Anda di halaman 1dari 14

RAHSIA MAHIR EXCEL 2007

PRAKATA

Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera buat anda yang telah mendapatkan
ebook Rahsia Mahir Excel 2007 | www.MahirExcel.com VERSI PERCUMA ini.
Ebook ini ditulis khas untuk semua pengguna Microsoft Office 2007. Ebook ini
ditulis dengan penerangan langkah demi langkah. Walaupun perisian Office
2007 telah lama berada di pasaran, namun berdasarkan permerhatian dan
juga pengalaman kami, ramai dikalangan kita yang masih menggunakan
perisian lama Office versi 2003. Ramai berpendapat Office versi baru ini terlalu
sukar untuk digunakan kerana banyak ciri-ciri baru telah ditambah.

Sebenarnya menggunakan perisian Excel 2007 ini tidaklah sukar sebagaimana


yang difikirkan. Excel 2007 mempunyai ciri-ciri yang lebih hebat berbanding
versi sebelum ini. Kami yakin, setelah anda membaca keseluruhan ebook ini
anda mampu menggunakan Excel 2007 dengan mudah, berkesan dan
mantap!

Di sini TeamExcel ingin dedikasikan ebook istimewa ini buat family kami yang
tercinta, sahabat-sahabat dan kepada semua pencinta ilmu di seluruh dunia.
Semoga dengan usaha kecil di dalam ebook ini dapat dimanfaatkan buat
semua.

Terima kasih kepada anda yang sudi mendapatkan, membaca serta


mempraktikkan isi kandungan ebook ini dan teruskanlah usaha untuk
menambahkan ilmu pengetahuan tidak kira di mana jua berada.

Ikhlas,

Wanzpyra a.k.a Shazwan Abd Rahman Basri


http://www.rahmanbasri.com
http://wanzpyra.wordpress.com
www.MahirExcel.com
EXCEL 2007
        

PENAFIAN

Pihak penerbit (TeamExcel) berusaha sedaya upaya memastikan Ebook yang diterbit ini
mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti daripada segi subjek yang
dibincangkan. Penerbit Ebook ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat
perundangan, perakaunan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.
Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat
profesional daripada pakar yang berkelayakan

EBOOK INI ADALAH VERSI PERCUMA! BOLEH DIEDARKAN SECARA PERCUMA!

[YA] boleh dicetak ebook ini dan mengedarkannya


[YA] boleh diberikan percuma kepada orang lain
[YA] boleh dipakejkan di website/email anda
[YA] boleh diberikan sebagai hadiah atau bonus
[TIDAK] boleh dijual semula sebagai Master Resale Rights
[TIDAK] boleh mengedit apa jua isi kandungan dalam ebook ini
[TIDAK] boleh copy/paste isi kandungan ebook ini ke tempat lain
[TIDAK] boleh dijual semula di web lelong atau shopping cart
[YA] boleh diletakkan di dalam web keahlian berbayar
[YA] boleh diletakkan di dalam web forum, portal & komuniti
* Sebarang permohonan hendaklah mendapat keizinan bertulis dari pihak TeamExcel

Penulis & Penerbit:


TeamExcel | Okt 2009
www.MahirExcel.com

H a l a m a n |2|© H a k c i p t a 2 0 0 9 T E A M E X C E L | V E R S I P E R C U M A
www.MahirExcel.com
RAHSIA MAHIR EXCEL 2007

ISI KANDUNGAN

PRAKATA……………………………………………………………………………………… 1

PENAFIAN…………………………………………………………………………………….. 2

ISI KANDUNGAN…………………………………………………………………………….. 3

BAB 1 : PENGENALAN EXCEL 2007………………………………………………………. 4

BAB 2 : MEMBINA HAMPARAN KERJA…………………………………………………...

BAB 3 : MEMBUAT KALKULATOR…………………………………………………………..

BAB 4 : MEMBUAT RAMALAN JUALAN…………………………………………………...

BAB 5 : MEMBUAT HAMPARAN PRESTASI JUALAN…..………………………………...

BAB 6 : MEMBUAT CARTA….………….…………………………………………………...

BAB 7 : MEMBUAT GRAF FUNGSI MATEMATIK..………………………………………...

BAB 8 : MENCETAK HAMPARAN KERJA………………………..………………………...

PENUTUP …..……………………………….………………………..………………………...

H a l a m a n |3|© H a k c i p t a 2 0 0 9 T E A M E X C E L | V E R S I P E R C U M A
www.MahirExcel.com
RAHSIA MAHIR EXCEL 2007

BAB 1

PENGENALAN KEPADA MICROSOFT OFFICE


EXCEL 2007

H a l a m a n |4|© H a k c i p t a 2 0 0 9 T E A M E X C E L | V E R S I P E R C U M A
www.MahirExcel.com
EXCEL 2007
  
  


APA ITU EXCEL?

Microsoft Office Excel 2007 merupakan perisian hamparan kerja elektronik yang
digunakan untuk mengolah dan menganalisa data ke dalam bentuk yang lebih
tersusun seperti dalam bentuk jadual, carta atau graf. Ia juga mampu melakukan
sebarang operasi pengiraan Matematik seperti Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi
dengan cepat dan tepat menggunakan fungsi-fungsi pengiraan yang disediakan.

Fungsi utama hamparan kerja adalah untuk membina fail dalam bentuk Baris (Row)
dan Lajur (Column). Cth: Penyata Akaun, Buku Lejer, Kalkulator, Analisa Statistik, Markah
Pelajar, dan banyak lagi.

Anda boleh menyunting hamparan kerja dengan mudah seperti menambah lajur,
membetulkan ejaan, melebarkan lajur, membuang baris, menyusun senarai; tanpa
perlu menaip semula kesemua data dalam sesuatu fail.

SIAPA YANG MENGGUNAKAN EXCEL?

Sesiapa sahaja yang memerlukan fail dalam bentuk Baris dan Lajur akan
menggunakan Excel sebagai perisian pilihan utama. Contohnya:

 Surirumah
 Guru
 Pelajar
 Pensyarah
 Akauntan
 Pegawai Bank
 Kerani
 Ahli Perniagaan
 Ahli Sejarah
 Ahli Statistik
 Ahli Matematik
 Jurutera
 Saintis
 Doktor
 Peguam
 Dan ramai lagi…

H a l a m a n |5|© H a k c i p t a 2 0 0 9 T E A M E X C E L | V E R S I P E R C U M A
www.MahirExcel.com
RAHSIA MAHIR EXCEL 2007

MEMBUKA MICROSOFT OFFICE EXCEL 2007

Untuk memulakan perisian Excel, ikuti langkah-langkah berikut:

CARA PERTAMA

1. Klik pada bebutang Start – Label 1: Rajah 1


2. Klik All Programs – Label 2
3. Klik Microsoft Office – Label 3
4. Klik Microsoft Office Excel 2007 – Label 4
5. Microsoft Excel dibuka - Rajah 4

3 4

1
Rajah 1: Memulakan perisian Excel 2007

H a l a m a n |6|© H a k c i p t a 2 0 0 9 T E A M E X C E L | V E R S I P E R C U M A
www.MahirExcel.com
RAHSIA MAHIR EXCEL 2007

CARA KEDUA

1. Gunakan ikon pintasan Microsoft Office Excel 2007 yang terdapat pada Desktop
– Label 1:Rajah 2
2. Dwi-Klik (Double Click) pada ikon Excel untuk memulakan perisian Excel
3. Microsoft Excel dibuka - Rajah 4

Dwi Klik
di sini

Rajah 2: Memulakan perisian Excel 2007

CARA KETIGA

1. Klik pada bebutang Start – Label 1: Rajah 3


2. Klik Run – Label 2
3. Taipkan perkataan excel – Label 3 dan tekan Enter
4. Microsoft Excel dibuka - Rajah 4

H a l a m a n |7|© H a k c i p t a 2 0 0 9 T E A M E X C E L | V E R S I P E R C U M A
Rajah 3: Memulakan perisian Excel 2007
www.MahirExcel.com
RAHSIA MAHIR EXCEL 2007

ANTARAMUKA MICROSOFT OFFICE EXCEL 2007

Secara umumnya persekitaran Excel yang bakal anda perolehi adalah seperti Rajah 4
di bawah:

Rajah 4: Skrin Microsoft Office Excel 2007 yang berjaya dibuka

ELEMEN ASAS MICROSOFT OFFICE EXCEL 2007

Microsoft Excel merupakan hamparan-hamparan kerja yang mengandungi Baris (Row)


dan Lajur (Column) yang membentuk Sel (Cell) iaitu gabungan antara Baris dan Lajur
berupa kotak segiempat (Baris X Lajur).

Baris ditandakan dengan nombor bermula dari 1 hingga 1, 048, 576 (1M). Lajur pula
ditandakan dengan huruf bermula dari A hingga XFD yang berjumlah 16, 348 (16K)
kesemuanya. Jumlah Sel dalam satu hamparan kerja adalah 17, 179, 869, 184 (16T).
Penamaan Sel dimulakan dengan Lajur dan diikuti dengan Baris seperti Sel A1, B8, F4,
S200 dan Z555.

Dalam Excel, satu hamparan kerja dikenali sebagai Sheet atau Hamparan. Setiap fail
Excel mengandungi beberapa Hamparan. Satu koleksi Hamparan dikenali sebagai
Book atau Buku Kerja. Maksudnya di sini, satu fail Excel adalah satu Buku Kerja.

H a l a m a n |8|© H a k c i p t a 2 0 0 9 T E A M E X C E L | V E R S I P E R C U M A
www.MahirExcel.com
RAHSIA MAHIR EXCEL 2007

KENALI ELEMEN ASAS MICROSOFT OFFICE EXCEL 2007

Bebutang Palang Capaian Pantas Palang Tajuk Minimize


Office Close

Menu
Maximize

Ribbon
Alamat Sel Palang Formula Kepala Lajur
Sel Aktif Cth: A1

Lajur Palang Tatal


Kepala Baris Baris

Sel

Hamparan Kerja Grid Hamparan Kerja


Bebutang Zoom

Palang Status
Rajah 5: Elemen-elemen di dalam Microsoft Office Excel 2007

PALANG TAJUK (TITLE BAR)

Menunjukkan nama perisian dan nama fail Excel yang dibuka. Apabila fail baru
dibuka, ia akan dinamakan sebagai Book1, Book2, Book3 dan sebagainya. Nama ini
akan berubah sebaik sahaja anda menyimpan dengan nama yang baru. Cth: Latihan
1, Bajet Mini, Prestasi Jualan dan lain-lain.

H a l a m a n |9|© H a k c i p t a 2 0 0 9 T E A M E X C E L | V E R S I P E R C U M A
www.MahirExcel.com
EXCEL 2007
     

BEBUTANG OFFICE (MICROSOFT OFFICE BUTTON)

Bebutang Office digunakan untuk arahan asas seperti Open (membuka fail baru), Save
(simpan fail), dan Print (mencetak fail).

Contoh-contoh arahan-arahan asas yang lain adalah seperti Rajah 6 di bawah:

Bebutang
Office

Rajah 6: Arahan-arahan asas Bebutang Office

 New - Untuk membuka fail Excel yang baru


 Open - Membuka fail yang telah disimpan sebelum ini
 Save - Untuk kemaskini penyimpanan fail Excel
 Save As - Untuk menyimpan fail Excel dengan nama yang diingini
 Print - Memapar dan mencetak fail Excel
 Prepare - Menyediakan fail Excel untul pengagihan. Cth: mengubah
maklumat hak milik dan memasukkan kata laluan untuk keselamatan
 Send - Menghantar salinan kepada orang lain melalui emel atau fax
 Publish - Pengagihan fail Excel melaui Blog atau Laman Web
 Close - Untuk menutup fail Excel
 Excel Options - Menukar opsyen pada Excel
 Exit Excel - Menutup perisian Excel

H a l a m a n | 10 | © H a k c i p t a 2 0 0 9 T E A M E X C E L | V E R S I P E R C U M A
www.MahirExcel.com
RAHSIA MAHIR EXCEL 2007

PALANG CAPAIAN PANTAS (QUICK ACCESS TOOLBAR)

Mengandungi beberapa ikon yang berkenaan dengan kendalian yang boleh dicapai
dengan pantas. Anda boleh membuat penambahan ikon yang mewakili arahan pada
palang ini. Cth: Menambah ikon Open seperti Rajah 7 di bawah:

Rajah 7: Arahan pada Palang Capaian Pantas

RIBBON

Dalam Ribbon, ikon alatan mempamerkan arahan yang berkaitan dengan Tab Menu
yang aktif. Ribbon direkabentuk untuk memudahkan pengguna mencari arahan yang
diperlukan. Arahan-arahan ini dihimpunkan dibawah Tab menu seperti Home, Insert,
Formulas dan sebagainya.

Tab Menu

Rajah 8: Ribbon memaparkan arahan dalam Menu “Home”

H a l a m a n | 11 | © H a k c i p t a 2 0 0 9 T E A M E X C E L | V E R S I P E R C U M A
www.MahirExcel.com
RAHSIA MAHIR EXCEL 2007

Bebutang Arahan

Sub-Arahan
Rajah 9: Elemen-elemen yang terdapat pada Ribbon

 Home - Himpunan arahan untuk memanipulasi teks pada hamparan elektronik


 Insert - Himpunan arahan untuk memasukkan jadual, gambar dan sebagainya
 Page Layout - Himpunan arahan untuk mengubah tema, latarbelakang, dll
 Formulas - Himpunan arahan untuk menggunakan formula
 Data - Himpunan arahan untuk menyusun data, mengisih data dll
 Review - Himpunan arahan untuk menyemak tatabahasa, terjemahan dll
 View - Himpunan arahan untuk melihat paparan
 Add-Ins - Himpunan arahan untuk aplikasi tambahan

DAPATKAN VERSI PENUH


Ebook Rahsia Mahir Excel 2007 ini
“Pelaburan untuk
ILMU tiada ternilai
harganya berbanding
WANG RINGGIT”
HARGA EBOOK MAMPU MILIK DENGAN MASA
TERHAD! SEMUA ORANG MAMPU MEMILIKINYA..

www.MahirExcel.com

H a l a m a n | 12 | © H a k c i p t a 2 0 0 9 T E A M E X C E L | V E R S I P E R C U M A
www.MahirExcel.com
RAHSIA MAHIR EXCEL 2007

IKLANEKA 1

DAPATKAN
PENAPIS AIR
PYRACOSMIC
dengan harga
istimewa hari ini!

Layari sekarang DuniaTenagaPyraCosmic


http://wanzpyra.wordpress.com/2009/08/19/pyra-energy-water

H a l a m a n | 13 | © H a k c i p t a 2 0 0 9 T E A M E X C E L | V E R S I P E R C U M A
www.MahirExcel.com
RAHSIA MAHIR EXCEL 2007

IKLANEKA 2
“Panduan Menguasai
Photoshop
dengan PANTAS dan
MUDAH!!”
http://www.rahmanbasri.com/pakejphotoshop

H a l a m a n | 14 | © H a k c i p t a 2 0 0 9 T E A M E X C E L | V E R S I P E R C U M A

Anda mungkin juga menyukai