Anda di halaman 1dari 15

Kimpalan merupakan kaedah sambungan yang penting yang sering

digunakan di dalam bidang kejuruteraan hari ini terutamanya pada struktur-


struktur bangunan, pelantar minyak, pembinaan kapal , industri automotif
dan sebagainya. Dalam kelas proses penyambungan, kimpalan ini termasuk
dalam proses penyambungan kekal, berlaianan dengan rivet atau skru.

Kimpalan arka dijalankan secara mengalirkan tenaga elektrik daripada


elektrod ke atas logam asas dan menukarkan tenaga elektrik ini kepada
tenaga haba yang tinggi. Haba tinggi yang terhasil dapat meleburkan hujung
elektrod dan logam asas dan menghasilkan satu sambungan kimpal. Pada
asasnya, banyak tenaga elektrik diperlukan untuk mencapai suhu tertentu
bagi melebur logam dalam jangka masa yang pendek. Kerja kimpalan arka
biasanya sesuai untuk kerja fabrikasi logam seperti pembinaan kapal terbang,
dandang, jambatan dan lain-lain.

TIG adalah proses kimpalan yang menghasilkan tautan logam dengan


memanaskannya dengan arka di antara elektrod tungsten yang kekal dan
benda kerja. Gas lengai dibekalkan secara berasingan untuk memberi
pelindungan kepada leburan logam. Gas pelindung yang biasa digunakan ialah
argon, argon + hidrogen, helium dan campuran Argon & Helium.

MIG merupakan proses kimpalan arka yang menghasilkan tautan logam


melalui pemanasan arka antara elektrod guna habis dengan benda kerja.
Proses ini menggunakan gas sebagai perisai. Elektrod guna habis diulurkan
dengan berterusan secara automatik melalui muncung pemegang. Arka
dilindungi dengan gas Argon, Helium, campuran Argon + Helium dan Carbon
dioxide.
Pakaian dan peralatan perlindungan
I. Gunakan kasut keselamatan
II. Gunakan sarung tangan yang sesuai untuk memegang bahan dan
alatan
III. Gunakan apron atau pekaian keselamatan yang diperbuat daripada
kulit untuk melindungi tubuh semasa mengimpal
IV. Gunakan gogal dan pelindung muka semasa bekerja

Pakaian am
I. Pakaian mestilah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar
II. Rambut sentiasa pendekdan kemas bagi lelaki manakala bagi
perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat dan yang
bertudung disisipkan dalam baju
III. Elakkan memakai barang perhiasan seperti rantai,jam tangan dan
sebagainya
Contoh pakaian yang sesuai semasa di dalam bengkel

Penggunaan gogal

sarung tangan kulit


Mesin kimpalan arka merupakan mesin yang direkabentuk untuk
membekalkan arus yang sesuai serta cukup bagi kerja kimpalan. Terdapat 3
jenis mesin kimpalan yang biasa digunakan:

 Jenis transformer
 Jenis janakuasa
 Jenis pelurus
Saiz mesin kimpalan ditentukan mengikut keupayaan pengeluaran arus
elektrik (ampere) maksimum mesin itu. Saiz biasa didapati ialah 150, 200, 250,
300, 400, 500 atau 600 ampere.

Mesin Kimpalan Jenis Transformer Arus Ulang-Alik


Voltan tinggi dan ampere rendah daripada pembekal kuasa diubah kepada
voltan rendah dan ampere tinggi yang sesuai untuk kerja kimpalan.

Kebaikan:

 Tidak ada sumpitan arka,


 Kos permulaan yang rendah,
 Senyap,
 kos penyenggaraan yang paling rendah,
 sambungan fasa tunggal,
 kos kendalian yang murah
 sesuai untuk kerja kimpalan yang menggunakan arus elektrik yang
tinggi dan elektrod besar.

Keburukan:

 tidak semua elektrod boleh digunakan pada mesin jenis ini.


 diganggui oleh pembekal kuasa.
 pemilihan sifat arka tidak boleh dibuat.

Mesin Kimpalan Jenis Janakuasa Bermotor Arus Terus


Mesin ini sesuai dan amat berkesan untuk membekalkan arus kimpalan yang
diperlukan (voltan rendah dan arus tinggi). Janakuasa mesin ini digerakkan
oleh motor elektrik dan ia memerlukan bekalan arus ulang alik, biasanya
220V, 440V atau 550V 3 fasa untuk memusingkan motor dan menghasilkan
arus terus.

Kebaikan:

 Boleh menggunakan semua jenis elektrod,


 Menghasilkan arka yang stabil dan lembut,
 Tidak ada gangguan daripada bekalan kuasa,
 Pemilihan arka yang sesuai boleh dibuat,
 Amat sesuai digunakan untuk mengimpal kepingan logam,

Keburukan:

 Mengeluarkan bunyi yang bising,


 kos penyenggaraan yang mahal, kerana terdapat bahagian yang
bergerak.
 Walaupun kerja kimpalan tidak dilakukan, namum motor janakuasa
tetap bergerak. Ini merugikan kuasa elektrik.
 Kos permulaan yang mahal.
 terdapat sumpitan arka (arc blow)

Mesin Kimpalan Jenis Janakuasa Arus Terus


Pergerakan Enjin
Janakuasa mesin ini digerakkan oleh enjin pembakaran dalam (petrol atau
diesel). selain itu, mesin ini juga dikenali sebagai mesin kimpalan jenis mudah
alih

Kebaikan:
 tidak bergantung kepada bekalan kuasa elektrik,
 pemilihan sifat arka dapat dibuat
 semua jenis elektrik dapat digunakan

Keburukan:

 Mengeluarkan bunyi bising


 Kos penyenggaraan yang mahal
 kos permulaan yang tinggi, memerlukan bahan api
 terdapat sumpitan arka/ arc blow

Mesin Kimpalan Jenis Janakuasa Arus Terus


Pergerakan Enjin
Janakuasa mesin ini digerakkan oleh enjin pembakaran dalam (petrol atau
diesel). Mesin ini dikenali sebagai mesin kimpalan jenis mudah alih kerana ia
boleh digunakan untuk kerja luar atau mana-mana saja walaupun tempat itu
tiada bekalan elektrik.
Kebaikan:

 tidak bergantung kepada bekalan kuasa elektrik,


 pemilihan sifat arka dapat dibuat
 semua jenis elektrik dapat digunakan

Keburukan:

 Mengeluarkan bunyi bising


 Kos penyenggaraan yang mahal
 kos permulaan yang tinggi, memerlukan bahan api terdapat sumpitan
arka/ arc blow

Tungsten Inert-Gas Welding (TIG )


 Boleh mengimpal pelbagai ketebalan logam.
 Banyak digunakan untuk kepingan nipis yang mana mutu tinggi dan
kemasan yang diperlukan.
 Boleh diguna untuk menyambung bahan yang berlainan.
 Menyaluti permukaan keluli.
 Mengeraskan permukaan keluli.
Metal Inert-Gas Welding (MIG)
 Diguna dengan meluas untuk kimpalan yang memerlukan kadar
pengeluaran tinggi.
 Diguna dalam kilang pembuatan.

Kimpalan Arka
Kerja kimpalan arka biasanya sesuai untuk kerja fabrikasi logam seperti
pembinaan kapal terbang, dandang, jambatan dan lain-lain .

Tungsten Inert-Gas Welding (TIG)


 Sesuai mengimpal kebanyakan logam (ferus dan bukan ferus : Keluli,
aluminium, magnesium, kuprum, gangsa, emas……….)
 Sambungan bermutu tinggi.
 Tidak berlaku percikan logam semasa mengimpal.
 Tidak perlu kerja pembersihan selepas kimpal.
 Kimpalan boleh dilakukan pada pelbagai kedudukan.

Metal Inert-Gas Welding(MIG)


 Proses boleh diautomasikan (digabungkan dengan robot).
 Proses lebih cepat.
 Hasil kimpalan bermutu tinggi.
 Sedikit kerja pembersihan selepas kimpal.
 Arka dan kubang kimpal mudah dilihat semasa mengimpal.
 Kimpalan boleh dibuat pada semua kedudukan.
 Boleh mengimpal kesemua logam utama.

Tungsten Inert-Gas Welding (TIG)


 Prosesnya perlahan berbanding dengan proses yang menggunakan elektrod guna
habis.
 Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat).
 Tidak boleh digunakan untuk logam yang mempunyai suhu lebur yang rendah.
 Proses sukar dilakukan secara automatik kerana logam pengisi perlu dibekalkan
secara berasingan ke medan kimpal.

Metal Inert-Gas Welding(MIG)


 Gas pelindung dibekalkan secara berasingan (kos meningkat).
 Peralatan yang diperlukan kompleks dan mahal.
 Sistem tidak mudah alih.
 Pemegang elektrod perlu dekat dengan benda kerja untuk memastikan perisaian
arka cukup.

Pengenalan
 Satu proses kimpalan arka yang menghasilkan tautan apabila wujud arka di antara
stad logam dengan logam induk.
 Proses ini menggunakan penembak stad. Proses ini boleh dilakukan dengan gas
pelindung atau tanpa gas pelindung.

Proses Gerudi
Proses ini lebih lambat, memerlukan bahan asal yang tebal dan stad yang lebih panjang

Insert
Boleh jadi longgar, menanggalkan cat, bahan asal perlu dikemaskan, Permukaan
sebelah menjadi kurang kemas dan tidak rata, struktur bahan asal menjadi lemah

Back Welding
Proses lambat, perlu melubang, bahan asal perlu dikemaskan, kimpalan berlebihan perl
dicanai dan dikemaskan, struktur bahan asal menjadi lemah.

Bolt & Nat


Proses pemasangan menyusahkan kalau bahan asal besar saiznya, perlu buat lubang
dan perlu dikemaskan, tidak leakproof, struktur bahan asal jadi lemah, Kepala bolt
tidak kemas dilihat

Konsep
 Apabila permukaan yang akan disambung dipanaskan pada suhu yang sesuai, ia
rapatkan dengan menggunakan tekanan.
 Hujung stad direnggangkan sedikit dan menyebabkan arka terbentuk.
 Setelah hujung stad dan komponen melebur, stad dijunam semula sehingga
terjadinya sambungan.

Ferrula

Fungsi:
 Untuk melindungi kawasan sambungan.
 Menumpukan haba yang terjana.
 Elakkan daripada pengoksidaan.
 Membendung logam lebur di zon kimpal.

Penggunaan Kimpalan Stad


Stad dapat menggantikan rivet, lubang berulir dan pengikat yang dikimpal secara manual.

Kimpalan stad diguna untuk:

 menyambungkan tangkai bagi peralatan dapur.


 Stad pemindahan haba pada dandang.
 Sirip sinaran pada motor.
 Assembly panel elektronik.
 Komponen pengikat (industri automatif, pembinaan kapal).

Kesimpulan yang saya dapat buat ialah saya dapat memahami cara
penggunaan kimpalan arka, TIG, MIG dan kimpalan STAD. Selain itu,saya
juga dapat mengenali jenis-jenis mesin yang digunakan untuk tujuan bidang
kimpalan. Di samping itu,saya juga memahami kaedah-kaedah yang
terperinci dalam bidang kimpalan yang melaporkan di atas.Dengan ini
juga,saya dapat mengenalpasti kebaikan dan keburukkan TIG, MIG dan
Kimpalan arka dan Kimapalan STAD.

Anda mungkin juga menyukai