Anda di halaman 1dari 3

7.

0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca

 Guru menyediakan satu teks pendek berkaitan isu kemalangan jalan raya.
Pelajar diminta menyatakan punca-punca kemalangan jalan raya dan langkah-
langkah untuk mengatasinya.

 Guru menyediakan satu teks prosa tradisional tentang cerita “Pak Kaduk Yang
Malang”. Pelajar diminta mengenal pasti ayat dan gaya bahasa klasik yang
terdapat dalam teks tersebut.

 Guru menyediakan teks ilmiah bertajuk “Faedah Membaca”. Pelajar perlu


membaca teks tersebut dan menyatakan faedah membaca yang mereka tahu.

 Guru meminta pelajar mencari satu teks pendek berkaitan isu semasa. Pelajar
perlu membaca teks isu semasa yang dipilih tersebut di hadapan kelas dengan
bacaan yang kuat dan jelas.

 Guru memberikan teks pendek bertajuk “Buah-buahan”. Pelajar dikehendaki


membaca teks tersebut dengan lancar dan dapat mengesan jenis-jenis buah-
buahan yang terdapat di dalam teks.
7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca

 Guru menulis teks pendek menceritakan tentang ibu guru. Pelajar dikehendaki
menyalin teks tersebut di dalam buku latihan masing-masing menggunakan ayat
tunggal dan ayat majmuk.

 Guru memberikan satu tajuk iaitu “Haiwan Peliharaan Saya” sebagai latihan
untuk para pelajar membina karangan pendek. Pelajar diminta membina
karangan pendek itu dalam tempoh masa yang ditetapkan.

 Guru menulis beberapa ayat majmuk berkaitan tempat pelancongan yang


menarik di Malaysia. Pelajar dikehendaki menyalin ayat-ayat tersebut di dalam
buku latihan. Seterusnya pelajar diminta membina ayat majmuk sendiri
berdasarkan gambar tersebut.

 Guru membacakan satu perenggan daripada sebuah karangan lengkap yang


menceritakan tentang kaedah-kaedah membuat ketupat lemak. Pelajar perlu
mengenal pasti dan mencatat penanda wacana yang digunakan dalam
perenggan tersebut. Kemudian pelajar diminta membina sebuah karangan yang
menceritakan langkah-langkah membuat layang-layang menggunakan penanda
wacana yang sesuai.

 Guru menulis beberapa ayat pendek pada papan tulis menggunakan tulisan
berangkai. Pelajar menyalin ayat-ayat tersebut sebanyak sepuluh kali bagi setiap
ayat dengan menggunakan tulisan berangkai yang kemas.
9.0 Mencatat dan menyusun maklumat

 Guru memperdengarkan pelajar dengan sebuah cerita kanak-kanak bertajuk


“Haiwan Rimba”. Pelajar dikehendaki mendengar dengan teliti di samping
mencatat dan menyusun nama-nama haiwan yang disebutkan dengan betul.

 Guru memberikan sebuah teks bertajuk “Punca-punca Kemalangan Jalan Raya”.


Pelajar dikehendaki mengenal pasti dan mencatat punca-punca kemalangan
yang terdapat dalam teks yang dibaca.

 Guru membacakan beberapa langkah menanam pokok bunga ros tanpa


mengikut urutan yang betul. Pelajar dikehendaki menyalin langkah-langkah yang
dibacakan kemudiannya menulis semula langkah-langkah tersebut mengikut
urutan yang betul.

Anda mungkin juga menyukai