitu beg simen, batu, pasir dan
besi.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, keadaan jalan yang ada sekarang amat kurang baik di
mana ianya sempit, banyak lubang dan lopak air. Keadaan ini bertambah teruk apabila musim
hujan.
5. Jasa baik pihak tuan dalam mempertimbangkan perkara di atas amat kami hargai dan
kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………..

(PUMU AK KOD)

Setiausaha Kampung

s.k.

1. Fail Kampung