Anda di halaman 1dari 4

Monyet yang nakal

Tiko sangat nakal. Dia suka mengusik sesiapa sahaja


yang ditemuinya.
“Tiko, janganlah buat kawan-kawan benci pada kamu!”
ibunya pernah menegur perbuatan Tiko itu.
Tetapi dia tidak memperdulikan kata-kata ibunya.
Apabila ternampak monyet-monyet lain duduk di atas
dahan pokok, dia menarik ekor mereka. Mereka terkejut
dan menjerit kesakitan.
Semasa Zirafah sedang makan, Tiko menggelongsor di
atas leher Zirafah yang panjang itu. Si Zirafah terbatuk-batuk
kerana tercekik.
Semua haiwan di dalam hutan tidak suka dengan sikap
Tiko itu. Mereka mahu memberi pengajaran kepadanya.
Oleh itu, Tikus mencabar Tiko mengusik Singa.
Tiko ketawa terbahak-bahak. Hahahaha…
“Saya tidak takut pada Singa. Kamu semua tengoklah
nanti. Saya akan menarik bulu tengkuknya yang panjang
sehingga dia takut dan lari dari hutan!”
Tiko menghampiri Singa yang sedang Baring di bawah
sepohon pokok. Tiba-tiba Singa itu bangun dan mengaum,
lalu menggigit ekornya.
Sejak itu, Tiko sedar akan kesilapannya. Dia meminta
maaf daripada kawan-kawannya yang lain. Gigitan Singa itu
telah memberi pengajaran kepadanya.
Nenek semut berpindadh rumah
Nenek Semut tinggal di dalam sebuah rumah yang
sangat gelap. Cahaya matahari tidak dapat memancar ke
dalam rumahnya.
Dia terpaksa menggunakan lilin untuk mendapatkan
cahaya. Dia sentiasa bimbang kerana api lilin itu boleh
membakar rumahnya.
Semasa kawan Nenek Semut datang melawatnya, dia
terkejut melihat rumah Nenek Semut yang gelap itu.
“Janganlah risau. Kami akan membantu nenek,” kata
kawannya itu.
“Tapi, bagaimana?” Nenek Semut ingin tahu.
Keesokan harinya, sekumpulan semut berkumpul di
halaman rumah Nenek Semut. Mereka ialah jirannya.
“Kami mahu tolong nenek pindah!” kata semut-semut
itu.
“Nenek tidak mahu susahkan kamu semua.”
“Tapi, kami tak mahu nenek tinggal dalam gelap,” kata
Ketua Kampung.
Nenek Semut tidak dapat menghalang permintaan
mereka. Akhirnya semut-semut itu mengangkat rumah
Nenek Semut bersama-sama ke tempat yang terang.
“Nenek tak perlu gunakan lilin lagi,” kata Nenek Semut
gembira.
Dia mengucapkan terima kasih kepada jiran-jirannya.
Dia menjamu mereka dengan makanan yang enak sebagai
tanda terima kasih.
Pipi yang gemuk
Pipi ialah seekor beruang yang sangat suka makan. Dia
makan semua jenis makanan.
“Pipi, jangan makan begitu banyak, nanti kamu akan
gemuk. Kita mesti jaga kesihatan diri!” pesan ibunya.
Tetapi dia tidak menghiraukan nasihat ibunya. Dia juga
tidak suka bersenam. Maka, lama-kelamahan badannya
menjadi gemuk.
Semasa di sekolah, Pipi diejek oleh dua ekor monyet.
Mereka menggelarnya ‘Si Gemuk’.
Pipi sangat marah, lalu mengejar mereka. Tetapi dia
terlalu gemuk. Dia tidak dapat berlari dengan pantas.
Pipi terpaksa berhenti untuk berehat. Monyet-monyet
itu mentertawakannya. Pipi berasa kesal kerana tidak
mendengar nasihat ibunya.
Lepas itu,Pipi menceritakan kejadian itu kepada ibunya.
“Itulah padahnya jika tidak menjaga kesihatan diri.”
Hanya itu yang mampu diucapkan oleh ibunya.
Mulai hari itu, Pipi tidak lagi makan berlebih-lebihan.
Dia juga mula bersenam.
Pipi beransur kurus. Dia berasa lebih yakin dan
bertenaga. Dia juga sedar betapa pentingnya menyayangi
diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai