Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Buku: Pedagogi

Nama Pengarang: Shahabuddin Hashim & Dr. Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-216-6
Harga Semenanjung: RM 19.00
Blurb/Sinopsis:
Buku ini menerangkan perkembangan-perkembangan terbaru dalam kemajuan teori, strategi dan
teknik pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Konsep pengajaran dan pembelajaran
Perancangan pengajaran
Proses mengajar
Kajian dan tindakan dalam bilik darjah
Mengajar kemahiran berfikir
Interaksi guru-murid
Komunikasi berkesan
Kaedah pengajaran
Pengurusan bilik darjah
Mengajar murid kurang upaya

Tajuk Buku: Psikologi Pendidikan


Nama Pengarang: Sahabuddin Hashim,Mahani Razali & Ramlah Jantan
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-062-7
Harga Semenanjung: RM 18.20
Blurb/Sinopsis: Buku ini memuatkan dengan lengkap teori pembelajaran yang terkandung dalam
silibus kurikulum pendidikan guru yang digunakan di maktab-maktab perguruan. Ia juga
menerangkan perkembangan-perkembangan terbaru dalam kemajuan teori,strategi dan teknik
pengajaran serta pembelajaran di dalam bilik darjah.

Tajuk buku : Intrapersonal & Interpersonal untuk Remaja (Edisi Kemas Kini)
Pengarang : Dr. Shahizan Hassan, Tsai Chen Chien & Saw Hooi Chin
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN : 983-192-435-5
Bar code : 9-799831-924357
Harga : Semenanjung RM23.00
Sabah/Sarawak RM26.00

Sinopsis
Buku Intrapersonal dan Interpersonal untuk Remaja memerihalkan beberapa konsep dan kemahiran
yang berkaitan dengan remaja terutamanya pada peringkat sekolah, kolej, maktab perguruan dan
universiti.

Ia menerangkan dengan jelas bagaimana kedua-dua proses komunikasi ini berlaku dalam jiwa
remaja. Buku ini juga membincangkan beberapa konsep seperti intimasi, afiniti, hormat dan
kawalan dikalangan remaja.Ia turut mengupas perkembangan sosio-emosi remaja, masalah-masalah
remaja, peranan kemahiran kaunseling dalam interpersonal remaja dan banyak lagi.Definisi
mentoring, mentor, ciri-ciri mentor serta prinsip-prinsip mentoring yang serigkali disalah guna oleh
ibu bapa dalam menangani anak remaja mereka.
Tajuk Buku: Kaunseling Individu
Nama Pengarang: Dr. Maznah Baba & Zainal Madon
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
ISBN: 983-192-709-5
Harga Semenanjung: RM 15.00

Blurb/Sinopsis:
Panduan melaksanakan bimbingan kaunseling menggunakan kemahiran asas kaunseling individu
seperti konsep membimbing, matlamat, prinsip dan etika kaunseling.

Rujukan lengkap yang menerangkan kemahiran komunikasi secara praktikal, contoh yang sesuai
bagi membantu melaksanakan tugas sebagai pembimbing sama ada melaksanakan tugas sebagai
pembimbing rakan sebaya, guru, ketua organisasi, pendakwah, jururawat dan pemimpin
masyarakat. Buku ini juga sesuai kepada ibu bapa bagi meningkatkan kemahiran komunikasi dan
keibubapaan.