Anda di halaman 1dari 3

INTELEKTUAL ‘06

AMINAH UZQAN SYENLIKOGLU


(EMINE SENLIKOGLU)
PENTERJEMAH : USTAZ MOHD ROFIZI DOLLAH

BADAN PENERBITAN DAN PENERANGAN (BPP)


PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM) 99
(1999)

Disediakan oleh :
Syahadatul Hafizah binti Abdullah
(mysyahadah@gmail.com)
(http://mysyahadah.blogspot.com/)
Akademi Pengajian Islam
2006
INTELEKTUAL’06

KATA PENGANTAR
Buku ini merupakan satu buku yang amat unik dan istimewa. Ia
merupakan satu kisah benar yang berlaku di negara Jerman sekitar tahun
30-an berkaitan dengan seorang gadis bernama Mary (Maria). Penulisnya
mendengar sendiri cerita ini lantas mengkaji untuk mengetahui status
kesahihannya, dan akhirnya menulis cerita ini dan memberikannya tajuk
Maria, nama watak utama cerita ini.

MARIA
Maria merupakan seorang gadis Jerman bermazhab Katholik, yang
mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang anak kepada ibu yang fanatik
terhadap mazhab tersebut dan ayah yang berfahaman Ateis. Ayahnya
merupakan tokoh penting dan antara penggerak utama dalam fahaman
Ateis. Maria berkenalan dengan seorang pemuda Mesir, Abdul Wahab. Abdul
Wahab telah pun bertunang dengan gadis di tanah airnya iaitu Salwa. Salwa
adalah gadis solehah yang telah membawa Abdul Wahab kembali kepada
ajaran Islam yang sebenar. Akan tetapi, sering terjadi pertikaian hangat di
antara mereka tentang agama. Maria tidak puas hati dan sering
mempertemukan Abdul Wahab dengan paderi untuk berbahas tentang
sesuatu perkara. Namun, Maria mula menyedari kelompangan di dalam
mazhabnya. Hidupnya mula celaru antara Ateis dan Katholik. Maria telah
berkenalan dengan Muhammad seorang pemuda Turki dan telah menjalin
cinta dengannya.
Selepas itu, Muhammad telah kembali ke Turki namun begitu,
percintaan antara mereka tidak terputus. Ayah Maria telah menghantar Maria
ke Turki untuk membuat laporan tentang apa yang telah berlaku di sana dan
untuk menyebarkan fahaman Ateis. Maria ke sana dengan harapan untuk
mencari kekasihnya Muhammad. Dia mula berniat memeluk Islam setelah
sering menerima dakwah dari Abdul Wahab. Keinginannya bertambah kuat
untuk memeluk Islam setelah melihat akan keadaan huru-hara yang telah
berlaku di Turki ketika itu di bawah pemerintahan Mustapha Kamal Attartuk.
Selain itu, dia juga ingin memeluk Islam untuk berkahwin dengan

1
INTELEKTUAL’06

Muhammad. Akan tetapi, ketika berjumpa Muhammad, Muhammad


memberitahu Maria bahawa dia telah menganut fahaman Ateis. Maria jadi
kecewa dan akhirnya telah memutuskan hubungannya dengan Muhammad.
Setelah memeluk Islam di Turki, Maria kembali ke Jerman. Abdul
Wahab merupakan orang yang paling gembira dengan berita ini. Tidak lama
selepas itu, Abdul Wahab mendapat berita yang amat mendukacitakan.
Salwa, tunangnya yang berada di Mesir telah meninggal dunia akibat disiksa
di dalam penjara. Perasaan cinta mula terdetik di antara mereka dan mereka
merancang untuk berkahwin. Maria sendiri telah menukar namanya kepada
Salwa. Ketika itu, ayahnya juga telah mula bersahabat dengan Abdul Wahab
dan telah mula mendalami Islam daripada Abdul Wahab. Salwa (Maria)
berasa amat gembira. Akan tetapi, rancangan perkahwinanan antara Maria
terhalang oleh khabar kewujudan semula Salwa. Abdul Wahab mengambil
keputusan kembali semula ke Mesir. Sekali lagi Maria terperangkap di antara
cinta dan pengorbanan di samping tekanan yang tidak pernah kenal erti
belas kasihan dari ibu dan adiknya.
Di akhir cerita, Abdul Wahab balik semula ke pangkuan Maria kerana
ternyata Salwa sebenarnya memang telah lama meninggal dunia akibat
disiksa di dalam penjara. Cuma keluarga Abdul Wahab sahaja yang
mengadakan cerita kerana mereka terdengar khabar bahawa anaknya
sedang bercinta dengan seorang perempuan Jerman.

KATA PENUTUP
Buku ini amat menarik untuk dibaca berulang kali. Di dalamnya sarat
terkandung fakta-fakta dan dalil perbahasan antara agama Islam dan agama
Kristian. Ia sesuai dijadikan bahan rujukan untuk berdakwah. Di samping itu,
ia mengangkat tema kemanusiaan seperti percintaan, kebenaran dan
pengorbanan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai