Anda di halaman 1dari 28

TITAS

Tajuk 1
Pengenalan Ilmu
Ketamadunan
A Tarmizi (PhD)
 Objektif, pelajar dapat:
 Menerangkan keperluan mengkaji/memahami ilmu
dan isu ketamadunan serta hubungkait dengan idea
pembinaan Negara Malaysia
 Menjelaskan ilmu ketamadunan sebagai wahana
perbincangan
 Menghuraikan idea “pertembungan tamadun” dan
kepentingan dialog, cabaran globalisasi dan
pembinaan jati diri bangsa.
1.1 Persoalan
 1. Apakah tamadun?
 2. Apakah ukuran dan penanda aras bagi
menentukan tahap pencapaian tamadun?
 3. Apakah rujukan bagi menentukan sesuatu
masyarakat itu bertamadun.
1.2 Pengajian Ketamadunan dan
Sejarah Tamadun
 Kekeliruan antara Tamadun dan Sejarah
Tamadun
 Asas epistemologi yang betul
 Tamadun ialah suatu realiti sosial dalam
sejarah manusia
 Tamadun adalah sebagai satu bidang ilmu,
yang membicarakan teori, konsep asas, ciri
dan sifat tamadun
 Manakala Sejarah Tamadun merujuk kepada
pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun
dari segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan
dan kemundurannya.
 Tiada pemisahan antara pengajian ketamadunan
dan sejarah tamadun
 Semua disiplin ilmu yang menghuraikan tentang
manusia, kehidupan dan persekitaran adalah
memperkukuhkan kajian ketamadunan.
 Secara teorinya, kepelbagaian disiplin ilmu
direntasi merangkumi perbincangan masa
lampau, masa kini dan masa depan.
 Pengajian yang dinamik yang sentiasa
berkembang
1.3 Takrif dan Ciri Tamadun
 Takrif:
 gambaran mengenai taraf pencapaian kemajuan
rohani dan jasmani khususnya dari sudut imlu
pengetahuan
 Ia juga merujuk kepada pencapaian yang tinggi
dalam sains dan teknologi. Contohnya, tamadun
barat.
 Etimologi, berasal dari perkataan Arab
 Maddana, membuka bandar, juga bermaksud
kehalusan budi pekerti
 Madani, cara hidup yang menzahirkan kehalusan
budi pekerti yang terpuji.
 Juga memberi gambaran kehidupan beragama

 Penekanan adalah kepada kehalusan budi pekerti


dan pembangunan perbandaran atau penempatan
 Pelopor dalam bidang kajian ketamadunan
 Ibnu Khaldun (m 1406) “Umran”
 Jurji Zaidan (m 1914) “tamaddun”

 Farid Wajdi (m 1954)

 Muhammad Abduh (m 1905) “madaniyyah”

 Malik Bennabi (m 1973)


 Dalam Bahasa Melayu, penggunaan Tamadun
dan Peradaban.
 Dalam Bahasa Inggeris, “civilization”,
ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan
 Bahasa Latin, “civitas”, kota atau bandar
Ciri-ciri Tamadun
 Wujudnya system kepercayaan (agama)
 Penempatan masyarakat manusia
 Peningkatan kualiti kehidupan
 Sistem organisasi dan institusi sosial
 Bahasa dan sistem tulisan (komunikasi dan
pewarisan khazanah ilmu)
 Sistem perundangan dan nilai yang teratur
 Peningkatan reka cipta dalam teknologi untuk
keselesaan hidup
 Perkembangan kreativiti dalam falsafah,
kesenian, dan nilai estetika
1.4 Kepercayaan, agama dan
tamadun
 Agama adalah aspek penting dalam
ketamadunan; ianya sebahagian dari
kehidupan
 Sistem kepercayaan yang dibentuk/
membentuk tamadun
 Agama membentuk budi pekerti tinggi dan
bermoral tinggi yang menjadi teras kepada
tamadun
 Sebahagian tamadun (barat) tidak dipengaruhi
kuat oleh agama.
 Tamadun barat cuba memisahkan agama dari
kehidupan (sekular)
1.5 Hubungan agama dan
budaya
 Tamadun; manusia dicirikan memiliki budaya
yang tinggi dan terpuji
 Berbudaya tinggi; kehalusan budi dan
kesempunaan moral yang diamalkan dalam
kehidupan
 Beza budaya dan tamadun;
 Pertama: kesan tamadun kekal lebih lama
 kedua;: tamadun melampaui batas kenegaraan
1.5.1 Tamadun dan bangsa
 Bangsa mempunyai talian rapat dengan
sejarah, tradisi dan budaya
 Tamadun bersifat universal, melampaui
bangsa
 Tamadun walaubagaimanapun berkait rapat
dengan bangsa
1.6 kelahiran, perkembangan dan
kemerosotan tamadun
Faktor kemunculan dan perkembangan
 Kedudukan yang strategik

 Rangsangan keagamaan dan kerohanian

 Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai

 Peningkatan kemahiran dan penghasilan


teknologi
 Persaingan dengan tamadun lain
Berasaskan faktor tersebut, tamadun
berkembang dan gemilang
Ia menghasilkan segala limpahan kekayaan dan
kemewahan
Naik turun sesebuah tamadun berasaskan kitaran
sejarah?
Faktor kemerosotan tamadun
 Jurang sosial – kaya dan miskin

 Kezaliman – penindasan dan hak kemanusiaan


diketepikan
 Keruntuhan moral – tertegaknya umat kerana
ketinggian akhlaknya dan lenyapnya kerana
lenyapnya akhlak
 Jumud – tidak mahu menerima perubahan

 Bencana alam – luar kawalan manusia


1.7 Persamaan dan perbezaan
antara tamadun
Persamaan
 Alam sekitar – persoalan penjagaan

 Keluarga – nilai kekeluargaan

 Masyarakat – norma kemasyarakatan

 Kerajaan – persoalan keadilan pemerintah

 Ekonomi – prinsip-prinsip ekonomi

 Pendidikan – pembinaan insan bersifat mulia

 Kesihatan dan kesejahteraan


Perbezaan
 Teologi dan sistem kepercayaan
1.8 Interaksi antara tamadun
 Setiap tamadun mempunyai keistimewaan
tersendiri- sifatnya yang dinamik
 Interaksi dalam bentuk
 Perkongsian nilai
 pemikiran

 Interaksi adalah berasaskan semangat toleransi


yang tinggi
1.8.1 Jenis-jenis interaksi
 Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama
 Interaksi antara budaya berbeza
 Interaksi antara tamadun yang kuat dan lemah
 Contoh interaksi dalam sejarah
 Islam membantu perkembangan tamadun Cina
1.9 Dialog antara tamadun
 Pengertian dialog
 Pendedahan ilmiah untuk membolehkan seseorang
membuat penilaian tepat
 Memanafaatkan persamaan yang ada dalam
sesebuah tamadun
 Pembudayaan dialog
Prinsip2 dialog
 Menyedari tujuan dialog – mencapai kebaikan
 Membawa manafaat kepada kedua belah pihak
 Iklas
 Berupaya memperjelaskan kebuntuan
 Cuba mmahami persepsi dan pengalaman
rakan dialog
 berhemah
 Elakkan prejudis
Etika berdialog
 Setuju untuk tidak bersetuju

 Menghormati perbezaan

 Menghargai ketidakbolehan pihak lagi satu


untuk menerima pandangan
 Keikhlasan dan simpati
Halangan dialog
 Bertukar agama
 Rasa rendah diri
 Sindiran sosial
 Syak wasangka
kesimpulan
 Pemupukan negara bangsa di atas nilai sejagat
berasaskan sikap patriotik melalui TITAS.
 Ilmu ketamadun membantu ke arah pembinaan
tamadun Malaysia
 Dialog adalah asas dalam pembinaan tapak
kearah jalinan perpaduan negara dan integrasi
nasional.