Anda di halaman 1dari 99

ABBAS ASSISI



DA'WAHdan CINTA Ke J alan Allah

PUSTAKA SALAM'

1"-.,



DA'WAH dan CINTA Ke J alari Allah

PENTERJEMAH .

HJ TAHIR DAENG MENGATI

----

/

Penerbit

PUSTAKA SALAM

No. 19, Blok L, Rumah Pangsa, Kampong Kerinci, 59200 Kuala Lumpur. Tel: 03-7574223

Cetakan Pertama 1986

Dicetakan oleh: Academe Art & Printing Services Sdn, Bhd. 282, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur.

KATA PENGANTAR DARI PENERBIT:-'

Segala Puji dan Puja bagi Allah Tuhan Semesta C Alam.

Selawat dan Salam kepada Rasulullah (s.a.w.) utusan Allah (s.w.t.) yang diutuskan untuk membimbing manusia ke jalan kebenaran, jalan menuju keredhaan Allah (s.w.t.).

Apabila seseorang itu berada di atas jalan da'wah, ianya dituntut untuk meneguhkan ikatan dengan saudara-saudara lain yang bersama-samadengannya. Memegang tangan saudaranya dengan pegangan yang penuh cinta, ikrab dan kasih sayang dengan sepenuh kekuatan tanpa melepaskannya di waktu kegawatan at au di waktu berkecamuknya fitnah dan ujian.

Buku 'Da'wah dan Cinta ke Jalan Allah'. Ini dihadapkan untuk tatapan umum masyarakat Islam terutamanya para dai' untuk memahami tuntutan persaudaraanyang harus wujud serta

diamalkan. Pihak penerbit merakamkan setinggi terima kasih kepada penterjemah yang telah mengizinkan kami menerbitkan buku ini dengan harapan supaya ianya dapat dimanafaatkan dengan sepenuhnya. Semoga Allah mernberi petunjuk kepada mereka-mereka yang ikhlas untuk menghayati Deenul Islam yang diredhaiNya.

'\.

PENERBIT' PUST AKA SALAM

· lSI KANDUNGAN

MUKA SURAT

MUQADDIMAH .

RISALAH PERTAMA 5

RISALAH KEDUA 24

RISALAH KETIGA 29

RISALAH KEEMPAT 39

RISALAH KELIMA 46

RISALAH KEENAM 53

RISALAH KETUJUH 58

RISALAH KELAPAN 72

RISALAH KESEMBILAN 75

RISALAH KESEPULUH 79

MUQADDIMAH

Alhamdulillah, segal a puji bagi Allah (5. w. t), selawat dan sejahtera kepada junjungan kita Rasulullah (s.a. w) dan kepada semua pengikut baginda yang setia yang mengikuti hidayat baginda hingga hari pembalasan.

Al Ikhwatul Imaniah, (persaudaraan atas dasar iman), sentiasa dijadikan perumpamaan di dalam soal-soal pengaruh mempengaruhi, khidmat mengkhidmati, memberi pengorbanan dan mengutamakan saudaranya lebih dari dirinya sendiri. Sesungguhnya persaudaraan yang telah diwujudkan oleh .Islam itu adalah paling tinggi dari segala-galanya. Kemuncak persaudaraan ini telah terlaksana di hadapan mata kita (melalui sejarah) terdapat pada diri generasi pertama yang hidup bersama Rasulullah (s.a.w). Mereka dididik oleh tangan Rasulullah (s.a.w). Juga kita dapat melihat kesankesan ini pada tiap generasi contoh yang telah dikemukakan oleh Islam.

Al Islam telah membahagikan persaudaraan ini di dalam dua kategori:

1. Persaudaraan am.

2. Persaudaraan khas.

Islam menjadikan bagi tiap kategori itu, beberapa adab dan hak. Di antara hak-hak persaudaraan am itu ialah memberi nasihat yang ikhlas, membalas salam, menziarahi orang yang sakit, menyambut orang yang bersin dengan ucapan:

"Yarhamukallah" dan menyempurnakan hak-hak orang yang hidup dan mati.

Adab-adab persaudaraan khas pula melebihi adab-adab . persaudaraan am iaitu ziarah, cintai mencintai, meng-

utamakan saudaranya lebih dari dirinya sendiri (al ithar), bersegera menunaikan i'iajatnya, menyebutkan kebaikan saudaranya, membela kehormatannya tatkala dia ghaib dan menyembunyikan rahsianya. Tidak bertengkar dengannya, mengampuni kesalahannya, mendoakan baginya semasa hidupnya dan setelah matinya. Setia kepadanya, ikhlas menepati janjinya, tidak menyusahkan dia dan lain-lain adab dan hak-hak.

Segala kebaikan Jama'i (masyarakat, kumpulan) adalah berpunca dari kedalaman fahaman konsep persaudaraan Islam. Oleh sebab itulah Al Ustaz Hassan al Banna telah menamakan jama'ah yang telah dibina itu demi menghidupkan semula al Islam dan memperbaharui hidup penganutnya dengan nama 'AI Ikhwanul Muslimun'. Pemilihan nama ini menunjukkan bahawasanya titik tolak permulaan di dalarn amal Islami itu ialah ukhuwwah (persaudaraan) di atas asas Islam.

Sesungguhnya Al Ustaz Hassan al Banna telah bersungguhsungguh menghidupkan dua bentuk persaudaraan ini: persaudaraan am dan persaudaraan khas.

Lahirlah, sebagai kesan dari kefahaman ini, sikap yang harum, ikatan Islamiah yang setia, cinta yang segar bugar dan rahmat kasih sayang yang menyeluruh lagi meliputi. Itulah untaian yang puitis yang telah diungkapkan oleh pendukungpendukungnya. Untaian sastera yang indah ini adalah hasil paduan dari kesejukan, keyakinannya dan keikhlasan yang sentiasa hangat.

Saudara Abbas Assisi pernah hidup bersama dengan al ustaz Hassan al Banna dan telah menyedut dari mataaimya yang jemih. Lantaran itu menjelmalah padanya segala pengertian da 'wah ini dan pengertian ini jernih dan masih segar. Satu perkara paling tinggi yang menjelma kepadanya ialah akhlak persaudaraan. Dia ini penuh dengan cinta yang suci mumi, di mana sahaja dia pergi, di situlah dia menyemaikan benih-benih cintanya. Apabila beliau bertemu dengan seorang al-akh (saudara), beliau menyalakan cahaya cinta dihatinya kerana Allah (s.w.t). Cintanya. hangat,

menyala-nyala dan bersinar-sinar, kerana itulah dia, itulah sifatnya. Tidak hairanlah kita melihat yang keeil dan besar tetap memperoleh cintanya. Beliau menurut tabiatnya, mempunyai jiwa yang jernih dan perasaan yang sensitif, dengan renungan yang mendalam dan firasat yang benar dan fitrah yang murni. Dia mampu meliputi samaada yang keeil atau yang besar dengan kasih sayangnya dan mudah memaafkan kesalahan saudaranya. Dia boleh memejamkan matanya dari kesilapan saudaranya dan menanggung segala musibah pada jalan Allah (s.w.t) Itulah sebabnya, kita melihat ramai pemuda-pemuda tertawan kepadanya tatkala mereka mengenalinya kerana mereka mendapati di sisinya cinta tanpa muslihat, sifat kebapaan tanpa tuntutan peribadi dan persaudaraan yang sama rata di mana di dalam suasana pertemuan tidak timbul masaalah perbezaan umur dan kedudukan Iantaran tawadhu' yang tidak mengenal batas keeuali batasbatas syari'at.

Oleh kerana itulah, kita selalu melihat beliau selalu menyurati/menghubungi saudara-saudaranya dari kalangan para pemuda dan dia berharap sungguh-sungguh supaya mereka membalas setiap surat yang telah dikirimnya kepada mereka. Sekiranya surat-surat yang telah dikirim kepadanya, dikumpulkan di dalam satu buku, neseaya ia menjadi bukti bahawa persaudaraan kerana Allah (s.w.t), itu memberikan kebahagiaan yang tidak ada tandingnya kepada ahlinya.

Dia merasakan bahawa dengan rnerakamkan kata-kata ibarat di dalam sebahagian surat-suratnya semasa berkomunikasi dengan setiap muslim, dapat menggerakkan di dalam hatinya rasa persaudaraan pada Allah (s.w.t) supaya dengan rasa persaudaraan itu dapat mengeluarkan buahnya yang lazat di muka bumi ini. Nah; Inilah risalahnya dihidangkan buat setiap hati.

Dengan demikian dapatlah beliau meneurahkan dan menyemaikan perasaan cintanya kepada seluruh muslimin. lni boleh menggantikan satu kewajipan yang di citacitakannya iaitu hendak menulis surat kepada tiap-tiap

muslim. Jadi risalah inilah menjadi gantinya. -

3

Di samping itu, pada waktu yang sarna, inijuga merupakan peringatan kepada muslim in seluruhnya supaya mereka merealisasikan persaudaraan am. Orang yang telah merealisasikan persaudaraan am ini pula akan berusaha terus untuk merealisasikan persaudaraan khas.

Ini juga merupakan peringatan kepada siapa yang telah pudar dari aspek-aspek kehidupan persaudaraan yang demikian, supaya dia berusaha memperbaharuinya kern bali. Kepada orang yang telah melupakannya, supaya dia mengingatinya kern bali. Kerana sesungguhnya tanpa persaudaraan am dan khas tidak mungkin lahir satu kehidupan Islamiah yang raasyidah atau rasyeedah (kehidupan Islamiah menurut hidayat Allah (s.w.t).

Saudara Syeikh Abbas Assisi telah memberi kehormatan kepada saya untuk memberi muqaddimah kepada risalah ini. Ini adalah dari sebesar-besar kemuliaan yang saya gembirakan kerananya dan saya senang hati terhadapnya, maka semoga Allah (s.w.t) memberi ganjaran baik kepadanya.

Ramdhan AI Mubaraq, 1403 Hijrah,

Julai, 1983 Masehi. Sa'ed Hawa.

4

1

RISALAH PERTAMA

Ya akhi fillah:

Salam Allah (s.w.t) kepada kamu: rahmat dan berkatNya kepada kamu. Manusia memperkatakannya kerana adat, tetapi kita mengucapkan sebagai 'ibadat kita. Kita mengucapkannya (as salam itu) kerana kita merasakannya sebagai satu pengertian yang agung. Salam Allah (s.w.t) kepada kamu wahai kekasih; rahmat dan berkatNya kepada kamu.

Aku merasakan seolah-oleh aku berdiri di dalam satu mihrab salat, di dalam kehalusan doa' yang benar, yang membawa cinta dan kasih sayang. Lalu sepontan aku berkata di waktu aku berada di atas kemuncak keikhlasanku dan kesetiaanku kepada saudara: "Salam Allah (s. w. t) kepada kamu dengan rahmat dan berkatNya". Itulah doa' yang sempurna yang ku doa'kan untuk kamu dengan salam sejahtera dan berkat. dari Allah (s.w.t). Itulah doa' dari hati yang mencintaimu walaupun tanpa melihatmu.. Ketahuilah bahawa orang yang paling ku cintai di dalam diriku ialah orang yang ku lihat dengan hatiku di mana hati itu adalah perbendaharaan rahmat, cinta dan kehidupan. Dialah juga yang membezakan dari yang lain, beza dari aspek kebaikan, kebenaran (hak), cita rasa, keindahan dan rasa malu. Inilah wasiat ku yang pertama kepada kamu .. Jadilah kamu satu penjelmaan untuk kebaikan, untuk al hak, untuk perasaan, untuk sifat malu dan untuk keindahan. Sifat malu berkuasa menawan hati dan keindahan berkuasa menawan akal. Keindahan yang ku maksudkan di sini ialah tampak jelasnya sinar jiwa tergambar pada keserian wajah.

')

Firman Allah Taala:

t .f. ~ .# -:-; .. ~ ,.,. • ...J. I .....

?~-:'l\.;\~~y..J~~~

"Tanda-tanda mereka, tampak pada muka-muka mereka lantaran bekas sujud ",

(AI-Fath: 29)

Apabila saudara melihat kepada wajah-wajah mereka ini seperti demikian, maka bahawa merekalah petunjuk kepada al hak dan an Nur.

Firman Allah Taala:

,;J.. ~

... ("1 "'.. "·1 ./ ....... "' ........ ,.J.J.J.

~IJ.J J." .,. "".\~ "

,!- .... -;, r-t: .... ~ -~,:,~r-'.Jy,

"Sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka ",

(At Tahrim: 8)

"Yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang mu 'min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir".

(AI Maaidah: 54)

Inilah keindahan al hak. Adapun sifat malu itu, disinilah terletak keindahan orang yang pemalu, tetapi bersinar. tatkala berkata-kata ia menarik dan menawan hati dan jiwa. Benarlah Rasulullah (s.a.w) yang bersabda:

"Sifat malu itu baik semuanya dan tiap-tiap agama mempunyai akhlaknya dan akhlak agama ini ialah sifat malu".

Manusia yang memberikan kebaikan (Al-Khair) ini, dia bercita-cita padanya dan menunggu-nunggu daripadanya. Jadi orang-orang yang mempunyai bakat-bakat itu, mesti menjadi ,lilin untuk manusia dan menjadi pendukung da'wah

6

(du'at) kerana mereka telah dikurniakan oleh Allah (s.w.t) sifat-sifat yang baik dan akhlak yang mulia. Mereka berdiri di pangkal jalan ar Rahman yang menianggil manusia dengan kalimat Allah (s.w.t):

"Dull nahawa (yang Kami perintahkan] ini adalalt jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia dan janganiah kamu mengikuti [alan-jalan {yang lain) kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalantiya".

(AI An'aam: 153)

Ya akhi:

Alam ini berhajat kepada hati, perasaan dan sentimen.

Iadilah kamu sebagai hati bagi alam ini dan hidupkanlah dia dengan perasaan dan sentimen kamu, Sesungguhnya manusia yang hidup tanpa hati, perasaan, sentimen walaupun ia mempunyai falsafah, teori atau pengalaman, tetapi manusia ini tidak akan menjadi manusia sebenarnya jika tidak mempunyai penilaian nafsiah dan rohaniah. Sebaliknya ia hanya menjadi manusia robot dan komputer, yang me menu hi tugas dan kepentingan manusia.

Sesungguhnya manusia itu, adalah hati, ruh dan perasaan.

Jika perasaan itu kurang di dalam pemberian pujian, maka itu bukan perasaan mutlak yang bebas tanpa ikatan dan batas. Sesungguhnya perasaan itu, adalah denyutan, kesedaran dan kehidupan di mana mesti diikat dengan usul syari'ah. Orang-orang yang berkira bicara dengan perasaan jahiliah, tidak akan berdiri di atas tapak yang sarna dengan perasaan yang bersih dan suci, yang menjadi rahsia hidup seorang muslim dan itulah rahsia kewujudan rohaninya.

Sesungguhnya adalah imam kita, al imam al Syahid Hassan al Banna, rahimahullah, mengetahui hakikat ini di dalam kata-katanya:

7

"Wahai saudara. Kekanglah urusan perasaan dengan pandangan akal dan sinarilah pandangan akal dengan nyalaan perasaan",

Sesungguhnya perasaan saudara yang muslim itu diikat dan dipagari dengan taqwa Allah azza wajjala. Adalah tidak logik kalau kita mengepung dia atau jahil terhadapnya atau tidak membunuhnya kerana dia itu adalah fitrah. Tetapi Islam yang agung itu telah datang membukakan tingkaptingkap kebersihan. Kesueian dan kejemihan untuknya. Tingkap yang terbesar daripada ialah ueapan ini: "Aku mencintai anda pada Allah Taala". Inilah perasaan persaudaraan dan cinta pada Allah (s.w.t) menjadi sebesar-besar bekalan di hadapan arus kebendaan yang melanda ini. Itulah juga makanan bagi perasaan yang kelaparan yang menimpa banyak hati-hati,

Aku selalu mencium anak-anakku yang keeil semasa menyusu. Aku suka meneium mereka kerana aku merasakan kesenangan dan kebahagian di dalam diriku. Pada mulanya aku menyangka bahawa perbuatanku ini agak keterlaluan, tetapi pada suatu hari aku terbaea sesuatu mengenainya di dalam seerah junjungan kita Rasulullah (s.a.w) yang agung. Peristiwa itu terjadi dalam peperangan 'Mu'tah, iaitu tatkala baginda pergi kerumah Jaafar bin Abu Talib (r.a) untuk memperhatikan anak-anaknya (Jaafar) setelah Allah (s.w.t) memberitahu baginda tentang berita Syahidnya (mati syahid) Jaafar (r.a), perawi berkata:

"Maka Rasulullah (s.a.w) mengambil anak-anak Jaafar (r.a) dan mencium-cium mereka",

Jadi selepas aku membaea kalimah itu aku tidak dapat menahan sebak dadaku lantas menangis.

Wahai muslim yang berjiwa besar:

Penuhilah dunia ini dengan Iimpah kasih sayangmu.

Khususkanlah buat saudara-saudararnu yang muslimin itu dengan kepanasan eintamu yang maha tinggi dan biarkanlah inereka tahu bahawa anda mencintai mereka. Yang demikian

8

itulah al aksir (batu geliga) untuk mengubati seribu satu kesulitan dan kesusahan. Sesungguhnya ban yak kesuliatan di dalam dunia ini timbul dari perasaan yang telah padam dan berlakunya penyelewengan perasaan itu.

Yaakhi;

Sesungguhnya para pendukung da 'wah Allah (s. w. t) kepada manusia, dia mestilah berada di puncak kebersihan. Allah (s.w.t) itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Oleh kerana itulah saudara tidak boleh membaca al Qur'an, kecuali saudara dalam keadaan bersih. Da'wah yang ku citacitakan ku harapkan darimu di masa akan datang, memerlukan kebersihan hatimu. Supaya hatimu dapat memberi dan menerima bersabar dan bertahan di dalam kesabaran, mudah mengampunkan dan bertoleransi, sanggup turun merendah diri ketaraf gulungan yang lemah dan sanggup pula membawa mereka ke taraf orang-orang yang kuat, menghampiri manusia dengan perlahan-Iahan supaya mereka tidak lari dan tidak membicarakan hak-hak orang lain kecuali dengan baik kerana anda mencari mereka untuk da'wah.

Firman Allah Taala:

"Maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-oleh ternan yang sangat setia ",

(Fush Shilat: 34)

Semuanya itu anak kuncinya adalah kebersihan hati. Inilah rahsia kejayaan. Sesungguhnya kita ini tidak lama lagi akan berangkat dari dunia, oleh itu kita suka mengucapkan selamat tinggal kepada hidup ini, apabila kita telah menumpangkan da'wah ini (menyerahkannya) kepada para pemuda yang bersih hatinya. Allah (s.w.t) mengetahui bahawa sesungguhnya apabila kita mencintai dunia ini maka sesungguhnya kita mencintainya kerana dakwah Allah (s. w. t):

9

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati".

(Ali Imran: 185)

Firman Allah Taala: '"

f/ .,. ,.", ." ." -'>.". ,." /"

I..>.C.. "M~\~t; ~L>_)..L:)~4

.; ~-; J

OJ. J."" ~ -: r_,.·" ", "".'"

0~~J~~~L>-d..Gt,;.J

"Dan tidak seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti] apa yang dapat diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bum; mana dia akan mati' '.

(Luqman: 34)

Realisasikanlah cita-cita ini di dalam: dirimu dengan menjauhkan hatimu dari segala dendam, dengki, hasad dan sombong. Bersihkanlah laksana kebersihan air yang ditanamkan oleh awam, Sucikanlah ia seperti kesucian salji tatkala tiba menyentuh bumi.

Yaakhi;

Kau pernah mengutus kepadaku dan berkata:

"Demi Allah (s.w.t) wahai akhi sekiranya umat mengetahui keadaanku tatkala aku membaca suratmu, nescaya anda tidak bertangguh lagi untuk menulis surat kepadaku dan memberi nasihat kepadaku dengan nasihat-nasihat yang baik yang indah yang menjadikan aku obor dari obor iman dan yang dapat merubah cara hidupku, dan jalanku. Sekiranya kamu mengetahui kesan suratmu itu kepadaku nescaya kamu menangis .lantaran taufik Allah (s.w.t) kepadamu dengan menulis surat itu kepadaku".

Aku merasa bahagia dengan kalimah-kalimah ini, jauh sekali untuk memuji atau memuja. Aku merasa bahagia dan bergembira ker~na aku telah menemui hati seperti ini, Aku

10 .

memohon kepada Allah Taala; supaya Dia memeliharamu, menjagamu dan menambahkan kepadamu, iman, taqwa dan ketahananmu di atas al hak dan menunjukimu dengan NurNya. Bekalan-bekalan ini anda akan pakai berjalan di antara manusia sebagai Dati yang menyeru manusia kepada Allah (s.w.t), dengan hikmat dan perkataan yang baik. Sesungguhnya hikmat yang lahir dari hati yang berhubung dengan Allah (s.w.t) sahajalahyang akan menyalakan Iilin hidayat.

Sesungguhnya aku merasa bahagia dan kebahagiaanku itu lahir dari aqidahku. Sesungguhnya aqidah iniIah yang mempersatu padukan kita di atasnya. Dialah yang menghulurkan kehidupan kepada kita dan kalimatkalimatmu itulah yang menjadi saksi di atas yang demikian.

Sesungguhnya kamu telah memberi kepadaku tbiqah (kepercayaan) yang benar bahawa kita ini cuai di dalamhak Islam kita. Padahal hati-hati itu terbuka pintunya untuk menerlma dakwah kita, untuk mendengar bahkan untuk mendengar rub rlsalah kita. Dahuluaku pemah dengar:

"Sesungguhnya di dalam umat ini kedapatan lubang-lubang hati, tidak ada yang menutupinya dari kamu kecuali debu zaman".

Lantaran itu sapulah hati-hati itu dengan tangan kamu supaya dia mekar kembali seperti bunga .. Inilah aku ingin menyapukan dengan penuh kasih sayangku. Aku akan pancarkan mataair kebaikkan ke dalam hatimu dengan limpah kumia dari Allah (s.w.t). Hendaklah ianya menjadi pelajaran kepada anda dan kepadaku. Supaya kita tidak cuai di dalam pengucapan kita (menyatakan rasa kasih) kepada saudara kita muslimin. Hendaklah kita menunjukan ucapan kita kepada hati-hati manusia apabila kita sudah merasakan bahawa kita sudah benar-benar yakin dan ikhlas. Kerana Allah (s. w. t) azzawajjala tidak akan menerima satu amal dan usaha jika kedapatan unsur-unsur syirik (menyekutukan sesuatu dengan Dia) samaada dari kita atau yang lain-lain.

11

Firman Allah Taala: e

,..:'" I ..... ~ ........ J:.:--~ ..... -.... '" ........ 17 -: ~~ _ ',!t_)~lAl~cJr>$J

-( ............. _;'"", .. ·",t"'"

--'-\~_) !.) ~:-.!l r l J

"Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, muku henduklah ia mengerjakun amul yang so/ell dun janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya ",

(AI Kahfi: 110)

Yaakhi;

Di dalam perasaan yang murni ini aku berseru kepadamu, walhal di depanmu terbentang kehidupan, kebahagiaan dan bantuan. Padanya kedapatan kekuatan, makanannya, ubat, kesuburan, kesegaran, kawasan yang luas terdiri dari kebunkebun .dan ladang-ladang. Cukuplah bagi aku di sini satu kegembiraan yang besar, kebahagiaan yang tidak terperi, kemeriahan yang mendalam di mana dunia seluruhnya tidak dapat membuatnya. Hatiku sentiasa berkobar untuk meriwayatkan kekuatan yang hampir terbang lantaran gembira. Cita-citaku yang paling ku rindui, itu kelihatan jauh di ufuk sana ialah aku ingin melihatmu sebagai seorang teniera yang benar di dalam barisan tentera da 'wah ini. Wahai Tuhanku; Kau amatlah Maha Mengetahui betapa besamya ci.ta-citaku terhadap saudara-saudaraku. Berikanlah kami kebahagiaan tlengan menjadikan mereka angkatan laki-Iaki da'wahIrijaluddakwah) dan tentera aqidah yang mendukung amanah dan menyampaikan risalah.

Sesungguhnya kebiasaanku . ialah aku mengucapkan selamat tinggal kepada saudara-saudaraku sebagai ucapan terakhir. Oleh kerana itulah aku benar-benar ingin hidup bersama mereka seberapa lama yang mungkin terutama apabila aku merasakan bahawa detik-detik kematian itu sudah terlalu hampir. ltulah satu perasaan yang sentiasa menguasaiku. Oleh kerana itulah aku suka mencurahkan segala rahsia

12

hatiku kepada hati-hati yang baharu. Sesungguhnya perasaan dan cinta kepada saudara-saudaraku adalah melebihi segala perasaan dan cinta.

Adakah sesiapa yang memperolehi cinta, kasih sayang dan perasaan seperti apa yang kita rasa ini. Inilah berkat persaudaraan kerana Allah (s.w.t). Itulah keberkatan yang datang sebelum dan sesudahnya, berupa ruh Islam kerana inilah juga Muhammad (s.a.w) dibangkitkan sebagai Rasulullah (s.a.w) untuk membawa rahmat bahagia keseluruh alamo Alangkah perlunya hati-hati yang hilang, sia-sia dan sesat merasai apa yang kita rasakan ini supaya dia kembali semula mengadap kepada Allah (s.w.t),

YaIkhwani;

Sesungguhnya kamu telah berada di dalam alam ghaib dan tatkala itu da'wah ini menunggu-nunggu kemunculan kamu yang berkat, supaya kamu menjadi pelupur yang beriman. Dengan kehadiranmu Allah (s.w.t) memuliakan agama ini dan denganmu juga, Allah (s.w.t) merealisasikan cita-cita muslim. Lihatlah betapa air mataku mengalir dari kelopak mataku lantaran terlalu suka dan duka disebabkan limpah kumia yang diberikan Allah (s.w.t) kepada kita, berupa sambutan baik dan hangat dari hati-hati yang suci itu terhadap da'wah Siapakah yang percaya bahawa setelah kita melalui ujian dan bencana yang pahit itu, ada pula kedapatan para pemuda ini yang menyahut seruan Allah (s.w.t) dengan sepenuh hati dan cinta yang hangat terhadap agama ini. Akan tetapi benarlah Allah (s. W. t) yang Maha Agung:

Firman Allah Taala:

c,,_ '" ,; "

~."~i\"F~i't_;~.. J "~I( ~i~~.:r:" ill,

Gr'" rr. .... <:» ... ~J'~ ...... ~ . ~;;

"Iaitu orang-orang yang mentaati perinton Allah dan RasulNya sesudah mereka mendapat luka [dalam peperangan Uhud)".

(Ali Imran: 172)

13

Ya; kamulah orangnya (aku tidak mensucikan seseorang kepada Allah (s. w. t) yang telah menyahut seruan Allah (s. w. t) dengan sepenuh kekuatan dan keberanian.)

Firman Allah Taala:

?J~~:;6\~~~Q\;:'1jd&Jf

,: J .... , ,. ,., "1 t~"" ,1' / ~~ '" "'-; ,.~ .-;: :,-:,

.u.l\\.~ '>\'y~.J~l~.)~~Y->\S

.p~ ._'

-, L__ ...... 'l ",. ... ",.

~Y~.J

"[Iaitu) orang-orang (yang menta'ati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang mengatakan: "Sesungguhnya manusia) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab:

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung",

(AI-Imran: 173)

Kamulah menjadi mata-mata dan hati-hati kami kerana di dalam diri kamulah terletaknya perbendaharaan da'wah kami dan penerusan hari-hari kami dan- kami sentiasa mengharapkan tambahan lagi dari kalangan generasi yang dicita-citakan ini.

Ya akhi;

Para penulis kita telah menulis di dalam perkara-perkara aqidah mereka telah menulis di dalam perkara fiqhud da'wah dan berbagai-bagai sistem hidup dan mereka juga telah menegakkan hujjah-hujjah mereka yang boleh diterima akal, semuga Allah (s.w.t) membalas mereka dengan ganjaranganjaran yang baik. Adapun aku ini pula mahukan perasaan yang merayu-rayu dan tangisan yang mempunyai sedu, deruan dan renungan serta curahan air mata. Jadi sesuatu jamaah yang memahami sentuhan ini dan mengenali hembusan, di naungi oleh cinta dan pemeliharaanipenjagaan dan disuburkan dengan thiqah (kepercayaan) dan per-

14

saudaraan adalah merupakan satu jama'ah yang tidak diragui akan sampai kepada darjat kesempurnaan. Orang-orang yang tidak mempunyai ruh seperti ini bahltan tidak merasainya atailpun tidak memberikan haknya, maka mereka akan kehilangan ciri-ciri kekuatan rohani yang paling utama yang menjadi rahsia harakah (gerakan) yang berterusan dan sentiasa memberi petunjuk.

Al Islam itu adalah cita rasa, al Islam itu adalah kesetiaan, al Islam itu adalah perasaan dan sentimen. Agama ini bermuamalah dengan ji.wa dan hati manusia. Agama ini tidak bermula dengan mempergunakan kekuatan anggota badan, dan tidak dengan kata-kata yang kasar, bukan juga dengan mengajak bertengkar dan mencabar, akan tetapi bermula dengan kata-kata yang baik dan pandangan yang pengasih.

Firman Allah Taala:

.;;. ./ ... ~ ... .,... _,. .... . ". ~ ".

y~}~ l .... 'O'>'-..::J~j9;

"Dan berilah mereka pelajaran dan katakanlak kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka".

(An Nissa': 63) FirmanNya lagi:

~A~04J;l;l~til~~l5~~jl~:J

"Pergilab kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia telah melewati batas, maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudahmudahan ia ingat atau takut".

(Thaahaa: 43-44)

Firman Allah Taala:

t ~ ;"' -c , .J. ';; / .,..J...:;.... .. ~".."".""..

\...u..\r~0~~.J' ;,kl~ ~.J

"Dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah

15

sekali-kali menceritakan halmu kepada seseorangpun ",

(AI Kahfi: 19)

Dan Rasuhillah (s.a.w) telah bersabda:

"Yang paling hampir majIisnya dari kamu kepadaku pada hari kiamat, ialah yang paling baik akhIaknya dari kamu, yang merendahkan bahunya, yang mesra dan dimesrai".

Firman Allah TaaIa:

..- . -: \,-.'_p/- --;\ ·;I._.li< .~ ", < k':"', . -';:" .. :., ;,,\.-: :. -= ,

~ • ~ .. .,..,'_:w ...... .._:;,..=-"'..;...I.l~.._:>._).

L J.~ '- -' .. '" ~o;:.

'-' J..i "';'"." ..-

i . ~ .~ ..

-~..J_"

"Terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang memggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya ". (Qaaf: 37)

Y.~ akhi: ,

Janganlah kamu lupakan bahawa bagimu ada saudarasaudara maka berusahalah memenangi hati-hati mereka dan berlernah lembutlah dengan mereka dan persatukanlah hatihati Itu dengan hati-hati mereka dengan ithar, ri'ayah, sabar dan cinta.

(Ithar: melebihkan kepentingan saudaranya dari dirinya sendiri-pent.).

Bawalah Nur ini dan tembusilah jahiliah ini dengan nur ini dan lemah lembut. Bacalah seerah Rasulullah (s.a.w) tatkala kamu berada di dalam suasana hati yang lapang. Kerana sesungguhnya kamu akan mendapat keyakinannya bahawasanya Rasulullah (s.a.w) telah memanjangkan segenap pengertian ini di segala gerakan (tindakan), perkataan dan isyarat. Firman Allah Taala:

..- ;'

/" ;" ,,""''''' /~/ ." /. r> ""'-//

~AJ-_,)'t~_)\lo.J

"Dan tidaklah kami mengutus engkau kecuali menjadi rahmat keseluruh alam ",

(AI Anbiyaa': 107)

16

Yaakhi;

Aku tidak punya apa-apa kecuali doa. Setiap kali aku mengadap kepada Allah Taala tatkala aku berada di dalam mihrab salat aku terus berdol supaya Dia menambahkan imannya dengan limpah kurniaanNya semoga Dia menambahkan untukmu firasat, hati yang sentiasa hidup jiwa dan perasaanmu yang sentiasa sedar.

Sesungguhnya kita telah belajar di dalam da 'wah ini bahawa sesungguhnya kita hanya akan meningkat naik kerana adanya cinta ini sehingga kita sampai kepada setinggitinggi darjat kehampiran kepada Allah (s. w. t):

Seperti sabda Rasulullah (s.a.w):

"Bahawa Allah (s. w. t] telah berfirman: Wajiblal: cintaku kepada orang-orang yang berkasih sayang pado Ku"

(Hadith Qudsi)

Dan lihatlah sabda Rasulullah (s.a.w);

"Manusia akan dihimpunkan bersama-sama dengan orang yang dicintainya" .

Semuga kamu dapat melihat kebenaran dari apa yang telahku sebutkan. Oleh kerana itu, cinta kita menjadi contoh yang tunggal dan unik. Wahai Tuhanku; teguhkanlah.ikatan hati-hati kami dan himpunkanlah di an tara kami di atas cinta padaMu.

Ya akhi;

Kamu telah bertanya kepadaku ten tang bagaimanakah cara da'wah para pemuda dan uslub yang paling ideal untuknya. Aku merasa sungguh kagum dan gembira. Aku kagum kerana kamu telah berpindah dari keadaan orang yang diseru (mad'u) kepada keadaan orang yang menyeru (da'i). Inilah yang aku harapkan dan aku carl-carl. Kegembiraanku adalah tidak terhingga dengan perpindahan yang mubarakah ini.

17

Kiranya dapatku tabu, bahawa kamu telah mempunyai ijazah, nescaya akan ku letakkan di antara dua tanganmu sekumpulan kitab-kitab yang penting, yang akan menjelaskan kepadamu apa yang kamu kehendakki. Tetapi apa yang aku harapkan sungguh-sungguh ialah supaya kamu berjaya terus terutama di dalam pelajaranmu kerana padanyalah akan diperolehi kejayaan untuk da'wahj, Seorang saudara muslim iht wajib mempunyai kemahiran di dalam satu-satu jurusan hidup. Da'wah kita memerlukan ahli-ahli ikhtisas i}miah yang mahir. Demikian juga dalam lapangan da'wah. kita, setiap juru da'wah ini mempunyai ikhtisasnya yang tersendiri di antaranya: kebersihan hati, kebersihan jiwa dan mempunyai akhlak yang baik. Lahirnya bersih . dan gayanya menarik.

'J~\~ L--cWL',L

.... ~ '-"'r

"Sesungguhnya Allah (s.w.t) itu indah dan cinta kepada keindahan".

(Hadith) Allah (s.w.t) tidak memandang kepada bentuk tubuh dan rupa kita dan tidak kepada fesyen pakaian kita tetapi Dia memandang kepada hati kita dan amal usaha kita,

Jadi bentuk jasmani dan rupa yang cantik tanpa akhlak dan perasaan, tanpa adab dan akhlak- yang baik, tidak mempunyai sebarang nilai menurut timbangan Islam. Jadi kecantikan itu bukanlah pada bentuk lahiriah yang cantik. Kerana bentuk yang cantik dengan perbuatannya yang jahat adalah ibarat tanah dengan tanah (yang hina) dan cinta yang musnah. Di samping kita menuntut kamu membersihkan Iahir dan batin kamu, kitajuga menuntut supaya kamu mempunyai kefahaman yang cukup (keutamaan) di segal a lapangan dan jurusan yang kamu masuki. Sekarang marilah kita kembali semula kepada tajuk dakwah dan bagaimana kita berda'wah?

18

Di sini aku menjelaskan beberapa perkara kepada kamu: aku berkata:

"Bahawasanya da'wah itu memerlukan persediaan yang mencukupi, kemudian memerlukan pembentangan yang ikhlas yang disertai dengan kemesraan terhadap orang yang diseru",

Da'wah ini menghendakki kefahaman yang teliti bagi tiap marhalah (peringkat) dan tujuan-tujuannya. Apakah yang kamu kehendaki di masa hadapan dan apakah yang kamu akan capai pada kesudahannya, apakah jalannya untn1c merealisasikan tujuan-tujuannya.

Untuk itu kamu wajib membaca risalah-risalah al Imam Hassan al Banna termasuk segala buku-bukunya, catitancatitannya dan kitab-kitab yang bersangkutan dengan pengertian ini. Oi sam ping itu kamu wajib membaca dan mempelajari sejarah da 'wah ini semenjak dari permulaannya dan

musibat-musibat, bencana-bencana, ujian-ujiannya (mihnahmihnah) dan kesusahannya yang telah dilaluinya. Jalan yang paling munasabah untuk mengetahui itu semuanya ialah dengan mendengarnya dari saudara-saudara yang terdahulu yang hidup bersallla sepanjang jalan da 'wah yang susah ini.

Hendaklah kamu berkubu (persiapkan diri) dengan faham yang baik terhadap kesyumulan (kelengkapan) agama. Untuk ini hendaklah kamu membaca kitab-kitab yang berfaedah yang menolong kamu mengetahuinya secara menyeluruh seberapa mungkin.

Oi samping berbagai faktor, apa yangperlu bagi kamu adalah memperbaiki niat kamu, kamu bercakap dan memberi peringatan yang berguna kepada orang-orang yang beriman.

Di sini ingin aku bentangkan di hadapan kamu satu masaalah yang biasa berlaku, tetapi penting iaitu janganlah gopoh dalam memulakan sesuatu bicara dengan sebarang individu. Janganlah memulakan pembicaraan yang lengkap sebelum mereka bermesra dengan kamu, mencintai kamu, dan mempercayai kamu. Kemungkinan-kemungkinan ini hanya akan terjadi dengan kesabaran yang baik, ketenangan,

19

pendekatan yang perlahan-Iahan, mesra seeara kebijaksanaan yang memasuki hati-hati manusia, senyuman manis, pandangan ya~g ikhlas, mengambil berat sambiI bertanya ten tang siapa yang ghaib dan menziarahi yang sakit dan lain-lain lagi.

Sebahagian dari para pernuda itu bergopoh gapah dan kadangkala berlaku pertembungan dan konflik di permulaan jalan, di mana dia tidak mendapat taufiq dan kejayaan. Ini boleh membuatnya terkejut dan surut kembali kerana terkejut. Sesungguhnya menyeru manusia kepada Allah (s.w.t) dan bersabar kerananya adalah jihad.

Antara wasilah (media) atau eara yang berjaya di dalam da'wah adalah, kamumemasuki hati manusia dengan lemah lembut. Kamu maju mendekatinya selangkah demi selangkah walaupun mengambil masa yang lama kerana yang penting di sini adalah kamu sampai kepada tujuannya. Apabila kita telah berjaya menawan hati ini, seeara automatik. akal akan menyahut, fikiran pun betul dan luruslahjalannya. Jika kamu telah beIjaya menawan hati manusia dalam pertemuan yang pertama itu di samping itu kamu dapat pula menyalakan da'wah kamu kepadanya, janganlah kamu meneuaikannya.

Cara atau uslub yang pertama memerlukan masa, kesabaran dan kesungguhannya tetapi jalan itulah yang aman terutamanya apabiJa kebatilan menyaingi kamu, merebut mad'u (orang yang diseru) kamu. Tetapi biasanya pada akhirnya pendukung al haqdapat merebut orang yang mempunyai bali selagi mad'u itu mempunyai kebaikan dan kebenaran. Benarlah ada orang yang berkata:

"Di an tara kemenangan dan kekalahan itu (hanya dipisahkan oleh) sabar sesaat",

Aku gembirakan kamu dengan berita itu: bahawa kamu akan tetap dapat memenangi hati yang mudah menerima seruan kamu dan kamu akan mendapati ramai orang-orang yang berpuas hati dan itulah kemenangan yang segera untuk kegembiraan orang mu'min. Yang penting pada kesudahannya, kamu mesti sentiasa berada di dalam gerakan (harakah) dan suasana .da'wah yang tcrus menerus, kerana orang yang

20

sentiasa bergerak memperolehi berkat, amal dan sentiasa berkembang di setiap langkahnya.

Mereka yang hidup tanpa harakah da'wah adalah hidup seperti bangkai, dia wujud- tetapi seperti tiada dan tidak mempunyai bekas dan kesan. Dalam kehidupan realitinya, ia tidak dapat memberi dan tidak berbuah diibaratkan seperti kayu ru yang hidup tinggi menjulang tetapi tidak mempunyai buah. Kedudukan asal seorang muslim, kerana Lailahaillallah yang tersemat di dalam hati orang yang mukmin itu ibarat sebatang pokok.

Firman Allah Taala:

t,..... ". -:;~............ 1- • .J.

~",>1J~4~._p 4-14."z)y

;... ",. ..... r....., ,

''Pokok itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya ",

(Ibrahim: 25)

Jadi muslim pada zatnya boleh berbuah dan berhasil apabila dia istiqamah di dalam al haq, demikian juga pada uslubnya, pada akhlaqnya, pada muamalahnya, pada sinar wajahnya, pada senyumannya, pada lemah lembut kira bicaranya dengan saudara-saudaranya, pad a kesungguhan menyempumakan janjinya dan pada pergaulannya yang baik. Ini dengan sendirinya menjadi kehidupan kebahagiaan dan da'wah.

Dalam suasana payah itu, aku pergi menemui seorang saudara yang' soleh dan dipercayai. Aku duduk bersamanya· dan ku curahkan kepadanya segala apa yang bergolak di dalam jiwaku yang penuh dengan berbagai-bagai azab, kesakitan, perasaan yang harus ku dedahkan kepadanya menurut syari'ah, Setelah itu aku kembali dengan perasaan lapang seolah-olah tidak pernah terjadi sesuatu. Siapakah yang dapat menolong kita meringankan beban mental seperti ini kalau tidak dari hati yang pengasih, kita menyirami dengan cinta dan kasih sayang?

21

Kita telah tinggalkan segal a kelab, kedai kopi, tempat hiburan yang sia-sia malah kita redha berada di dalam lingkungan hati-hati manusia, jiwa-jiwa mereka, bersama dengan perasaan bersih dan suci. Hati-hati seperti inilah yang memberi kelapangan kepada kita, yang melimpahkan kasih sayang kepada kita dan memberi kita rahmat cinta dan menyapu air mata kita.

Firman Allah Taala:

&." '"

;; ...... ?:- ~·t·" .J,J.'" '" ~> __- ...... -::'"

.r..,;!-r~,. o· ~~_""'.J~~~~J..Al

t .. .... <: .J.

......... I':: 7" .... ~.. '" I.... ....",

............",.),&; - • ~~

r~- ~r~ ... _

'"

J,J. -: .J>'.J.", ~ • ,:>it

~.J-JJ"J~__"'" .

... ",

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan Ikeimanan dan keselamatan} bagimu, amat

. belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mu'min".

(At Taubah: 128) Janganlah kita lupa bahawa di sinilah terletaknya rahsia ikatan persaudaraan yang tidak harus kita abaikan.

Ya akhi al Muslim;

Wahai putera Islam, wahai putera al-Quds, wahai putera Palestin, wahai putera harapan yang dicita-citakan. Wahai putera Islam yang kita tunggu-tunggu untuk menghapuskan longgokan sampah sarap ini. Angkatlah bendera Islam. Wahai putera Islam yang diharapkan mencapai kemuliaan yang teguh, wahai putera Islam yang ditunggu-tunggu menjadi sumber kebaikan, kemuliaan dan kehidupan, di mana kamu sekarang? Marilah, sambutlah harapan yang dicitacitakan ini. Jadilah kamu hamba Allah (s.w.t.) yang sujud, yang ruku', yang berzikir yang membaca. Bulatkanlah tenaga dan kemahuanmu, belajarlah dan kuatkanlah keazamanmu

22

untuk menjadi tentera Allah (s.w.t.) yang ikhlas. Aku menyerumu dengan sepenuh ketulusan cintaku kepadamu, supaya kamu bercita-cita dan terus berusaha untuk merealisasikannya dan beramal kerananya. Tidak ada citaci.ta yang lebih besar daripada Islam dan tidak ada permulaan dan kesudahannya yang lebih mulia daripadanya.

23

2

RISALAH KEDUA

Yaakhi;

Sesungguhnya aku menyangka bahawa apabila umur manusia itu meningkat enam puJuh tahun ia memerlukan rehat, tugas serta tanggungjawabnya bertambah ringan. Tetapi aku ini waJaupun mempunyai kesihatan yang lemah dan keupayaan dan daya yang kurang, aku merasakan bahawa kesulitan dan kepenatanku semakin berlipat ganda di hadapanku. Di satu sudut yang lain pula, perasaanku bertambah kuat dan kasih sayangku bertambah sensitif terhadap saudara-saudaraku. Aku merasakan kepanasan perasaan itu. Kadang-kadang aku berkata kepada diriku, "Boleh jadi dengan perasaan itu kamu dapat melarikan diri dari segala kesulitan dan kepenatan yang datang tanpa hentinya, sebaIiknya kamu berkata: "Itulah sebenarnya bukan pelarian tetapi itu adalah bekalan di perjalanan yang menolong seorang muslim supaya sentiasa setia dengan segala iltizamnya, kerana melarikan diri dari takdir tidak akan melepaskan kita dari takdir. Malah rasa rahmat, setia dan cinta pada Allah (s.w.t.) merupakan stesyen-stesyen untuk berihat di atas perjalanan yang susah. Jadi rehatku wahai saudara-saudaraku berada di dalam ikatan persaudaraanmu, maka janganlah kamu bakhil tentang itu terhadapku.

HaiAbbas:

Betapa bahagianya kamu dengan kebaikan ini, Satu kebaikan yang dilimpahkan oleh Allah (s.w.t.) kepadamu, kamu dapat memiIiki hati-hati yang mulia ini, hati-hati itu pula mencintaimu dan kamu mencintainya. Sekiranya kamu membelanjakan segala apa yang ada di bumi, nescaya kamu

24

tidak dapat dijinakkan kepadanya. Segala Puji bagi Allah yang telah menunjuki kamu kepada kebaikan ini dan mernuliakan kamu dengan persaudaraan orang-orang yang mulia dan terpilih itu. Kamu sungguh bahagia kerana memperolehi saudara-saudara yang telah diberi ilmu oleh Allah Taala, lalu rnereka ikhlas untuk berkhidrnat kepada Islam, lantas rnereka menjadi lampu dan nul' untuk menyinari kita. Alangkah banyaknya perasaan-perasaan yang baik dan bercahaya telah rnereka asaskan di dalam hati kita,

Wahai pemuda Islam,

Inilah dia risalah jenerasi kami yang karnl arnanahkannya kepada generasi kamu , Jadi bersungguh-sungguhlah karni di dalarn merebut cinta di hati-hati dan usirlah was-was alkhannas (bisikan syaitan yang biasa bersembunyi) dan janganlah mernbuka ruang-ruang untuk umpat mengumpat CL:,1U mengadu domba kerana perbuatan itulah yang mernbunuh cinta dan menyuburkan kebencian.

Berdampinglah selalu, luruskan jalanrnu, berlernah lembutlah sesarna saudara-saudaramu, berrnuafakatlah dan janganlah kamu berselisih dan Allah (s.w.t.) bersama kamu, Dialah yang rnemelihara kamu dan mernberi ri'ayah kepada karnu untuk Islam yang agung ini.

Wahai Tuhanku : Maha Suci Engkau, Engkau telah rnernberi kami pemuda yang sentiasa hidup, yang bertaqwa dan kuat. Inilah bekalan kami di dalam dunia ini. Inilah ubat dan siraman cinta kami dengan cinta yang tidak siapa mengetahui tentangnya kecuali hati-hati yang sentiasa hang at dengan rindu den dam.

Wahai tuhanku! Kami bersyukur kepada-Mu lantaran Engkau rnenjadikan karni sempat juga melihat di akhir hidup karni satu angkatan muda yang hidup menghayati dakwahMu dan untuk da'wah-Mu,

Sesungguhnya wahai Tuhanku daripada-Mulah sebaik-baik ta'ziah di akhirat kelak Ian tar an Engkau mengurniakan karni kesernpatan berjurnpa dengan mereka.

25

Wahai Tuhanku, airmataku yang hangat ini, rindu kepada hati-hati yang menguntum bunga. Aku rindu kepada mereka dari kejauhan yangjauh ini.

Wahai. Tuhanku, mereka ini adalah hamba-hamba-Mu yang telah menyerahkan diri mereka dan harta mereka kepada-Mu, Tuhan-Ku, ampunilah kami dan mereka.

Saudaraku:

Cinta kepada Allah (s.w.t.) adaIah cita rasa dan rezeki dan rezeki pula itu bukanlah pada harta sahaja. Kerana sesungguhnya taqwa itu adalah rezeki dan iman itu adaIah rezeki. Bukanlah kekayaan, redha, aman dan ketenangan itu merupakan hasil-hasil dari persaudaraan? Manakah rezeki yang lebih besar daripada ini? Tidakkah anda merasakan di dalam perhimpunan kita, satu kebahagiaan yang mengatasi kemanisan benda dan kekuasaannya. Tidakkah anda merasakan di dalam kejernihan jiwa kita dan benarnya cinta kita, kedapatan satu perkara yang lebih mahal daripada hidup itu sendiri.

Sesungguhnya itulah nur dan cahaya yang menyinari segenap jurusan hidup ini lalu kita menghadapinya penuh tekad, cinta dan perasaan. Hidup, wahai saudaraku bukanlah harta dan pangkat sahaja. Kadangkala dengan hanya sepatah kata yang mendalem tetapi berkesan kerana bercampur dengan kebenaran itu boleh memberikan hidup, kebahagiaan dan kesegeraan kepada hati lebih dari segala apa yang disukai oleh ahli dunia.

Saudaraku, wahai contoh-contoh ukhuwwah (persaudaraan):

Allah (s.w.t.) mengetahui bahawa aku ini membawa kepadamu sedalain-dalam pengertian cinta kerana adabmu yang balk, sifat malumu yang halus dan lembut, perasaanmu yang mulia. Adakah lagi untuk kita selain daripada hati-hati yang suci di tengah-tengah gelap gelita ini, di tengah-tengah longgokan sampah sarap ini dan di an tara himpunan manusia yang sesat di dalam hutan rimba raya kebuasan binatang yang berupa manusia itu.

26

Sesungguhnya mendapatkan hati mu'min yang bersinar yang mencintai Allah (s.w.t.) dan Rasul-Nya dan bekerja untuk mengembalikan semula kemuliaan Islam itu. adalah sarna dengan penemuan gedung perbendaharaan setelah mengalami kefakiran dan kehinaan. Tetapi manakah gedung perbendaharaan (walau betapa banyak isinya) yang dapat menyamai hati seorang mu'min? Segala yang bukan agama hanyalah debu yang berterbangan. Segal a yang lain dari ikatan suci ini tidak bemilai langsung. Aku malu pada diriku lantaran kecuaianku terhadap hakmu.

Yaakhi;

Boleh jadi kamu tidak mengetahui bagaimana dalamnya cintaku terhadap saudara-saudara di Syria. Aku mempunyai ikatan-ikatan rohani yang mendalam dengan mereka dan aku selalu berkomunikasi dengan mereka. Terhadap saudarasaudara di Palestin, mereka itu juga memenuhi hatiku. Tetapi adakah lagi di sana saudara yang tidakku cintai?

Ya akhi,

Ada beberapa perkara yang menyebabkan aku menangis dan berdukacita, tetapi malangnya mereka tidak menyedari hal demikian kerana mereka tidak pemah hidup di dalam lingkungan cinta. Mereka itu bertindak tanpa mengetahui hakikat jiwa yang mendalam. Aku sungguh berdukacita mengenangkan mereka, aku masih merasa bertanggungjawab ke atas mereka kerana kita telah belajar memaafkan dan merelakan. Bahkan kita sentiasa merendah dengan segaJa kerendahan kepada mereka lantaran rahmat kasih sayang kepada semua saudara kita.

Yaakhi;

Selalu aku rasakan dalam diriku seolah-olah ada pukulan angin ribut memukul hatiku dan ini meresahkan dan menggugatku, jadi apakah yang mesti ku buat?

Ingatlah baik-baik wasiat ini: sesungguhnya kamu mesti membangkitkan ruh cinta di antara saudara-saudara seluruhnya. Inilah dasar pokok dari asal. da'wah kita.

27

Sekiranya cinta ini tidak ada, nescaya tidak ada sesuatu yang tegak untuk kita dan tidak ada jamaah bagi kita, kerana kita kenal dan kita juga mempelajari bahawa sesunggubnya, "da'wah itu adalah cinta dan cinta itu adalah da'wah dan tidak ada da'wah tanpa cinta", Pengertian besar ini tidak mungkin dapat disuburkan kecuali oleh orang-orang yang mempunyai akal yang besar yang dapat merasakan pengertian ini sebagai satu hakikat yang hidup di dalam perasaan dan lubuk hati mereka. Kita juga pada hari ini tidak dapat melarikan diri dari hakikatini, kita benar-benar memerlukan supaya 'ruh' ini pulang semula kepada kita. Cinta itu adalah ruh da'wah , Sekiranya hati itu adalah ruh kepadajasad maka sesunggubnya cinta itu adalah ruh kepada da'wah ini .

. Airmataku, inilah yang menjadi jalanku kepada ketenangan jiwa, ada kalanya rinduku meringankan dukacitaku dan kadang-kadang kesakitanku menyinari jalanku. Harapanku kepada pertemuan akhirat, mengurniakan kepadaku cita-cita yang mengingatkan aku ataupun memberi ta 'ziah kepadaku.

Ya akhi;

Keindahan itu adalah hasil dari pemberian ruh, perasaan, adab, sifat malu, tabiat suka mendengar dan kehalusan perasaan. Manusia yang telah dikurniakan dengan pemberian demikian, yang telah dihiasi oleh kesetiaan jiwa Ialu bersinar seperti lampu, terpancar dari wajabnya nur taqwa dan hidayat bagi siapa yang memandangnya. Siapa yang memandang Rasulullah (s.a.w), maka akan gerun kepada baginda dan barang siapa bergaul dengan baginda, dia akan mencintainya. Jadi sesiapa saja yang telah dikumiakan oleh Allah (s.w.t) dengan nikmat yang demikian, dia kewajipan menyempurnakan haknya, dia hendaklah berusaha menyatupadukan hati-hati manusia dan menyalakan rub mereka, menyerahkan Iimpahan hatinya kepada hati-hati saudara-saudaranya untuk mengikat hati-hati mereka untuk berjihad pada jalan Allah (s.w.t).

28

3

RISALAH KETIGA

Wahai anakku:

Engkau telah mengutus surat kepadaku lalu dengan mengatakan:

'Ayahku yang tercinta', oh; betapa bahagianya aku, betapa bangganya aku lantaran aku mendapat kedudukan demikian di sisimu. Demi Allah (s.w.t), sesungguhnya itu satu kemuliaan yang besar yang sungguhku banggakan. Kemuliaan ini akan terus menerus mendorongmu melayakkan diri dengannya dan menjadi ahlinya.

Aku berkata: "Inilah jasa da'wah yang utama. Kalaulah tidak kerana da'wah , kita akan berada di dalam satu alam yang tidak diketahui rahsianya kecuali oleh Allah Taala. Da'wah ini ya akhi. adalah ruh kewujudan kita dan rahsia perasaan kita yang mulia yang mengumiakan adab dan sifat malu. Sekiranya kamu ta'jub, maka kamu patut lebih ta'jub lagi terhadap apa yang terkandung di dalam dada dan dari apa yang tertunjang di dalam lubuk jiwa yang menimbulkan berbagai-bagai kesan. ltulah yang lebih besar dan lebih mendalam dan akan melimpahkan kebaikan dan rahmat kasih sayang pada suatu hari kelak.

Anakku:

Engkau berkata:

"Ayahku, sesungguhnya engkau telah mengikat daku dengan satu kekuatan yang tersembunyi".

Dengarlah: tatkala aku berusaha memenangi hatimu dengan seluruh perasaan dan cintaku, aku telah membenarkan anda. Dengan kata-katamu:

29

"Sesungguhnya engkau telah mengikat daku dengan satu kekuatan yang tersembunyi".

Dengan itu menjawabmu: .

"Sesungguhnya engkau telah mengikat aku dan telah menarik aku kepadamu dengan kekuatan itu sendiri. Kerana persediaanmu untuk kebaikan adalah kuat. Lihatlah kepada perkataanmu: sesungguhnya ikatan ini telah menjadikan hatiku terbuka untuk perkataanmu tanpa kehendakku dan kalimah itu menjadi kata-kata yang membawa pengertian yang besar".

Tahukali anda kenapa ini terjadi? Kerana sesungguhnya tatkala aku berkata-kata denganmu berada di dalam suasana kesabaran hati dan ruh bersama Tuhanku, kerana aku bercakap kepadamu keranaNya (kerana Allah Ta'ala).

Anakku:

Da'wah bukan di dalam satu jurusan sahaja. Jadi siapa merasakan lemah di dalam satu medan, maka di sana ada lagi berbagai-bagai medan lain yang memerlukannya. Al Imam al Syahid Hassan al Banna telah berkata:

"Pak tani yang menanam kapas mengetahui bahawa kapas itu memerlukan masa enam bulan untuk berbuah, adakah dia menunggu enam bulan tanpa usaha? Tidak. Dia menanam di sekitar kapas itu, tirnun, lobak, jagung, kobis dan lain-lain semen tara menunggu waktu kapas itu berbuah".

Kita hendaklah menyempurnakan hak da'wah dengan

amal (us aha) yang berterusan di segala medan. 'Sekurangkurangnya medan da'wah lardiah (dakwah individu) itulah medan yang paling berfaedah di dalam situasi ini. Sesungguhnya da'wah kita adalah da'wah alamiyah (da'wah sejagat) yang tidak boleh diberhentikan oleh kerana sesuatu kesulitan dan tidak boleh ditahan oleh satu kekuatan. Dia mesti bergerak terus dengan mempergunakan cara yang silih berganti dengan mengutamakan apa yang patut diutamakan dan didahulukan menu rut kemampuan dan kemungkinan suasana.

30

Ya akhi;

Aku takut memujimu (berdepan-depan) kerana takut kelak akan mensia-siakanmu dan juga aku. Aku takut kamu melupakan kurnia Allah (s.w.t) kerananya. Sebenamya kamu adalah tentera simpanan untuk tujuan yang agung. Lantaran itu pisahkanlah dirimu dari hawa nafsumu. Bebaskanlah dirimu dari sikap suka menonjolkan diri dan cintakan kemasyhuran. Awasilah dirimu dari sifat keakuan (egoisma). Hampirkanlah dirimu kepada Allah (s.w.t) dengan ibadat yang baik dan tawakkal yang sebenar-benamya. Belajarlah memuhasabah (meflgoreksi) dirimu setiap hari. Sehinggalah kamu akhirnya dapat membulatkannya dengan ikhlas untuk mendukung risalahNya yang kekal abadi yang sedang menunggu kemunculanmu.

Ya akhi;

Aku telah berkenalan dengan da'wah yang kekal ini tatkala umurku meningkat tujuh belas tahun. Dengan da'wah ini, Allah (s.w.t) menyelamatkan aku dari kemusnahan. Aku telah menghabiskan masa berpuluh-puluh tahun di lapangan da'wah ini, jadi telahku rasai manis dan pahit n\aungnya. Saat-saatnya aku rasakan semasa aku bersahabat dengan imam jamaah ini dan putera da'wah ini. Inilah kebahagiaan yang tidak dapat disangkal lagi. Aku juga merasai pahit maungnya dan alangkah dahsyatnya. Pun begitu tidak dapat dibandingkan dengan nikmat persaudaraan dan kemanisan cinta pada Alah Taala dan kerana Allah Taala. Sesungguhnya kami telah hidup di dalam bencana yang membunuh, kami tidak akan dapat terus hidup di bawah cengkamannya kalau tidak kerana madu cinta, kemanisan perjumpaan, kemesraan senyuman dan kehalusan muamalah (pergaulan). Oleh itu aku berkata kepadamu:

"Persaudaraan, persaudaraan (ukhuwwah), semoga kelak kaumku akan mengetahui, lalu mereka bangkit dan beramal,kerana jiwa-jiwa itu pernurah, setia, penuh melimpah ruah dengan iman".

31

Yaakhi;

Ku wasiatkan kepadamu supaya beradab, membulatkan (taharryd) tujuan kepada Allah (s.w.t) dan ithar (mengutamakan saudaramu lebih dari diri sendiri) kerana inilah perkara-perkara yang jarang terdapat di zaman ini. Inilah satu tradisi yang teguh dan dipusakai di dalam da'wah kita. Kita mempusakainya dan menyedutnya dari generasi pertama, iaitu generasi sahabat-sahabat Rasulullah (s.a.w). Di kalangan orang lain yang bukan gulungan kita kedapatan cemburu dan terjadi ananiah (egoism), sebaliknya di kalangan kita hanva kedapatan:

Firman Allah Taala:

"Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin} alas

diri mereka sendiri ",

(AI Hasyr: 9)

"Mengutamakan saudara-saudara lebih dari diri mereka sendiri".

Mereka bergembira kerana orang-orang yang dicintainya itu bergembira. Pada jalan itu, mereka menyerahkan perasaan mereka lebih dari perhitungan dan cerita. Inilah yana akhi yang tercinta, ummah yang baharu dan ummah yang tunggal lagi unik.

Aku telah berjumpa dengan saudara-saudara yang selalu menyusahkan aku sehingga tiada suatu syafaat yang aku dapati di sisi mereka kecuali air mataku. Kerana sangat cintaku kepada rnereka, aku sentiasa berkata kepada mereoka dengan kata-kata yanga tak pernah terbayang di ' dalam fikiranku sebelumnya. Aku mendapat ilham di hadapan perasaan yang memancar ini dan tidak dapat di bendung lagi. Itu merupakan detik-detik nur dan cahaya yang jarang tandingannya.

32

Semoga gambaran dan pemandangan ini mungkin boleh dibanyakkan dan dijelaskan. Yang demikian itu sangat susah terjadi kecuali tatkala terbalik dunia ke akhirat.

Akhi;

Sesungguhnya bunga-bunga itu telah mekar dan buahbuahnya telah masak dan ranum. Telah jadilah untuk kita satu bahasa yang baharu, lebih enak, lebih indah, lebih manis dan lebih sedap, kerana sesungguhnya saudara-saudara telah mengecapi nikmat ·yang agung terdapat di dalam persefahaman, percantuman dan cinta, lalu mencetuskan kesedaran di dalam hati dan membawa kehidupan ke dalam kewujudan perasaan.

Sesungguhnya saudara-saudara telah mengetahui nilai kemanusiaan mereka, hakikat kewujudan mereka dan rahsia penciptaan Allah (s.w.t) terdapat mereka. Inilah yang meningkatkan nilai hidup, nilai waktu, dan nilai da'wah di dalam pertimbangan fikiran mereka. Itulah yang melahirkan kebangkitan rohani:

Firman Allah Taala:

,-::" .. '" .. { ... { ........ ~~ )-

\...:...U ~ • >1 ~ I~;._ -.

~ .... ~_, ~ _,-~

...

"Kamu adaluh umat yang terbuik yang dilahirkan untuk manusia".

(Ali Imran: 110)

Itulah satu kebangkitan yang baharu untuk kehidupan Islamiah yang maju dan tinggi berasaskan kesedaran. kefahaman dan percaya kepada pertolongan Allah (s .w. t).

Kamu, ya akhi. kau dan aku adalah laksana kejutaan yang lalu melintasi kengerian jahiliah yang sedang kita harungi ini. Sesungguhnya orang-orang yang memiliki perasaan yang tinggi adalah jarang, kerana di alam kita jarang kedapatan orang-orang yang sentiasa merasai segala kehodohan dan keindahan, segala kejahatan dan kebaikan yang bergolak di sekitar mereka. Mereka merasa sakit terhadap kejahatan.

33

gembira terhadap kebaikan. Mereka tidak hidup untuk diri mereka. Mereka itu adalah 'ashaburrisalah'. Tugas iniIah yang menyibukkan mereka dan mengganggu keselesaan tidur mereka. Sifat-sifat kemanusiaan yang seperti itulah merupakan keistimewaan manusia yang paling tinggi. IniIah hakikat yang meletakkan martabat terhadap orang-orang yang dipadukan hati-hati mereka oleh Allah (s.w.t), Iebih tinggi dari pemikiran manusia yang hidup tetapi seperti orang mati, mereka mempunyai hati tetapi tidak memahami hakikat ini. Kehidupan hati ini merupakan satu kebahagiaan:

Firman Allah Taala:

J .J. ~lt'" -: • .J. ., 00 J. »>.»> .~'" ...... it_:"'

)~J~'.J~~- ""'_,.:...\-.0:'~\~~

~~-~Qt~~\~t

"Wahai orang-orang yang beriman penuhilah seruan Allah (s. w. 1) dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu ",

(AI AnfaaI: 24)

Oleh itu, hati yang hidup merupakan perbendaharaan yang besar untuk menyimpan rahsia-rahsia Allah (s.w.t) di alam ini dan di sinilah tempat turunnya nur dan hidayat.

Firman Allah TaaIa:

... ~ .>.'r .... ~ f J. }/}/ ....... 7/..:; //

';Jl0-!fJ W l;_; ~ ~\~J~J

"Dan barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk oleh Allah) tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun ".

(An Nuur: 40)

Apabila hati-hati itu telah bangkit dan sedar, segal a kedudukan akan berubah dengan Iimpah kurnia Allah (s.w.t). Oleh itu tugas kita yang terpenting adalah menghampiri dan menawan hati-hati yang sesat itu, dengan menghulurkan kepadanya segal a perasaan cinta dan kebaikan. Kita hampiri

34

hati-hati itu dengan lemah lembut dan kasih sayang. kerana mereka belum mengetahui apa yaJ;lg telah kita ketahui, belum merasai apa yang telah kita rasai. Itulah sebabnya Rasulullah (s.a.w) bersabda:

"Wahai Tuhanku berilah hidayat kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak rnengetahui".

(Hadith)

Sebagaimana yang pernah dikatakan oleh Imam kita al Syahid Hassan al Banna:

"Jadilah kamu seperti pokok buah-buahan, manusia membalingnya dengan batu dan ia membalas dengan buah".

Kita mesti berusaha dengan segala kebenaran cinta terhadap cinta terhadap manusia demi membuka hati dan membangunkan perasaan mereka supaya akal mereka memahami apa yang kita bawakan kepada mereka setelah itu.

Aku sangat yakin dan percaya dari realiti pengalaman yang panjang bahawa kecacatan itu bukanlah terdapat pada semua man usia. tetapi selalunya berpunca dari kecuaian pendukung da 'wah yang muslim terhadap saudara-saudaranya muslim. Aku yakin bahawa setiap pemuda muslim memerlukan hati yang pengasih, penyayang dan menghormatinya. Oleh kerana ia tidak menemui hati yang demikian di dalam masyarakat yang digauli maka sekali gus dia membenci manusia kerana mereka telah membiarkan hatinya gersang dengan kasihan. Sekiranya hati ini dia dimesrai oleh hati yang pengasih yang telah mendapat nur ini, dia akan menjadi orang yang pertama dan bersegera menggabungkan diri ke dalam angkatan da'wah ini.

Allah (s. w. t) mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak pernah putus harapan terhadap mana-mana manusia. Ya, adakalanya sebahagian dari 'manusia susah ditundukkan

35

kepada al haq akan tetapi dengan kesabaran, dengan hilm dan dengan doll dari hati (ikhlas) masaalahnya akan mullah diurus.

Ya akhi;

Aku tidak akan memandang ke belakang. tetapi sebaliknya aku berusaha setiap detik dengan amal yang baharu untuk da'wah, Aku berfikir, hatiku sentiasa terbakar dan aku terasa tersiksa kerana melihat muslimin hidup di dalam kelalaian. Aku mencintai saudara-saudara. Aku sentiasa menganggap bahawa cinta mereka ini ibarat iksir al hayat (geliga hidup) dan kebahagiaa:n yang sentiasa memberiku bekalan dan bahan bakar. Aku akan terus mernbaca, berfikir dan mengenali seorang saudara baharu. Akan ku tulis risalah dan surat kepada saudara-saudaraku selagi aku mampu. Akan aku balas surat-surat mereka. Aku akan berbicara dengan mereka dengan suara. Aakan ku ikat tali sillaturrahim kamu ini dengan pemuda yang sebaya dengannya.

Aku sebutkan kebaikan pemuda ini dan kepada pemuda itu supaya keduanya berkasih sayang. Aku merasa sungguh bahagia tatkala melihat seorang saudara mencintai saudaranya. Saudara yang kedua mencintai yang ketiga dan yang tiga mencintai yang ke empat. Aku benci melihat seorang saudara yang bersengketa dengan saudaranya ataupun melupainya. Aku berharap supaya setiap saudara itu bangun melaksanakan kewajipan da 'wah lalu dia hidup di dalam kebahagiaan.

Yaakhi;

Izinkanlah aku berkata kepadamu, bahawa sesungguhnya tidak ada ertinya hidup kita tanpa aqidah dan tidak ada aqidah kecuali Islam. Kita tidak wujud untuk di muka bumi ini tanpa wujudnya kejadian dan tidak ada kejadian untuk kita kecuali dengan daulah Islam dan tidak mungkin bangun daulah Islam. kecuali dengan asas yang tegap dan kukuh. Iaitu mengenali tujuannya di dalam wujud ini dan berusaha merealisasikan segal a cita-cita dengan penuh kesedaran, kefahaman, kebenaran dan Resabaran. Sesungguhnya um~

36

mah yang berusaha sungguh-sungguh untuk hidup tidak mungkin mati. Selagi kita berjalan di atas hidayat Allah (s.w.t), berlandaskan kitabNya dan sunnah RasulNya kita tidak akan sesat jalan selarna-lamanya, kerana keikhlasan itu arah kita dan kebenaran jalan kita.

Firman Allah Taala:

e

i~~~\jlY.~~~~~ji

. ... ...

.::.

- ../ r r » ... .1 0 ""'_" t.". .".

~_,l:J\-: r;t~ ... ~\-:,,_, .. > ... "_,:;\ .r-: t,

-...... ~ :J ... ~J·~dJ

~ ....

"Katakanlah: "Inilah jalan {agamalku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak {kamu} kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Malta Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik ".

(Yusuf: 108)

Saudaraku:

Oi sana di dalam dunia ini ada sumber kebahagiaan akan tetapi kebahagiaan itu tidak akan sampai kepada lubuk hati kita dan sumber perasaan kita. Kerana kebahagiaan kita terletak di atas tercapainya cita-cita kita, cita-cita umat yang telah ditindas dan cita-cita bangsa-bangsa yang telah ditimpakan azab yang pahit. Kebahagiaan kita menuju kepada tujuan yangjauh yang tidak akan menjadi realiti kecuali dengan nilai-nilai yang tinggi, cita-cita yang agung dan jiwa-jiwa yang besar. Kebahagiaan kit a dengan cinta yang memadukan hatihati itu di atas tujuan yang paling tinggi dan risalah yang paling mulia di dalam wujud ini. Jadi cinta kita mengalir dari ruh al aqidah yang meninggikannya dan meningkat terus dengan akhlak dan perasaan kita. Oleh kerana itulah cinta di antara kita adalah sebagai ruh yang tidak disaduri oleh kebendaan.

Saudaraku:

Tidak ada yang dapat memadamkan ini kecuali satu pertemuan "sebagai saudara-saudara yang berhadapan-hadapan di atas dipan". Itulah cita-cita yang diidamkan yang dicari-cari

37

dengan segenap kerinduan. Betapa besarnya harapanku supaya Allah (s.w.t) memadukan .kita dengan segenap orang yang ku cintai dari saudara-saudara kita di dalam satu barisan laksana bangunan yang tersusun rapi, lalu kita menemui Allah (s.w.t) sebagai syuhada',. supaya kita menikmati cinta ini, cinta yang tidak dapat kita nyatakan dengan ibarat atau kata-kata akan apakah hakikat sebenarnya:

Firman Allah Taala:

oJJ' ~"'",. A

,:" '-,'" }o)o&"''''I':"'''''

cJ'.'oz '0 4_j...-.oJ' u'~\·

-_,,,, ~iJ- J ~

"Mereka merasa bersaudara duduk berhadapan di alas

dipan-dipan ",

(AI Hijr: 47)

Alangkah indahnya ibarat dan kata yang memuaskan hati, yang sentiasa merindu bayangan yang terbang melayanglayang di rihabil-khulud yang abadi.

38

4

RISALAH KEEMP AT

Yaakbi;

Aku, seperti apa yang kau lihat adalah seorang Ielaki yang dimabuk einta kepada saudara-saudaranya serta tidak punya peIabuhan di dalam dunia ini kecuali hatfdan jiwa. Inilah rindu yang agung dan perasaan yang subur yang telah dijadikan Allah (s.w.t) di sisi orang-orang yang berkasih sayang, pada Allah (s.w.t) yang saling ziarah menziarahi dan duduk bersama (di dalam satu majlis) kerana Allah (s.w.t).

Yaakhi;

Aku ini bukanlah seorang guru di dalam kelas dan bukanlah seorang penasihat di dalam masjid. Urusanku ini lebih besar dari semua itu iaitu aku meneari hili yang agung dan jiwa yang besar.

Sesunggubnya kita telah mempelajari tentang itu dari al Imam as Syahid Hassan al Banna. Beliau akan duduk setelah tamat berbieara atau setelah habis memberi syarahan demi meneari hati-hati yang demikian di kalangan orang-orang yang telah tertarik dengan ueapannya. Beliau berkenalan dengan meteka, lantas mendidiknya ke satu hakikat yang lebih besar dari pandangan manusia dan di luar lingkungan kita. Jadi aqldah·Isllrm disertai dengan perasaan einta kerana Allah Taala menghapuskan segala perbezaan yang beraneka ragam dan mengatasi kisah-kisah dan hikayat-hikayat yang direka oleh akal yang hidup di alamjahiliah.

Setiap kamu tidak kira umur dan taraf kedudukan di dalam masyarakat akan merasa kebaikan apabila mereka telah asyik dengan Islam dan urusan mereka di dalam persamaan einta

39

pada Allah (s.w.t) adalah diumpamakan seperti bejanabejana yang dipenubi air kemudian digoncangkan lantas tiap satu daripadanya mengairi yang lain, saling menerima dan

. memberi.

Dengarlah ya 'akbi;

Aku tidak mengenalmu dari kekosongan. Sebenarnya jiwajiwa kita telah berkenalan dari semenjak alam benih lagi, kerana jiwa-jiwa itu laksana pasukan tentera yang beratur rapi. Jadi anda bukanlah orang baharu atau masih anakanak. Maka rinduku kepadamu dan cintaku kepada jiwamu kembali kepada pangkal itu. Tidaklah wajib bagi kita berusaha menghampiri hati manusia untuk membuktikan perkenalan itu. Adakah da 'wah ini terbatas di atas satu gulungan manusia yang bidup untuk dirinya sahaja? Kalau begitulahjadinya, di manakah kebidupan risalah dan amanah yang telah diwajibkan Allah (s.w.t) kepada kita? Aku berkata terns terang kepadamu dengan sebenar-benamya dan seikhlas-ikhlasnya bahawa sekiranya anda tidak berusaha untuk mengenaliku, tentu aku akan berusaha menggunakan perasaan yang dikumiakan Allah (s. w. t) kepadaku supaya kama menjadi manusia yang ku cari selama ini untuk mendukung risalah dan amanah ini, risalah dan amanah da'wah al Islam.

Dengarlah ya akhi;

Sesungguhnya tugasku ini adalah mengalir dari limpahan hati, perasaan, airmata, rindu dendam, idaman, kesakitan dan kasih sayangku, dari dahsyatnya kesengsaraan dan dukacita, dari beratnya bebanan amanahku, takut dan gerun menghalangi satu hari di mana manusia akan ditanya tentang umumya bagaimana ia dihabiskannya. Hakikat inilah atau sebahagian dari hakikat lnilah yang menjadikan daku berusaha sungguh-sungguh untuk mengenalimu supaya anda menjadi penolong, pembantu, yang akan memberi dan berfaedah serta membangkitkan kebidupan cita-cita dan sinar. Kita .memerlukan jiwa yang baharu, telah bangkit dan berkembang di dalam diri generasi ini dan menarik tangannya

40

untuk berda;wah dan berjihad. Inilah rahsia kesungguhanku kepadamu dan kesungguhanku berbicara denganmu kerana berharap kepadamu supaya kamu meniupkan di udara masyarakat kita jiwa yang hidup, positif dan persaudaraan . Islamiah yang hampir-hampir hilang dari kalangan kita. Inilah hakikat dan Allah Maha Mengetahuinya.

Ya akhi;

Aku telah letih lantaran diamuk perasaan dan gelora hati, setiap orang dari saudara-saudara meminta supaya diadakan majlis rohani yang tersendiri bersama jiwaku dan hatiku.

ltu adalah satu tugas yang sangat penting dan susah, kerana usaha memerlukan himpunan segala kudrat kemampuan, segala perasaan untuk berbicara dengan hati manusia. Lantaran inilah aku menjadi penal. Sungguhpun demikian, aku tidak dapat menahan arus ini kerana itulah kehidupan, itulah nur, dan itulah kebahagiaan. Tiap-tiap hari semakin bertambah keletihan padahal kesetiaan tidak dapat dielakkan.

Percayalah, ya akhi bahawasanya aku ini memandang diriku ini terlalu kecil apabila berhadapan dengan jiwa para pemuda yang menguntum mekar dengan keagungan adab dan kesedaran mereka. Oh; sekiranya kamu membaca surat-surat mereka ataupun mendengarkan cita-cita mereka ataupun kamu hidup di dalam lingkungan mereka? Demi Allah (s.w.t) aku sungguh merasa rendah diri bila berhadapan dengan jiwa mereka. Sedarkah kita? Mengapa klta tidak bergerak cepat di dalam perjalanan ini sebelum kita dihisab Allah (s.w.t) Iantaran kecuaian kita.

Aku berharap kepadamu supaya mendorong para pemuda menulis kerana penulisan itu mendedahkan berbagai pengertian, lombong ilmu dan keutamaan yang luar biasa. Sebenarnya aku telah mengetahui bahawa kita perlu bergaul dengan pemuda-pemuda ini dari titik tolak yang baharu. Realitinya bahawa kesedaran mereka lebih tinggi dari umur mereka. IOta tidak mungkin mengenali realiti ini kecuali melalui

41

penulisan mereka. Oleh kerana itu bukalah jalan seluasluasnya di hadapan mereka sehingga mereka dapat menggali lombong-Iombong fikiran yang mahal itu. Dari sinilah kita bertolak melalui marhalah-marhalah (peringkat) yang lebih luas demi membangunkan mereka dan memberikan hak-hak mereka.

Yaakhi;

Di atas tengkukmulah terletaknya mas'uliah (tanggungjawab) yang agung ini untuk matlamat yang mulia ini.

"Dunia seluruhnya memerangi Islam".

Bagaimanakah pendapat saudara? Apakah yang perlu kita lakukan di dalam menghadapi situasi yang gawat ini? Aku akan berkata . sekurang-kurangnya kita,menyelamatkan angkatan para muda kita dari kemusnahan. Apabila kita tidak mahu menyelamatkan mereka, mereka akan menyebelahi musuh-musuh Islam dan tanpa putera-putera kita, senanglah kerja-kerja mereka. Bagaimanakah jadinya kalau putera Islam itu memusuhi kit a? Inilah bencana yang maha besar.

Kita tahu bahawa para pemuda muslim itu hidup di dalam kejahilan terhadap agama ini. Buktinya adalah keadaan kamu sebelum Allah (s.w.t) memberi taufiq kepadamu:

Firman Allah Taala:

"Begitulah keadaan kamu dahulu lalu Allah {s. w. t) menganugerahkan nikmatNya atas 'kamu ",

(An Nisaa: 94)

Kalau begitu, kamu dan saudara-saudaramu yang telah mendapat hidayat dan nur dari Allah (s.w.t), mestilah merasa berkewajipan untuk berusaha sungguh-sungguh dengan pemberian cinta, dengan kefahaman yang sedar, sabar dan

42

hebat untuk sampai kepada hati angkatan muda ini walaupun keadaan mereka seperti apa yang kamu katakan kepadaku:

"Kamu mencintai mereka" dan kamu berkata kepada kita:

"Kita mencabut (perasangka) sebahagiannya dari hati kita tetapi mereka membenci kit a dan mereka memandang kita dengan pandangan dengki".

Umat Islam mahukan supaya kamu menjadi guru dan da'i, walaupun dengan da 'wah kamu ini membawa kesengsaraan alam di dalam hatimu tapi kamu suluh jalan ini untuk putraputranya dengan cinta yang benar dan mendalam. Kikislah segal a waham dan syak wasangka dari dirimu dan ketahuilah bahawa jalan ini tidak selamat dari penipu dan orang munafiq. Tetapi semua itu tidak menghalang kita bekerja terus tanpa berundur dan ragu. Betapa banyak bencana dan ujian yang menimpa kita. Tetapi kafilah dan angkatan ini berjalan terus.

Dengarlah ya akhi;

Mestilah bersabar, Aku yakin dan percaya sekiranya als,hi nienghampiri salah seorang dari mereka selangkah demi .selangkah dengan kebaikan akhlak.

, .. "'1 L" 1 ,~~ ,/k

~~)~~~~~I

~!I'LJI~Jj~) ~

. "Engkau hubungi yang memutuskan engkau dan engkau memaafkan yang menzalimi engkau dan engkau berbuat baik kepada yang berbuat jahat kepadamu".

(AI-Hadith)

Nescaya kamu akan berhasil. Inilah tugas pendukung da'wah yang cerdik cendekia. Jadi bangunlah bersama dengan saudara-saudaramu yang tercinta untuk melaksanakan kewajipan sud ini dengan iman yang teguh dan tidak bergoncang. Di sana masih banyak lagi kedapatan hatihati yang masih dara, murni, bersih dan sud yang sentiasa

43

menunggu-nunggu kemuneulan kamu dan mengharapkan kedatangan kamu kepadanyasupaya kamu menghulurkan perasaan cinta pada Allah (s. w. t) dan kerana Allah Taala, dan bertujuan menyelamatkan mereka dan membawa mereka kembali semula ke jalan Allah Taala.

~;~)1z>:a'~~~~~ :~j1

c ... ~~ ...1 ........ '"

&~- ,; ... ~~

"Adakah orang yang berjalan terjungkel di alas mukanya itu lebih banyak mendapat petunjuk ataukah orang yang berjalan tegak di atas jalan yang lurus".

(AI-Mulk: 22)

Firman Allah Taala:

"Allah Is. w. t) kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan ".

(Ath-Thalaaq: 7)

Ya'akhi;

Sesungguhnya urusan ini memerlukan amal yang berterusan untuk menembusi taman sari hati-hati ini. Aku mengaku bahawa kita selalu ketinggalan di dalam urusan ini. Kita wajib meneari dan menggali lombong-lombong hati yang terbaik ini. Kerana itulah lombong-lombong yang rnahal dan istimewa. Di samping itu kita wajib hidup di dalam hati-hati mereka. Kita berusaha membangunkan perasaan mereka sehingga menyedari kewujudan mereka. Kamu akan mendapati di sana banyak unsur-unsur yang jauh lebih mulia dari kita sebagaimana yang telah dikatakan oleh al Imam at Syahid Hassan at Banna:

44

\

"Berapa banyaknya dari kita tetapi bukan pada kita dan berapa banyaknya pada kit a tetapi bukan dari kita",

Demi Allah (s.w.t) aku lebih melihat angkatan muda yang kecil yang berumur lebih kurang lima belas tahun. Mereka membingungkan daku bahkan mereka memenatkan aku, lantaran kesungguhan, keikhlasan dan semangat mereka yang berkobar-kobar terhadap Islam, aku beriman dengan iman yang tidak ada syak padanya;

"Bahawasanya masa hadapan adalah untuk agama ini".

Akan tetapi masa depan bukanlah bagi orang-orang yang lalai.

Wahai Ikhwah;

Janganlah kamu menghina seseorang kerana sesungguhnya Allah (s. w. t) memilih siapa yang dikehendakiNya dari hambahambaNya. Satu ketika kelak kamu akan melihat bahawa kedapatan manusia yang menunggu-nunggu tang an kit a untuk menarik tangannya. Ada manusia berharap-harap untuk mengenali da'wah kita dan menunggu-nunggu siapakah yang akan memanggilnya dan membangkitkan cita-cita padanya.

45

5

RISALAH KELIMA

Ya akhi;

Apabila kau telah berjaya merebut cinta seorang manusia, ziarahilah dia, janganlah takutkan kejemuannya, jadilah kau laksana matahari terbit setiap pagi, janganlah kau menziarahinya seperti bulan sabityang datangjarang sekali.

Sebenarnya aku suka menziarahi saudara-saudaraku setiap hari ·sekiranya aku mungkin berbuat demikian. Tetapi aku . tidak mampu. Apakah yang mendorong aku menziarahimu?

Ialah kerana aku berharap supaya kamu memberikan

. kepadaku hati-hati yang telah kamu menangi dari kalangan pemuda-pemuda yang sesat di dalam gelap gelita di dalam berbagai-bagai peristiwa. Iaitu dari kalangan pemudapemuda yang sedang merindukan tangan-tangan pengasih yangberwudu', pemuda-pemuda yang kita mesti bersama mereka dengan segenap hati dan kejadian kita. Tidaklah dinamakan kesetiaan terhadap da'wah kalau kita hanya merasa berbahagia dengan da'wah kita dan bergembira dengannya tanpa orang lain dari kita.

"Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dicintai untuk dirinya".

(Hadith Rasulullah (s.a.wj),

46

Sesungguhnya da'wah kita bukanlah da'wah tempatan sahaja dan tidak ada padanyaasabiah (perkauman). Da'wah kita untuk seluruh manusia. Oleh kerana itu da'wah kita adalah da'wah 'alamiah (internasional). Adalah satu kesalahan membatasinya kepada satu negeri atau benua. Kalau kita telah berbuat demikian, maka kita tidak lebih daripada sahabat-sahabat biasa sahaja kepada manusia. Tetapi hakikat itu lebih besar dari ini, kita adalah da'wah,. harakah dan risalah.

AI Imam al Syahid Hassan al Banna berkata:

"Sekiranya aku mampu aku suka menyampaikan da'wah ini kepada setiap anak yang dllahirkan".

Dengarlah; berapa banyakkah saudara-saudara yang kamu telah cintai? Bayangkanlah apabila kamu bangun melaksanakan kewajipan da'wah ini, kamu akan mencintai banyak orang dan banyak pula yang akan mencintai kamu. Kamu akan merasa sungguh bahagia dengan hati-hati mereka dan hati-hati mereka merasa bahagia dengan hati kamu. Apa yang akan ku katakan kepadamu. Sesungguhnya kamu dan saudara-saudara kamu yang tercinta yang berada di sisi kamu itu merupakan peluang keemasan yang tidak ternilai di kalangan generasi ini kalau kamu dapat mempersatupadukan mereka di atas jalan Allah (s. w. t),

Sebenarnya banyak hati-hati manusia yang tersorok, yang terasing dan dilupakan. Apabila Allah (s.w.t) menghendaki mendapat hembusan seruan .da'wah, sentuhan dari tangan yang lembut dan pandangan yang redup, dia mudah menguntum dan mekar laksana sekuntum bunga yang sedang mekar, lantas jiwa-jiwa itu akan mengadap laksana mengadapnya siang hari dan perasaan itu mengalir laksana mengalirnya sungai-sungai. Lahirnya fitrah kemanusiaan menurut hakikatnya yang Rabbani yang memancarkan cahaya dengan petunjuk al haq lalu bangkit membina dan membangun.

Aku berharap supaya kamu menjadi da'i, pendukung, kerana kamu telah dikurniakan oleh Allah (s. w. t) kebaikan

47

akhlak dan kebagusan sikap dan pergaulan yang bagus. Aku telah mengenalimu tatkala menemuimu Ialu aku mendapati di dalam dirimu terdapat cita-cita yang mulia.

Serulah manusia kejalan Tuhanmu dengan kemuliaan yang telah dikurniakan Allah (s. w. t) kepadamu.

Hiduplah bersama pemuda-pemuda yang yatim piatu ini yang tidak punya tujuan dan cita-cita.

Hampirilah hati-hati mereka sehingga menguntum dan mekar bunga-bunga, sehingga bangun jiwanya. berkobarkobar semangatnya dan menyala-nyala cita-citanya, supaya mereka menjadi bekalan dan sahabat kita yang setia di dalam da'wah yang mulia ini.

Ya ak.hi;

Adakah kamu fikir bahawa aku dapat hidup lagi bersama kamu selepas aku berbieara dengan kamu di hari ini.Katakataku ini adalah intisari hatiku dan semerbak harum perasaanku yang hampir-hampir bersuara kerana sangat berat menanggung einta yang agung kepadamu. Gabungkanlah dirimu dengan angkatan da'wah dan jihad ini· dan serahkanlah cintamu kepadanya.

Yaakhi;

Apabila kamu melihat muka-muka generasi baharu Islim ini, laksana taman bunga yang di lengkungi cahaya demi eahaya, diliputi bunga demi bunga yang sedang menguntum dan mekar, angkatan mudayang disinari wajah-wajah mereka dengan nur dari Allah (s.w.t), penuh keindahan, kehebatan, kesuburan, ketenangan orang-orang yang bertaqwa, kau akan melihat diriku seolah-olah bersama mereka, berada di langit, penuh kebahagiaan yang tidak dapat diatasi ' oleh satu kebahagiaan lagi. Aku suka kekekalan perasaan ini padaku. Itu telah meneukupi.

Ya ak.hi;

Kita telah mendapatkan kenderaan da'wah Islam, lantaran

48

\

itu fitrah manusia berangkat menunjukkan kewujudannya di halaman Islttm. yang agung itu yang memberikan segala sesuatu akan haknya di dalam wujud ini. Jadi cinta yang telah sampai di dalam hati kita akan terus naik lebih jauh ·lagi melampaui pengetahuan kebanyakkan manusia. Berapa malamkah sempat kita berjaga di halaman al haq, kebaikkan dan hidayat. Betapa banyakkah air mata yang telah kita cucurkan di kala sujud dan ruku', pekikkan ruh menerbangkan kita berlegar-legar di alam ghaib dan .alam nyata? Betapa banyakkah saat-saat keadaan yang genting yang telah kita hayati tetapi kita tidak memperdulikannya dan kita tidak takut? Betapa banyakkah peristiwa yang kita laksanakan lalu disempumakan?

AI Imam al Syahid Hassan al Banna adalah seorang pembina yang menyatupadukan hati-hati manusia dan meneguhkan ikatannya, beliau mewasiatkan supaya menjaga hubungan yang kuat itu terhadap saudara-saudara. Bahawa di dalam perhubungan ini sekurang-kurangnya bersangka baik dan setinggi-tingginya ialah al ithar (mengutamakan saudara kita lebih dari kita sendiri).

Ya akhi;

Sesungguhnya aku mencintai semua saudara kita yang berada di medan yang luas ini, aku amat suka sekali sekiranya aku dapat memberikan hak itu kepada setiap orang yang berhak. Tetapi kemampuanku terbatas. Sungguhpun demikian aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyempurnakannya. Beberapa hari yang lalu, seorang akhi (saudara) bertanya kepadaku:

Dia berkata: "Kamu mencintai tiap-tiap saudara kita. Tetapi adakah perasaan cintamu terbadap mereka itu sarna sahaja?

- Jawapannya dia sendiri pun tabu. Sungguhpun demikian aku berkata kepadanya: .

"Pada pandanganku mereka itu semuanya seperti buahbuahan, semuanya ku sukai walaupun sebabagiannya lebih ku cintai daripada sebahagian yang lain".

49

Yaakhi;

Da'wah. ini adalah pemberian dalam perniagaan (ar'dhun), maka setiap pemberian itu menarik dan baik, sudah tentu manusia tertarik dan suka membelinya. Berapa bulan yang Jalu aku terbaca ten tang kemelesetan ekonomi dunia. Menurut pendapat penulis be rita itu antara sebab-sebab kemelesetan itu adalah kerana tidak adanya orang-orang yang mampu memperbaikki pamiran (exhibition) barang-barang itu samaada di tempat pemiagaan ataupun di pasaran dunia. Jadi tatkala aku membaca kata-kata itu, aku kembali memikirkan da'wah Islam yang ku cintai ini lalu aku berkata pula diriku: wahai subhanaalah, Maha Suci Allah (s.w.t) sesunggubnya da'wah kit a ini akan terhenti dan terencat apabila tidak kedapatan lagi para da'i yang ilmiah, yang berusaha sungguh-sungguh memperbaikki pembentangan (pamiran) da 'wah Islam dan tidak bijak melaksanakan urusan da'wah dengan sebaik-baiknya. Jika ini berlaku maka akan terhentilah harakah Islam.

Marilah wahai para penyeru angkatan da'wah.

"Serulah {manusia} kepada jalan Tuhanmu dengan hikmat (kebijaksanaan) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang leblb baik' '.

(An Nahl: 125)

Yaakhi;

Pad a tahun 1951 aku telah kembali dari pembuanganku di Asiyut untuk bekerja di kota Iskandariah. Di kala itu jamaah al ikhwanul muslimin dibenarkan secara resmi untuk bergerak semula setelah ditimpa bene ana dan ujian di tahun 1948. Satu daripada tradisi Ikhwanul Muslimin di pusat-pusat

50

peIjumpaan dan markas mereka adalah menyediakan seorang penyambut tetamu yang menunggu di pintu markas yang dinamakan Muraqibuddar (pengawal rumah atau markas). Tugasnja adalah menyambut baik saudara-saudara dan para pelawat. Apabila aku datang melawat ke markas itu, aku terkejut kerana al-akh yang dahulunya ditugaskan untuk mengawal itu telah ditimpa satu kemalangan kebakaran yang menyebabkan cacat sebahagian anggotanya. Sungguhpun demikian, Ikhwanul Muslimin telah meletakkannya berkhidmat di tempat lamanya. Jadi berkatalah aku kepada Ikhwan:

"Sesungguhnya kita semua menyintai saudara pengawal, tetapi ini bukan tempatnya lagi. Kerana Rasulullah (s.a.w) telah memilih para utusan baginda dari orang-orang yang mempunyai sifat-sifat yang tertentu, di antaranya ialah baik bentuk dan sikapnya. Dia ini adalah utusankita untuk menyambut tiap-tiap orang yang datang. Apabila kita mencintai saudara kita, kita mestilah meletakkannya di tempat yang munasabah. Kita letakkan tiap-tiap orang yang munasabah di tempat yang sesuai dengannya".

Yaakhi;

Di dalam seerah RasuluUah (s.a.w) kedapatan banyak tanda-tanda yang nyata dan kesan-kesannya menonjol dan dalam walaupun aku telah membacanya pada tahun-tahun yang lalu tetapi aku tidak memahaminya seperti apa yang aku faham mengenainya pada hari-hari ini. Aku tidak merasainya sebagaimana aku merasainya pada hari-hari ini.

Sesungguhnya para sahabat Rasulullah (s.a.w) yang mulia itu benar-benar gembira kerana mereka itu hidup bersamasama di halaman hati Rasulullah (s.a.w). Tidak syak lagi bahawa kebahagiaan mereka itu mengatasi segala kebahagiaan. Hidup mereka bersama Rasulullah (s.a.w). kehidupan mereka bersama baginda dibaluti kegembiraan, semuanya nikmat. Sekiranya kita bandingkan kebahagiaan mereka bersama Rasulullah (s.a.w) dengan apa yang kita rasakan terhadap saudara-saudara kita,. kita akan dapat mengetahui hakikat ini. Bahawa kita ini miskin dan lemah,

51

dalam memberi dan menerima kebabagiaan dan kasib sayang terbadap saudara-saudara kita. Alangkah bahagianya para wali, kekasih Allah, dari sahabat-sababat yang agung itu.

• •

52

6

RISALAH KEENAM

Ya akhi,

Aku mengaku dengan kecuaianku yang sangat itu terhadapmu. Aku merasa sungguh kesal dan dukacita. Aku tidak tahu kenapa ini boleh berlaku? Walau bagaimana pun alasan keuzuran (excuse) aku telah menyesal, walau apa pun yang telah ku buat, aku tidak dapat mengembalikan (menyempumakan) segala hak persaudaraan yang berlalu.

Ya akhi;.

Dengan persaudaraan yang agung, kita dapat merempuh segal a bukit rintangan dan kesulitan. Lihatlah, berapa banyak kedapatan kisah-kisah, samaada berupa kisah-kisah khayalan dan muslihat, kisah-kisah cinta yang menakjubkan, pengorbanan dan ithar (aku mengutamakan orang lain dari diri sendiri) yang mengkagumkan. Jadi (aku menuntut) hakku kepadamu, jangaolah kamu sombong lalu kamu tidak mahu memaafkan kesalahan saudaramu. Adalah hakku kepadamu supaya kamu mesti berusaha-usaha bersungguh-sungguh merentangi jambatan persaudaraan setiap berlakunya kekeruhan air.

Ya akhi;

Berlalunya hari-hari tanpa saudara-saudara, sungguh merupakan satu kerugian. ApabUa perasaan persaudaraan itu (pada dan kerana Allah (s.w.tj) telah mati di dalam hati manusia maka terhentilah semangat bantu membantu, dan manusia akan bergaul tanpa rasa dan kasih sayang. Kamu sekarang di dalam fikiranku. Aku bergembira setiap aku mengingatimu. Di dalam hatiku kamu laksana nur dan di

53

dalam jiwaku laksana cahaya, jadi hendaklah kamu mempunyai perasaan yang demikian terhadap saudara-saudaramu yang lain.

"Sesungguhnya orang beriman itu, mendapat faedah sebulan dengan melihat saudaranya" .

Pengertian ini sungguh indah kerana orang yang menyatakannya telah merasai secukupnya. Semoga kita sekarang merasakannya baik-baik.

Yaakhi;

Sesungguhnya cinta pada dan kerana Allah (s.w.t) itu adalah kudrat. Kudrat kerana 'iktisam (berpegang teguh) kepada al . haq, kudrat kerana ketahanan, kudrat kerana kemurnian. kudrat kerana kesucian, kudrat kerana cinta yang berterusan. Cinta itu tidak akan sampai tanpa tata tertib dan adab-adab. Oleh kerana itulah adab cinta (pada Allah (s.w.tj) itu ibarat cahaya, air dan udara untuk cinta.

Ya akhi:

Dengan mengejut aku dapati perasaanku tidur lena tanpa Khayalan. Aku pun tidak tahu apakah gerangan sebabnya? Apakah kerana kepayahan ataupun kerana sakit ataupun kerana telah tua? Aku tidak fikir demikian. Jadi apakah gerangan sebabnya? Suasana yang ku lalui hari-hari ini, menanggungkan kepundakku berbagai-bagai bebanan yang besar dan kepayahan yang banyak, dan aku telah biasa mengalami demikian. Selalunya apabila aku merasai denyutan hati-hati dan sinaran perasaan. in; memberikan bantuan "ali-hat; dan sinaran perasaan, ini memberikan bantuan dan kebahagiaan kepadaku. Sesungguhnya apabila kamu tidak mendapati seorang saudara memberikan kepada mu perasaan yang demikian itu, kamu akan merasa malas dan payah. Tak syak lagi bahawa pengertian dan perasaan ini ada padamu tetapi hendaklah engkau merasakannya juga kepada saudara-saudara kita. Siapakah lagi yang hendak membuka tutupan ini dari segal a hakikat ini, ataupun mem-

54

buka tingkapnya ataupun mengetuk pintunya? Sesungguhnya hidup tanpa hakikat ini, akan kekal tanpa gerakan yang kuat

dan dorongan yang keras. .

Ya akhi;

Segeralah bertindak menghampiri dirimu kepada saudarasaudara kita dan menghampirkan diri mereka kepadamu. Semasa aku berada di dalam satu majlis, seorang saudara telah masuk lalu aku segera menghulurkan segelas minuman teh kepadanya. Salah seorang dari saudara kita yang hadir di situ merasa hairan dan berkata kepadaku:

"Tahukah kamu siapa dia?". Aku menjawab: "Aku tidak mengenalinya seeara peribadi, tetapi ini adalah pengenalan Islamiah dan aku mengenal baik akan dia". Dia berkata:

"Kenapa kamu menghulurkan segelas minuman teh kepadanya padahal engkau belum mengenaHnya?". Aku jawab kepadanya: "Kerana aku suka mengenalinya dan Rasulullah (s.a.w) telah mengajar kita eara itu, saling bertukar-tukar hadiah supaya kamu berkasih sayang ".

Ya akhi;

Da'wah itu cinta dan tidak ada da'wah tanpa cinta, Kalau tidak kerana ikatan einta yang kuat tidak mungkin akan diketemukan ribuan ikhwan dengan minat yang sungguh mendesak itu yang datang dari segenap pelusuk muka bumi. Urusan ini tidak baik dan tidak layak untuk da'wah ini keeuali terhadap orang yang mempunyai hati yang penuh eintao Hati itu perbendaharaan rahim dan sumber nur dan kebaikan. Sesungguhnya cinta pad a Allah (s.w.t), dan kerana Allah (s. W. t) itulah yang menghimpunkan orang putih dengan orang hitam, orang Syam dengan orang Maghribi, orang timur dengan orang barat. Orang Rasyidi dengan orang Hindi, penuntut dengan guru dan seterusnya. Kemudian urusan itu berkembang lebih jauh lagi dari itu, kearah berlapang dada kebaikan hati kemudian kepada al ithar (melebihkan saudaranya .......... ) diikuti dengan pengorbanan dan tebusan, Lihatlah ribuan pemuda-pemuda muslim yang

55

sedar, tidak seorang pun dari mereka yang mahu rnenghisap rokok apa lagi yang lain daripada itu, Tidak tahukah karnu bahawsanya harta kekayaan negara, akan terpelihara dengan sebaik-baiknya apabila ia berada di dalam tangan mereka? Tidakkah karnu tahu bahawasanya waktu kemuliaan dan kehormatan umat ini akan subur dan terpelihara sebaikbaiknya di tangan mereka. Sesungguhnya cinta pada Allah (s, w. t) itu dipupuk dari perasaan, tarbiah dan pembentukan.

Ya akhi;

Dengan cinta, hati dapat dibuka. Cubalah kamu bayangkan bahawa senyuman yang benar dan ikhlas dapat menciptakan perkara yang ghaib. Berapa banyak laki-laki di dalam Islam ini yang berjaya menarik dan menawan musuhmusuh Allah (s.w.t) dan masuk terus di dalam Islam lantaran sekuntum senyurnan manis yang ikhlas. Lihatlah bagaimana Rasulullah (s.a.w) junjungan kita yang agung (s.a.w) dapat menawan banyak hati-hati yang kerns membatu, hanya dengan kata-kata yang balk, tangan-tangan yang pengasih dan doa di waktu dini had:

"Wahai Tuhanku berilah hidayat kepada kaumku kerana mereka i tu tidak tahu" .

"Barang siapa memandang kepada saudaranya dengan pandangan cinta dan kasih sayang, Allah (s.w.t) mengampuni dosanya".

Ya akhi;

Apakah yang telah dibuat oleh al Islarniyun, wahai pendukung da'wah, Da'wah Islam itu adalah amalan yang dilakukan pada tiap-tiap detik, pada tiap-tiap medan, pada

56

tiap-tiap gelanggang dan pada tiap hati (al Imam Hassan al Banna menjadi saksi di atas hal yang demikian). Apakah yang telah kita buat? Sesungguhnya kita telah menyeru bangs a kita dengan sepenuh rasa cinta dan rahmat kasih sayang. Sesungguhnya kita mencintai bangsa-bangsa kita yang Islam di segala tempat. Cinta itu tidak akan melahirkan yang lain dari data, Tidakkah kamu melihat bahawa ini dengan sendirinya, satu perkara yang besar malah lebih besar di dalam timbangan segala amal dan usaha.

57

7

RISALAH KETUJUH

Yaakhi;

Aku teringat kembali bahawa padamu ada beberapa pertanyaan dan permasalahan dan aku merasa gembira untuk memberi pendapat untukmu dengan segal a apa yang ada padaku dengan sebab-sebab (alasan) yang banyak. Akan tetapi 'janganlah lupa bahawa hubunganmu dengan aku seorang sahaja tidak mencukupi, kerana kita adalah satu ummah seperti satu tubuh, di mana aku dan kamu hanyalah . merupakan dua anggota dari satu tubuh yang besar itu.

Apabila aku dipayahkan oleh satu amal atau aku dipenatkan oleh pembacaan atau aku diberitahukan tentang berbagai kesulitan ataupun aku : disakiti oleh berbagai peristiwa yang tidak pemah berhenti datang silih berganti, aku akan menjenguk ke halaman Rasulullah (s.a.w) yang tergambar di dalam seerah dan sunnah baginda. Aku akan merasa hidup di dalamnya untuk beberapa saat untuk memperolehi bantu an dan kekuatan tenaga dari kemanisan madu cahayanya dan menyedut kekuatan dari hembusan

.r .

jiwanya, juga dari ufuk-ufuknya yang tioggal aku mendapat

makna dan pengertian. lni semua menjadi bekalanku untuk perjalanan di jalan yang panjang dan susah ini, inilah jalan yang dilalui oleh semua pendukung al haq, jalan Islam yang kekal dan agung ini. Al Islam inilah yang menghampirkan aku kepadamu dan menghampirkan kamu kepadaku. Siapakah yang dapat menghimpunkan dua keping hati yang tinggal di temp at yang begitu berjauhan di muka bumi ini? Siapakah yang dapat membuka leraikan segala ikatan dan

58

memusnahkan tembuk-tembuk perbatasan dan kemudiannya mengumpulkan antara putra-putra (anak-anak) dan datukdatuk?

Sesungguhnya, Islamlah yang berbuat demikian. Dengan

.Islam itulahyang melahirkan cinta. Islamitulah sebesar-besar risalah yang membawa cinta yang berjaya mengumpulkan bangsa yang hitam dengan bangsa yang putih di dalam satu matlamat yang paling agung.

pC-- "-:{JS~·~/' L1: I

~,. ~~~V!;.

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di an tara kamu ", (AlHujurat: 13)

"Sesungguhnya orang-orang mu 'min adalah bersaudara ",

(AI Hujurat: 10) Siapakah yang telah memberikan nikmat kumia ini? Dan meJimpahkan rezeki yang melimpah ruah ini? Tiada lain kecuali Allah Taala,

"Dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya {masa jahiliah) bermusuhan, maka Allah menjinakkan memadukan di antara hati-hati kamu lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang hersaudara''.

(AIi Imran: 103)

59

Akhi;

Di hadapan Allah (s.w.t) di dalam mibrabNya yang kudus aku merayu-rayu kepadaNya yang maha tinggi itu, semoga Dia menolong aku menyempumakan ta'birku, mengilhamkan kepadaku ten tang keikhlasan yang menjadi salah satu rahsia dari rahsia-rahsia taufiq, yang memudahkan jalanku menembusi hati-hati manusia. Hati-hati yang selama ini menjadikan kita rindu untuk melihat mereka dan jiwa-jiwa kita melayanglayang di sekitar mereka. Lantaran clnta dan kasih sayang kepada mereka. Betapa sakit dan pedihnya hati kita apabila

melihat keadaan muslim yang sedang lena dan lalai dan

bagaimana pula kesudahannya para pemuda mereka yang telah keterlaluan merosakkan diri mereka, di mana mereka masih sangka bahawa mereka itu tetap berbuat baik.

Ya akhiyang tercinta;

Tatkala aku menulis risalah ini, aku benar-benar menujukannya terhadap diri dan peribadimu, aku tujukan dengan namamu. Jadi janganlah 'kamu menyangka bahawa aku ini menulisnya kepada seorang wahmi (bayangan) yang tidakku kenali dan tidak mengenaliku. Ini bukanlah khutbah atau makalah untuk dibaca dan didengar oleh manusia yang am. Malah ini adalah risalah dan amanah untuk seseorang yang tertentu dengan mata, hati dan dengan zatnya. Semasa aku mendapati ilham dalam segala pengertian dan maknanya, aku hanya membayangkan kamu di dalam otakku sebagai satu hakikat yang berkata-kata dan bersuara di hadapanku. Seolah-olah aku berbual-bual denganmu dengan suara yang tinggi. Aku gambarkan wajabmu di dalam akalku, di dalam hatiku dan di dalam perasaanku dan aku menyelam lubuk jiwamu dengan segala bayangan dan khayalanku sehingga aku dapat menyediakan untuk diriku satu cuaca dan suasana yang menggoncangkan aku untuk bertindak dan menyalakan semangatku untuk bergerak dan memberikan ilham kepadaku.

Hak dikatakan juga sebagai perkenalan yang diasaskan di

60

atas aqidah yang telah lama, sama dengan lamanya fitrah tiap-tiap manusia, kamu sendiri merasainya di dalam lubuk jiwamu dan menyedarinya di dalam batinmu.

Sesungguhnya aqidahIslam itu adalah jami'ah (menghimpunkan). Jadi aku di sini hanya bercakap tentang aqidah ini, aqidah yang ada padamu. Aku tidak akan bercakap kepada bentuk rupa manusia dan tubuhnya tetapi aku akan bercakap kepada hatinya, perasaanya dan semangatnya.

Ya akhiyang tercinta;

Sesungguhnya sebesar-besar perkara yang ku harapkan dan ku carl-carl serta berusaha untuk mencapainya untuk sekian lama ialah ingin melihat kamu meletakkan tanganmu di atas batimu dan jari-jarimu di atas kepalamu untuk mendapatkan apa yang telah hilang daripadamu dan bersikap sedia menghadapi segala kemungkinan dalam segala urusanmu. Aku ingin melihat kedua sisi mu bergelora, otakmu bersinar, semangatmu menyala, tidurmu yang resah gelisah, kepala yang di penuhi berbagai fikiran supaya dengan itu faktorfaktor kehidupan yang sebenar mula menjalar kesegenap urat sarafmu dan menggempakan setiap segi kejadianmu. Kelak dengan -demikian kamu akan merasakan keburukan dan keindahan, memisahkan di antara haq dan batil, di antara kebaikan dan kejahatan, sekaligus merasakan kemanisan iman dan kepahitan maksiat dan merasai setiap perasaaan manusia di sekitarmu, supaya kamu merasa sakit dengan kesakitan mereka dan bergembira dengan kegembiraan mereka. Jadi bekerjasama dengan muslimin di mana pun mereka berada, dalam sebarang suasana samaada situasi mereka itu manis atau pahit dan getir. Kamu akan sentiasa memperhatikan segala. urusan mereka, membela negara mereka dan mengenali segal a permasalahan mereka.

Ya akhi;yang tercinta;

Sesungguhnya sebaik-baik dan seelok-elok dalam pembicaraan di antara dua orang yang bersaudara ialah mem-

61

biearakan sebarang perkara dengan eara yang terus terang saling meneeritakan urusan masing-masing kepada saudaranya demi meneari penyelesaian. Itulah darjat einta yang tertinggi, itulah darjat kasih sayang yang paling murni di antara keduanya. Perbiearaan yang terus terang inilah intisari persaudaraan dan tiang kepereayaan (thiqah) di antara keduanya. Pendedahan tentang urusan masing-masing di antara kedua kamu itu, tidak mungkin terjadi keeuali apabila dua hati telah berpadu kerana Allah (s.w.t) dengan dijamu oleh rahsia amanah dan iman serta dengan semangat kesueian dan kemuliaan, tambahan pula janji Allah (s.w.t) yang tidak mungkin memisahkan dan memutuskannya. Kerana sesungguhnya Allah Taala itu hidup dan tidak mungkin mati, buat selama-lamanya. Aku melihat diriku, bahawa dengan bercakap berterus terang dan bersikap jelas, aku akan merasa lapang dan lebih bebas bergerak. Ueapanku lebih mendalam, lebih jelas, lebih mudah membuat ueapan yang baik, lebih senang menepati sasarannya kerana lidahku tidak tergelineir dan tidak tersangkut-sangkut, lantaran takut mengeluarkan kata-kata rahsia yang ku sembunyikan ataupun suatu pengertian yang tersembunyi yang ku takuti terbongkar yang tidak ku sukai. Sesungguhnya kata-kata yang keluar dari hati selalunya sampai kehati. Hati orang yang beriman mudah memahami waJaupun dengan bahasa yang paling halus dan paling, dalam. Kebanyakkan kata-kata hati yang senti as a menyebut cintanya pada Allah Taala terjadi di dalam diamnya, di dalam khusyuknya, di dalam doanya, di dalam munajatnya. Semuga Allah (s.w.t) membuka hati akhi terhadap

hatiku, supaya dia memahami apa yang ku fahami, supaya dia menyakini apa yang ku yakini, supaya dia meletakkan tangannya di atas tanganku demi kekuatan angkatan Islam. untuk ketinggian bendera Islam.

Cara pendedahan terus terang yang aku maksudkan tadi ya akhi; bukanlah pendedahan terhadap kesulitan peribadiku ataupun kepenatan diriku sendiri, walaupun ia merupakan darjat pertama di dalam tangga-tangga kenaikan di mana di

62

atasnya akan kita bina dan sempumakan perkenalan dan perpaduan kita.

Yaakhi;

Telahku katakan tadi bahawa aku kembali semula ke negeriku Rashid, setelah aku merengkuk di dalam penjara selama dua tahun akibat mij1nah yang menimpa Al-Ikhwanul Muslimin pada 1954. Sekembalinya aku ke situ, aku dapati manusia berada di dalam keadaan membisu, suasana ketakutan yang bersangatan dan kewaspadaan yang lebih teliti. Sesungguhnya sedikit sahaja orang-orang yang menYJUllbutku dan mengalu-alukan kepulanganku dari mihnah (bencana) yang sangat -keras itu dan bilangan yang sedikit itupun mengalu-alukan aku dengan perasaan yang malu-malu, bahkan aku mendengar sebahagian dari manusia itu melemparkan sindiran, persendaan dan celaan. Dan harihari pun berlalu di dalam suasana pedih dan penuh dukacita. Sesungguhnya hati-hati itu gelap gelita dan jiwa-jiwa itu merana. Aku tidak takutkan tentang diriku, tetapi aku lebih takutkan keadaan yang menimpa orang-orang yang berada di selitarku, dukacitaku ke atas diriku amatlah kecil jika dibandingkan dukacitaku di atas kelemahan manusia dan kebaculan mereka. Aku telah kembali dari (mihnah) bencana kerana thiqahku (kepercayaan) terhadap aqidahku dan keyakinanku kepada Allah (s. w. t) yang ku imani, kerana tidak mahu terlalu condong kepada duniawi dan tidak mahu terpukau dengan godaannya. Aku tidak mahu berganjak setapak ataupun seujung jari dari iman dan aqidahku yang menjadi makanan dan takziahku. Lantaran itulah aku menolak dari dalam lubuk jiwa ku segala ajakan yang menghendaki aku tunduk kepada tawaran jahiliah, ataupun aku berlembut dengannya (thaghut). Aku bukanlah pengecut, tidak suka menyingkir dari gelanggang, aku tidak mengenal sikap mengeJak, merenggangkan diri dari tug as ataupun melupakannya. SegaJa peristiwa itu menyaJakan semangatku malah aku memperbaharui semua bai'ah bersama Allah (s. w. t) untuk berjihad terus menerus selagi hidup dikandung badan. Berjihad pada jalan Islam yang agung ini.

63

Aku rindukan hati-hati yang menyayangi aku, air mata yang bercucuran bersama airmataku dan nafas yang hangat terbakar bersama nafasku. Aku menunggu-nunggu dengan penuh kerinduan kepada akal, hati dan jiwa yang memberi kefahaman dari dekat tentang faham yang mendalam terhadap ruh da'wah, manhaj dan tujuannya. Semangatku akan Iebih terbakar lagi jika aku melihat diriku duduk keseorangan di dalam gelanggang ini mencari-cari cita-cita itu dan meraba-raba jalanku dengan ketenangan, kesabaran dan hikmat kebijaksanaan. Aku memandang kepada pemudapemuda yang sesat ini di dalam padang pasir kewujudan merantau penuh keraguan dan syak wasangka dengan pandangan cinta dan kasih sayang yang mesra. Aku mahu bercakap kepada mereka dengan segenap Iintasan fikiran dan perasaanku, akan tetapi setiap kehampiranku kepada mereka, menjadikan mereka semakin Iari jauh daripadaku kerana takut menerima akibat setelah berurusan denganku.

Di dalam suasana yang menakutkan dan udara yang mencengkam itu aku buka jalanku dengan kesabaran, dukacita dan kesakitan. Akan tetapi itu semua merupakan penderitaan al 'Abqariah (genius) yang meledakkan tenaga, memusnahkan pagar (tembuk) putus harapan, menghuraikan kongkongan kemerdekaan dan memperluaskan batas-batas amal dan amal serta cita-cita. Akhimya terjadilah apa yang telah tetjadi sebagaimana yang kamu ketahui ten tang mihnah (ujian dan bencana) tahun 1965. Dari sinilah da'wah Islamiah ini mula melangkah dan mempembaharui kemudahannya, bangkit dari tambatannya lalu menentang semua musuhmusuhnya, maka dengan imannya, dia berjaya menguasai benteng kezaliman.

Firman Allah Taala:

~\:'~~~\~~ ~.p~\r;,:)~

" u ..... ,;- -:» . ~".

~CS~_)~~~'J}~~~~;J~J

,. ...... l~' -I ~

~- ,- ~/)o }"" "",

~-: !~c.'7;~ -'~ ~\-,

"Iaitu orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul] yang kepada mereka ada orang-orang yang mengutakan: "Sesuugguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutluh kepada mereka ", muku perkataan itu menambah keimanau mereka dan mereka menjawab: cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia {yang besar] dari Allah {s.w.t}, mereku tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar".

(Ali Imran: 173-174)

Dengan limpah kurnia dari Allah (s.w.t) menanglah iman. walaupun tidak bersenjata mengalahkan kekuatan yang mengganas itu, kerana iman ini adalah sebesar kekuatan di dalam al wujud.

Telah ditakdirkan lagi bahawa aku merengkuk sembilan tahun lagi di penjara di rihab (halaman) Allah Taala. Kejadian yang berlaku itu akan kekal menjadi perangsang dim pendesak kepadaku untuk bcrusaha dan beramal sungguhsungguh dan terus menerus pada jalan Allah Taala. Di sini aku tidak bertujuan untuk membicarakan segala peristiwa mihnah (ujian dan bencana) itu, kerana aku tidak punya masa untuk merakamkannya, sebab itu merupakan satu catatan sejarah yang penuh dengan semangat kepahlawanan dan kemuliaan. Aku tidak katakan bahawa ini merupakan kepahlawanan individu atau peribadi tetapi aku katakannya sebagai 'Kepahlawanan Islam', Satu hari ini nanti hati-hati manusia akan khyusuk dan kagum apabila melihat kebesaran risalah ini, risalah yang telah memancarkan cahaya dan suluhan kepada generasi ini.

65

Kehendak Allah (s.w.t) telah berlaku dan tiada siapa yang dapat menolak kehendakNya. aku kembali semula ke negeri ku Rashid. negeriku yang tercinta. Sekembaliku pada kali ini adalah berlainan dari kali yang pertama, walaupun keghaibanku lama dan pahit. Sekembaliku ke sini ku dapati di hadapan satu bentuk yang lain. Aku melihat satu pandangan yang unik dan berbagai-bagai perasaan yang mengikat rapat berbagai bentuk rupa yang hebat dan indah, yang terkumpul padanya takziah yang sungguh-sungguh, kesetiaan yang sungguh-sungguh, mata-mata yang benar pandangannya terhadap Islam. penuh kesedaran. perhatian dan semangat yang berkobar-kobar.

Itulah perasaan yang telah ku rasakan tatkala mereka menyambut kepulangan pada kali ini. Itulah wajah-wajah mulia yang ku hadapi dan menghadapiku. Itu perkara yang lain daripada apa yang kuhadapi pada tahun 1956. Sungguh jauh perbezaan di antara dua pemandangan itu, Kali ini merupakan pemandangan yang hidup, memancarkan pancaran iman, aku menikmatinya dengan penuh kesenangan dan kebahagiaan. Apakah rahsia pemandangan yang baharu ini? Apakah rahsia perubahan ini? Apakah alamat dan dalilnya? Apakah yang akan terjadi selepas itu?

Rahsia (pemandangan) yang baharu ini, bukanlah kerana jasa manusia, bukanlah kelebihan satu jamaah sahaja. Sesungguhnya segala jasa-jasa itu samaada dari mula sampai akhirnya adalah kerana tabiat agama ini (Islam ini). Inilah sunnah Allah (s.w.t) yang berjalan terus di dalam semua negeri dan merata ke atas hamba-hamba Allah (s.w.t).

Firman Allah Taala:

"Dan kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah ".

(AI Ahzab: 62)

66

Kamu tidak akan dapat merubah undang-undang Allah (s.w.t) kerana kebulatan i'tikad beberapa peribadi manusia, keikhlasan mereka untuk hancur lebur di dalam da'wah rnereka, kesabaran mereka menanggung penyeksaan dan tindasan dan ketahanan mereka berhadapan dengan musuhmusuh Islam. Kebaikan yang sedang berkembang merata pada hari ini dan cahaya yang memancar dan menjalar ke mana-mana itu merupakan kesan dari itu semua.

Dan benarlah Allah Taala berfirman:

,~ ~ . ..,., ... ,:.J-~\_"'''''i· /. _,." .. .J-'

r~··:O).J ~y~ ~~

~-L\"i· ~,i ~ 1-:- j,-:" ~·~ <; ~t'" I -.0! .... Y.J~ .... ~~J

;" ~/!..c ... ~ ...... ~c--:: ~~ /. ..;"." /

~~0t; ~__s ~\ \_y _:;.;., \~.;u \~.J

t .... ~ ~J • /' ' /''''' ~ ",. • .J. ~ ,""

)r~\~~~~'~0\.9\~.J

~ ",. .." ,., ~

"Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dim dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum dan dari orangorang yang mempersekutukan Allah (s. w.t), gangguan yang banyak yang menyakltkan hati. Jika kamu oersaoar dan oertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan ".

(Ali Imran: 186)

Bukanlah dari jihad Ikhwanul Muslimin suka menunjuknunjukkan jasanya kepada siapa, mereka itu tidak berminat untuk mencari keuntungan at au mazhar (untuk ditonjolkan) dan mereka tidak mahu membanggakan pengorbanan mereka kepada manusia. Mereka yakin bahawa mereka wajib menyerahkan darah dan harta mereka pada jalan Allah (s.w.t).

_, _, ""t ." ~ ." ".'; .1 ""1""

_"1' .. _, '''''''''', »: . : .. ,' / ,'I". A\""·\ '!'\ r-_,...~..Jh ~ o'~,.,..... ~u~ 4.U w,_

~\;,1~t

. ..........:._.).;.

67

"Sesungguhnya Allah telah membeli dad orang-orang mukminin, dar; dan hurta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka ",

(At Taubah: Ill)

"Mereka merasa telah memberi nikmat kepadamu dengan kelslaman mereka. Katakanlah : Janganlah kamu merasa telalt memberi nikmat kepadaku dengan kelslaman, sebenarnya Allah Dialah yang melimpahkan nikmat kepadumu dengun menunjukki kamu kepada keimanan jika kamu ada/a" orang-orang yang benar' '.

(AI Hujurat: 17)

Akhi. fillah;

Sesungguhnya ketinggian dan kenaikan ke atas puncak pengertian Islam. kepada idealism a dan nilai yang tinggi itulah yang menjadikan perbendaharaan Islam di dalam perkembangan dan peredaran sejarah.' Kita tidak menyebutkan kebesaran Islam yang telah musnah dari bekasbekas kebudayaan di dalam kemakrnuran yang melayakkan kita membanggakan apa yang telah kita warisi dari muslimin yang agung itu, yang patut diteladani. tetapi sesungguhnya perkara yang terbesar dan terpenting adalah apa yang telah dilaksana oleh Islam ini di dalam pembentukan peribadi muslim.

Ya Akhi:

Sesungguhnya kami telah hidup di hari-hari, di tahuntahun dan di puluhan tahun di mana manusia pada keseluruhannya telah merasa putus asa untuk mendapatkan pasaran idealisma Islam bahkan manusia pada waktu itu sangat sukar untuk membayangkan kemungkinan untuk

68

merealisasikan idealisma Islam yang agung ini. Seolah-olah idealism a Islam itu hanya menjadi milik khas generasi. generasi yang unik iaitu generasi sahabat-sahabat Rasulullah (s.w.t). Keputusan ini merebak dan menjalar pula di dalam perasaan angkatan rnuda, mereka put us asa dari islah (membuat perbaikan) dan berubahan, mereka hanyut di dalam kehidupan penuh kejahatan, mabuk, lucah dan kegilaan. Mereka sumbat telinga\ mereka dari mendengar segala seruan dan pekikan. mereka degil dan terus menyombongkan diri

--------dengan kesombongan yang melampaui batas. Dalam bahaya besar yang sedang merempuh aqidah muslim dan seluruh negeri muslim. mestilah dibentuk dan disusun satu angkatan pelupur yang beriman yang mempunyai keazaman yang kuat untuk mengoyakkan gelap gelita ini. memusnahkannya. untuk memecahkan mega mendung itu, meleburkan pendustaan dan sihir jahiliah dan menentang perancangan yang menggerunkan itu.

Mesti ada amal dan usaha yang menghapuskan kepalsuan batil dan mendedahkan kebatilan musuh-rnusuh da'wah Islam. Mesti ada kebangkitan Islam yang hakiki yang mern-: batalkan sihir. mendedahkan segala tipudaya dan memusnahkan kegeiapan. Supaya da'wah Islam ini lancar berjalan dengan penuh kekuatan, keazaman dan keyakinannya, tanpa bercampur dengan ketakutan malah penuh kesedaran, kefahaman dan kesungguhan seperti yang telah ada. Wahai Tuhanku sampaikanlah perasaanku dan kehangatan nafasku ini kepada setiap muslim.

Ya akhi;

Dakwah kita adalah risalah penyinaran bukan risalah yang membawa huru hara. Da'wah kita, adalah risalah kebudayaan, (kebudayaan di hari akhirat) satu risalah yang membangunkan batin dan menyalakan azam serta kemahuan, satu risalah kebangkitan untuk bati dan perasaan, satu risalah untuk hidup. Satu risalah yang sungguh tinggi pengertiannya, sungguh maju manbajnya, programnya dan tujuannya.

69

Firman Allah Taala:

If I -: '\ _ --;._", ~.#\J/.\'''''''''''' ~ .. .5.:: .Jo ....... "'f. "'''' ~~.J~ ~1,&..)~lj9()-->\~J

~~"""-i!\ -;"::..j"'e.:..-: 1 .~I\", .::·\J ..... I::", .d ~ <..S ~.l" T'T' 0\ Oo_'" ~. ~ '" Co

~ "..J _ .... .,; ,.\..,;'..;!;. ,J

/ ... ~

~ <..Si\fl~~ ~ ........ i- .1L"~ ;\~~i ~J\1_'

_. ... !:- ~<.J!~;.c:.. e- ~

~~ J..Jo ", -!, '" }-;:~~:? .... , .... ", .J ......... ..,

~~~.Jfw .~~J~.J

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah Is. w. t), mengerjakan amal yang salih dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri. Dan tidaklah sama kebaikkan dan kejahatan. Tolaklah {kejahatan itu) dengan cara yang lebih balk, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan an tara dia ada permusuhan seolah -olab teman yang sangat setia ",

(Fushshilat: 33-34)

-

Akhi;

Mungkin ada di antara kamu menyangka bahawa bangunan yang tinggi dan agung untuk da 'wah Islam dapat disempumakan binaannya dan tajdid Islami dapat disempurnakan di dalam satu hari satu malam sahaja. Ini adalah timbul dari perasaan yang berkobar-kobar kerana cintaan kepada Islam dan kerinduan kepada kemuliaan .lslam. Boleh jadi juga kamu menyangka bahawa ini semua dilahirkan bersama kamu dan muncul bersama kamu. Jika kamu mempunyai sangkaan yang demikian, kamu tersilap mengukur segala perkara, silap mengatur langkah menurut tertibnya yang menasabah dan silap mengukur jarak jaIan yang akan kamu lalui.

Oleh kerana itu aku menasihati agar setiap orang yang menggabungkan diri untuk. da'wah Islam dan kepada jamaah ini, supaya menyingkap kembaIi sejarahnya sejak hari penubuhannya, supaya kamu memahami manhajnya, sistem-

70

nya, mernpelajari situasi yang meliputinya dan membentuknya dan kedudukan politik dan masyarakat pada waktu itu. Demikian juga langkah-Iangkah dan wasilah-wasilah yang telah dipergunakan untuk merealisasikan segala tujuannya dan rancangan ekonomi, kebudayaan dan ijtama'iah (sosial) yang telah direalisasikannya. Kemudian perhatikan seranganserangan dan bencana-bencana yang telah menimpanya. Di sarnping ini kamu mesti mengetahui sejarah penjajahan dengan segal a cara dan perencanaannya yang rapi dan gagah di dalam memerangi Islam di segal a negeri dan di setiap masa. Ini semua akan mendorong kamu melalui jalan yang betul untuk mengenali bentuk da'wah Islam dan hakikat keadaan manusia pada hari bermulanya da 'wah ini. Da 'wah Islam ini dipelopori oleh Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928 di bandar Ismailiah, Mesir. Dengan penelitian itu kamu mampu memberi pertimbangan yang sewajarnya, karnu akan rnengetahui dengan secara mendalam dan menyedari nilainilai kesungguhan usaha, susah payah, nilai kesabaran dan nilai perencanaan yang telah disempurnakan untuk merubah keadaan ummah ini, ummah yang bingung di persimpangan jalan lantaran jamaah ini hendak mengembalikannya semula kepada halaman Islam di bawah bendera at Qur'an.

71

8

RISALAH KELAPAN

Ya akhi,

Sesungguhnya kamu dan setiap kamu kerana kurnia Allah (s. w. t) (kepada aku) yang aku cintai tidak pernah hilang akaI dan fikiran.ku • kerana hidup tanpa perasaan ini adalah kematian yang membunuh. Walaupun itu hanya merupakan perasaan akan tetapi ini menimbulkan kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Dalam aku berkata demikian, aku hanya mengulang-ulang satu pengertian yang tidak pernah ghaib alunannya dari jiwa mu. Sesungguhnya Allah (s.w.t) telah memberikan kepada kita dari limpah kurniaNya sebesarbesar sumber perasaan, dengannya kita dapat merasai setiap yang jauh dan dekat, ini semua tidak dapat dibayangkan oleh mereka-mereka yang tidak menyelami lautan yang damai ini dan jauh dari al-rnujtama' rabbani (bersifat ke Tuhanan). Di antara kesenian perasaan ini, adalah manusia itu mampu memejamkan matanya buat seketika demi menikmati satu kisah at au satu lintasan fikiran atau satu pengertian, lantas ia seolah-olah hidup satu hari bersama-sama saudara-saudara lalu dia dapat mengingati kebahagiaan yang maha besar. Itulah hati-hati yang bersih, jiwa-jiwa yang sud dan perasaanperasaan yang benar. Oleh kerana itu (kita dapati) seorang saudara selalu lari menjenguk hati saudaranya apabila ia mengalami kontradiksi dengan kenyataan hidup ini dan jahiliahnya. Lantaran itu, patutlah kita dengan penuh kesangguhan menyuburkan segala pengertian ini dengan muhasabah (mengoreksi) dan menjaganya dengan cinta, kasih sayang dan dengan ri'ayah. Jagalah baik-baik, Jangan sampai kamu menodai kesucian ini dengan empat perkara, AI-ghibah

72

(mengumpat), Annamimah (mengadu domba) atau dengan hasad dengki dan cemburu buta (buruk sangka) dan Rasulullah (s.a.w) telaltbersabda kepada kita:

"Berlemah lembutlah di tangan-tangan saudara-saudara kamu. Sentiasalah bersepakat dan janganlah berselisih".

Allah Taala telah memberi peringatan kepada kita tatkala berfirman kepada Rasulnllah (s.a.w):

~ ....... ~."".. , ~ ,,-~/ "/.,1 I. t"": -:.."..,,?--:"

.!.IS • ~l'~\~Lhl~~t'"

)~ ;. _.... yJ

"Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu ".

(Ali Imran: 159)

Ya akhi;

Ku ucapkan selamat tinggal kepadamu, walaupun hatiku hampir meronta-ronta kerana ingin tetap bersama .kamu. Tetapi itulah sunnah Allah (s.w.t) pada makhlukNya. Tadi aku telah makan bersama mu. Walaupun pada hakikatnya makananku adalah dari lintasan fikiranku yang lain dan bayangan ku yang lain, pun begitu aku hidup di langit kebahagiaan dan kegembiraan.

Tadi aku memandang saudara-saudara dengan hatiku dan menikmati madu dari hati mereka demi menghidupkan hati ini. Sebenarnya sekiranya hati dan perasaan bercakap, nescaya urusan itu adalah mengatasi khayalan.

Aku telah harungi lautan yang lain, aku belayar-dan berjumpa dengan jiwa-jiwa, aku hidup beberapa hari dan malam bersama mereka dan menyelam sampai kelubuknya penuh dengan pengertian cinta dan rindu dan berulang lagilah segala pengertian dan ilham itu. Gambaran yang aku dapati tetap satu kerana sumbernya adalah satu, matlamat juga satu, dan

73

hakikatnya pun satu. Sesungguhnya inilah Islam yang memancarkan mata air yang jernih penuh dengan limpah kurnia Allah (s.w.t) dan RahmatNya. Islam inilah yang membentuk laki-laki dan pembina generasi-generasi.

74

9

RISALAHKESEMBILAN

Ya akhi;

Aku ingin supaya kau menjadi ruh yang sentiasa menyalakan semangat, menguatkan perasaan dan mengiatkan fikiran supaya tetap bersinar, hidup, bercahaya dan memancar-mancar. Perasaan itu adalah ibarat tiupan angin sepoi-sepoi yang sejuk di hari yang sang at terik panasnya. Tidakkah kamu melihat bagaimana manusia di hari yang sedemikian itu, mencari awan atau naungan pokok kayu. ladilah kamu seperti pokok kayu dan awan itu untuk memberi naungan kepada orang yang kepayahan, keletihan dan lesu dik lambungan gelombang hidup. Tetapi tahukah kamu bahawasanya kamu tidak dapat berbuat demikian kecuaIi setelah kamu melakukan beberapa rakaat salat yang khusyuk dan membaca al Qur'an yang mulia dengan kesedihan yang mencucurkan airmata, melembutkan hati dan mengugat jiwa, di kala itulah kamu merupakan taman sari untuk hati-hati, di mana kamu dapat mengasihinya dan menyapu airmatanya. Tidak semua perasaan itu boleh diterima ataupun dipercayai akibatnya, kerana adakaIanya dia menjadi ribut tau fan yang tidak dapat dikendalikan oleh akal dan tidak dapat dikuasai oleh syara'. Oleh kerana itu perasaan mesti. menurut pertimbangan iman supaya cinta itu kekal, tinggi dan hidup bersih yang dengannya kit a menemui Allah Taala.

i5

"Sedangkan mereka merasa bersaudara duduk berhadapan di atas dipan-dipan ".

(Al-Hijr: 47)

Wahai alangkah indahnya cita-cita yang meliputi khayaI.

Dapatkah kamu merasakannya? Adakah airmata telah bercucuran lantaran kegembiraan yang paling besar ini. Di sudut lain pula, semoga Allah menyelamatkan kita darlpadanya:

t/ .. ~~ .. " ~ t»: ._: ..... ,,. ~ ..J..",. ,,. ..... .J.-~ • ~.~

~\;;~.J~~.ft& .o·?kJ! ... )4-'Y1

"Teman-teman yang akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bag; sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa ".

(Az Zukhruf: 67)

Ya akhi;

Sesungguhnya aku berbicara denganmu sebagai seorang Jelaki, tetapi laki-laki itu sedikit sahaja. Aku tawarkan kepadamu satu cita-cita lalu ku lukis di dalam khayalku apakah yang ku cita-citakan untuk da'wahku, yang ku harapkan untuk aqTdahku dan agamaku dan yang ku carl untuk masa depan agama ini. Kamu berkata:

"Semoga Allah (s. w. t) memelihara kamu",

Sesungguhnya kamu telah menanam pada hatiku ini perasaan-perasaan ini, ia sungguh memenuhi jiwa aku, kamu menghidupkannya setelah matinya, kamu menyalakannya setelah padamnya dan bangunkannya setelah tidurnya. Perasaan ini telah menerangi kegelapan hati ini dengan cahayanya, memadamkan apinya dengan kesejukkannya lalu dia berdenyut dengan perasaan yang suci, benar dan merasakan alirannya yang bersih dan Manis.

Sekiranya kamu telah sampai kepada suasananya yang demikian dengan kurnia Allah (s.w.t), aku telah berjaya bersama kamu. Inilah aku berdoa kepada Allah (s.w.t) untukmu supaya Dia memberkatimu dengan iman dan hembusan hidayat serta menambahkan lagi Rahmat KurniaNya

76

kepadamu dan menjadikan kamu sebagai lampu suluh untuk jiwa yang mencintaimu.

Ya akbi;

Aku telah berkata kepada seorang pemuda dari saudarasaudara kita:

"Adakah kamu mencintai saudara-saudara kita?". Dia menjawab: Ya". Aku bertanya kepadanya lagi: Kenapa kamu mencintai mereka? Dia rnenjawab: Itu adalah lojik fitrah, kerana mereka mencintaiku. Benarlah begitu. Sesungguhnya aku tercengang-cengang, kerana selama ini aku telah mencari-cari pengertian hebat Ini. Katakanlah adakah ini makna yang sebenar yang berlegar-legar di dalam fikiranku atau ia kelihatan padaku seperti bayang-bayang. Dia telah berkata dengan satu kalimah namun ia telah menyelesaikan segala kemusykilan. Nun, di sana masih ada beberapa kerat manusia tidak mahu memberikan cintanya kepada orang lain tetapi sebaliknya mereka suka dicintai. Jadi ketahuilah wahai akhi, sekiranya kamu terlebih dahulu memberikan cintamu kepada mereka, terlebih dahulu bermesra dengan mereka dan berkasih sayang dengan mereka, tidak boleh tidak mereka akan tertarik kepadamu dan berusaha sungguh-sungguh untuk menghampirimu, kerana jiwa manusia itu mempunyai fitrah untuk menyintai orang yang berbudi kepadanya walaupun hanya dengan sekuntum senyuman ataupun hanya sepatah kata-kata yang baik at au hanya dengan satu soalan yang bertanyakan keadaannya sahaja. Manusia itu mempunyai hati yang sentiasa dahagakan cinta dari manusia lain bahkan sebahagian daripada orang-orang yang cerdik pandai membuat beberapa tindakan, pandangan dan kegiatan untuk dicintai oleh manusia. Kita tidak perlu berbuat demikian. Hanyasanya itulah dan untuknyalah risalah kita. Oleh kerana itu, segala tindak tanduk dan kegiatan kita hendaklah mengikuti akhlak nabi kita Rasulullah (s.a.w) dan sesuai dengan pengajaran agama kita. Betapa banyak hati-hati yang bersedia untuk bergabung dengan angkatan kit a (angkatan dakwah Islam) kita tetapi kita sendiri yang melupakan

mereka. Rasulullah (s.a.w) menyeru kita:

"Sampaikanlah darikuwalaupun hanya satu ayat sahaja". (Al-hadith)

"Boleh jadi orang yang menerima (berita) seruan Islam itu lebih sedar daripada orang yang mendengarnya"

(Al-hadith)

78

10

RISALAH KESEPULUH

Ya akhi;

Saidina 'Umar bin al Khattab(r.a) telah berkata:

"Aku telah mendengar RasuluUah (s.a.w) bersabda, sesungguhnya ada beberapa manusia dari hamba-hamba Allah (s.w.t), mereka itu bukan nabi-nabi dan bukan syuhada', tetapi para nabi dan syuhada'iri hati dan cemburu terhadap mereka lantaran kedudukkan mereka di sisi Allah (s.w.t). Dikatakan: Beritahulah kami wahai Rasulullah (s.a.w) siapa mereka itu dan apakah kerja-kerja mereka semuga kami mencintai mereka. Baginda bersabda: mereka itu adalah satu kaum yang berkasih sayang dengan ruh dari Allah (s.w.t) walaupun tanpa ikatan kekeluargaan yang mengikat mereka dan tanpa harta yang mereka saling beri memberi di antara mereka. Sesungguhnya demi Allah mereka berada di atas cahaya dan sesungguhnya mereka itulah cahaya, Mereka tidak takut apabila manusia takut dan mereka tidak berdukacita apabila manusia berdukacita. Kemudian baginda membaca:

.. A:\~, 1:;_~.&\[LJ1,-( \-:qi

~ :..J .... -.b' ..._;_)!>

0j~~~J

"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedik hat;",

(Yunus: 62) Aku yakin dan percaya bahawa kamu telah melintasi banyak halangan di dalam da'wah ita Allah, di dalam

79

menyeru manusia kepada Allah (s.w.t), kamu telah menguasai beberapa jalan dan cara baharu untuk sampai kepada hati-hati, sudah tentu kamu sudah mempunyai satu cara yang sederhana dan bijaksana yang memberi kepadamu kemampuan untuk menarik hati-hati yang terbaik.

Uslub al Qur'an telah berkata kepada kita:

\~"!_ \3U\ 11;

~ "oy.rJ

. ,

serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada

manusia ..... "

(AI Baqarah: 83)

Firman Allah Taala:

"Dan sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan did dari sekelilingmu ",

(Ali Imran: 159)

Dan Rasulullah (s.a.w) telah bersabda:

"Orang yang paling hampir majlisnya (tempat duduknya) kepadaku dan kalangan kamu pada hari kiamat ialah orangorang yang paling baik akhlaknya, yang merendahkan bahunya yang mesra dan dimesrai".

(Al-hadith)

80

'1

Dengan limpah Allah (s.w.t), kamu mempunyai banyak yang demikian itu. Cita-eitaku padamu adalah agar kamu mempunyai perbendaharaan dari hati-hati manusia yang telah subur dan bereambah dan semoga Allah (s.w.t) sentiasa bersama kamu dan ketahuilah bahawa sebesar-besar kesenangan di dalam dunia ini tatkala kamu dapat melaksanakan sabda Rasulullah (s.a.w):

IJ-» ~ 4 ~I:Z w4-: :J ')). 4-:-!~)~~Ij4~Y

"Sekiranya Allah (s.w.t) memberi hidayat kepada seorang laki-laki lantaran kamu, lebih baik bagimu daripada dunia dengan segala yang ada padanya".

(Al-hadith)

Sekiranya ada manusia yang memiliki beberapa istana dan mempunyai harta seperti harta Qarun, tetapi tidak ada orang yang mencintainya maka alangkah malang dan eel aka nasibnya. Kita ini, sesungguhnya miskin dan kurang berada tetapi kitalah yang paling bahagia di dunia ini kerana kita kaya dengan hati-hati ini dan perasaan-perasaan ini dan bagi Allah (s.w.t)lah segala nikmat dan kurnia. Ketahuilah bahawajalan ini, memerlukan kesabaran yang baik. Barang siapa yang tidak berpuas hati (merasa cukup) pada hari ini, dia akan merasa puas pula hari esok terhadap da'wah kita. Jika kita mampu mengenali suasana tiap-tiap muslim, maka akan kita merasakan benar-benar mengadap kepada Allah (s. w. t) dengan sepenuh jiwa kepadanya. Semoga dengan demikian Allah (s.w.t) melapangkan dadanya untuk da'wah kita. Inilah tugas sahibud da'wah dan pendukung da'wah yang mendapat kurnia Allah (s.w.t) yang menyala hatinya untuk Islam siang malam. Itu tidak akan membuangkan waktunya walau sedikit pun jika dia pandai mempergunakannya dengan ca.ra yang baik, lantaran Allah (s. w. t) telah memberikan

81

kepadanya kekuatan kemahuan, kemumiaan dan kehalusan perasaan, muka yang berseri-seri dan cerah, jiwa yang jernih dan tawadhu' yang seatiasa bersiap sedia untuk berkasih sayang dan berdoa semoga Allah (s.w.t) melapangkan hatihati manusia untuk da'wah Islam yang didukungnya.

Firman Allah Taala:

J. ... ~.J. ). '" __ .... '"

•• ~ .. , ... -'.Jot J. '" "L._,,,,,/ ~ -_,

f.(/'r ~~ 4J O!---.-J _""".J f'" - ~~....uu

t • "'" '" .J..

f::...-.:. ".1:. ,.... ..:: . '" t: :' '"

r ~~r~~

." " .,,1

J). ~ }>.).", / • :.Jo\\.,

~.J---JJ~J~~ ;,

"Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan} bagimu, am at be/as kasihan lag; penyayang terhadap orang-orang

mu'min":

(At Taubah: 128) Renungilah ayat mulia ini dan hiduplah di halamannya semoga Allah (s.w.t) memberi berkat kepadamu.

Adakala senda gurau diharuskan, semuanya mempunyai tujuan dan sasaran yang kadang-kadang dituntut untuk menarik hati, atau pun untuk mengukur hasil dan kesannya. Semasa bersenda gurau awasilah dari' berbuat bohong padanya kerana yang demikian itu boleh jadi menjauhkan kamu daripada apa yang kamu kehendaki. Pagarilah dirimu dengan ruh Islam, kerana muslim itu tidak bermasam muka dan 'murung. Akan tetapi dia seorang manusia yang dihiasi oleh sifat malu tetapi wajahnya sentiasa berseri-seri dengan cahaya iman.

Ya akhi,

Kebidupan dan kebahagiaan itu memancar dari hati kamu dan kamu wajib mengangkat dirimu ketaraf amal. OJ atas asas inilah dibangunkan jamaah ini, itulah peringkat yang paling susah dan paling sulit tetapi sungguhpun demikian di

82

sinilah mula memancamya cahaya dan tempat terbitnya fajar:

~~\~_;~~~U

"Maka bersabarlah kamu kerana sesungguhnya janji Allah {s. w.t} itu benar".

(Ar Ruum: 60)

Betapa banyak hembusan cinta yang berakhir di pangkuan dukacita dan bencana, kerana di dalam cinta itu kita tidak mempunyai pili han kerana cinta itu sam a sahaja di dalam senang ataupun susah. Hakikat seperti itu jauh dari manusia kerana mereka tidak mengetahuinya dan tidak menikmatinya, jadi bagaimanakah mereka akan dapat memperolehi cahaya ini? Tetapi kita hidup bersama hati-hati manusia di dalam satu kesedaran dan kebangkitan. Sesungguhnya (kita berpendapat bahawa) hidup ini tidak bemilai kecuali dengan perasaan dan tiadalah ertinya hidup ini kecuali dengan persaudaraan, cinta amal dan jihad dan segal a urusan berjalan menurut ketentuan yang telah ditakdirkan oleh Allah (s.w.t).

Kesirnpulan hidup itu, akan kamu lalui, merasai yang manis dan pahit, Kalau kamu mahu, hiduplah sebagai hamba yang hina, Juga kalau kamu mahu, hiduplah sebagai putera yang merdeka.

Kita berkewajipan memenuhi segala kekosongan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hati dengan harapan yang menyala-nyala semoga Allah (s.w.t) membuka kebenaran (hak) di an tara kita dengan kaum kita. Lihatlah betapa banyaknya hati yang berdiri menunggununggu dan mengharap-harap kedatangan da'wah kita.

Ya akhi;

Aku telah menerima suratmu, aku akan bersegera berusaha untuk merasa segala pengertian dengan segala yang ada

83

padanya, rindu dendam kerana orang jauh ini berhajat kepada tiap-tiap yang baharu. Aku baca suratmu sekalimah demi kalimah seperti berpindahnya seekor burung pipit dari satu ranting keranting yang lain dari sekuntum bunga kekuntum yang lain. Belum pun aku berpindah kepada kalimah yang lain, aku kembali semula membaca kalimah yang telah ku baca tadi di dalam suratmu untuk aku merasakan keseronokan tambahan, aku sangat dahagakannya.

Perkataanmu yang mulia sedang berada di antara dua tanganku, aku berusaha memahami apa yang terkandung di antara tulisan-tulisan itu. Perkataan-perkataan itu hampirhampir bersuara, kalimah itu seolah-olah bergerak menggoncangkan perasaanku, dan membangunkan semangatku. Dari mana engkau dapati uslub (gaya bahasa) dan pengertian ini? Bagaimana kamu dapat menciptakan kalimah-kalimah ini dan bagaimana pula aku dapat di i1hami oleh ibarat ini? Percayalah bahawa aku tidak mengampunmu, kerana yang demikian itu sungguh aku awasi. Aku hanya ingin mengatakan bahawa inilah hati yang memahami, hati yang sentiasa berdenyut dan hati yang berbicara:

I .......... ~ ....... ~..J)o "')0.4.

'f;0~~y_,1;~

"Mereka mempunyai hati-hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah ",

(AI A'raaf: 179)

Hati ini adalah kehidupan. Maka peliharalah hatimu sungguh-sungguh dan jagalah rahsia wujudmu, awasilah dia dari (Arraan) (karat) kerana itulah yang akan menutup di antara cahaya dan kegelapan.

Dan alangkah manisnyacahaya itu.

~ ,. .... I ......... /J.}/J./~/."./~/;

ij~J.J W 1.>_.Y ~~'~JdJ

"Dan barang siapa, tiada diberi cahaya [petunjuk] oleh Allah (s. w. t) tiadalah ia mempunyai cahaya ",

(An Nuur: 40)

84

'\

Hati itulah ya akhi adalah sesuatu yang lapang dan luas laksana cahaya dan udara, sekiranya dia tidak ada, aku tidak dapat menulis, tidak dapat bergerak, tidak dapat meningkat, tidak dapat berkenalan, tidak dapat mengetahui dan tidak dapat membuat sesuatu apa pun juga. Da'wah itu adalah cinta:

"Kamu tidak dapat memasukki syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sehingga kamu berkasih sayang".

(Hadith)

Cinta itu adalah da'wah.

"Mahukah kamu aku tunjukkan di atas sesuatu apabila kamu membuatnya, kamu menjadi berkasih sayang, sebarkan salam di antara kamu",

(Hadith)

Kita mesti berusaha terus menerus membersihkan hati kita supaya Allah (s.w.t) memberinya kudrat dan kuasa untuk mempunyai kesan dan mendapat sambutan yang baik. Kudrat kuasa di sini ialah taqwa kepada AUah (s.w.t), bertaqwa kepadaNya samaada di waktu terang dan di waktu tersembunyi dari pandangan manusia.

85

Firman Allah Taala:

"Bertaqwalah kepada Allah {s. w.t] dan Allah [s. w. t) mengajar kamu".

(AI Baqarah: 282)

Hati-hati saudara-saudara kita benar-benar memerlukan supaya orang yang mengetuknya itu membangunkannya. Mereka benar memerlukan pandangan yang pengasih, senyurnan dari orang yang beriman dan kata-kata yang menghiburkan hidup mereka yang sentiasa kesepian dan penuh kengerian. Aku merasa sedih, kerana aku tidak berupaya lagi untuk kembaIi semula menjadi orang muda yang mampu untuk menjelajah, berenang dan menyelam di dalam taman-taman dan lautan itu untuk mengeluarkan daripadanya mutiara, permata dan menunggu pemuda yang seperti karnu, pemuda-pemuda yang beriman, supaya bertindak segera, melangkah dan berjalan terus untuk mendahului zaman kerana sesungguh-sungguhnya musuh-musuh agama ini tidak pemah tidur. Mereka menggunakan berbagai cara untuk meruntuhkan akhlak dan membinasakan budi.pekerti, lantaran itu banyak negeri-negeri Islam ditimpa malapetaka dan kemusnahan.

Yaakhi;

Aku sentiasa mengikuti rentak kata-katamu di dalam suratmu yang menarik hatiku, risalah ini tidak mampu memuat semua bunga-bunganya dan mencium baunya yang semerbak itu. Aku kembaIi semula membaca permulaan suratmu: kamu berkata:

"Ayahku dan guruku" ,

Walaupun kamu tidak berkata selain daripada itu, itu pun sudah mencukupi untuk membahagiakanku. Katamu (Ayahku) inilah ·hakikat kebahagiaanku semuanya itu kerana jasa da'wah. kita: Kerana kita dengan da'wah, inilah segala-

86

galanya dan tanpa da 'wah . kita tidak punya apa-apa. Katamu: 'guruku' itu akan diperkatakan, aku terima perkataan itu kerana aku memandang diriku lebih tua daripada karnu, adapun selain daripada itu, maka aku suka membisikkan di telingamu adakah mungkin di sana guru tanpa murid?

. Kalau begitu, muridlah menjadi asas kewujudan guru sekalipun tidak ada guru tanpa murid dan tidak ada murid tanpa guru. Menjadi kaedah di kalangan kita bahawa kita semua adalah bersaudara, yang sebahagian dari kita mencintai sebahagian yang lain. sebahagian dari kita berkhidmat kepada sebahagian yang lain dan itulah sebesar-besar lambang perkataan da'wah al Ikhwanul Muslimin .. Dalam segala keadaan, aku tetap menerimanya di setiap kesudahan, (Annihayah) sebab itu semua adalah dari 'kenyataan adab-adab yang telah dibuat oleh dakwah ini terhadap putera-puteranya.

('Ayahku dan guruku'). Adakah kamu mampu mendengarnya daripadamu sebelum kita berkenalan? Tentu tidak. kalau begitu di sana masih banyak lagi kedapatan logam-logam yang mahal terbenam ataupun keseganan atau malu-rnalu lagi, masing-masing memerlukan hati-hati atau tangan supaya mencarinya. Oleh kerana itu aku berkata kepadamu aku masihbersedia untuk terbenam kerana keletihan telah meremokkan aku (kerana aku telah tua).

Apakah yanK telah kamu buat dan apakah yang telah kamu hasilkan? Adakah kamu telah membaca (tentang sesuatu) yang baharu ataupun telah membuat, amal dan usaha yang berfaedah atau kamu telah dapat mengenali beberapa pemuda-pemuda kita yang baharu, yang kita sentiasa tunggutunggu di setiap menjelangnya pagi dengan penuh takhyat (hormat) yang rnurni, hal us, yang terpancar daripadanya kasih sayang_ yang besar yang sungguh-sungguh, kamu terharu tatkala menyambut kedatangan mereka dan samaada semasa mengucapkan selarnat datang atau selamat tinggal kepada mereka'! Adakah kamu telah membuat beberapa langkah demikian? Aku harap kamu telah mendapat taufiq kerana telah berbuat demikian.

87

Setiap hari aku menulis beberapa risalah. Di sinilah ku curahkan segala isi hatiku kepada orang yang ku cintai, sehinggalah aku berehat. Kebanyakan surat-suratku dipenuhi dengan senandung duka lantaran kesakitan yang ku tanggung.

Kesakitan dan dukacita itu, adalah kehidupan dan kebahagiaan. Mata yang menangis itu ialah mata yang mengumpulkan (segala cerita duka), hatiyang merasai kebaikan dan jiwa yang mencintai dan membenci kerana Allah (s.w.t) itulah juga alat-alat (wasilah) muslim di dalam menjalani hidup ini, supaya dia tidak mudah hilang, tidak mudah cair serta tidak mudah diresapi oleh kelemahan dan kehinaan.

Sesungguhnya aku telah mengenali dukacita lebih banyak daripada aku mengenali sukacita. Suasana kehidupan muslimin di hari ini tidak membenarkan manusia untuk tersenyum, tidak memberikan kepadanya kesenangan hati dan ketenangan serta ketetapan. Generasi kit a adalah satu generasi yang paling terseksa dan terbakar. Janganlah kamu merasa hairan apabila aku katakan kepadamu bahawa kami selalu berada di dalam suasana dukacita yang bersangatan kerana kami hendak mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini untuk menemui Allah (s.w.t). Kami akan meninggalkan di belakang kami (moga ia akan menjadi syafaat untuk kami di hadapan Tuhan) satu generasi Islam yang menyambung da'wah dan jihad kami. Walaupun demikian perasaan kami, kami yakin dan percaya bahawa generasi kamu yang mulia ini, adalah kemuliaan dan harapan. Surat-suratku ini merupakan wasiatku kepada kamu sekelian, supaya kamu hidup untuk Islam. kamu menghayatinya dan berjihad pada jalannya. Ingatlah kata-kata ini, janganlah sekali-kali mengkhianatinya oleh perasaan tamakkan dunia dan segala perhiasannya. Mencukupilah itu untukmu kerana inilah wasiat seorang saudara yang mencintaimu, berharap supaya kamu berada terus di jalan ini dengan menepati janji sehinggalah kita kelak berjumpa di halaman Allah (s.w.t) dan

88

L

Cukuplah dengan meletakkan cita-citaku di antara kedua belah tanganmu. Letakkan ia ketaraf harapan yang tinggi ini supaya Allah (s. w. t) merealisasikan kebaikan itu untuk Islam. dan muslim di tangan kaum dan saudara-saudara kamu.

Sesungguhnya jalan da'wah bukanlah merupakan katakata at au lambang-Iambang, bukan laungan dan demontrasi ataupun tunjuk perasaan. Jadi kamu wajib mengetahui realiti pengalaman yang telah lalu dan benar, tentang kemungkinan berlakunya penipuan di dalam tunjuk-tunjuk perasaan yang luaran (slogan) (kulit) itu, demikian juga semangat yang berkobar-kobar dan semangat yang meluap-Iuap itu. Kebaikan itu adalah terletak pada kesabaran dan ketahanan menanggung susah payah di dalam jihad dan Ida'wah. K'ebanyakan manusia hanya mampu mengkhayal dan berangan-angan tetapi sedikit sahaja dari mereka itu mampu bekerja dan beramal, sedikit sahaja dari para amilin (pekerja) itu yang mampu berjihad, sedikit sahaja dari mujahidin (orang yang berjihad) yang mampu bersabar dan sedikit sahaja dari orang yang sabar (sabirin) itu yang sampai kepada matlamatnya.

Seorang da'i yang muslim, patut mengetahui bahawa kebanyakan manusia mudah mendengar dan menaruh simpati kepadanya tetapi mereka itu susah untuk bekerjasama dengannya, kerana mendengar itu adalah urusan yang disukai oleh jiwa manusia. Demikian juga mereka mungkin mudah memberikan kerjasama di dalam urusan kebendaan. (sokongan material) tetapi susah pula bagi mereka untuk menyertai kamu memperkatakan yang haq, Jadi tugas-tugas dan bebanan-bebanan mestilah dikendalikan menurut suluka dan sikap berlandaskan ajaran Islam dan lingkungan Islam iaitu iman, i'tikad dan titik tolak di mana kita berangkat.

Suluk dan sikap itu tidak akan direalisasi semata-mata dengan menyampaikan (tabligh) sahaja tetapi mesti mengambil kira faktor-faktor zaman dan sentiasa meminta pertolongan kepada Allah (s.w.t). Ditambah pula dengan sunnah

89

rabaniah di dalam tarbiah dan pembentukan (takwin). Lambang kita dalam hal ini adalah (ZAMAN ITU SEBAHAGIAN DARI PENAWAR) dan (KESABARAN DI ATAS MANHAJ DA'WAHH INI DAN LANGKAH-LANGKAHNYA ADALAH INTISARI JIHAD DAN PERJUANGAN) dan (ORANG YANG MENDAHULUI BARISAN SAMA DENGAN ORANG YANG ADA DI BELAKANG BARISAN).

Ketika menghalusi, merasai dan menghayatinya, perasaan ini kamu akan merasai betapa beratnya tugas ini dan agungnya risalah ini.

Akhi yang tercinta,

Aku menghendakki supaya kamu menyakini bahawasanya da'wahi kita ini adalah Isliim yang sahih. Tugasnya pula di dalam situasi dan suasana ini bukanlah semata-mata mengobarkan semangat, mencari kesalahan, melukakan peribadi atau perkumpulan atau jamaah at au organisasi, kerana kebanyakkan manusia sangat benci kepada berkata yang demikian itu. Bahkan yang demikian itu merintangi tugas kita yang asasi dan ini boleh melahirkan musuh-musuh yang kita tidak perlu kepadanya, kerana tugas kita ialah untuk persatukan bukan memecah belahkan, membangun bukan meruntuhkan. Kita bekerjasama di dalam perkara yang kita bersetuju bersama dan sebahagian dari kita memberi keuzuran (excuse) pada perkara yang kita perselisihi.

Tugas kita di dalam peringkat ini ialah menyinari akal, membersihkan jiwa-jiwa, mempertingkatkan perasaan manusia, membawa mereka kepada suasana yang salih dan berfaedah dan tolong menolong dalam membentuk peribadi muslim yang menjadi asas yang konkrit kepada bangunan masyarakat Islam.

"Apabila telah didapati muslim yang sebenarnya, didapatilah bersamanya setiap liku jalan kejayaan" .

90

L

Kita merasakan dari lubuk jiwa kita betapa perlunya kita menyelamatkan umat ini dari kelalaian, menyedarkan mereka betapa besarnya bahaya yang mengancam mereka dan betapa banyaknya musuh yang sentiasa mengintip-intip.

Sesungguhnya angkatan muda ini memerlukan hati-hati yang besar untuk menolong mereka keluar dari lautan yang Masin ini kepada lautan yang tenang, dari laut hitam kepada laut putih. Mereka memerlukan perasaan yang suci yang boleh dinikmati kemanisannya, dirasai, madunya, boleh berjinak kepadanya dan mudah dijinaki. Ini tidak lain dari Islam dari awal sehinggalah. keakhirnya, itulah tempat naungan yang rendang dan redup, pelabuhan yang aman dan dipercayai, syariat yang adit dan agama yang lurus.

Firman Allah Taala:

"Dan barang siapa mencari agama selain daripada Islam maka sekali-kali tidaklah diterima [agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk golongan orang-orang yang rugi",

(Ali Imran: 85)

Ya akhi yang tercinta:

Aku menulis surat dan risalah ini dengan perasaan yang penuh dengan senandung cinta yang mendalam dan ikhlas dengan harapan agar Allah (s.w.t) menempatkan aku dan kamu di maqam ini.

Firman Allah Taala:

91

"Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang lebih baik di akhirat, Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan. ",

(Ali Imran: 148)

92

\_

·

,

"Segala kebaikan Jama'i (masyarakar, kumpulan) adalah berpunca dari kedaJaman fahaman konsep persaudaraan Islam. Oleh sebahitulah Al-Ustaz Hassan Al Banna relah menamakan jama'ah yang relah dibina itu demi menghidupkan semula aJ Islam dan rnernperbaharui hidup penganutnya dengan nama 'AI Ikhwan Muslimun' .. Pemilihan nama ini rneauniukkan bahawasanya titik tolak perrnulaan di dalam arnal Islami itu ialah ukhuwwah (persaudaraanldi atas asas Islam." - Sai'd Hawa

ISBN: 967 -975-031

Harga: $3.90