Anda di halaman 1dari 2

KESIMPULAN.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ketiga, komunikasi ialah perhubungan
secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. Komunikasi yang
baik sangat penting bagi sesebuah perhubungan. Tanpa komunikasi yang baik, sesuatu hubungan
tidak akan berkekalan. Setiap manusia memerlukan komunikasi kerana manusia tidak dapat
hidup keseorangan. Hal ini kerana manusia diciptakan berpasangan oleh Allah S.W.T. Menurut
Shannon dan Weaver, 1948 komunikasi ialah satu minda mempengaruhi minda lain melalui
tulisan, muzik, seni, lukisan, teater, tarian dan semua pertuturan manusia. Manakala menurut
Sillars, 1988 komunikasi ialah penghantaran, penerimaan atau pertukaran maklumat, pendapat
dan tulisan, percakapan atau imej, visual atau lain-lain dengan difahami oleh setiap yang terlibat.

Komunikasi dan kemahiran mendengar saling berkaitan diantara satu sama lain. Untuk
berkomunikasi dengan baik, kita perlu menjadi pendengar yang baik. Cara untuk menjadi
pendengar yang baik ialah ialah berhenti bercakap untuk mendengar apa yang ingin diperkatakan
oleh kawan kita, elakkan diri dari mengganggu dan menyampuk, beri tumpuan yang secukupnya,
memahami maksud yang sebenar, mengajukan soalan, pernyataan dan kemusykilan jika perlu
dan memberikan maklum balas kepada orang yang menyanpaikan maklumat. Di antara ciri-ciri
komunikasi yang baik ialah jelas dan khusus, hormat menghormati diantara pemberi dan
penerima, tidak bercakap serentak, mendengar dengan aktif, memberi sepenuh tumpuan dan
jangan membuat kesimpulan sendiri. Komunikasi berlaku atas dasar bagaimana maklumat
disampaikan iaitu cara melafazkan maklumat, nada suara, penggunaan tatabahasa ayat, frasa dan
rangkai kata, bahasa tanpa lisan, ekspresi wajah, kontak mata, gerak kepala, tangan dan kaki dan
yang terakhir ialah posisi tubuh. Kesemua ini mempengaruhi cara penyampaian, kefahaman,
penerimaan dan menginterpretasi maklumat.

Komunikasi akan menjadi tidak sempurna sekiranya terdapat halangan-halangan dalam


berkomunikasi iaitu seorang yang pemarah, orang yang kurang sopan, orang yang pendiam tetapi
menyimpan kemarahannya, orang yang sentiasa mendesak, orang yang sentiasa mengkritik,
orang yang bermulut murai, orang yang suka berbalah dan yang terakhir ialah orang yang enggan
mendengar apa yang ingin disampaikan. Oleh itu, secara kesimpulannya, proses komunikasi
mempengaruhi minda, perasaan dan tingkah laku seseorang, kepentingan kemahiran adalah
penting untuk mewujudkan komunikasi yang baik, cuba mengenalpasti punca, halangan atau
breakdown dalam komunikasi untuk melahirkan komunikasi yang baik.