Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112

NAMA : MUHAMAD SYAWALWAHED BIN MOHAMAD KAMAL


OPSYEN : PISMP BM/PJ/SIVIK SEMESTER 5
NO K/P : 890507-06-5477

Seramai 40 pelajar PISMP BM, PJ, SIVIK dan BM, PJ, MUZIK semester 5
ambilan Januari 2009 dari IPGM Kampus Kota Bharu, Kelantan telah mengadakan
lawatan ilmiah ke Majlis Sukan Negeri Melaka. Pelajar-pelajar PISMP unit Bahasa
Melayu ini telah ditugaskan mengurus lawatan ini dengan bimbingan pensyarah
penyelaras kursus ini, iaitu Miss Foo Ai Peng. Lawatan ilmiah ini adalah bagi memenuhi
keperluan kursus Pengurusan dan Pentadbiran PJ dan Sukan (PJM 3112). Kandungan
wajib yang dilakukan oleh para pelajar ialah mengadakan satu lawatan ilmiah untuk
mengetahui selok-belok pentadbiran dan pengurusan pendidikan jasmani di badan-
badan sukan.

Pelantikan ahli jawatankuasa dilaksanakan bagi memastikan program ini dapat


berjalan dengan lancar dan teratur, semua pelajar menerima tugasan masing-masing
seperti AJK tugas-tugas khas dan sebagainya. Setelah bermesyuarat dan memilih ahli
jawatankuasa lawatan, semua pelajar telah bersepakat untuk mengadakan lawatan
ilmiah ke Pulau Pinang pada 9 hingga 11 Februari 2011. Antara destinasi yang akan
dilawati ialah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Penang International Sport
Arena (PISA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian (SMKMI).
Pada 9 Februari 2011, kami telah berkumpul di Institut Pendidikan Guru Kampus
Kota Bharu pada 7.45 pagi. Setelah berkumpul dan memeriksa semua peralatan, kami
telah bertolak tepat pukul 9.00 pagi. Lawatan ini disertai seramai 40 orang pelajar dan 3
orang pensyarah pengiring. Kami telah tiba di Institut Pendidikan Guru Kampus
Persekutuan Pulau Pinang(IPG KPPP) pada jam 5.00 petang. Sejurus tiba, kami
ditempatkan di Bilik Tetamu di IPG KPPP. Kami sangat berpuas hati dengan
pengurusan (IPG KPPP) kerana menyediakan kemudahan penginapan yang baik
sekali dari segi katil, tilam dan kedaan bilik yang disediakan juga adalah bersih dan
cantik.

Pada 10 Februari 2011, kira-kira pukul 7.30 pagi kami bertolak ke destinasi
pertama kami ialah MSNPP. Setelah menikmati sarapan pagi di Gelugor, kami terus
bertolak ke MSNPP. Ketibaan kami telah disambut oleh pegawai MSNPP iaitu Saudara
Hafizi. Antara tentative lawatan kami ke MSNPP adalah untuk mengetahui pengurusan
sukan di peringkat negeri dan politik dalam sukan. Saudara Hafizi telah banyak
memberi penerangan mengenai pengurusan sukan yang telah dijalankan oleh MSNPP.
Selain itu, beliau juga menerangkan mengenai politik dalam sukan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Beliau juga merupakan individu yang
bertanggungjawab mencungkil bakat Dato Lee Chong Wei dan Dato Nicol Ann David
sehingga menjadi atlet bertaraf dunia. Selepas penerangan dari saudara Hafizi, kami
telah berpeluang mendengar penerangan mengenai psikologi dalam sukan yang
disampaikan oleh Edward Da Silva, pakar psikologi kebangsaan. Beliau memberi kami
tips bagaimana untuk mengekalkan fokus dalam sesuatu permainan dan mengenai
kepentingan air dalam badan. Selepas itu kami menikmati sedikit jamuan ringan yang
diesidakan oleh pihak MSNPP. Selepas menjamu selera, kami dibawa melawat untuk
melihat kemudahan dan infrastruktur yang terdapat di MSNPP. Antara kemudahan yang
terdapat di sana ialah gelanggang latihan untuk gimnastik dan gimrama, gelanggang
silat,wusyu dan dewan angkat berat.
Selepas selesai lawatan di MSNPP, kami telah bergerak ke PISA. Pisa telah siap
dibina pada tahun 2000 ianya adalah satu arena sukan dalam dewan tertutup yang
terletak di Pulau Pinang, Malaysia. SUKMA 2000 adalah salah satu peristiwa sukan
pertama yang diadakan di PISA. PISA adalah tempat terbesar dan paling komprehensif
dalam bilik multi-destinasi di Pulau Penang. PISA merangkumi Olimpik kolam renang
bersaiz besar dan arena ber-AC yang luas. PISA juga adalah tempat untuk acara
renang beberapa lagi acara besar dalam sukan. Kompleks ini juga menawarkan pusat
konvensyen, pameran dan acara hiburan. Kami diberi penerangan oleh Encik Khalil
mengenai pengurusan untuk mengendalikan kompleks sukan bertaraf antarabangsa.
Kami telah berkesempatan untuk melihat dewan gelanggang bola keranjang dan
kompleks renang bertaraf Olimpik

Pada hari terakhir lawatan kami, kami telah melawat Sekolah Menengah
Kebangsaan Mutiara Impian (SMKMI) Sekolah Sukan Negeri Pulau Pinang.
Kedatangan kami telah disambut dengan paluan kompang oleh para pelajar SMKMI. Di
sini, kami telah diberi penerangan mengenai SMKMI dan pengurusan aset di sekolah.
SMKMI merupakan sekolah sukan negeri pertama ditubuhkan di Malaysia. Saya sangat
tertarik dengan sekolah sukan ini keran mempunyai kemudahan setaraf dunia. Maka
tidak mustahilah ianya dapat melahirkan atlir yang terhandal di Malaysia seperti atlit
sepak takraw wanita yang memenangi pingat perak di SUKMA Melaka. Selain itu juga,
jurulatih yang terdapat disekolah ini adalah jurulatih bertaraf kebangsaan dan
antarabangsa. Maka tidak hairanlah jika atlet-atlet dari SMKMI Berjaya menempah
nama di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Kami amat berbangga
kerana atlet-atlet wanita muslim dari SMKMI semuanya bertudung jika meneyrtai
sesuatu kejohanan. Inilah yang dikata sebagai satu jalan yang dapat melahirkan atlit
yang sempurna dari segi akidah dan perwatakan.

Akhir kata daripada saya, melalui lawatan ilmiah ini, saya memperolehi pelbagai
maklumat mengenai pengurusan dan pentadbiran sukan. Ini sedikit sebanyak akan
membantu saya apabila bergelar seorang guru di masa akan datang. Saya amat
berharap agar lawatan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk
mempersiapkan diri sebagai seorang guru yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai