Anda di halaman 1dari 4

DI MANA ISTERIKU!!!

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut


sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum
memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin
mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah,"
Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-
sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah
dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu
melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan
perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti
panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih


kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat
kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak
sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam
hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya.


Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin
seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke
kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda
Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis
semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu.
Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang
tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza


terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat
sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar
lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza
cuba memujuk Usin supaya memperlahankan
kenderaannya. "Rileks Liza,tak ada apa-apa," Usin terus
memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin


setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu
bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok
abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal
minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di


depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah
dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya.


Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
"Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah,
Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin
menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya
lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan


isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan
tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam
tu? "Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun pemalas ada
hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni!
Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut
sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk


dalam tin biskut! Malu beb!!
Moral: Jangan dok berangan nak beristeri kalo masih
xckup syarat n pandulah dengan berhati-hati walaupun
di dalam mimpi..huhu..