Anda di halaman 1dari 3

PERIBADI & AKHLAK RASULALLAH

 Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan.

 Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya.

 Sangat elok dan sempurna wajahnya.

 Baginda memilik perasaan yang halus.

 Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena.

 Suka makan beramai ramai daripada berseorangan.

 Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan


kesombongan dan kemegahan.

 Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.

 Tidak pernah mengumpat.. mencerca atau menghina orang lain.

 Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.

 Baginda memakai serban di atas kopiahnya.

 Suka membalas hadiah.

 Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau
masuk.

 Baginda sangat berlemah lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.

 Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.

 Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika


berjumpa.

 Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang


dijabatnya itu melepaskan tangannya.

Apabila melepasi kumpulan kanak kanak.. baginda mengangkat tangannya


tanda hormat kepada mereka.
 Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama lama.

 Sangat menghormati orang orang tua dan mengasihani orang orang muda
dan kanak kanak.

 Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun.

 Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat.

 Baginda suka bercakap lambat lambat dan menyebut perkataan dengan jelas.

 Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.

 Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut.

 Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara.

 Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan.

 Amat kasih terhadap umatnya.

 Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan


minumnya.

 Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah.

 Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan.

 Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan
mereka.

 Suka menziarahi orang sakit.

 Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya.

 Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka
dan tidak beratap.

 Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi.

 Bersikap tegas ..pemaaf dan pengasih dalam perjuangan.


Ingat lah cintailah Rasulullah saw kerana baginda sangat cinta pada kita.. yang
tidak pernah berjumpa dengan baginda tetapi megamalkan sunnahnya...