Anda di halaman 1dari 10

LARAS BAHASA

Disediakan oleh:
En. Abdul Ghani Haji Sani
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Perguruan Tawau
Sabah
Konsep
• Laras bermaksud gaya atau cara
penggunaan sesuatu bahasa.
• Laras ialah bentuk bahasa yang wujud
akibat situasi sosial yang berlainan
• Laras ialah cara penggunaan sesuatu
bahasa dan variasi bahasa mengikut
bidang dan situasi seseorang penutur
sewaktu berbahasa, sama ada secara
lisan atau tulisan.
Ciri-Ciri Laras
1. Ciri-ciri keperihalan
a) cara penyampaian – lisan atau bertulis
b) perhubungan sosial dan peribadi
-sosial – cth: media cetak
-individu – cth: ganti nama diri ‘aku’
c) bahan yang diperkatakan
- cth: bidang ilmu akademik yang berbeza
d) fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa
- cth: bahasa untuk meminang
Samb…
2. Ciri-ciri linguistik
- dapat membentuk sesuatu laras
bergantung kepada faktor sosial penutur
dan pendengar
- pemisah utama laras ialah tatabahasa
dan perbendaharaan kata
Samb…
• Cth: Bahasa lisan berbeza struktur ayatnya
berbanding bahasa bertulis.
a) BL = Boleh saya tengok gambar itu
sebentar?
b) BT = Tengok jap!
• Cth: struktur ayat pasif sering digunakan dalam
situasi tidak formal:
a) Dilarang merokok.
b) Awas. Pekerja membaiki jambatan.
Laras Bahasa Sastera (Kreatif)
• Bentuk yang terhasil daripada gaya cipta
atau gabungan di antara cetusan
imaginasi dengan pengalaman
pengarang.
• Laras ini berfungsi sebagai media untuk
menyampaikan mesej, pengalaman dan
bentuk perasaan kepada pembaca.
• Saluran untuk mengungkapkan ekspresi
dan pemikiran, nilai seni dan estetika.
Laras Bahasa Ilmiah
• Laras bahasa yang mengungkapkan ilmu.
• Kemuncak pencapaian taraf keintelektualan
bahasa.
• Laras ilmiah dapat menghasilkan bentuk yang
tepat dan mencerminkan kejelasan pemikiran
yang mengutamakan konsep serta urutan
pemikiran secara logik.
• Tergambar daripada penggunaan
perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa.
Laras Bahasa Ucapan
• Menjelaskan kepentingan bahasa sebagai alat
komunikasi.
• Keterlibatan khalayak dapat menjadi ukuran
kepada keberkesanan penyampaian maklumat
secara lisan.
• Pidato, syarahan, ceramah dan ucapan
disampaikan oleh penutur kepada khalayak
dengan terlebih dahulu mmbuat persediaan
• Mencerminkan peribadi penutur dan
penguasaan kemahiran berbahasanya.
Laras Bahasa Iklan
• Laras bahasa ini bertujuan menarik
perhatian pengguna atau bakal pengguna
untuk membeli produk yang dikeluarkan.
• Selain itu, iklan juga bertujuan untuk
mengekalkan jenama atau jenis produk
dalam ingatan pengguna.
• Laras bahasa yang ringkas namun padat
dan tepat .
Laras Bahasa Pasar
• ‘Hanya cakap-cakap mulut sahaja’ –
Zaaba
• Laras bahasa ini wujud kerana keperluan
komunikasi.
• Bahasa yang dicampuradukkan dengan
bahasa penutur yang berlainan ras dan
tempat
• Bahasa yang dipermudahkan untuk
perhubungan.