Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Penyusuan susu ibu adalah satu kaedah untuk membekalkan bayi nutrisi yang diperlukan untuk
perkembangan dan pertumbuhan yang normal kepada bayi.Secara normalnya setiap ibu
mampu untuk menyusukan anak mereka.

Menurut istilah syarak, penyusuan susu ibu membawa maksud kesampaian susu manusia ke
dalam perut bayi yang tidak melebihi umurnya daripada dua tahun atau dua puluh empat
bulan.Apabila seseorang bayi telah meminum susu ibunya, maka disabitkan penyusuan
keatasnya sama ada susu itu sampai ke dalam perut bayi melalui mulut dengan menghisap
buah dada ibunya, atau dengan cara dituangkan ke halkumnya atau dengan cara dimasukkan
melalui hidungnya.

Menurut ‘American Academy of Pediatrics’ pula,penyusuan susu ibu adalah memberi bayi
meminum susu dari payudara ibu dan disarankan kepada semua bayi.Ini termasuklah bayi
pramatang dan bayi yang sakit.Ini kerana susu tersebut kurang menyebabkan
alahan,murah,mudah disediakan sama ada pada siang hari atau malam hari, dan antibody yang
terdapat dalam susu tersebut boleh membantu bayi untuk terhindar dari jangkitan.

Namun begitu, pada hari ini masih ramai lagi ibu-ibu yang kurang kesedaran tentang kebaikan
dan kelebihan susu ibu kepada bayi mereka.Masih ramai lagi ibu bapa yang merelakan susu
formula sebagai ganti kepada susu ibu walaupun susu tersebut adalah produk tiruan.Ini
disebabkan kesibukan bekerja terutama di kalangan ibu-ibu yang berada di kawasan Bandar.

Penyataan Masalah

Seorang bayi lelaki berumur 1 bulan dengan berat badan 2.5kg dibawa oleh ibunya ke Klinik
Kesihatan Ibu dan Anak Simpang Kuala untuk menjalani pemeriksaan rutin (postnatal).Daripada
pemeriksaan fizikal (head to toe ) yang dilakukan ke atas bayi tersebut didapati tidak
mengalami sebarang penyakit tetapi carta perkembangan kanak-kanak NCHS (national for
health statistic) menunjukkan berlakunya penyusutan iaitu diantara paras -2SD ke -3SD.Ini
menunjukkan bahawa bayi dalam keadaan kurang zat makanan.Melalui penjelasan (complient
of) daripada ibu bayi berkenaan mendapati bahawa bayi tersebut tidak mendapat susu badan
yang cukup serta penambahan dari susu formula.
Literature

Menurut Jack Newman M.D dan Teresa Pitman, bayi yang tidak mendapat susu ibu yang
secukupnya akan lebih terdedah untuk mendapat risiko penyakit dan mendapat masalah dalam
proses tumbesaran bayi sehingga boleh menyebabkan kematian bayi akibat komplikasi penyakit
yang dihadapi.

Menurut Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Siti
Mariam Ali, susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut
umur dan keperluan bayi.Ia mudah dihadam dan ditelan oleh bayi dan sangat berkesan dalam
melindungi bayi dari penyakit,mengandungi antibody,factor tumbesaran,enzim dan tiada
pencemaran atau bahan –bahan terlarang.

WHO Global Strategy for Infant and Young Child Feeding.(WHO 2007)mencadangkan
penyusuan Eklusif kepada bayi yang berusia sebulan hingga enam bulan.Setelah itu bayi harus
menerima gizi yang cukup dan dalam makanan pelengkap sementara terus menyususi sampai
dua tahun atau lebih.Susu ibu menyediakan semua nutrisi yang bayi perlukan untuk
tumbesaran yang baik sehingga 6 bulan.

Menurut kajian di Cambridge, England dan Flinders Australia (2009) menemui hasil kajian
mereka di mana bayi yang disusui badan lebih mendapat kecerdasan IQ dan mampu mencapai
tahap tujuh hingga sepuluh melebihi IQ biasa.

Perbincangan

Pada hari ini masih ramai lagi ibu-ibu yang masih kurang kesedaran tentang kepentingan susu
ibu.Terdapat ibu bapa yang lebih suka bayi mereka diberikan susu formula tiruan sebagai
langkah mudah dan cepat.Sebaliknya ibu bapa tidak terfikir pun tentang kebaikan penyusuan
susu ibu.Daripada kajian yang saya lakukan ke atas 30 responden di klinik ibu dan anak simpang
kuala mendapati 4 orang dari mereka tidak menyusukan anak sejak lahir dan 15 orang berhenti
menyusu ketika usia bayi mencapai 2-3 bulan dan 6 orang ketika bayi mencapai 4-5 bulan dan
selebihnya berhenti menyusu bayi selepas usia bayi mencecah 6 bulan ke atas.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ibu-ibu mengabaikan penyusuan terhadap bayi
mereka.Antaranya ialah kesibukan bekerja yang menyebabkan anak terpaksa dihantar ke
‘nursery’ dan diberikan susu formula.Ibu-ibu yang bekerja ini hanya dapat menyusukan anak
mereka ketika di dalam tempoh berpantang sahaja iaitu sekitar 2 bulan dan apabila mula
bertugas bayi mereka akan diberikan susu formula sebagai jalan mudah.Situasi ini banyak
terjadi di kawasan bandar dan di kalangan ibu-ibu yang sibuk bekerja.Selain itu kurangnya
pengetahuan dan ilmu tentang kebaikan penyusuan susu ibu menyebabkan ibu-ibu kurang peka
tentang kaedah penyusuan susu badan ini.Ada juga segelintir wanita yang baru bersalin
langsung tidak memberikan susu ibu kepada anak yang baru dilahirkan dengan pelbagai alasan
seperti malu berbuat demikian,berasa sakit ketika menyusukan anak,ketiadaan susu dalam
kantung dan tidak selesa dengan kaedah penyusuan badan.Namun begitu kebanyakkan dari
wanita ini sedar tentang kebaikan susu ibu dan susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk
bayi mereka.WHO Global Strategi for Infant And Young Child Feeding (WHO 2007)
mencadangkan agar penyusuan susu ibu dilakukan secara eksklusif kepada bayi-bayi sehingga
mencapai umur 6 bulan.Setelah itu bayi haruslah menerima gizi yang cukup dan dalam
makanan pelengkap sementara terus menyusu sampai dua tahun atau lebih.Susu ibu
menyediakan semua nutrisi yang bayi perlukan untuk tumbesaran yang baik sehingga enam
bulan.

Susu ibu merupakan makanan dan minuman yang terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir
hingga bayi berusia enam bulan.Susu ibu mengandungi kesemua khasiat dalam imbangan yang
betul.Mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi
daripada penyakit, mengandungi antibody semulajadi, faktor tumbesaran ,enzim dan tiada
pencemaran dari bahan-bahan pengawet.Sebaik selepas melahirkan, susu ibu pertama yang
keluar dari payudara ibu adalah berwarna kekuningan yang dinamakan sebagai
kolostrum.Kolostrum mempunyai khasiat yang amat tinggi dan kandungan proteinnya tiga kali
ganda melebihi dari susu biasa.Ia mengandungi antibodi melawan penyakit yang tinggi serta
lebihan sel darah putih.Antara kebaikan kolostrum juga adalah mengeluarkan mekonium (najis
bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan
mencegah penyakit mata kerana kaya dengan vitamin A dan E, mengandungi faktor
pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegahalahan dan bertindak sebagai
imunisasi pertama untuk menentang bacteria dan virus.Jika bayi diberikan makanan lain
sebelum pemberian kolostrum, bayi tersebut boleh mengalami gangguan pada ususnya dan
boleh menyebabkan alahan.

Selain itu juga, susu ibu melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan
kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, brikitis, pneumonia,
meningitis, dan cirit-birit.Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis ,kanser
dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.Selain itu susus ibu turut mengurangkan risiko
sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan
menguatkan pertumbuhan rahang.Kebaikan susu ibu bukan sahaja menjadi penawar dan
bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan
otak bayi.
Proses penyusuan susu ibu yang diberikan secara berterusan kepada bayi juga mampu
mengurangkan risiko penyakit kanser barah payudara kepada ibu yang telah bersalin.Ibu yang
menyusukan bayi juga akan lebih sihat berbanding ibu yang tidak menyusu badan.Ini adalah
kerana apabila penyusuan susu ibu berlaku semua kelenjar dan saraf berfungsi dengan baik
mengikut peranan masing-masing.Serta mempercepatkan pengecutan rahim ibu selepas
bersalin.Sekaligus penyusuan susu ibu memberikan kebaikan kepada bayi dan ibu.

Rumusan

Secara kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan dan faedah yang diperolehi daripada
penyususan susu ibu.Bukan sahaja dari aspek kesihatan tetapi juga dari aspek lain seperti dalam
aspek ekonomi sesebuah keluarga dan juga hubungan kekeluargaan iaitu ikatan antara anak
dan ibu terjalin dengan mesra.Namun kesedaran di kalangan ibu bapa seharusnya perlu dalam
mengetahui kepentingan penberian susu ibu yang mana dapat memberi kebaikan kepada
kedua-dua iaitu ibu dan anak.Ibu bapa seharusnya mengetahui faedah dan cara yang terbaik
untuk pemakanan anaknya demi tumbesaran yang sihat.Ibu juga seharusnya mengetahui teknik
yang betul untuk menyusukan anak dengan tunjuk ajar dan nasihat yang dilakukan pada setiap
lawatan di klinik ibu dan anak atau di klinik desa.Amalan pemakanan dan penyusuan yang betul
akan memberikan kesan yang baik dalam tumbesaran bayi dan seterusnya menjadi anak yang
sihat.
Rujukan

1.Ayu Aima Yusuf (2002).Hukum Penyusuan.Penyusuan mengikut perspektif islam.Kuala


Lumpur:Utusan Publications & Distributors.hlm 44-36

2.American Academy of Pediatric

3.WHO Global Strategy for Infant and Young Child Feeding (WHO, 2007)

4.The Ultimate Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D Teresa Pitman

5.htt://www.momschoice.com

Jumlah patah perkataan : 1200 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai