Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan

Perang Dunia 11 adalah satu peristiwa yang amat membinasakan.Sehingga sekarang ia

merupakan peperangan paling dahsyat dan membawa banyak kemusnahan dalam sejarah

manusia.Ianya berlangsung hampir enam tahun di Eropah bermula dengan serangan Jerman

keatas Poland pada September 1939 hinggalah penyerahkalahan Jerman kepada Pihak Berikat

yang diketuai Amarika Syarikat,Soviet Union dan Britain pada 9 mei 1945.Di Asia memakan

masa yang lebih lama iaitu bermula dari serangan Jepun keatas China pada Julai 1937

sehinggalah Jepun menyerah kalah kepada pihak Berikat pada 14 Ogos 19451.Berakhirnya

Perang Dunia ke 11 menandakan era baru dengan kemunculan kuasa Amarika Syarikat dan

Soviet Union yang menjadi dua kuasa baru dunia yang masing-masing bersaing antara satu

sama lain yang akhirnya membawa kepada wujunya system dwi-polar.Sistem Dwi-polar

merujuk kepada keadaan dimana Dunia berada dibawah dua kuasa besar yang menguasai

politik,ekonomi,pengaruh dan ketenteraan di dunia.Ianya berlaku di era perang dingin antara

Amarika Syarikat dan Soviet Union dari tahun 1946 hinggalah 1991 apabila Soviet Union

mula jatuh.Ianya dikenali sebagai Perang Dingin kerana kedua-dua pelaku di arena

perhubungan antarabangsa itu takut untuk berperang bersemuka sebaliknya sering

menggunakan perang proksi untuk menunjukkan taring masing-masing.Terdapat pelbagai

ciri-ciri penting yang menandai system antarabangsa yang berbentuk Dwi-Polar yang muncul

selepas Perang Dunia kedua seperti pembentukan perikatan,perbezaan ideologi perang

propaganda dan banyak lagi.Malah sistem Dwi-Polar ini membawa banyak dampak keatas

hubungan antarabangsa seperti Perang Proksi,pembinaan Tembok Berlin 1949,kewujudan

blok berkecuali dan krisis Peluru Berpandu Cuba pada 1962.

_________________________________

1
Wayne C.McWilliam,Harry Piotrowski.(2006).THE WORLD SINCE 1945:A History of International
Relations.Colorado:Lynne Rienner Publisher,Inc.sixth edition hlm 11
Ciri-ciri system antarabangsa yang berbentuk Dwi-Polar yang muncul selepas Perang

Dunia Kedua

1.Perbezaan ideologi

Salah satu ciri penting system antarabangsa yang berbentuk Dwi-Polar yang muncul

semasa Perang Dingin ialah perbezaan Ideologi.Perbezaan ideology yang sangat ketara antara

Amarika Syarikat yang mendokong idea demokrasi dimana pemimpin dipilih dari Pilihan

Raya dan rakyat ada hak menyuarakan pandangan masing-masing.Manakala Soviet Uniom

pula lambang perjuangan Komunis yang berasakan pembentukkan satu parti,rakyat tidak

bebas bersuara dan kebebsan media disekat.Kedua sistem yang diamalkan ini jelas

menunjukkan perbezaan dan tiada ruang untuk berkompromi.Malah masing-masing cuba

meluaskan ideologi mereka di Eropah, malah Amarika Syarikat dan Soviet Union turut

mencampuri urusan dalaman Negara lain bagi menjamin perluasan ideologi mereka.Ideologi

keduanya turut dibezakan oleh perbezaan sistem ekonomi dimana Amarika syarikat

menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kapitalis yang berasaskan pasaran bebas manakala

Soviet Union mengamalkan kegiatan ekonomi berasakan prinsip-prinsip ekonomi sosialis

yang dikawal kerajaan.

2.Perlumbaan Senjata

Perlumbaan senjata turut menjadi ciri-ciri system Dwi-Polar yang muncul selepas perang

Dunia ke 11 iaitu di era Perang Dingin.Perlumbaan senjata ini berlaku di antara Amarika

Syarikat dan sekutu-sekutunya serta Soviet Union dan Sekutunya.Masing-masing berusaha

membangunkan pelbagai senjata bagi menyaingi satu sama lain.Pelbagai senjata di cipta dari

persejataan darat seperti kereta kebal,artilari,kenderaan berperisai,senapang M 16,AK 47

.Malah persejataan laut turut dibangunkan seperti Misil Balistik Pelancaran Kapal Selam dan

persenjataan Udara seperti jet-jet pejuang,helikopter dan pesawat seperti B-52 Stratofertress
dan Peluru Berpandu Balistik antara Benua(ICBM) seperti Minutteman 11,Peacekeeper,SS6-

Sappwood dan SS7 Saddler.Wujudnya perlumbaan persenjataan antara Amarika Syarikat

serta sekutunya dan Soviet Union dengan sekutunya memaksa mereka mencari medan khusus

bagi menguji keberkesanan senjata yang dicipta.Maka pihak yang bertelagah ini

menggunakan pihak kedua iaiatu perang proksi seperti yang berlaku di Korea dan Vietnam

sebagai medan menguji persenjataan mereka dengan membekalkan senjata kepada sekutu

mereka.Malah keduanya turut berlumba dalam bidang pembangunan angkasa lepas seperti

pelancaran Roket ke angkasa dan penghantaran manusia ke bulan turut tercipta dari reka

bentuk ketenteraan.

3.Kewujudan Pakatan-pakatan ketenteraan

Sistem Dwi-Polar yang muncul selepas era perang Dunia ke 11 iaitu semasa era Perang

Dingin turut ditandai oleh kewujudan pakatan-pakatan ketenteraan. Kedua-dua kuasa utama

dunia itu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet pada ketika itu semakin rancak untuk

menubuhkan pakatan ketenteraan masing-masing.Tujuan mereka menubuhkan pakatan

ketenteraan adalah untuk menjadikan ianya sebagai perisai untuk mempertahankan kuasa

masing-masing.Selain itu,pakatan itu juga boleh mereka gunakan untuk meluaskan pengaruh

dan menyebarkan ideologi mereka masing-masing untuk menarik lebih banyak lagi Negara-

negara lain untuk menjadi sekutu mereka.Amerika Syarikat telah menubuhkan puluhan

pakatan di dunia semasa era ini.Misalnya N.A.T.O. atau Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara

ditubuhkan pada April 1949 dimana kunci perjanjian ialah serangan keatas satu ahli N.A.T.O

bermakna melibatkan semua ahli lain berdasarkan prinsip pertahanan secara kolektif yang

dipersetujui dalam artikel 512.N.A.T.O melibatkan anggota-anggota dari Negara Eropah

______________________________________

2
B.John,S.Steve,O.Patricia.(2008).The Globalization Of World Politics.Cambridge:University Press.Fourth
edition hlm 61
seperti Britain ,Perancis,Iceland,Denmark,Belgium,Norway,Belanda,Portugal,Itali,Jerman

Barat,Luxemberg .Selain itu,Negara dari luar benua Eropah seperti Kanada turut

menganggotai N.A.T.O. yang berpusat di Brusell.Bagi mengimbangi kekuasaan Amerika

Syarikat,Kesatuan Soviet pula mewujudkan pakatan ketenteraan yang dikenali sebagai

pakatan WARSAW pada 14 Mei 1955 di Warsaw,Poland.Ahlinya terdiri daripada

Albania,Bulgaria,Yogoslavia ,Hungary,Poland,Romania,Czehoslovakia,Jerman Timur dan

Soviet Union3.Ahli pakatan ini dilarang menyertai pertubuhan lain dan bantuan senjata jika

ahli lain menerima serangan dari mana-mana pihak.

4.Kewujudan konsep perimbangan Kuasa”Balance Of Power”

Ciri lain juga dapat dilihat dengan wujudnya perimbangan kuasa.Pada ketika era

perang dingin itu,ketegangan sentiasa wujud akibat dari isu-isu yang tercetus akibat daripada

perlumbaan senjata dan perluasan pengaruh yang diwujudkan oleh kedua-dua ketua blok

kapitalis dan komunis itu.Disebabkan itu,mereka masing-masing bersaing untuk

menghasilkan senjata atau alatan peperangan yang lebih baik daripada satu sama lain.Apa

yang dapat kita lihat di sini adalah merupakan sesuatu yang amat menarik ,bagaimana dengan

adanya persaingan antara mereka telah mewujudkan suatu kestabilan dalam ketegangan yang

diwujudkan oleh mereka sendiri .Dimana masing-masing cuba untuk mewujudkan atau

melengkapkan pasukan tentera masing-masing dengan kelengkapan yang lengkap bagi

bersedia menghadapi musuh.Dengan persiapan yang mereka lakukan itu,ianya sedikit-

sebanyak mampu menakutkan antara satu sama lain.Malah masing-masing cuba

mengukuhkan kedudukan dengan membentuk pakatan-pakatan ketenteraan seperti N.A.T.O

dan Pakatan Warsaw.Dengan ini wujud imbangan kuasa atau balance of power kerana

_________________________
3
wayne C.McWilliam,Harry Piotrowski.(2006).THE WORLD SINCE 1945:A History of International
Relations.Colorado:Lynne Rienner Publisher,Inc.sixth edition hlm 87
mereka masing-masing cuba mengimbangi kekuatan antara satu sama lain.

5. Perang Propaganda

Antara lain yang menarik mengenai sistem Dwi-Polar yang muncul semasa Perang

Dingin ialah Perang Propaganda.Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet masing-masing cuba

memburukan antara satu sama lain dengan tujuan untuk mengumpul sekutu-sekutu yang

dapat menyokong mereka selain untuk merendah-merendahkan maruah musuh masing-

masing.Pihak bertentangan ini menggunakan media massa untuk menyiarkan pandangan dan

ideologi mereka.Misalnya,Amerika Syarikat melalaui the Voice of Amarica telah

mewujudkan satu saluran propaganda yang dikenali dengan nama Radio dan Television Marti

sejak tahun 1950-an lagi untuk menjatuhkan kerajaan Fidel Castro di Cuba malah

kebanyakkan Propaganda yang dijalankan Amarika Syarikat ialah menonjolkan keburukan

komunis4.Manakala Kesatuan Soviet telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan saluran

radio yang dikenali sebagai Radio Moscow untuk melancarkan propagandanya.Radio

Moscow mempunyai siaran yang paling meluas di dunia berbanding Amerika Syarikat.Radio

Moscow ini disiarkan dalam pelbagai bahasa dan antara propaganda yang dijalankan ialah

menonjolkan keburukan sistem kapitalais dengan mendakwa Negara-negara kapitalis

dipimpin mereka yang tamak.

6.Gerakkan Perisikan

Ciri sistem Dwi-Polar yang muncul semasa Perang Dingin turut dapat dilihat dari

aspek kegiatan perisikan.Masing-masing iaitu Amarika Syarikat dan Soviet Union cuba

________________________________

4
K.J Holsti.(1967).International Politics:A Frameworks For Analysis .New Jersey:Prentice Hall,inc hlm 261
Mendapatkan maklumat antara satu sama lain bagi mendapatkan maklumat kelemahan dan

pihak musuh.Kegiatan Perisikan dijlankan oleh kedua pihak antara satu sama lain dengan

menggunakkan pelbagai kaedah samada menggunakan ejen perisikan manusia,teknologi

satelit mahupun peninjauan udara.Seorang bekas ejen K.G.B soviet union iaitu Viktor

Suvarov melaporkan bahawa di akhir era perang dingin hampir 40% daripada kedutaan

Soviet Union adalah ejen K.G.B.Malah sejak tahun 1960 an lagi satelit Amarika Syarikat

telah mengorbit ruang udara soviet bagi mendapatkan maklumat malah Krisis Peluru

Berpandu Cuba pada Oktober 1962 dapat diketahuai melalui gambar yang diambil oleh satelit

Amarika Syarikat.Malah pesawat pengintip Amarika Syarikat U2(Dragon Lady)turut

ditembak jatuh oleh tentera Soviet Union ketika mengintip di ruang udara Soviet

Union.Malah Amarika Syarikat turut menjalankan Operation Gold dengan menggunakan

kaedah Wire Tapping dengan mengali lubang sejauh 500 meter dari Jerman Timur ke Jerman

Barat bagi memintas siaran Radio Soviet Union di Karlshort.Malah Soviet Union turut

bertindak balas dengan melancarkan pelbagai siri satelit pengintip seperti RORSAT(Radar

Equiped Ocean Racon Satelite) yang boleh meramal formasi kapal di laut pada 1963.Pada era

Perang Dingin ini kelihatan kedua-dua kuasa ini berlumba-lumba menjalankan kegiatan

perisikan keatas satu sama lain bagi mendapatkan maklumat.

Dampaknya Keatas Hubungan Antarabangsa


Dampak dari aspek Politik
1. PERANG KOREA (1950-an)

Perang Korea yang berlaku sekitar tahun 1950 hingga1953 disemenanjung Korea

adalah babak terpenting dalam perang Dingin antara Barat dan Timur.Pada akhir Perang

Dunia 11 Amarika Syarikat dan Soviet Union bahagikan Korea kepada dua iaitu Korea

Selatan dan Korea Utara pada garisan 38.Malah Amarika Syarikata wujudkan kerajaan

Demokrasi di Vietnam Selatan manakala Soviet Union wujudkan Kerajaan Komunis di


Korea Utara .Pada 25 Jun 1950 Komunis Korea Utara bertindak melancarkan serangan keatas

Korea Selatan.5Ini kerana perang Korea menjadi asas kepada perubahan dasar luar kepada

kedua-dua pihak yang bertelagah.Dalam peperangan ini,pihak Korea Utara mendapat

sokongan dari China dan Soviet Union yang berupa dalam bentuk penasihat

ketenteraan,juruterbang pesawat pejuang,senjata dan sebagainya.Manakala,Korea Selatan

mendapat sokongan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(P.B.B.) tetapi sokongan

terbesar adalah dari Amerika Syarikat.Akibat peperangan yang semakin memuncak.Resolusi

84 digunakan oleh P.B.B. bagi memerintahkan tentera Korea Utara berhenti menyerang dan

segera mengundurkan tentera dari wilayah-wilayah Korea Selatan.Ketika resolusi ini

dajalankan,Amerika Syarikat dengan disokong oleh 15 buah Negara lain seperti

Britain,Kanada,Australia.New Zealand dan lain-lain mengambil langkah memperkemaskan

lagi keduddukan tentera mereka di Korea Selatan.Pada Oktober 1950,pendaratan melalui laut

oleh tentera P.B.B yang diketuai oleh Amerika Syarikat menimbulkan kebimbangan kepada

China dan China memberi amaran akan masuk campurtangan.Akibatnya,Mao Ze Dong

mengarahkan tenteranya untuk bersama-sama berjuang diKorea Utara sehingga menyebabkan

tentera Korea Utara berjaya masuk ke Korea Selatan sehingga tentera Amerika ke-8 yang

merupakan tentera Amerika terakhir terpaksa berundur.Perang ini meninggalkan kesan yang

amat mendalam kepada penduduk Korea kerana mereka terpaksa dibahagikan kepada 2

wilayah yang berbeza.Gencatan senjata dijalankan pada 27 Julai 1953 dan Korea Utara dan

________________________________

5
wayne C.McWilliam,Harry Piotrowski.(2006).THE WORLD SINCE 1945:A History of International
Relations.Colorado:Lynne Rienner Publisher,Inc.sixth edition hlm 60
6
wayne C.McWilliam,Harry Piotrowski.(2006).THE WORLD SINCE 1945:A History of International
Relations.Colorado:Lynne Rienner Publisher,Inc.sixth edition hlm72
2.Krisi Peluru Berpandu Cuba 1962

Cuba merupakan diantara puluhan kecil pulau-pulau yang terletak di selatan

Florida,Amerika Syarikat.Jika di Vietnam,kita dapat melihat bahawa konfliks tersebut

berlanjutan selama kira-kira 10 tahun tetapi berbeza dengan krisis yang berlaku diCuba yang

hanya memakan masa beberapa hari sahaja.Kemunculan Fidel Castro yang telah

mengulingkan pemerintahan kerajaan Batista yang memerintah sebelum ini telah membawa

kepada kemunculan ideology komunisme di Cuba.Beberapa buah negara Amerika Latin yang

lain juga turut diresapi oleh ideologi komunis.Keadaan semasa ini,amat membimbangkan

Amerika Syarikat yang selama ini bersungguh-sungguh untuk membanteras pengaruh

komunis.Ini kerana kedudukan Cuba yang letaknya tidak jauh dari tanah besar Amerika

Syarikat.Selain itu,faktor lain yang mewujudkan kebimbangan kepada Amerika Syarikat

ialah kewujudan hubungan yang rapat antara Cuba dengan Soviet Union.Malah pada Oktober

1962 Amarika Syarikat mendapat maklumat Ketua Soviet Union memasang peluru berpandu

di Cuba7.Malah akibat isu ini berlaku perbincangan antara Pemimpin Amarika Syarikat iaitu

antara John Kennedy dan pemimpin Soviet Union Nikita Kkhrushchev yang berlaku tawar

menawar dimana pemimpin Soviet mahu peluru yang dipasang di Turki oleh Amarika

dikeluarkan jika ingin aktiviti Soviet di Cuba dihentikan 8.Ketegangan ini turut disertai oleh

Negara-negara N.A.T.O(Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara).Krisis peluru berpandu di

Cuba menyebabkan dunia terbahagi kepada 2 dan menjadi kemuncak kepada perang

ideologi.Namun dunia lega apabila Soviet menghentikkan pembinaan peluru berpandu di

______________________________-

7
B.John,S.Steve,O.Patricia.(2008).The Globalization Of World Politics.Cambridge:University Press.Fourth
edition hlm 63
8
wayne C.McWilliam,Harry Piotrowski.(2006).THE WORLD SINCE 1945:A History of International
Relations.Colorado:Lynne Rienner Publisher,Inc.sixth edition hlm 102
Cuba dan mengelakkan tercetusnya perang Nuklear.

3.Perang Vietnam 1965-1975

Perang Vietnam digambarkan sebagai suatu pertentangan ideologi dalam konteks

perang dingin kerana ia melibatkan kuasa komunis dan kapitalis(barat) dan sekutu-sekutu

mereka.Perang Vietnam dianggap sebagai medan perjuangan pembebasan oleh para pejuang

Vietnam yang sekian lama ingin membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajah

asing khasnya kuasa Amerika Syarikat.Selain itu, perang Vietnam turut dianggap sebagai

perang proksi kuasa-kuasa besar kerana pihak komunis di Vietnam Utara ditaja oleh Soviet

Union dan Kerajaan Republik Rakyat China.Peperangan selama 10 tahun ini memakan

korban yang sangat besar,misalnya disebelah pihak tentera Amerika Syarikat,mereka

mengalami kehilangan nyawa yang besar iaitu seramai 58 000 dan seramai 300 000 cedera

dan menelan blanja 165 billion9. terkorban samada semasa bertempur atau disebabkan

penyakit.Dikalangan orang awam Vietnam pula hampir 1/3 juta daripada penduduknya

terbunuh,selain beribu-ribu yang cedera dan mengalami kecacatan.Malah menurut rekod

jumlah kesemua yang terkorban dalam perang ini hampir 3.4 juta.Hampir semua Negara si

Asia Tenggara secara tidak langsung terlibat dalam kancah peperangan berkenaan misalnya

Thailand,Filipina dan Malaysia.Negara-negara ini menyokong gerakan membanteras

perkembangan pengaruh komunisme di Negara masing-masing.Mereka juga turut

menjadikan negara mereka sebagai pengkalan tentera sementara untuk memudahkan pihak

Amerika Syarikat dan sekutunya menghulurkan bantuan kepada tentera mereka dan tentera

Vietnam Selatan.Misalnya di Malaysia,pangkalan tentera udara di Butterworth dijadikan

_________________________

9
wayne C.McWilliam,Harry Piotrowski.(2006).THE WORLD SINCE 1945:A History of International
Relations.Colorado:Lynne Rienner Publisher,Inc.sixth edition hlm 220
sebagai pangkalan kepada tentera udara Australia untuk tugasan logistik atau

pengeboman.Sementara itu,negara yang berjiran dengan Vietnam seperti Laos dan Kemboja

turut menerima tempias dan menjadi mangsa dalam konfliks tersebutPerang ini tamat pada 30

April 1975 apabila Vietnam Selatan Tewas sepenuhnya.

4.Kewujudan Blok Berkecuali.

Kerancakan perang ideology yang berlaku antara Amarika Syarikat dan seutunya yang

mendokong ideology kapitalis dan Soviet Union dan sekutunya yang mendokong ideologi

Komunis semasa Perang Dingin membawa kepada pengenalan Pergerakan Negara-Negara

Berkecuali(NAM).Objektifnya cukup jelas iaitu tidak ingin terlibat dalam pertikaian mana-

mana kuasa besar dunia ini. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan

sebaik sahaja 25 buah Negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri

persidangan pertama iaitu Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara

Berkecuali (NAM) di Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1-6 September 1961. Pergerakan

ini diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana Menteri

Nehru (India) dan disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan Presiden

Ghana iaitu Nkrumah. Dalam pada masa yang sama, Pergerakan ini terbentuk hasil daripada

Perang Dingin (Cold War) yang berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun

1990-an. Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979

ialah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara

berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa,

perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan di\ominasi terhadap kuasa

serta kumpulan politik. NAM diasaskan di Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun

istilah ‘berkecuali’ datangnya dari idea Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru dalam

ucapannya di Colombo, Ceylon (Sri Lanka). Di Colombo, Nehru memperkenalkan 5 tonggak


asas dalam menjalin hubungan antarabangsa di mana ia turut dikenali sebagai ‘Panchseel’

iaitu Hormati integriti kawasan,Saling tidak menceroboh antara Negara,Saling tidak

mencampuri urusan hubungan tempatan,Mewujudkan saling kesamaan dan

menguntungkan,Mewujudkan keamanan.

5.Tembok Berlin

Tembok Berlin merupakan tembok yang dibina ditengah-tengah dibandar

Berlin.Tembok Berlin menjadi simbol yang nyata tentang perang dingin terutamanya di

Eropah.Ia mula dibina pada 13 Ogos 1961 dan diruntuhkan kemudiannya pada 9 November

1989. Selepas tamat Perang Dunia II di Eropah dan Jerman telah tewas, Jerman telah

terbahagi kepada 4 zon.Bandar Berlin diduduki oleh pihak Bersekutu dan terpecah pula

kepada beberapa zon penjajah lagi. Zon yang dikuasai oleh Perancis, British dan Amerika

telah membentuk Republik Persekutuan Jerman ( Jerman Barat) pada 1949. Sementara zon

yang dikuasai oleh Kesatuan Soviet membentuk Republik Demokratik Jerman ( Jerman

Timur ) pada tahun yang sama 1949.Sejak 1948, Jerman Barat dibangunkan kedalam negara

negara kapitalis Barat yang berasaskan ekonomi pasaran bebas.Kerajaan demokrasi

berparlimen dibentuk. Pertumbuhan ekonomi sejak 1950-an menunjukkan peningkatan yang

mendadak berbanding dengan Jerman Timur yang mengamalkan sistem komunis, kerajaan

autokratik dan berkhiblatkan komunis di Soviet Rusia.Ketika Jerman Barat semakin kaya

hingga melebihi kebanyakan negara Eropah yang lain. Sedangkan warga Jerman Timur masih

memperjuangkan kebebasan berpolitik dan pertumbuhan ekonomi.Penghijrahan golongan

profesional dari 1949 - 1961 setiap hari dinamakan "Grenzgeger". Golongan profesional ini

membantu pembinaan semula Eropah Barat sebagaimana Plan Marshall.Ramai penduduk

Eropah Barat melancong dan membeli belah di Jerman Timur kerana harga yang murah dan

menarik. Kebanyakan barang mendapat subsidi daripada kerajaan . Ekonomi Jerman Timur
banyak dibantu oleh Soviet Union.Tembok ini sepanjang 45 km dibina pada hari ahad, 13

Ogos 1961 di sebelah bandar Berlin Timur.Ia menjadi tirai besi dan garis sempadan antara

Jerman Barat dan Jerman Timur selama 28 tahun.Tembok Berlin diarahkan pembinaannya

oleh pemimpin Jerman Timur iaitu Walter Ulbricht dan diluluskan oleh pemimpin Russia

ketika itu Nikita Khruschev.Tujuan pembinaan tembok ini ialah untuk menghalang

perhijrahan besar-besaran tenaga kerja muda dan penduduk Jerman Timur ke Jerman Barat

kerana ia meninggalkan kesan ekonomi yang teruk kepada Jerman Timur. Pagi 13 Ogos 1961

pasukan tentera Jerman Timur dan pekerja awam mula membinanya. Pada mulanya tidak

melibatkan pihak Soviet Rusia. Tentera NVA dan KDA akan menembak sesiapa yang

menyeberangi sempadan bandar Berlin itu.Ramai keluarga yang terpisah akibat Tembok

Berlin ini . Ada ibu bapa yang tinggal di Jerman Barat sementara anak-anak tinggal di Jerman

Timur. Ini menyebabkan beban emosi kepada kedua-dua pihak yang berpisah. Penduduk

Jerman Barat seperti Datuk Bandar Willt Brandt mengkritik Amerika Syarikat yang

mendiamkan diri melihat Tembok Berlin ini.Kebanjiran pelarian dari Jerman Timur ke

Jerman Barat dan ke negara-0negara Eropah lain dapat disekat dengan adanya Tembok

Berlin.Presiden John F. Kennedy melawat Tembok Berlin pada 26 Jun 1963. Perjanjian

selepas Perang Dunia Kedua iaitu di antara 4 kuasa besar iaitu Perancis, United Kingdom dan

Amerika Syarikat menerima hakikat keperluan pembinaan Tembok Berlin.Kerajaan Jerman

Barat mendakwa Tembok Berlin sebagai 'sempadan melindungi anti fasist'. Hakikatnya

berjuta-juta keluarga terpisah.Pada 1987 Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan berucap

di Brandenburg Gate , mencabar Mikhail Gorbachev untuk meruntuhkan tembok

tersebut.Pada Jun 1962 Jerman Timur hanya membina pagar sepanjang 81 meter . Tetapi

pada 1989 menjadi sepanjang 155 km dengan tembok batu . Mana-mana rumah di atas

Tembok Berlin telah dipindahkan. Ramai yang telah membina terowong agar dapat

menyeberang ke Jerman Barat. Tetapi tentera Jerman Timur memasang jerangkap samar dan
bom-bom. Ramai yang terbunuh dan dibunuh ketika cuba memanjat dan melintasi Tembok

Berlin..Sesiapa yang menyeberangi tembok itu akan ditembak, dan ramai keluarga yang

terpisah disebabkan oleh Tembok Berlin itu.Ada ibubapa yang tinggal di Jerman Barat

sementara anak-anak di Jerman Timur.Penduduk Jerman Barat seperti Datuk Bandar Willt

Brandt mengkritik Amerika Syarikat yang mendiamkan diri melihat isu Tembok Berlin

itu.Ramai yang telah membina terowong rahsia sendiri agar dapat menyeberangi ke Jerman

Barat tetapi tentera Jerman Timur telah memasang jerangkap samar dan ramai yang

terbunuh.Pembinaan tembok ini telah dimanipulasikan oleh Jerman Barat dan blok kapitalis

untuk memburukkan Jerman Timur dan system komunis.Pada tahun 1987,Kesatuan Sekerja

mengambilalih kepimpinan kerajaan Jerman Timur dan mendesak agar Tembok Berlin

diruntuhkan agar mereka mudah bekerja di Jerman Barat yang men yediakan lebih peluang

pekerjaan,Akhirnya pada 3 Oktober 1990 berlaku pengabungan Jerman Barat dan Timur.

Dampak Sosial

Dari aspek sosial kesannya sangat besar kepada kedua-dua belah pihak yang

bertelagah.Perang Dingin yang berlaku mengakibatkan kematian dan kecederaan berjuta

nyawa dan memusnahkan banyak harta benda.Malah jika dikira jumlah mangsa Perang

Proksi yang berlaku akibat Perang Dingin sahaja menelan korban puluhan juta di kedua belah

pihak.Jika melihat Perang Vietnam misalnya hampir 3.4 juta terkorban mengikut McNamara

pada 200210.

___________________________________

10
wayne C.McWilliam,Harry Piotrowski.(2006).THE WORLD SINCE 1945:A History of International
Relations.Colorado:Lynne Rienner Publisher,Inc.sixth edition hlm 220
Ini belum dikira dengan korban yang berlaku akibat perang Proksi di Korea Utara yang

mengorbankan hampir 60 ribu tentera Amarika Syarikat,Korea Selatan 300 000,Korea Utara

52 000 dan China 900 000.11Malah akibat pembinaan Tembok Berlin sendiri berates ribu

nyawa terkorban akibat terkena jerangkap samar dan tembakan apabila cuba menyeberangi

tembok tersebut.Kesan lain juga memperlihatkan beratus ribu orang awam turut mengalami

kecacatan akibat perang Proksi yang berlaku di Asia malah kehilangan tempat tinggal dan

menjadi pelarian.Kesan sosial juga jelas kelihatan melalui di mana ramai keluarga yang

terpisah disebabkan oleh Tembok Berlin itu.Ada ibubapa yang tinggal di Jerman Barat

sementara anak-anak di Jerman Timur ini menunjukkan dampak sosial yang amat teruk.

Dampak Ekonomi

Dampak ekonomi juga muncul alibat sistem Dwi-Polar yang muncul selepas Perang

Dunia 11 iaitu semasa Perang Dingin.Ini jelas melalui kewujudan bantuan ekonomi terpilih

keatas sekutu-sekutu mereka saja.Amarika Syarikat dilihat memperkenalkan rancangan

Marshall12 yang mengenakkan syarat penyerahan maklumat ekonomi bagi negara-negara

yang menerima bantuan ini.Bantuan ekonomi hanya diberikkan kepada sekutu masing-

masing.Dimana Soviet pula memberikkan bantuan ekonomi kepada negara-negara yang

mendokong idea Komunis manakala Amarika Syarikat pula membantu negara-negara yang

menyokong idea kapitalis.Malah dampak yang nyata jelas kelihatan kepada Negara-negara

eropah barat yang mendapat bantuan Amarika Syarikat yang memperlihatkan perkembangan

ekonomi yang pesat yang digunakkan Amarika bagi menjadi contoh kejayaan negara Eropah

__________________________________

11
wayne C.McWilliam,Harry Piotrowski.(2006).THE WORLD SINCE 1945:A History of International
Relations.Colorado:Lynne Rienner Publisher,Inc.sixth edition hlm 72

12
Ibid hlm 44
Barat kepada Negara-negara Eropah Timur yang berideology komunis.Melalui EC atau

(European Economic Community) dimana bertujuan mengurangkan cukai dikalangan negara

ahli iaitu negara Eropah Barat13.Malah Soviet Union pula memperkenalkan

COMECON(Council of Mutual Economic Aid)bagi memberi bantuan bagi pembangunan

ekonomi Eropah Timur terutamanya pembangunan industri kerana negara Eropah Timur

yang masih lagi terikat dengan ekonomi pertanian14.Ini jelas memperlihatkan bagaimana

kegiatan ekonomi hanya dijalankan di kalangan Negara-negara ahli saja.

Kesimpulan

Selepas perang dunia ke-2,dunia sekali lagi terlibat sekali dalam suatu konfliks

yang membabitkan masyarakat antarabangsa.Konfliks ini lebih dikenali sebagai perang

dingin iaitu kewujudan Sistem Dwi-Polar iaitu kuasa Amarika Syarikat dan Soviet Union,

disebabkan konfliks ini dunia turut terbahagi kepada Dua bahagian atau blok.Terdapat blok

kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan blok Komunis yang diketuai oleh Kesatuan

Soviet.Era ini turut melihatkan dengan jelas ciri-ciri dan kesan-kesan yang wujud disebabkan

oleh krisis yang berlaku antara kedua kuasa besar tersebut.Ini adalah kerana,mereka masing-

masing cuba untuk sedaya upaya menyebarkan ideologi mereka kepada penduduk

antarabangsa dengan harapan agar terdapat negara yang ingin menyokong perjuangan mereka

dan menjadi sekutu mereka.Dengan ini pengaruh mereka akan menjadi semakin besar dan

menjadikan mereka semakin digeruni oleh kawan dan lawan.Namun menjelang akhir Perang

Dingin yang memperlihatkan kejatuhan Soviet Union dan membawa kepada era baru iaitu

sistem unipolar dengan penguasaan Amarika Syarikat yang dilihat tiada saingan lagi.

_______________________
13
wayne C.McWilliam,Harry Piotrowski.(2006).THE WORLD SINCE 1945:A History of International
Relations.Colorado:Lynne Rienner Publisher,Inc.sixth edition hlm 82

14
ibid…hlm 87
Biblografi

1. wayne C.McWilliam,Harry Piotrowski.(2006).THE WORLD SINCE 1945:A History of

International Relations.Colorado:Lynne Rienner Publisher,Inc.sixth edition

2. B.John,S.Steve,O.Patricia.(2008).The Globalization Of World

Politics.Cambridge:University Press.Fourth edition

3. K.J Holsti.(1967).International Politics:A Frameworks For Analysis .New Jersey:Prentice

Hall,inc

4. Hammond.Andrew.(2006).Cold War Literature:Writing The Global

Conflicts.London:Routledge

5. Watson,Adam.(2009).The Evolution Of International Society:A Comparatice Of

Historical Analysis.London:Routladge

6. www.ibiblio.org/expo/soviet.exhibit/coldwar.html

7. http://www.globalsecurity.org/military/ops/cold_war.htm

Anda mungkin juga menyukai