Anda di halaman 1dari 29

PERINTAH AM BAB

OLEH :
PPW LUQMANULHAKIM BIN MOHD NASIR
PENOLONG PEGAWAI PERYBATAN U29
Perintah Am, Bab "C" : Cuti
(1974)
LATAR BELAKANG

Secara umumnya, Perintah Am ini dikeluarkan di bawah


kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
Di Pertuan Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132,
Perlembagaan Persekutuan.
Fasal (2) Perkara 132,
Perlembagaan Persekutuan
" Kecuali sebagaimana selainnya, diperuntukan dengan nyata
oleh Perlembagaan ini, kelayakan untuk perlantikan bagi orang-
orang dalam perkhidmatan awam dan syarat-syarat perkhidmatan
mereka, lain daripada orang-orang dalam perkhidmatan yang
tersebut dalam perenggan (g) Fasal (1) boleh dibuat peraturan
oleh undang-undang persekutuan dan juga, tertakluk kepada
peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan itu, oleh
Yang di Pertuan Agong; dan kelayakan untuk perlantikan bagi
orang-orang dalam perkhidmatan awam mana-mana Negeri dan
syarat-syarat perkhidmatan mereka boleh dibuat peraturan oleh
undang-undang Negeri dan juga, tertakluk kepada peruntukan
mana-mana undang-undang Negeri itu, oleh Raja atau Yang di
Pertua negeri Negeri bagi Negeri itu."
Fasal (1)(g) Perkara 132, Perlembagaan
Persekutuan

"Bagi maksud-maksud Perlembagaan ini,


perkhidmatan awam ialah -
(g) perkhidmatan awam tiap-tiap satu
Negeri........
Perintah Am ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 1994.

Bagi mengikut peredaran masa dan waktu guna pakai


perintah dan peraturan ini, Perintah Am ini telah
DIPINDA melalui PEKELILING yang dikeluarkan oleh
kerajaan dari masa ke semasa.
TAFSIRAN

Bagi memahami Bab 'C' : Cuti (1974), Perintah Am ini,


pelbagai tafsiran penting perlulah difahami dengan
merujuk Para 1, Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974)
tersebut.
Cuti (Para 1 (i), Perintah Am, Bab "C": Cuti
(1974))

Sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan


meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak
dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti
kerja
Cuti Rehat (Para 1 (ii), Perintah Am,
Bab "C": Cuti (1974))

Cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang


melayakkan dalam sesuatu tahun dari bulan Januari
hingga Disember.
Cuti Sakit (Para 1 (iii), Perintah
Am, Bab "C": Cuti (1974))
Cuti bergaji penuh yang diberi atas sebab-sebab perubatan
dan dengan mengemukakan sijil sakit daripada seseorang
pegawai perubatan kerajaan atau lain-lain doktor yang
diterima dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada
harapan sembuh.
Ketua Jabatan (Para 1 (iv),
Perintah Am, Bab "C": Cuti
(1974))

Ketua Setiausaha, Kementerian berkenaan


Ketua Jabatan, Jabatan berkenaan, atau;
Ketua sesuatu Perkhidmatan
Kuasa Tertentu (Para 1(v),
Perintah Am, Bab "C": Cuti
(1974))

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, atau;


Setiausaha Kerajaan Negeri
Perkhidmatan yang melayakkan (Para 1(ix),
Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
Perkhidmatan yang diambilkira bagi mengira kelayakkan
mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa
bertugas, cuti rehat dan cuti sakit tetapi tidak termasuk:-
Cuti Separuh Gaji,
Cuti Tanpa Gaji,
Cuti Haji,
Cuti Sakit Tibi
Cuti Sakit Kusta,
Cuti Barah, dan;
Cuti Belajar.
Sanak Saudara (Para 1 (x),
Perintah Am, Bab "C": Cuti
(1974))
Terdiri daripada:-
Adik-beradik,
Ibu bapa,
Ahli keluarga, serta;
Sanak saudara-mara yang rapat kepada pegawai.
Sijil Sakit (Para 1 (xi), Perintah
Am, Bab "C": Cuti (1974))
Sijil Akuan Sakit yang dikeluarkan oleh seorang Pegawai
Perubatan Kerajaan (PPK), atau oleh sesebuah Lembaga
Perubatan ( Perintah Am, Bab "F": Perubatan (1974)) oleh
seorang Ahli Panel Doktor yang diluluskan kerajaan.
Cuti Bukan Hak

Cuti adalah satu keistimewaan atau kemudahan yang


diberikan oleh Kerajaan kepada anggota Perkhidmatan
Awam
Tujuan Cuti

Cuti-cuti diberikan kepada anggota Perkhidmatan Awam


adalah kerana:-
Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan dan
negara.
Mengelakkan campur-aduk masalah peribadi dan
menyelesaikannya.
KATEGORI CUTI
Para 14A, Perintah Am, Bab "C": Cuti
(1974) menggariskan bahawa
(a) Tiada gaji bagi tempoh tidak hadir berkerja TANPA CUTI

Ini bermaksud bahawa,


" Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas bagi suatu tempoh
tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah
satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidak berhak
mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh
tidak hadir bertugas tersebut."

(b) Ketua Jabatan berhak membuat perakuan ketidakhadiran


pekerja tersebut dan membuat pemotongan gaji pekerja tersebut.
Cuti kerana Perkhidmatan
Terdiri dari 3 jenis cuti yang boleh diberikan kerana
perkhidmatan:-
Cuti Rehat (Para 7, Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
Cuti Separuh Gaji (Para 13 & 51 (a), Perintah Am, Bab
"C": Cuti (1974))
Cuti Tanpa Gaji (Para 14, Perintah Am, Bab "C": Cuti
(1974))
Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai yang mengikut Pasangan boleh merujuk
Pekeliling Perkhidmatan Bil 14, Tahun 2005.
Cuti atas sebab-sebab
Kesihatan / Perubatan (Para
17 (a), Perintah Am, Bab
"C": Cuti (1974))
Jenis-jenis cuti atas sebab perubatan adalah:-
Cuti Sakit (Para 17(a), Perintah Am, Bab "C": Cuti (1974))
http://ca18761-talk-about-
everthings.blogspot.com/2007/08/perintah-am-bab-c-
cuti-1974_411.html

Anda mungkin juga menyukai