Anda di halaman 1dari 8

VISI KEMENTERIAN

PELAJARAN MALAYSIA

Semua Guru Bimbingan dan


Kaunseling Cemerlang, Gemilang
dan Terbilang Menjelang 2010
MISI KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
Membangunkan Sistem Pendidikan Berkualiti Yang Bertaraf
Dunia Bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya
Dan Memenuhi Aspirasi Negara Malaysia
VISI SEKOLAH

Sekolah Terbilang Menjelang 2015

MISI SEKOLAH
Untuk mendidik genarasi muda
bagi melahirkan insan yang terbilang
melalui pendidikan berkualiti
berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
VISI PERKHIDMATAN
MISI PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN
BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
KAUNSELING
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan
efektif dari aspek fizikal perhubungan dan pengurusan
 Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
 Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan
 Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
murid dan sekolah
 Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan
kaunseling.

 Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.

 Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.


FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
”Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat, negara dan keluarga ”
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
Kami warga SK Sungai Ud, dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji untuk memberi perkhidmatan dan
layanan terbaik kepada pelanggan kami seperti:
1. Murid:
1.1 Memberi pendidikan cemerlang dan menyeluruh mengikut kehendak KPM dan FPK.
1.2 Mengurangkan kadar buta huruf.
1.3 Memastikan bilik bimbingan yang kondusif dan teraputik semua murid.
1.4 Menerima klien tanpa syarat.
1.5 Memastikan temujanji klien dipenuhi.
1.6 Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesional.
1.7 Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu dan kelompok serta murid berbakat diberi bimbingan dan galakan
sepenuhnya sehingga mencapai peringkat tertinggi.
2. Ibu, Bapa dan Penjagaan:
2.1 Memberi maklum balas sewajarnya terhadap semua urusan pelanggan dalam masa 10 minit.
2.2 Memastikan ibu bapa dan penjaga yang berurusan di kaunter mendapat layanan mesra dan diselesaikan dalam masa 15 minit.
3. Guru dan kakitangan:
3.1 Memastikan setiap guru dan kakitangan dilayan secara adil dan saksama.
3.2 Mematuhi segala arahan dan dasar yang telah ditetapkan.
4. Stakeholders:
4.1 Memastikan setiap arahan dan permohonan daripada PPD, JPN dan KPM mendapat maklum balas dalam tempoh 3 hari.
PIAGAM PELANGGAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.

3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.

4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.

5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.

6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.

7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.

8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.

9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.

10. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.

Anda mungkin juga menyukai