Anda di halaman 1dari 1

Dato Onn Jaafar

Yang Dipertua UMNO pertama, Dato’ Onn Jaafar di Johor Bahru pada 1895.
Dengan inisiatif dan usahanya, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor ditubuhkan
pada awal 1946. Dato’ Onn telah dipilih untuk mempengerusikan Kongres Melayu
SeMalaya yang pertama pada 1 -4 Mac 1946 dan dipilih menjadi Yang Dipertua
UMNO yang pertama. Bersama pemimpin lain, Dato’ Onn berjaya menumpaskan
Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948
dan beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor dan Ahli (Member) Hal Ehwal Dalam
Negeri pada 1951.

Di Mesyuarat Agung UMNO yang Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951 akibat
percanggahan pendapat mengenai cadangannya membuka keanggotaan UMNO
kepada orang bukan Melayu, Dato’ Onn telah melepaskan jawatan sebagai Yang
Dipertua dan terus meninggalkan UMNO. Ekoran itu, dia menubuhkan parti
Kemerdekaan Malaya (IMP) dan seterusnya Parti Negara (1954), tetapi gagal
meraih sokongan rakyat. Pada pilihan raya 1959, Dato’ Onn berjaya merebut kerusi
Parlimen Kuala Terengganu Selatan sebagai satu-satunya wakil Parti Negara yang
menang pada pilihan raya tersebut.

Dato’ Onn menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat, 19 Januari 1962 di


Johor Baharu.

Anda mungkin juga menyukai