Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN PELANTIKAN

PENGAWAS PSS DAN SPBT 2011

ATURCARA TINDAKAN

KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum wth dan Salam Sejahtera…

Yang Berusaha Pn. Noriah Razak, Guru Besar SK AU Keramat, Yang


Dihormati Guru-guru Penolong Kanan , rakan pendidik dan seterusnya
murid-murid yang dikasihi sekalian….

Bersyukur kita kepada ke hadrat Illahi kerana pada pagi ini dapat bersama-
sama berkumpul di majlis perhimpunan ini bagi menyaksikan Majlis
Penyampaian Watikah dan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber dan
Pengawas Skim Pinjman Buku Teks bagi sesi persekolahan 2011.

Untuk makluman semua, Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan ini


adalah gabungan bersama Pusat Sumber Sekolah dan Uni SPBT.

UCAPAN GURU BESAR

Bagi menyempurnakan majlis pada pagi ini, dengan rasa takzim dipersilakan
Pn. Noriah Razak, Guru Besar SK AU Keramat untuk memberi ucapan

Dipersilakan… GB berucap

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kepada Pn. Noriah Razak
atas ucapan sebentar tadi…

PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN


1. PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian Watikah Pelantikan bagi


Pengawas PSS dan Pengawas SPBT.
Dengan ini dipohon kepada pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pengawas
SPBT untuk bersedia ….

Majlis dengan ini menjemput Adik Adam Firdaus Farid dari Kelas 3 Azam
bagi menerima watikah pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk
Pengawas Pusat Sumber Tahun 3

Seterusnya Adik Lyana Nazurah Khairul Fitri dari Kelas 4 Abadi bagi
mewakili Pengawas Pusat Sumber Tahun 4

Dipersilakan pula Adik Erysha Hamdan dari Kelas 5 Adab bagi mewakili
Pengawas Pusat Sumber Tahun 5.

Dan diikuti Adik Nurul Afiqah Mohamed Jailani bagi mewakili mewakili
Pengawas Pusat Sumber Tahun 6

2. PENGAWAS SPBT

Bagi Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas SPBT pula di persilakan


Adik Muhammad Akmal Kamaluddin mewakili Pengawas SPBT Tahun 6

Seterusnya Adik Muhammad Firdaus Md. Johari bagi menerima watikah


pelantikan mewakili Pengawas SPBT Tahun 5.

Dipersilakan Adik Azrul Hakimi Abdullah bagi mewakili Pengawas SPBT


Tahun 4

Diikuti pula Adik Mohd Zulhisyam Khamis bagi mewakili Pengawas SPBT
Tahun 3
Pihak majlis merakam jutaan terima kasih kepada Pn Noriah Razak atas
Penyerahan Watikah Pelantikan PSS dan Pengawas SPBT sebentar tadi…

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Sebagai tanda penghargaan majlis mempersilakan Pn. Zalehar Hassan Guru


Penolong Kanan Tadbiran & Kurikulum bagi menyampaikan cenderahati
tanda terima kasih kepada Yang Berusaha Pn. Noriah Razak atas kesudian
menyempurnakan majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Pusat
Sumber Sekolah bagi sesi persekolahan 2011.

Seterusnya dipersilakan pula Pn. Rosnah Abd Hamid, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid bagi menyampaikan cenderahati dari Unit SPBT Sekolah
atas kesudian Yang Berusaha Pn. Noriah menyempurnakan majlis ini.

BACAAN IKRAR

1. PENGAWAS PUSAT SUMBER

Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Ikrar yang akan disampaikan oleh
Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pengawas SPBT sebagai tanda
kesungguhan mereka bagi melaksana dan memikul amanah yang diberikan
dalam membantu pengurusan Pusat Sumber Sekolah dan Skim Pinjaman
Buku Teks.

Dengan ini, dipersilakan Adik Nurul Afiqah Mohamed Jailani bagi


mengetuai bacaan ikrar Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Dipersilakan….

2. PENGAWAS SPBT

Seterusnya dipersilakan Adik Ahmad Nizam Mohd Asri bagi mengetuai


bacaan ikrar Pengawas SPBT.

Seterusnya ialah Bacaan Ikrar Murid. Untuk itu murid-murid dipohon untuk
berdiri dan bersedia bagi mengikuti ikrar yang akan dibacakan sebentar lagi.
Murid-murid diminta bersedia….

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Adik Nurul Afiqah Mohamed


Jailani dan Adik Ahmad Nizam Mohd Asri atas bacaan ikrar itu tadi…

BERSURAI

Dengan berakhirnya bacaan ikrar itu tadi maka berakhirlah majlis


Penyerahan Watikah dan Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan
Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks bagi sesi persekolahan 2011. Semoga
dengan pelantikan ini akan dapat memotivasikan para pengawas SPBT dan
PSS untuk melaksana dan menjalankan tugas yang diamanahkan…

Majlis merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak Guru Besar, guru-
guru Penolong Kanan , guru-guru serta murid-murid sekalian atas kerjasama
dan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Majlis diserahkan demula kepada Adik Pengacara Majlis…