Anda di halaman 1dari 31

SK PADANG TEMBAK (1)

JALAN SEMARAK, 54100 KUALA LUMPUR.


TELEFON : 03-26929910
NO. FAX : 03-26945037

BUKU PENGURUSAN
PRASEKOLAH PERMATA AKTIF
2011

ISI
KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. ORGANISASI PRASEKOLAH
3. MAKLUMAT PERIBADI GURU PRASEKOLAH/GURU AGAMA /PPM
4. MAKLUMAT PERIBADI/BIODATA MURID
5. PELAN
6. PERATURAN AM PRASEKOLAH
7. KURIKULUM PRASEKOLAH
8. PERANCANGAN STRATEGIK PRASEKOLAH
9. MENU
10. SENARAI SISTEM FAIL
11. BIDANG TUGAS GURU/PPM
12. PUSAT DALAM PRASEKOLAH
13. ANGGARAN PERBELANJAAN
14. CARA PENILAIAN MURID PRASEKOLAH
15. LAMPIRAN

1.PENGENALAN
A. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

‘Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan Negara.’

B. FALSAFAH PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Melahirkan murid – murid prasekolah yang mempunyai asas 3M, berani, berjiwa murni,
pandai bergaul serta celik IT demi memastikan kejayaan di dalam pendidikan formal
yang bakal ditempuhi kelak serta menjadikan anak – anak yang berjaya di masa
hadapan.

C. RUKUN NEGARA

‘Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita yang tersebut, berdasarkan atas prinsip-prinsip yang
berikut :’

*KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


*KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
*KELUHURAN PERLEMBAGAAN
*KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
*KESOPANAN DAN KESUSILAAN

D. OBJEKTIF DAN MATLAMAT PRASEKOLAH

i) OBJEKTIF :
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada
kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam
aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rihani seperti berikut :

1) Membina kecergasan badan.


2) Mempunyai tubuh badan yang sihat
3) Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
4) Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.
5) Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.
6) Mempunyai kematangan emosi.
7) Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.
8) Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
9) Berkebolehan berinteraksi sengan orang lain.
10) Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
11) Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk
perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.
12) Mengamalkan nilai murni.
13) Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid
beragama Islam.
14) Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa
pengantar dalam konteks kehidupan harian.
15) Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.
16) Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan
harian dan menyelesaikan masalah.
17) Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif.
18) Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
19) Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

ii) MATLAMAT :

Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-


kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu
dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan,
kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak
agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk
menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

E. VISI / MISI / MOTTO PRASEKOLAH

VISI

Menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek JERIS,


Menguasai kemahiran asas dan
Memupuk sikap positif sebelum ke
Pendidikan formal di Tahun 1

MISI
Menyediakan peluang yang sama rata,
pembelajaran terancang,
tempat yang selesa dan suasana pembelajaran
yang ceria.

MOTTO

“Belajar Melalui Bermain”

F. PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

Kami Staf SKPT (1) berikrar akan :

* Membimbing murid-murid membentuk sahsiah dan akhlak yang mulia


berlandaskan ajaran agama dan nilai-nilai murni.
* Memberi pendidikan sempurna dan berkesan berdasarkan kebolehan dan
keupayaan murid-murid melalui pelbagai pendekatan menjurus kea rah
sekolah bestari.
* Memupuk budaya membaca dan cintakan ilmu.
* Mewujudkan suasana sekolah yang bersih dan ceria, kondusif untuk
pengajaran dan pembelajaran.
* Mempertingkatkan prestasi akademik dan Ko-Kurikulum sesuai dengan etos
sekolah (membaca).
* Memberi layanan baik kepada semua pelanggan dalaman dan luaran demi
kemajuan pendidikan.

G. HURAIAN LOGO
Maksud Warna :

*Merah - Keberanian menempuh cabaran


*Kuning - Mempunyai semangat kesabaran dan ketabahan
*Biru - Kesungguhan dalam setiap pekerjaan

Maksud lambang :

*Buku yang terbuka - Ilmu yang dipelajari dan diamalkan


*Empat gelang - Permainan dan sukan
*Tiga penjuru - Bermaksud tiga bidang utama dalam pendidikan iaitu
Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Ko-Kurikulum.
*Bulan dan bintang - Agama Islam sebagai agama rasmi negara

H. SEJARAH PENUBUHAN PRASEKOLAH

Prasekolah SKPT (1) telah dibina pada bulan 12 tahun 2006 iaitu dengan
membuat pengubahsuaian bilik darjah dan bilik kesihatan yang telah sedia ada. Ia telah
siap dibina dan mula beroperasi pada bulan Januari 2007 dengan bilangan murid 22
orang dan seorang guru prasekolah iaitu Puan Ainalita Zazni Binti Adnan. Pada awal
pembukaannya, masih tidak terdapat pembantu pengurusan murid (PPM) dan
diuruskan oleh guru prasekolah sehingga bulan Mac 2007. Seorang PPM telah
melaporkan diri pada bulan Mac tetapi tidak dpat meneruskan khidmatnya kerana
masalah keluarga yang tiggal berjauhan di utara tanahair. Setelah itu, seorang PPM
secara sambilan telah mengambil alih selama 2 bulan sebelum PPM tetap gred N17
Puan Azlinda bt. Su melaporkan diri dan berkhidmat sehingga kini.

Pada bulan April 2007, bilangan murid bertambah menjadi 25 orang. Prasekolah
ini kemudiannya telah diberi nama “Prasekolah Permata Aktif” secara rasmi oleh Puan
Guru besar pada masa itu iaitu Puan Zaiton bt. Mohd Noor. Banyak kejayaan yang telah
di capai oleh prasekolah ini pada tahun pertama pembukaannya iaitu sebagai naib johan
acara Nyanyian dan Gerakan peringkat zon keramat, Johan acara tersebut peringkat
Negeri seterusnya Naib Johan acara tersebut di Peringkat Kebangsaan. Selain itu,
prasekolah ini juga telah mendapat naib johan dalam acara bercerita Bahasa Inggeris
peringkat Zon Keramat dan juga di peringkat negeri. Kejayaan demi kejayaan telah
ditempa setiap tahun dan diharapkan akan terus Berjaya di masa-masa akan datang.
Sehingga kini Prasekolah Permata Aktif masih lagi dikelolakan oleh guru dan PPM
yang sama dan berharap akan dapat melahirkan anak-amnak didik yang celik 3M
disamping mempunyai sahsiah murni dan emosi yang stabil. Kerjasama dan
permuafakatan di antatra ibu bapa dan guru serta pihak sekolah adalah kunci kejayaan
bagi meningkatkan muti prasekolah. Insyaallah.

I. SYARAT KEMASUKAN

1. Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.


2. Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak yang ibubapa / penjaganya
berpendapatan rendah.
3. Pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa yang terdiri daripada :
 Pegawai JPWP - Penyelaras
 Guru Besar - Pengerusi
 Guru Penolong Kanan 1 - Naib Pengerusi
 Guru Prasekolah - Setiausaha
 Guru Tahun 1 (Wakil) - Ahli Jawatankuasa
 Guru Tahap 2 (Wakil) - Ahli Jawatankuasa
4. Bilangan kanak-kanak di dalam satu kelas minimun ialah 10 orang dan maksimum 25
orang.
5. Mengeluarkan surat tawaran penerimaan kepada penjaga murid yang terlibat dan
pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke sekolah.

J. PAKAIAN RASMI
K. LAGU - LAGU

NEGARAKU WILAYAH PERSEKUTUAN

Negaraku, tanah tumpahnya darahku, Harmoni wilayah pertiwi,


Rakyat hidup bersatu dan maju, Semoga sentiasa diberkati,
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan, Wawasan arah pembangunan,
Raja kita selamat bertahta, Sebagai semangat perpaduan,
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan, Wilayah Persekutuan,
Raja kita selamat bertahta. Maju dan sejahtera (2x)

SEKOLAH PADANG TEMBAK (1)

Bangunan yang tersergam dan indah


Kawasan luas rumput menghijau
Itulah dia Sekolah Padang Tembak Satu yang permai
Guru-gurunya tekun dan ikhlas
Mendidik membentuk akhlak mulia
Agar berjasa pada agama, bangsa dan Negara
Rajin berusaha kita akan Berjaya
Mencapai segala yang dicita,
Bangunlah kawanku jangan leka kelak kita akan rugi selamnya,
Marilah kita sama berikrar,
Tekad dan azam kita sematkan
Untuk menjadi rakyat berguna demi negara kita.

PRASEKOLAHKU TERCINTA

Prasekolahku tercinta, oh sungguh ceria,


Tepuk tangan bersama, riangnya hati.
Mari-marilah kawan,
Kita ke sekolah,
Tulis, baca dan kira,
Main bersama.

(Ciptaan lagu dan lirik : Pn. Ainalita Zazni-2004)

2. ORGANISASI PRASEKOLAH
PENGERUSI
PN. SUSILA a/p GOPAL
GURU BESAR

NAIB PENGERUSI NAIB PENGERUSI


PN. SARIZAH BT. ABD RAZAK PN. NORZAITAH BT. ABU TAHRIM
GPK KURIKULUM GPK KO-KO
NAIB PENGERUSI
PN. JALIDAH BT. ABDUL MUTALIB
GPK HEM

SETIAUSAHA BENDAHARI
PN. AINALITA ZAZNI BINTI ADNAN EN. MAT IRAHIM B. SELAMAT
GURU PRASEKOLAH KETUA PEMBANTU TADBIR

AJK
PN. AZLINDA BT. SU (PPM)
PN. CIK MAZNIDA ( GURU AGAMA )
PN. JULAILI ( WAKIL GURU TAHUN 1 )
PN. NORIDAWATI (GURU BIMBINGAN & KAUNSELING)
PN. ROSMALIA (GURU OPSYEN )
PN. SAFURA ( GURU MUZIK )

AJK PEWARIS

1. EN. ZAKARIA BIN LAT @ MURAD


2. PN. JAMA’IAH BT. SABILAN
3. PN. RADZLAN BIN WAHAB
4. PN. NOORAZLIN BT. MOHD. KASAH
5. PN. NORAZIMAR BT. AHMAD
6. EN. ADANAN BIN AB. LATIF

3. MAKLUMAT PERIBADI GURU /PPM


A. GURU PRASEKOLAH

B. PPM PRASEKOLAH
C. GURU AGAMA PRASEKOLAH
4.MAKLUMAT
PERIBADI/BIODATA
MURID
5.PELAN
A) PELAN SEKOLAH
B) PELAN KELAS PRA SEKOLAH
i) Pelan Lantai Kelas
ii) Pelan Lantai Luar Kelas Pra Sekolah (Permaianan Luar)

C) PELAN KESELAMATAN DAN KECEMASAN

6.PERATURAN AM PRASEKOLAH

 Waktu Persekolahan Prasekolah ialah bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
 Pakaian rasmi Prasekolah ialah T-shirt kuning ‘Royal Yellow’ dan tulisan ‘Navy Blue’ serta
track bottom biru gelap. Memakai kasut sekolah lengkap bersarung kaki.
 Murid hendaklah hadir ke sekolah sebelum jam 8.00 pagi untuk bersarapan. Murid
hendaklah memberi surat jika tidak hadir ke sekolah ataupun sijil sakit jika sakit.
 Murid tidak boleh memakai atau membawa barang kemas / aksesori berwarna selain
warna yang ditetapkan.
 Murid juga tidak dibenarkan membawa alatan yang mahal.
 Buang sampah ke dalam bakul sampah.
 Beratur, basuh tangan dan membaca doa sebelum dan selepas makan setiap hari.
 Ibubapa dilarang menunggu di dalam atau di luar kelas semasa P&P (kecuali murid-
murid berkeperluan khas /OKU)
 Dilarang membawa barangan tajam dan alat permainan ke sekolah.(Beg tidak
digalakkan di bawa ke sekolah)
 Murid tidak dibenarkan membawa keluar barang atau alatan pra sekolah keluar dari
kelas.
 Ibubapa diwajibkan mengambil anak tepat pada waktu yang ditetapkan untuk
mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
7.KURIKULUM
PRASEKOLAH
JADUAL WAKTU
PRASEKOLAH

8.PERANCANGAN STRATEGIK PRASEKOLAH


A. TAKWIM TAHUNAN PRASEKOLAH

B. PELAN STRATEGIK DAN PELAN TAKTIKAL


9.MENU

SARAPAN PAGI

MINGGU 1 2 3 4
HARI

BISKUT MARIE OAT BISKUT MARIE NESTUM


ISNIN
SUSU BERCOKLAT SUSU SUSU COKLAT SUSU

KOKO CRUNCH ROTI KAYA CORNFALKES BISKUT CREAM


SELASA
SUSU MILO SUSU HORLICK

BISKUT BISKUT
CREAM CRACKER CREAM CRACKER
RABU CHIPSMORE CHIPSMORE
MILO MILO
SUSU SUSU

BISKUT JEM HONEY STAR OAT


KHAMIS HONEY STAR
MILO SUSU SUSU
SUSU

BISKUT TIGER BISKUT TIGER


HONEY STAR KOKO CRUNCH
JUMAAT SUSU COKLAT
SUSU SUSU
MILO HORLICK

REHAT/KUDAPAN
Mingg
u
1 2 3 4
Hari
SANDWICH TELUR FETTUCINI WITH CREAM BUBUR
BIHUN SUP
MAYONIS SAUCE GANDUM+ROTI PUTIH
ISNIN TEH ‘O’ SUAM
TEH ‘O’ SUAM JUS OREN JUS MANGGA
PISANG
BUAH BETIK TEMBIKAI BUAH EPAL

ROTI PUTIH +KARI


KUIH KARIPAP & SARDINE ROLL SPAGETI GORENG
AYAM
SELASA DONAT RIBENA RIBENA
RIBENA
RIBENA BUAH OREN BUAH BETIK
BUAH OREN
PISANG
BIHUN GORENG NASI GORENG CINA LAKSA
NASI GORENG
RABU JUS OREN AIR SUAM AIR SUAM
KAMPUNG AIR SUAM
BUAH BETIK PISANG BUAH EPAL
TEMBIKAI

SUP
CENDAWAN+ROTI
CUCUR UDANG ROTI SOSEJ CUCUR IKAN BILIS
BUN
KHAMIS JUS MANGGA TEH ‘O’ SUAM TEH ‘O’ SUAM
JUS OREN
TEMBIKAI BUAH OREN BUAH EPAL
BUAH EPAL

NASI +
NASI +IKAN MASAK NASI PUTIH+KURMA
JUMAAT NASI PUTIH + AYAM MASAK
KICAP AYAM
TOMYAM CAMPUR PAPRIK
JUS MANGGA AIR SUAM
AIR SUAM AIR SUAM
BUAH OREN BETIK
PISANG BUAH OREN

10.SENARAI SISTEM FAIL PRASEKOLAH


Senarai fail yang diperlukan di kelas prasekolah:
Bil Nama Fail Kandungan Fail

1 Rancangan Pelajaran tahunan -Sukatan pelajaran


-Rancangan pelajaran tahunan (RPT)
SKPTS/02/09/005(a)

Fail Minit Mesyuarat Induk -surat panggilan mesyuarat


*GB
2 *GPK
SKPTS/02/09/005(b) *AJK
-minit mesyuarat
-perjumpaan ibubapa
-senarai kehadiran ahli AJK

Fail Maklumat Staf -carta organisasi terkini


3 -Maklumat peribadi Guru, PPM dan Guru
Agama
SKPTS/02/09/005(c) -jadual waktu kelas (sebagai rujukan)
-senarai tugas Guru dan PPM

-Pendaftaran murid prasekolah


4 Fail Maklumat Murid -laporan pendaftaran murid prasekolah
-senarai nama
-rekod peribadi murid
SKPTS/02/09/005(d) *butir-butir diri & keluarga
*fizikal
*kesihatan

5 Fail Surat Menyurat -surat yang dihantar


(ditulis dengan pen dakwat hitam /biru)
-surat yang diterima(ditulis dengan pen dakwat
SKPTS/02/09/005(e) merah)

6 -surat yang diterima daripada jabatan /


Fail Pekeliling
kementerian
SKPTS/02/09/005(f)

Fail Maklumat Perkembangan Staf -bahan cetakan kursus


-surat panggilan kursus / bengkel / mesyuarat /
7 SKPTS/02/09/005(g) seminar
Bil Nama Fail Kandungan Fail

8 Fail Rancangan Tahunan Panitia -Buku pengurusan prasekolah


-Takwim sekolah (program panitia)
SKPTS/02/09/005(h)

9 Fail Kewangan -Salinan Nota Minta bekalan makanan dan PCG


-Salinan Invois
SKPTS/02/09/005(i)

10 Fail Inventori -Salinan harta modal


-Salinan bekalan pejabat
-Salinan invois
SKPTS/02/09/005(j) -Salinan surat sumbangan individu / organisasi
-Kad Jaminan

Fail Pencerapan -Borang pencerapan


11 SKPTS/02/09/005(k) *GB/GPK
*Guru Pelatih

-Jadual pencerapan
*GB/GPK
*Guru Pelatih

12 Fail Head Count Matapelajaran -Bahan dan analisa KIT pencapaian Bahasa
SKPTS/02/09/005(l) Malaysia
-Buku rekod pentaksiran

13 Fail Aktiviti Prasekolah -Lawatan


-Sukan anjuran luar (Jabatan)
-Karnival
SKPTS/02/09/005(m) -Semua aktiviti Prasekolah
-Kertas kerja / Laporan / Dokumentasi
Bil Nama Fail Kandungan Fail

-Kajian tindakan yang dibuat


14 Fail Kajian Tindakan -Contoh kajian tindakan yang diterima

SKPTS/02/09/005(n)

Fail ‘Quatation’ -Senarai quotation dari pembekal


-Quatation tempat lawatan
15 SKPTS/02/09/005(o) -Quatation kedai gambar konvokesyen
11.BIDANG TUGAS GURU DAN PPM

12.PUSAT PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

 Pusat Bahasa Dan Komunikasi


 Pusat Kognitif
 Pusat Fizikal
 Pusat Manipulatif
 Pusat Kerohanian Dan Moral
 Pusat Teknologi Dan ICT
 Pusat Kreativiti Dan Estetika
 Pusat Sumber Guru

13.ANGGARAN PERBELANJAAN WANG PRASEKOLAH

 ALIRAN WANG PCG

Wang PCG yang diperuntukkan untuk Prasekolah ialah mengikut bilangan murid
dalam kelas Prasekolah. Prasekolah Permata Aktif pada tahun 2011 ini mempunya 25
orang murid oleh itu jumlah peruntukan PCG yang diterima ialah sebanyak RM2500.00
setahun

 ALIRAN WANG MAKAN

Wang makan yang diperuntukkan juga adalah mengikut jumlah murid pada tahun
tersebut. Setiap murid dibayar RM1.80 sehari. Selain itu, jumlah wang makan juga
dikira mengikut bilangan hari belajar dalam bulan tersebut.
Contohnya :
Bulan Januari : 25 murid x RM1.80 x 16 hari belajar = RM 720.00

 WANG KO-KURIKULUM PRASEKOLAH


( terkini kena campur duit koko… saya belum masukkan sebab ni buat
masa bulan 12..)
14.CARA PENILAIAN MURID PRASEKOLAH

 Rekod Perkembangan Murid Prasekolah


 Pentaksiran Murid Prasekolah.
** Rekod Anekdot
**Rekod Berterusan
**Portfolio
LAMPIRAN

SENARAI NAMA MURID 2011