Anda di halaman 1dari 7

MELUNAS RINDU

HARTINI HAMZAH
Sinopsis
Fuad merupakan anak angkat Mak Salmah dan Pak Ismail, dia juga
merupakan seorang mualaf. Fuad yang merupakan lulusan Ijazah Pentadbiran
Perniagaan dari Amerika Syarikat menerima tawaran menjadi guru di Sekolah
Menengah Seri Setia.
Kehadiran Fuad di sekolah itu mendapat sambutan baik dari warganya. Di
situ Fuad berkenalan dengan Cikgu Farhana yang merupakan Ketua Panitia
Bahasa Inggeris, mereka sering berbincang tentang teknik pengajaran dan
pemarkahan subjek Bahasa Inggeris. Mereka juga sering bekerjasama dalam
meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris dikalangan pelajar di sekolah itu.
Sahabat lama Fuad iaitu Chin, datang ke sekolah untuk menanyakan khabarnya
dan memujuk Fuad agar melawat ayah kandungnya, Robert Lim dan ayah
saudaranya Peter Lim dan Swee Lan. Kedatangan Chin mengingatkan Fuad
akan arwah ibunya yang tidak pernah ditemuinya selama ini. Ayahnya, Robert
Lim telah berkahwin dengan Mariana, seorang wanita melayu.Semangat untuk
mencari pusara ibunya, mengetahui asal usul dirinya dan menjejaki keluarga
sebelah ibunya semakin menebal dalam diri Fuad.
Hubungan antara Fuad dan Farhana menjadi semakin intim. Farhana
menerima sekeping kad hari jadi yang berwarna merah jambu daripada Fuad.
Bagi Fuad, Farhana merupakan seorang gadis yang cukup istimewa. Sebaliknya,
Farhana beranggapan dirinya tidak seistimewa Sofia. Fuad menegaskan bahawa
Sofia adalah adiknya yang berlainan ibu. Fuad turut memperkenalkan Farhana
kepada Pak Ismail dan Mak Salmah dan dia berharap agar Farhana dapat
mengubat kerinduan Mak Salmah terhadap anaknya Sofia yang telah meninggal
dunia.
Fuad pergi ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk menemui Farhana yang
menziarahi ibunya yang sakit. Di situ Fuad terkejut apabila melihat nama yang
tertera pada kad rawatan ibu Farhana, iaitu Mariana binti Osman. Ketika itu,
Fuad menyedari bahawa ibu Farhana adalah ibu kandungnya yang dicari-carinya
selama ini. Fuad perlu akur bahawa dia dan Farhana adalah saudara dan
keinginannya untuk menjadikan Farhana sebagai teman hidupnya dipendamkan.
Akhirnya, hubungan kedua-dua keluarga terjalin. Fuad membawa ibunya, Pak
Ismail dan Mak Salmah menunaikan umrah sebelum melanjutkan pelajarannya
dalam jurusan perguruan. Robert Lim turut datang untuk mengiringi perjalanan
mereka dan dia berpesan kepada Fuad untuk menjaga ibunya dan dia akan
menyusul kemudian.

Tema

Novel ini bertemakan ketabahan seorang saudara baru yang


mencari asal-usul keturunannya.

Persoalan

1. Ketaatan seorang saudara baru terhadap perintah agama.

2. Sikap mengenang budi.

3. Ikatan kasih sayang dalam keluarga.

4. Sikap bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah


diamanahkan.

5. Keikhlasan dalam memberi pertolongan tanpa memikirkan balasan.

6. Menerima segala ketentuan Ilahi dengan hati yang redha.


Plot
Novel ini dijalin mengikut kronologi iaitu:
Watak Dan Perwatakan
Novel ini menonjolkan beberapa watak iaitu:
Latar
Latar dalam novel ini merangkumi:

(a) Latar masa

(b) Latar tempat

(c) Latar masyarakat

Latar masa

Latar masa dalam novel ini ialah:

• Pada waktu pagi, tengah hari, senja dan malam.


• Ketika berlaku perusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Latar tempat

Latar tempat dalam novel ini ialah:

• Danau Seberang.
• Sekolah Menengah Seri Setia.
• Sungai Ruan.
• Perkampungan FELDA, Lembah Klau.
• Hospital Tengku Ampuan Afzan.
• Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Latar masyarakat

Latar masyarakat dalam novel ini ialah:

• Masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran agama.


• Masyarakat guru yang berdedikasi terhadap kerjaya mereka.
• Masyarakat yang mementingkan pendidikan.
• Masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.
• Masyarakat yang sedar akan kesalahan diri dan berusaha untuk
menebusnya kembali.
Gaya Bahasa
Gaya bahasa yang diketengahkan dalam novel ini ialah:

• Simile
• Sinkope
• Simpulan Bahasa
• Personifikasi
• Bahasa Asing

Nilai
Antara nilai-nilai murni yang diterapkan dalam novel ini ialah:

(a) Kasih sayang.

(b) Berdedikasi.

(c) Kegigihan.

(d) Menerima takdir.

(e) Sabar.

(f) Tegas.
Pengajaran

1. Kita hendaklah patuh akan perintah Tuhan.

2. Sebagai anak kita hendaklah sentiasa patuh dan taat akan perintah ibu
bapa.

3. Kita perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.

4. Amalkan semangat kerjasama dalam pasukan.

5. Kita perlu menerima segala ketentuan Tuhan dengan hati yang tabah dan
terbuka.

6. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.

PERHATIAN:
Nota ini sekadar ringkasan,tidak ada kesempatan untuk
buat yang panjang kerana kesuntukkan masa apabila berada
di tingkatan 4.

Nota ini dibuat oleh:


MUHAMMAD SHAFIE BIN ISMAIL
-4 MEKANIKAL 1
-SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU
-(JURUSAN MECHANICAL ENGINEERING)