Anda di halaman 1dari 2

Sistem jantung

MENGUKUR KADAR NADI

Keupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira denyutan nadi. Ia
dapat dirasa atau dipastikan dengan cara meletakkan keempat-empat jari kecuali ibu
jari kita ke pergelangan tangan setentang dengan ibu jari atau di bahagian bawah
telinga.

Kadar nadi rehat (KNR)

Kadar nadi rehat(KNR) iaitu denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk
mencari KNR yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur,
sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut selama 10 saat pada tiap-tiap bacaan. Pada
waktu tersebut kita belum melakukan sebarang aktiviti. Kemudian ambil purata daripada
bacaan tadi yang telah dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan KNR
untuk selama seminit.

Contoh:

12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 dsm.

Kadar nadi maksimum (KNM)

Kadar nadi maksimum ialah dengan menolak umur daripada angka 220 di mana 220
telah ditetapkan oleh ahli-ahli fisiologi senam sebagai satu angka tetap formula.

Contoh:

Umur subjek ialah 33 tahun.

KNM = 220-33

=187 dsm
Kadar nadi latihan (KNL)

Setelah mendapat KNM, kita bolehlah pula menentukan kadar nadi latihan (KNL)

Contoh:

KNM = 187dsm

KNR = 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6

= 72 dsm

KNL = KNM – KNR

= 187 – 72

= 115 dsm

Kadar nadi sasaran (KNS)

Untuk mendapatkan pengiraan KNL yang ideal bagi 60% ialah dengan menggunakan
formula ini.

Contoh:

(KNM-KNR) x 0.6 + KNR

=(187 – 72) x 0.6 + 72

=(115) x 0.6 + 72

=69 + 72

=141 dsm

Anda mungkin juga menyukai