Anda di halaman 1dari 5

MATLAMAT TAMADUN ISLAM [UMUM][HUB.

MANUSIA & ALLAH]

[HUB.MANUSIA & MANUSIA][HUB.MANUSIA & ALAM SEKITAR]

           

 SECARA UMUM      

             Secara umumnya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai
al-Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap kepada manusia. Ia juga akan memaparkan keadilan
sistem pemerintahan islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, khulafa’
al-Rashidin dan pada zaman pemerintahan islam yang seterusnya. Keadilan sistem pemerintahan
islam pada zaman awal kebangkitan Islam dapat dibuktikan melalui fakta-fakta sejarah yang
telah disepakati oleh sejarawan. Ciri-ciri ketamadunan Islam yang telah dipaparkan melalui
sistem pemerintahan Islam daripada pelbagai zaman sewajarnya difahami dan dihayati oleh
semua generasi umat Islamdan bukan Islam. Ciri-ciri bersifat alat Bantu yang diperlukan dan
dilaksanakan akan dapat melahirkan matlamat tamadun Islam dalam aspek-aspek berikut:

2.2.1 Hubungan Manusia dengan Allah

Tamadun Islam mengatur dan menyempurnakan hubungan manusia dengan Penciptanya iaitu
Allah S.W.T melalui rukun iman yang enam, rukun islamyang lima, doa,zikir, taubat, tasbih,
jihad, amar makruf, nahi mungkar dan sebagainya.

            Ia juga dikenali sebagai ibadat khusus. Ibadat sebenarnya merupakan fungsi utama
manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi ini.Hal ini diperjelaskan oleh Allah
S.W.T dalam ayat, terjemahannya :
 

Ingatlah ketika Tuhan mula berkata kepada malaikat


bahawa
Aku akan melantik (manusia) khalifah di bumi. Mereka menyampuk ;

Adakah patut Engkau jadikan orang yang akan merosak dan

melakukan pembunuhan padanya? Sedangkan kami

sentiasa bertasbih memujiMu dan memuliakan Kamu.

(Allah berfirman ) sesungguhnya Aku lebih mengetahui

tentang sesuatu yang kamu tidak tahu.

                                                                        (surah al-Baqarah 2:30)

         

          Beribadat kepada Allah S.W.T merupakan tanda kesyukuran manusia terhadap kurniaan
rahmat dan nikmat Allah S.W.T yang tidak terhingga dan ternilai banyaknya. Kehidupan
manusia di dunia ialah sementara dan merupakan jambatan untuk menuju ke akhirat . Kehidupan
akhirat lebih kekal dan abadi. Hidup di dunia terhad dalam jangka masa tertentu yang diberikan
oleh Allah S.W.T kepada manusia untuk menyediakan bekalan secukupnya untuk kehidupan
akhirat yang lebih kekal dan abadi. Bekalan itu ialah beribadat kepada-Nya.

            Dalam beribadat kepada Allah S.W.T mestilah semata-mata kepada-Nya, mematuhi
syariah Islamiah dan hubungan langsung tanpa wujud sebarang perantaraan sama ada patung,
manusia, jin, malaikat dan sebagainya. Demikian juga tidak perlu menggunakan roh orang yang
telah mati atau keramat daripada pelbagai bentuk.

 
 

2.2.2 Hubungan Manusia dengan Manusia ( Hablumminannas )

Tamadun Islam juga bermatlamat untuk mengatur dan menyempurnakan hubungan manusia
dengan manusia yang meliputi pembentukan sahsiah, keluarga, hidup berjiran, pembentukan
masyarakat, pembentukan institusi pemerintahan, hal pentadbiran, kegiatan ekonomi,pendidikan,
kebudayaan dan segala bidang kehidupan manusia. Ia juga dikenali dengan ibadat umum.

            Setiap manusia diberikan penghormatan oleh Allah S.W.T dalam kadar yang sama.
Menyedari hakikat persamaan taraf ini, adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk
bermu’amalah secara yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T kerana antara satu sama lain
adalah khalifah disisi Allah S.W.T. Mereka yang paling mulia di sisi Allah S.W.T ialah mereka
yang bertakwa kepada-Nya. Hal ini dijelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :

Wahai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling
kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang
yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha mengenal.

 
( Surah al-Hujuraat 49:13 )

                Hubungan manusia dengan manusia juga penting bagi menyempurnakan kemuliaan
kejadian manusia itu sendiri. Kesempurnaan hidup masyarakat manusia sebagai khalifah Allah
S.W.T di atas muka bumi hanya dapat dilaksanakan melalui mu’amalah secara Islam kerana
Islam sentiasa memperjuangkan kesatuan umat manusia.

            Hablumminannas juga menginsaf dan menyedarkan manusia agar sentiasa ingat dan
bersyukur kepada Allah S.W.T apabila dikurniakan pangkat, kuasa, harta,nikmat dan rahmat.
Mereka yang bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T akan meningkatkan lagi ibadat kepada-Nya.
Jika manusia itu kufur dengan nikmat Allah S.W.T dengan meningkatkan ibadat dan melakukan
maksiat, mereka dijanjikan pembalasan azab yang pedih sebahagiannya di dunia lagi dan yang
pasti di akhirat.

2.2.3 Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar

             Tamadun Islam juga amat menitik beratkan dan turut mengatur serta menyempurnakan
hubungan antara manusia dengan alam sekitarnya. Cara yang terbaik bagaimana manusia itu
bertindak apabila berhubungan dengan alam sekitarnya dititikberatkan oleh tamadun Islam.

            Di atas muka bumi contohnya terdapat pelbagai haiwan yang liar dan jinak yang boleh
diternak bagi dijadikan makanan yang enak dan berkhasiat. Tumbuh-tumbuhan pula dijadikan
oleh Allah S.W.T untuk membolehkan manusia mendapat kenyamanan berteduh di
bawahnya,dijadikan bahan binaan rumah, perabot dan buahnya pula boleh dijadikan makanan
yang lazat.

            Di dalam perut bumi pula terdapat pelbagai galian yang boleh digunakan untuk pelbagai
tujuan dalam industri berat yang menghasilkan pelbagai kenderaan, alat binaan rumah, perhiasan
dan lain-lain lagi. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :

Dan ialah yang telah menurunkan air hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air itu
segala macam tumbuh-tumbuhan,maka Kami keluarkan daripada tumbuh-tumbuhan itu tanaman-
tanaman yang menghijau. Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu butir-butir yang
banyak dan daripada mayang kurma yang mengurai tangkai-tangkai yang menjurai. ( Dan 
daripada air itu Kami keluarkan pula ) kebun-kebun anggur dan Kami keluarkan pula zaitun dan
delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buah-buahnya pada waktu pohonnya
berbuah dan ( perhatikan pulalah ) kematangannya.Sesungguhnya pada yang demikian itu ada
tanda-tanda    

( kekuasaan Allah ) bagi orang yang beriman.

( Surah al-An’aam 6:99 )

Tamadun Islam mewajibkan agar manusia yang mengusahakan sesuatu yang boleh
membawa kepada kesejahteraan kehidupan mereka di atas muka bumi ini melalui sumber alam
yang sedia ada. Dalam masa yang sama mereka berkewajipan memastikan agar kegiatan itu tidak
merosakkan dan memusnahkan alam sekitarnya serta membunuh kehidupan lain seperti haiwan
dan tumbuh-tumbuhan. Pembangunan yang digalakkan ialah yang mesra alam.

Sesungguhnya tamadun Islam itu bermatlamatkan penyempurnaan hubungan manusia


dengan Allah S.W.T, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam
sekitarnya. Jika matlamat ini tercapai tidak syak lagi terbinalah tamadun yang aman, sejahtera,
makmur, dan bahagia yang digambarkan oleh al-Quran.

Anda mungkin juga menyukai