Anda di halaman 1dari 9

SURUHANJAYA PILIHANRAYA ( SPR )

 Ditubuhkan pada 4 September 1957 ( Perkara 114 PP )


 1 Pengerusi dan 2 ahli
 Penubuhan Malaysia ( 1963 ) – tambah menjadi 3 ahli ( wakil S&S )
 Pindaan 1981 – perlantikan Timbalan Pengerusi
 Pindaan 2002 – keanggotaan seramai 7 orang ( Carta )
 Pembentukan Urusetia yang diketuai oleh Setiausaha ( Carta )
 Ibu Pejabat : 1957 – 1978 Bangunan Sultan Abdul Samad
1978 – 1985 Bangunan Yayasan selangor
1985 – 1988 Bangunan Tong Ah
1988 – 2002 Menara Bank Pembangunan
2002 – kini Putrajaya
SURUHANJAYA PILIHANRAYA ( SPR )

FUNGSI SPR
1. MEMBUAT KAJIAN DAN PERSEMPADANA N
 Perkara 113, Perlembagaan Persekutuan, setiap bahagian pilihan raya harus
mengandungi sebilangan pemilih yang tinggal di kawasan yang boleh dikenal
pasti.
 Dalam menjalankan kajian berkenaan, Suruhanjaya Pilihan Raya dibantu oleh
Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Perangkaan dan Jabatan Peguam Negara.
 Sehingga kini, sebanyak 8 kali urusan persempadanan semula bahagian-
bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri telah diadakan.
SURUHANJAYA PILIHANRAYA ( SPR )

FUNGSI SPR
1. MEMBUAT KAJIAN DAN PERSEMPADANA N
 Menjalankan kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya hanya selepas 8
tahun dari tarikh selesainya kajian yang terdahulu.
 Mesti diselesaikan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh ia bermula.
 Urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen
dan Negeri dijalankan serentak di semua negeri di seluruh Malaysia kecuali
Sarawak.
 Nota 1
 Nota 2
SURUHANJAYA PILIHANRAYA ( SPR )
FUNGSI SPR
2. MENJALANKAN URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH
 Adalah menjadi hak setiap warga negara yang layak untuk memilih kerajaan untuk
memerintah negara melalui pilihanraya untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat
dan Dewan-dewan Undangan Negeri
 Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang
berikut:      
(a) seorang warganegara Malaysia;
  (b) telah mencapai umur 21 tahun;
      (c) bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan;
      (d) tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang
berkuat kuasa.
SURUHANJAYA PILIHANRAYA ( SPR )
FUNGSI SPR
2. MENJALANKAN URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH
 Jenis-Jenis Pendaftaran  
(a) Pendaftaran Baru : permohonan kali pertama
      (b) Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi

 Jenis-Jenis Pemilih 
(a) Pemilih Biasa: pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-
pusat mengundi semasa pilihan raya.

       (b) Pengundi Tidak Hadir: Pengundi Tidak Hadir atau PTH adalah :
1. Anggota tentera dan pasangan,
2. Anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan
pasangan yang menetap bersamanya
3. Pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan
pasangan yang menetap bersamanya.
( Tambahan pada nota 13 – sistem pilihan raya )
PTH ini dibenarkan mengundi secara pos.
SURUHANJAYA PILIHANRAYA ( SPR )
PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

3. MENJALANKAN PILIHANRAYA
 ELEMEN PENTING PILIHANRAYA
I) BAHAGIAN PILIHAN RAYA
II) PEMILIH
III) CALON
IV) PROSES PILIHAN RAYA
SURUHANJAYA PILIHANRAYA ( SPR )
FUNGSI SPR
3. MENJALANKAN PILIHANRAYA
KELAYAKAN CALON
 calon yang bertanding boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon
bebas.
 Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi
syarat berikut:  
i) warganegara Malaysia;
ii) berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon;
iii) tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) dan dimana-mana dalam Malaysia bagi kerusi Parlimen; dan
iv) tidak hilang kelayakan
SURUHANJAYA PILIHANRAYA ( SPR )
FUNGSI SPR
3. MENJALANKAN PILIHANRAYA
Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:
i) telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; atau
ii) didapati seorang bankrap; atau
iii) memegang jawatan berkepentingan 'office of profit'; atau
iv) gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya; atau
v) telah didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman
penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari
RM2000 dan belum mendapat pengampunan; atau
vi) telah memperoleh kewarganegaraan asing.
SURUHANJAYA PILIHANRAYA ( SPR )
FUNGSI SPR
3. MENJALANKAN PILIHANRAYA
JENIS-JENIS PILIHAN RAYA 
1. Pilihan Raya Umum
• Pilihan Raya Umum diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh 5 tahun.
2. Pilihan Raya Kecil   
• Pilihan Raya Kecil berlaku untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri di luar jangka disebabkan oleh:
i) Kematian
ii) Perletakan Jawatan
iii) Hilang Kelayakan
iv) Pembatalan keputusan pilihan raya oleh Mahkamah Pilihan Raya 

Anda mungkin juga menyukai