Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN SEJARAH

DAN RUKUN NEGARA (PESEGAR)

Pada tahun 2008, Persatuan Sejarah dan Rukun Negara baru ditubuhkan
kerana sebelum ini persatuan ini telah digabungkan bersama Persatuan
Geografi.Carta organisasi baru telah diwujudkan dan persatuan ini telah
dibimbing oleh Pn.Zarina Bt.Ismail, Pn.Wan Sazila dan Pn.Jamilah.

Kami telah merancang pelbagai aktiviti untuk dijalankan pada tahun ini
pada perjumpaan pertama yang dilakukan di kelas Asas PMR Baiduri
bertarikh 31 Januari 2008 seperti mengadakan jualan, request bunga-bunga
tulip,mengadakan lawatan dan lain-lain lagi untuk mencapai objektif-
objektif persatuan ini. Berikut adalah laporan mengenai aktiviti-aktivti yang
telah dijalankan oleh Persatuan Sejarah dan Rukun Negara sepanjang tahun.

Pada 21 Februari 2008, kami telah bersepakat untuk mengadakan jualan


pada hari sukan SAKTI di Sekolah Sukan Bandar Penawar.Tujuan utama
kami mengadakan jualan adalah untuk mengumpul dana bagi menampung
perbelanjaan sempena lawatan yang akan kami jalankan.Kami telah menjual
air tin-tin minuman sejuk dan buah-buahan potong seperti buah jambu batu
dan tembikai susu.Alhamdulillah, kami mendapat sambutan yang amat
menggalakkan daripada pelajar-pelajar berikutan cuaca yang agak terik pada
hari itu.

Setelah kami berhempas-pulas mengumpul dana, hasil berkat usaha


guru-guru dan pelajar-pelajar persatuan ini, akhirnya kami berjaya juga
melaksanakan salah satu aktiviti yang telah direncanakan dengan
mengadakan lawatan ke Cameron Highlands dan Kuala Kangsar,Perak
bertarikh 8 hingga 10 Julai 2008.Antara tempat-tempat menarik yang sempat
kami kunjungi ialah kilang MARIWASA, galeri Sultan Azlan Shah,kilang
the Boh dan lain-lain lagi.Bak kata orang “luas perjalanan jauh
permandangan”, kami banyak mengutip pengetahuan dan pengalaman manis
sepanjang lawatan ini dijalankan.

19 Julai 2008
Disediakan oleh,

(Khairatul Salwa Bt.Abd.Jalil)


Setiausaha Persatuan Sejarah dan Rukun Negara,
Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi.